105

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                 Adam memberhentikan keretanya di sebuah restaurant. Mereka sudah tiba di kuala lumpur.

"jom, kita makan."

"awak pergilah makan seorang. Saya tak nak!"

"kau jangan nak mengada ek. Makan je pun."

Adam melangkah keluar daripada perut kereta, dia berjalan ke pintu penumpang dan membuka pintu untuk haura.

"keluar."

"tak nak!"

"aku angkat kau karang." ugut adam.

"ish! Sabar je lah saya dapat suami macam awak ni. Dah lah poyo!" sindir haura.

Haura pun keluar daripada situ, adam menutup pintu. Dia menarik tangan haura masuk ke dalam restaurant itu.

Mereka duduk di meja yang berhampiran dengan sinki. Adam melihat menu yang ada di situ.

"kau nak makan apa?"soal adam.

"awak makan je lah. Saya tak nak makan."

"lantak kau lah. Kena gastrik jangan salahkan aku. Malas aku nak jaga kau dekat hospital." degus adam.

"biarlah!"

"nak makan apa?" seorang perkeja itu mencelah.

"bagi saya air teh ais, and nasi goreng kampung satu." pinta adam.

Dia mencatatkan menu itu.

"isteri abang tak nak makan?" soalnya.

"tak. Dia mengada."

"minum?"

"tak payah. Biarkan je dia."

"okay." pekerja itu pun melangkah pergi daripada situ.

Adam menutup menu itu dengan kuat, membuatkan haura tersentak.

"kau lapar kejab lagi jangan harap aku nak beli makanan."

"saya kesah apa? Bukannya awak peduli pun."

"memang aku tak peduli. Tapi kalau kau sakit, kau mengadu dekat aku. Memang nahas kau!"ugut adam.

Haura hanya menjelir lidahnya, tidak takut langsung dengan ugutan adam.

"haura?" satu suara menyapa haura. Haura kenal suara itu. Zulaikha.

"kak zulaikha!"

Adam menepuk dahinya, tak pasal-pasal jumpa dengan zulaikha di restaurant. Zulaikha berlari ke arah haura dan mereka berlanggar pipi seketika.

"haura sihat?"

"alhamdulillah sihat. Eh? Duduklah! Meh, duduk sini. Haura bagi tempat khas untuk kak zulaikha."

Haura bangun daripada tempat duduknya, membiarkan zulaikha duduk di sebelah adam dan haura pula duduk di hadapan mereka.

"Err.. Tak ganggu ke?" soal zulaikha.

"tak ganggu pun. Lagipun tadi adam cakap dengan haura yang masa haura takda dekat kl dia kalau boleh nak berkepit aje dengan akak. So? Dah alang-alang jumpa kepitlah." sindir haura.

Adam mengambil menu menutup wajahnya apabila zulaikha memandangnya.
                               

"eh? Adam gurau je kot. Haura ni.. Janganlah terasa hati dengan abang adam."

"tak terasa pun. Alaa.. Kitakan ada beradik? So apasalah nya?" ujar haura.

Zulaikha hanya tersengih. Panas betul adam apabila haur kembali mengenakannya.

Nak sangat kepit kan? Kepit sekarang aku nak dengar! Senyap pulak kau ek.omel haura di dalam hati.

Kaw-kaw dia kenakan aku. Yang aku pun satu pergi cakap macam tu dekat dia kenapa, dah tahu perempuan depan kau ni sensitif. Aduh..bisik adam di dalam hati.

"akak tak nak makan ke?" soal haura.

"takpalah. Akak cuma jalan-jalan je dekat sini. Tadi hantar laila dekat amar. Suruh dia jaga kejab." ujarnya.

Haura mengangguk kepala, faham.

"abang amar sihat?" tanya haura.

Adam menghempas kuat buku menu itu ke atas meja apabila mendengar haura yang tiba-tiba menanyakan tentang amar.

"adam, kenapa?" soal zulaikha.

"dia sajalah tu. Abang amar kan suami kak zulaikha. Dia panas baran sikit bila dengar nama tu sebab dia takut akak masih cintakan amar." ujar haura.

"panas pulak aku dengan perempuan ni.." bisik amar.

Dia mengecilkan mata, menahan geram. Haura pula hanya tersenyum.

"takdalah. Kami cuma kawan je."

"bagus lah kalau macam tu. Ada peluang adam nak rebut akak balik."

"hahaha. Mana boleh. Adam kan cintakan haura.lagipun mana boleh dia kawin dengan akak. Kitakan adik beradik. Kalau akak kawin dengan adam, dia mesti kena ceraikan haura.jadi akak tak naklah pisahkan korang."ujar zulaikha.

Adam mengangguk setuju dengan apa yang zulaikha katakan.

"eh? Itu yang dia nak selama ni. Setakat tinggalkan haura takda hal lah. Adam kata dia boleh cari perempuan macam haura dekat pusat O.K.U. lagipun haura ni kan buta mana layak jadi isteri orang sempurna macam adam mikail." sindir haura.

Adam terdiam. Kali ini dia betul-betul terasa dengan apa yang haura katakan kerana itulah yang dia pernah ucapkan selama ni pada haura.

"kan adam kan?" soal haura.

Zulaikha memandang adam yang mengenggam kain meja.
         
"haura.. Tak baik cakap macam tu.."

Adam mengeluarkan beberapa duit kertas bernilai 10 ringgit dan meletakkan ke atas meja.

"balik!"

Adam terus bangun menarik tangan haura keluar daripada kedai itu.

"sakitlah!"

Haura menepis tangan adam apabila mereka tiba di kereta.

"Apasal kau cakap macam tu, huh?!"  soal adam,panas.

"cakap apa? Saya cuma cakap benda yang  betul. Kenapa nak marah? Bukan ke awak sepatutnya happy bila saya cakap macam tu? Ouhh..maybe awak takut zulaikha rasa bersalah. Jangan risau. Dia takkan rasa semua tu. Saya cakap macam tu supaya awak tak perlu lagi nak berlakon depan dia.  Saya nak awak kawin dengan dia, lamar dia. Dan ceraikan saya. Awak boleh bahagia dengan orang yang awak nak. Dan saya pun boleh bahagia macam dulu. Saya tahu awak menderita selama ni. Pagi, petang, siang, malam jaga orang buta macam saya. Saya tak nak susahkan awak lagi. Saya tak nak buat awak merana lagi dan pendam perasaan cinta awak pada zulaikha. Saya tahu betapa sakitnya kalau berada di tempat awak. Macam yang awak cakap dulu, awak takkan sesekali jatuh cinta dengan orang buta macam saya. Dan itulah yang saya sedang buat sekarang. Saya cuma nak tunaikan apa yang awak pernah cakap selama ni. Itu je." ujar haura.

Adam terdiam tidak tahu membalas apa.

"jangan bohong perasaan awak pada seseorang. Sakit tu awak tak boleh tahan. Awak memang mr. Arrogant tapi awak tak boleh sombong dengan semua benda di hadapan awak. Sebab kesombongan awak boleh buat awak kehilangan orang yang awak cinta iaitu zulaikha. Jangan seksa diri awak dengan saya. Jangan paksa untuk cintakan saya. Saya tak harapkan semua tu kecuali kebahagiaan awak, datin faridah dan semua orang." sambung haura lagi

"haura.. Aku.."

" its okay adam. Awak tak perlu nak ucap terima kasih dekat saya. Awak janji dengan saya, lepas saya jumpa datin faridah. Awak hantar saya balik kampung semula. Okay? Lets go."

Haura membuka pintu penumpang lalu masuk ke dalam kereta. Adam mengelap air matanya yang menitis jatuh.

Dia menoleh sekilas ke arah zulaikha yang  tercegat di hadapan pintu restaurant. Dia mendengar apa yang  haura katakan tadi.

"adam saya.."

"aku tak nak cakap dengan kau."

Adam terus masuk ke dalam keretanya. Zulaikha hanya mampu melihat  kereta yang di pandu pergi.

"kenapa kau cakap macam tu, dik? Dia ikhlas sayangkan kau sekarang.."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro