110

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Matahari sudah terpacak di atas langit, tangan haura menyentuh kain yang di balut pada matanya.

"eh, jangan sentuh!"

Adam menarik tangan haura yang hampir menyentuh kain itu. Haura baru saja selesai membuat pembedahan mata tadi.

"alhamdulillah dah sedar. Daripada semalam aku tunggu kau sedarkan diri. Ingat nak tidur sampai setahun." sindir adam.

"awak ni saya tengah sakit pun nak sindir saya macam tu. Takda hati perut langsung."

"memang pun. Dah lah aku nak pergi tandas kejab. Ambil ni."

Adam menyerahkan patung beruang dan kad board kecil yang di hias dengan manik. Dia terua berlalu pergi daripada situ.

"apa benda ni? Awak?" haura memanggilnya.

Namun tiada yang sahut. Dah keluar mungkin. Haura bangun perlahan-lahan, bersandar pada kepala katil.

"apa pulak mamat ni bagi.. "

Haura meraba patung beruang itu. Dia merasakan seperti ada butang di tangan beruang itu dan menekannya.

"selamat hari jadi, aku tahu hadiah ni tak seberapa tapi ini je yang aku mampu. Haura, aku bukan nak sombong dengan kau tapi aku malu nak luahkan perasaan aku dekat kau. Takut kau gelak pulak nanti. Tapi sampai bila aku nak seksa hati aku? Kan? Haura.. Sebenarnya aku dah lama suka kau. Sejak daripada mama dera kau, aku dah nampak keikhlasan kau jadi isteri aku. Aku minta maaf sebab layanan aku agak kasar dengan kau tapi sejujurnya aku memang sayang kau. Betul! Sumpah! Aku tak tipu. Aku tak pernah cintakan zulaikha sejak kawin dengan kau. Aku tak pernah terniat untuk lepaskan kau sejak aku kenal kau haura. Aku tak berani nak luah depan kau, so biar patung je lah yang jadi bukti untuk aku luahkan perasaan. Kalau kau cintakan mr. Arrogant macam aku. Aku pula cintakan mirs. Blind macam kau."

Rakaman suara terhenti setakat itu. Haura terdiam membisu. Dia meraba pula susunan manik di atas kertas kad board itu.

•   •  •         ••       •      • •             •    •
     •   ••              •           •       •    •
A  K  U       C     I         •         •
                                     N      T           A

•        •        •        •        •
• •                         • •
H.      A.      • •      •
                     U.     R.     A

"aku tahu bagi kau macam benda mengarut tapi aku memang suka kau." adam bersuara.

"tiada paksaan untuk awak cintakan saya?" soal haura.

"takda. Takda siapa paksa aku untuk suka kau. Memang dulu papa ada paksa tapi perasaan ini bukan disebabkan papa yang paksa. Aku betul-betul ikhlas nak jaga kau." ujar adam.

Haura tersenyum.

"zulaikha macam mana?"

"macam yang patung tu kata tadi. Aku tak cintakan dia melainkan kau seorang."

"jadi.. Selama saya takda dengan awak. Awak berkepit dengan zulaikha ke awak rindu saya?" soal haura lagi.

Adam menggaru kepalanya.

"alaa.. Kau ni banyak tanyalah. Aku dah suka tu suka lah! Main tanya soalan pulak."

"saya nak pastikan je. Jawablah.."

"yela aku mengaku aku rindu kau. Puas hati? Aku tak pernah pun terhegeh nak kan zulaikha lepas kawin dengan kau."

"habis tu kenapa awak suka marah saya?"

"saja. Jual mahal."

"heh, jual mahal lah sangat. Nampak ego adalah."

"dah nama pun jual mahal mestilah kena ego sikit."

Adam melangkah ke arah haura, dia melabuh punggung di ruang kosong sebelah isterinya.

"haura, kau masih nak aku lepaskan kau ke? Aku janji aku takkan jual mahal dengan kau lagi. Aku takkan sombong. Atau apa-apa yang buat kau sakit hati. Kali ni aku betul-betul nak jaga kau."

"betul? Tak tipu ek?"

"iye. Betul.."

"awak panggil saya sayang dulu."

"ish, mengadalah kau ni aku tum.."

"tadi awak kata awak tak nak berkasar dengan saya." celah haura.

Adam terdiam. Dia mengecilkan matanya. Haura ketawa kecil.

"takpalah, awak jadilah diri awak. Biarlah awak arrogant ke apa ke? Saya tetap terima awak sebagai suami saya. Janji awak jaga saya, awak pegang tanggung jawab awak." ujar haura.

Adam tersenyum.

"thank you haura!"

Dia memeluk haura sekuat yang mungkin, sehingga terlupa tengtang luka di perut yang belum pulih.

"sakit awak! Aduh!"

"sorry.. Sorry.."

Adam melepaskan haura, haura memegang perutnya yang sakit.

"lagi satu,kau tak bagi tahu aku pun kan kau mengandung? Tumbuk karang! Nasib baik doktor bagi tahu. Kalau tak.. Sampai kau dah perut buncit pun aku masih tak tahu."

"saya mengandung? Saya sendiri pun tak tahu." bohong haura.

Dari segi wajah haura yang asyik menahan tawa pun sudah tahu haura menipu.

"pandai kau bagi alasan ek. Geramnya aku.."

Adam memicit hidung haura.

"sakit! Awak tak kesian kan saya ke? Jahatlah awak ni."

"ala.. Gurau sikit je."

Adam melepaskan hidung haura dan memeluk bahu isterinya.

"yang dekat mata saya ni apa benda? Kenapa kena balut macam ni?" soal haura.

Dia menyentuh kain itu, adam kembali menarik tangan haura supaya tidak menyentuhnya.

"nanti kau akan tahu. Jangan sentuh kain ni selagi doktor tak suruh buka. Faham?"

"okay bos!"

"sayang kau." adam mencium dahi haura. Haura hanya ketawa kecil.

Kini semua sudah berada di dalam bilik pesakit. Zulaikha, Amar, laila, suraya termasuk dengan fatimah dan farid.

Haura di papah oleh adam, duduk di atas kerusi.

"are you ready, puan haura?" soal lelaki berbaju putih itu.

"ready untuk apa?"

"untuk lihat dunia."

"huh?"

Ikatan pada mata haura di buka perlahan-lahan. Haura membuka matanya sedikit demi sedikit kerana silau dengan cahaya lampu.

"buka mata perlahan-lahan puan haura..tenangkan diri." ujar lelaki itu.

Haura membuka kelopak matanya, dia terlihat kabur sahaja.
Lama kelamaan dia semakin jelas melihat persekitarannya.

"awak nampak apa?" soal lelaki itu.

Haura mendongak memandang keluarganya.

"keluarga saya."

"okay. Dia dah boleh nampak seperti biasa. Saya berikan masa untuk awak berjumpa dengan suami awak." ujar lelaki itu.

Adam menarik amar berdiri disebelahnya. Saja ingin menyuruh haura meneka, siapa suaminya yang dia tidak pernah lihat sebelum ini.

"mana satu suami saya?" soal haura.

Dia memandang suraya.

"teka lah." balas suraya.

Haura bangun perlahan-lahan daripada tempat duduknya, dia melangkah ke arah mereka berdua.

Haura berdiri di hadapan adam. Tergetar tangannya menyentuh wajah adam. Haura masih ingat lagi sentuhan pada wajah suaminya dahulu.

"seorang yang agak tinggi, berkulit putih.. Bibir merah.. " haura menyebutkan segala yang dia pernah teka dahulu.

"saya rasa awak." teka haura, air matanya menitis jatuh.

Adam tersenyum.

"okay, orang buta macam kau memang pandai teka." adam bersuara.

Terus haura memeluknya. Dia menangis sebak apabila melihat wajah suaminya buat kali pertama. Adam juga turut nangis.

"anak kita dah boleh nampak bang.." ujar fatimah.

"iye,saya nampak. Terharu betul." farid mengelap air matanya yang menitis kegembiraan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro