12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari berganti hari, hari yang dinantikan oleh fatimah dan farid iaitu kepulangan anak mereka Haura bersama dengan bakal menantu.

Bunyi hon kereta di tekan membuatkan farid dan faridah bergegas ke luar rumah. Ternganga mulut mereka melihat dua biji kereta mewah.

"Assalamualaikum!" salam diberi oleh adam dengan senyuman.

"wa.. Walaikumsalam." balas serentak farid dan fatimah. Mereka berjalan menuju ke arah adam dan haura.

"maaf mak cik, pak cik.. Kami sampai lambat sikit. Jalan jem teruk tadi." ujar adam.

"eh takpa. Jemputlah masuk!" pelawa fatimah.

Adam mengangguk kepala. Dia menoleh ke belakang memandang dato dan datin yang masih berada di dalam kereta. Kelihatan seperti adam mengajak mereka masuk ke dalam rumah, namun puan faridah enggan.

"jom lah, anak kita dah panggil tu."

"awak masuklah sorang. Saya takut rumah kayu tu runtuh." sindirnya.

"Ya Allah. Tak baik hina rumah orang macam tu. Ikut awaklah! Biar sesak nafas dalam kereta." degus anuar.

Dia terus melangkah keluar daripada kereta mengikut mereka masuk ke dalam rumah. Meninggalkan puan faridah berseorangan dalam kereta.

Bergetar tangan fatimah menghidangkan air pada tetamunya hari ini. Berdebar menantukan seorang lelaki kaya yang kacak pulak tu. Adam pula hanya tersengih.

"jem..jemputlah minum." pelawa fatimah.

Mereka mengangguk kepala.

"sebenarnya saya datang sini sekali sebab nak terus masuk meminang haura. Yela, tak elok berlama lama ni. Takut jadi benda yang tak di inginkan." ujar anuar.

"bagus juga kalau dipercepatkan pun. Anak saya tu memang dah lama single." balas farid.

"Ayah!"

"hahaha, kalau boleh lagi cepat lagi bagus kan?" soal anuar.

Farid mengangguk tanda setuju. Dahaga pula rasanya, Adam menarik cawan teh itu lalu meminumnya.

"tapi lagi elok kalau kita nikahkan je esok!" cadang anuar.

"PURGHH!!" tersembur air teh yang di minum adam sehingga terbatuk batuk.

"ya Allah.. Apa pengotor sangat kamu ni adam!"

"ma.. Maaf pa. Air ni panas sangat. Err.. Tandas kat mana cik?" soal adam, mengubah topik. Fatimah menunding jari ke arah dapur.

Adam pun bangun melangkah menuju ke sana.

"habis baju aku.." rungut adam dengan meliha bajunya yang sedikit basah. Dia mencari tandas yang dikatakan di dapur namun tidak menjumpainya. Dia melihat wanita bertudung bawal yang sedang memotong buah epal itu.

"Err.. Adik.. Tandas dekat mana ek?" tegur adam.

"tandas dekat sa.. " kata2 wanita itu terhenti saat menoleh memandang adam.

Terbeliak biji matanya melihat wanita itu adalah zulaikha. Lama pandangan diantara mereka.

"Ad.. Adam?" zulaikha meneka nama itu. Dia masih ingat. Zulaikha memerhatikan daripada kaki sehingga ke atas. Memang banyak yang berubah, daripada seorang lelaki biasa kepada lelaki yang hidup mewah.

"Awak.." tegur haura yang muncul secara tiba2. Adam mengalihkan pandangan ke arah lain.

Haura dapat menghidu bau haruman minyak wangi wanita, pasti itu kakaknya.

"ouh.. Kak zulaikha ada dekat dapur ke? So? Kak zulaikha.. Ini adam. Adam, kak zulaikha." ujar haura memperkenalkan diri diantara mereka.

"adik.. Kenapa adik tak bagitau akak yang.."

"Haura ikut saya kejab." adam mencelah, dia menarik tangan haura melangkah ke belakang rumah.

"kenapa ni?" soal haura. Adam melepaskan tangannya apabila sudah jauh dariapda zulaikha.

"kenapa kau tak bagitau aku kakak kau zulaikha?!"

"yang awak ni nak tinggi suara kenapa? Awak tak pernah tanya pun pasal keluarga saya kan?!"balas haura.

Adam mendiam. Memang betul pun dia tidak pernah tanya siapa haura sebelum ini.

"lagipun kenapa kalau zulaikha tu kakak saya? Bukannya ex awak pun kan?!" degus haura.

Adam tidak membalas apa, haura dapat merasakan bahunya di langgar kasar oleh lelaki itu. Marah ke?

Selesai berbincang soal perkahwinan, akhirnya tarikh pernikahan ditetapkan pada lusa. Ye, memang cepat. Lagi cepat pernikahan, lagi cepat dia dapat elakkan diri daripada berkahwin dengan mel.

"Bye, mak!" haura melambai tangan sebelum masuk ke dalam kereta. Fatimah dan farid tersenyum memandang haura yang kelihatan bahagia.

Adam pun mula mengundurkan kereta, dan memandu pergi. Setelah rumah kayu itu jauh daripada pandangannya adam mula membuka suara.

"mana suami kakak kau?"soal adam.

Haura mengerut kening. Mana dia tau zulaikha ada suami?

"awak kenal kakak saya ke?"

"yes. Dia cinta pertama aku."balas adam, membuatkan haura tercengang.

"laa.. Patutlah macam marah bila jumpa kakak. Kiranya.. Kakak saya tu ex awaklah? Siapa tinggal siapa?" soal haura, sibuk saja ingin tahu.

"aku tanya mana suami dia. Yang kau sibuk nak tau siapa tinggal siapa ni kenapa?" degus adam.

Haura mencebik mulut.

"suami dia dah ceraikan dia. Dah lama dah. Diaorang kawin setahun aje, lepastu bercerai. Sekejab je. Amar kata.. Kakak pemalas dan tak tau jaga suami."ujar haura.

"Maybe dia masih sayangkan aku?"

"hei, awak dah nak kawin dengan saya tau! Jangan tiba2 buat kerja bodoh pulak ek."

"apa salahnya? Aku boleh buat Everyting yang aku nak. Kau siapa nak halang?"

"ini salah satu punca saya takut sangat nak kawin dengan orang macam awak. Orang macam awak ni cuma fikir tentang diri dia aje. Tak fikir perasaan orang lain. Awak jangan ingat saya buta tapi saya takda perasaan tau. Yes, memang awak boleh buat apa saja yang awak nak. Tapi itu tak bermakna awak boleh mainkan saya." ujar haura.

Adam tidak membalas apa. Hanya suara ketawa sahaja dia mendengar. Dia ingat aku main-main ke?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro