10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Anuar melabuh punggung di sofa, dia menunggu kepulangan anaknya adam. Tidak sampai beberapa minit, adam sudah sampai di rumah.

"Adam.. Boleh papa nak cakap dengan kamu sekejab." pinta anuar. Adam mengangguk kepala.

Dia melangkah ke arah ayahnya, dan melabuh punggung di sebelah kanan sofa. Talefon canggih milik anuar diletakkan di atas meja kaca, adam dapat melihat skrin talefon terpapar gambar dia dan haura sedang berpelukan. Adam menunduk kepala.

"ini semua rancangan kamu aje kan adam?"teka anuar.

Adam mengangkat wajahnya memandang anuar dengan wajah pelik. Bagaimana dia tahu?

"papa tahu, memang kamu sentuh. Tapi kamu sentuh hanya dalam gambar ni sahaja. Tapi kamu tak pernah sentuh lebih dariapda tu kan? Papa dah tengok cctv dekat kawasan rumah perempuan ni.. And papa nampak semuanya."

"papa.. Adam harap papa faham yang adam.. "

"yes, papa faham. Jangan risau. Apa2 pun kamu kena kawin dengan perempuan ni.. Sebab kamu dah malukan dia. Cuma satu aje, lepas kawin jangan pula kamu abaikan tanggung jawab kamu sebagai suami dia. Jangan buat semua ni semata mata ikut gerak hati kamu nak mengelak daripada mel. Kalau tidak.. Kamu dengan mama tiada bezanya adam." ujar ayahnya.

Adam mendiam dan menunduk memandang jari jemarinya.

"papa tahu, perasaan kamu dah berubah sejak zulaikha tinggalkan kamu kan? Jadi papa takut kamu abaikan isteri kamu nanti kalau kamu jumpa balik zulaikha".ujarnya.

Adam menggenggam tangannya saat mendengar nama yang disebut oleh ayahnya. Dia terus bangun melangkah naik ke tingkat atas.

1 tahun yang lalu...

"Adam.. Saya nak batalkan pertunangan kita." wanita berbaju kurung bercorak bunga dengan bertudung bawal merah itu bersuara.

Adam menggeleng kepala, tanda tidak faham. Itulah zulaikha, gadis biasa yang menjadi pilihan adam dahulu.

"tapi kenapa? Saya dah beli segalanya untuk awak. Ka.. Kalau hantaran tak cukup saya boleh up kan kalau awak nak? Cakap aje berapa saya tak kesah. Saya akan kerja keras lepas ni" ujar adam dengan nada bergetar.

Zulaikha menggeleng kepala. Dia tidak setuju dengan kata2 adam tadi.

"saya..tak cintakan awak adam."

"apa maksud awak? Saya tak faham."

"selama ni, saya berpura pura cintakan awak adam. Saya tak ikhlas pun. Saya rapat sebab.. Sa.. Saya pandang rupa awak aje. Tapi bila fikir balik, saya tak boleh kawin dengan awak sebab rupa. Cinta perlukan duit juga."

"saya mampu bagi harta saya pada awak zulaikha.. Awak tak perlu sampai batalkan pertungan kita.."

"Awak tak faham! Saya cintakan orang lain. Sudahlah. Lupakan saja saya dan cari perempuan lain. Saya takkan cari awak balik! " degusnya.

Zulaikha menarik cincin di jari manisnya, dia melangkah mendekati adam. Dia menghulurkan cincin itu namun adam menggeleng. Dia tidak sanggup mengambil semula cincin lamarannya.

"tolong jangan buat saya macam ni.."

"Ambil adam! Jangan seksa saya..".

"saya takkan ambil. Saya cuma sayang awak zulaikha.."

"suka hati awaklah! Saya tak suka awak!"

Cincin itu di baling sahaja ke tanah, dia terus melangkah pergi daripada situ meninggalkan adam sendirian. Menitis air matanya melihat dia dipergunakan oleh gadis itu.

Selepas mengingati kisah pahit itu, adam menangis di atas katil. Gambar wanita itu masih ada di dalam biliknya, dia tidak pernah melupakan gadis itu.

"aku masih cintakan dia.."

Fatimah menuang air teh ke dalam cawan kaca. Farid pula duduk diatas kerusi sambil membaca surat khabar, kedengaran tapak kaki melangkah menuju ke arah dapur. Wanita itu membuka peti ais dan mengambil air sejuk.

"Zulaikha, kamu tu bila nak balik rumah? Tak risau ke dekat anak2. Kalau dulu tu ye la kamu ada suami.. Sekarang tu sedar diri sikit dah jadi janda."tegur farid lalu meletakkan surat khabar di atas meja.

"alaa.. Ayah ni. Budak tu tahu lah jaga diri."balasnya ringkas.

"ish ish.. Sejak amar ceraikan kamu macam ni pula jadinya. Memang padanlah muka kena tinggal. Daripada dulu sampai sekarang pemalas. Bukannya nak cari kerja! Mak ayah dah tua pun masih berharap duit mak ayah. Tengok adik kamu si haura tu, dia buta tapi still cari duit dekat kl tu. Walaupun jual tisu aje." bebel fatimah.

Zulaikha mula menjeling mendengar nama adiknya di petik. Dia menarik kerusi lalu melanuh punggung di situ.

"mak ni tak habis-habis nak puji haura. Mentang-mentanglah haura tu anak kesayangan."

"bukannya nak bandingkan.. Tapi dah memang hakikatnya macam tu. Semalam dia call mak, dia kata ada orang nak masuk meminang dia. Ceo pulak tu!"

Zulaikha tergamam. Ceo jatuh cinta dengan orang buta?? Dia memandang ibunya dengan wajah pelik.

"haura nak kawin dengan ceo?"

"iye lah! Hari sabtu ni dia nak datang dengan lelaki tu."

"Siapa nama lelaki tu?"

"ish sibuk aje nak tau bakal suami orang! Pergilah mandi tu!"

"orang tanya je!" degus zulaikha lalu kembali bangun dan melangkah pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro