15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari pernikahan mereka sudah pun tiba, mereka hanya memakai baju kurung dan baju melayu biasa. Tidak seperti pengantin lain. Majlis pernikahan mereka di lakukan di masjid.

Semua orang berada di situ termasuk wartawan.

Adam menoleh sekilas memandang zulaikha yang memandangnya. Kau tak boleh batalkan perkahwinan ni hanya kerana zulaikha, adam! Kau tak boleh tunjuk yang kau masih cintakan dia! Bisik hatinya.

Mesti dia nak dekat aku semula. Daripada pandangan pun dah dapat teka. Omel zulaikha, dan ketawa kecil.

"boleh kita mulakan sekarang?"tanya imam yang berada di hadapan adam.

Adam mengangguk kepala, begitu juga dengan saksi-saksi yang berada di belakang adam.

"Adam Mikail bin Anuar ibrahim, aku nikahkan dikau dengan Nurul Haura binti farid dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."

"aku terima nikahnya Nurul Haura binti farid dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."

Hanya dengan sekali lafaz adam melafazkan nikahnya, Haura sudah bergelar isteri yang sah. Zulaikha pula menjeling mata, ingatkan nak batalkan.

Selesai mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam tersebut. Adam bangun melangkah ke arah haura dan duduk dihadapannya.

Cincin yang berada di dalam kotak di ambil, lalu disarungkan pada jari manis haura. Setelah itu, haura menyalam tangannya. Haura kembali mengangkat kepalanya setelah beberapa minit.

"okay, ciumlah isteri kamu, adam." arah anuar.

Adam tersengih dan mengangguk kepala. Lambat-lambat dia mendekatkan bibir pada dahi isterinya. Rasa malu, berdebar semuanya ada. Tanpa menunggu lagi, adam terus mengucup dahi isterinya. Haura dapat merasakannya.

"nice!" ucap photographer yang mengambil gambar mereka.

Majlis kecil kecilan di lakukan di masjid itu juga. Hanya memberi nasi tomato sahaja untuk para tetamu. Zulaikha memandang adam yang tercegat di depan pintu masjid, melihat cincin yang berada di jarinya.

Peluang aku nak borak dengan dia. Bisik zulaikha. Dia pun melangkah ke arah adam. Tudung di betulkan sedikit.

"Selamat pengantin baru, Adam."ucap zulaikha dengan tersenyum.

Adam mengangkat kepala memandangnya.

"Adam.. Are you happy with haura? Yela, tadi pun macam menggeletar aje."

"biasalah. Orang mana yang tak Nervous bila tengah lafaz nikah." balas adam.

"awak masih ingat saya kan? Takkan tak ingat sebab saya kan.."

"Kalau saya ingat sekalipun kenapa? Saya dah kawin. Saya tak boleh tinggalkan haura ikut sedap hati saya aje." adam memotong kata2 zulaikha.

Zulaikha tersengih.

"thats mean you still love me, right?" soal zulaikha.

Adam tidak menjawab apa. Dia terus berlalu pergi ke arah haura yang sedang berbual dengan ayahnya. Zulaikha hanya tersenyum menyenget.

"tak nak mengakulah tu. Haha."

Selesai saja majlis mereka,dan mengemas. Akhirnya mereka semua pulang ke rumah ingin berehat. Haura menggantung baju nya di almari, dan hanya memakai t-shirt biasa sahaja.

Buk!

Bunyi seperti benda keras jatuh ke lantai, haura pun menuju ke arah bunyi itu dan menunduk mengambilnya. Dia meraba benda itu, serta mencium baunya. Peti kecil rupanya.

"kau jangan ingat kau boleh bahagiakan anak aku." satu suara terdengar. Pasti itu datin faridah.

"ha?"

"aku kenal anak aku. Anak aku takkan terpikat dengan perempuan macam ni. Mesti korang ada plan kan? Takpa.. Kau ingat ek perempuan. Kau takkan lama duduk dekat rumah ni. Dan aku akan pastikan kau keluar dari sini tanpa arahan aku."degusnya.

"tapi Adam.."

"adam apa? Kau ingat anak aku suka kau? Jangan mimpilah. Anak aku tu sebenarnya syok dekat kakak kau tu. Bukan kau. Takkan kau sendiri tak nampak layanan dia dengan kakak kau tadi? Ops! Lupa.. Kau buta kan? Mana nak nampak semua tu." sindirnya.

"and kau takkan dapat bahagiakan adam,dan adam akan ceraikan kau! Perempuan macam kau tak layak jadi isteri dia." sambung faridah lagi.

Faridah hanya tersenyum puas membahan wanita buta dihadapannya. Haura tidak mambalas apa2, hanya menunduk kepala. Faridah pun mengangkat kaki pergi apabila mendengar ada tapak kaki berjalan menuju ke arah mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro