29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Adam dan haura baru saja pulang. Mereka melangkah masuk bersama.

"Adam!" sapa faridah yang duduk di ruang tamu. Adam menjeling mata, melihat mel juga turut berada di situ.

Mereka berjalan menuju ke arah adam.

"hai, sayang. Jom pergi shopping?" ajak mel.

Adam memandang haura. Faridah mengeluh kecil. Pasti adam tidak mahu mengikut mel hanya kerana haura.

"haura.. Bolehkan kalau suami kamu keluar dengan mel berdua? Alaa..pergi shopping je pun.bukan hotel." faridah bersuara.

"bo.. Boleh.." balas haura, gagap.

"hei, no! Aku tak naklah.. Cakaplah kau tak izinkan!" bisik adam.

"ta..tapi.. "

"cakap je lah!"

"saya.. Sa.. Saya.."

"CAKAP JE LAH!!" bentak adam, membuatkan haura tersentak. Begitu juga ibunya, faridah. Tidak pernah adam menengking begini.

"Susah sangat ke nak cakap?! Huh? Haura tak izinkan! Full stop! Dan kau,mel tak payah nak sibuk runtuhkan rumah tangga oranglah! Mama pun satu nak sangat perempuan takda maruah ni kenapa?! Semua sama je lah!! "

bentak adam, tangan haura yang menggengam lengannya di tepis kasar. Adam terus melangkah naik ke bilik. Mungkin dia marah kerana haura tidak membelanya.

"anti.. Apa ni?" rungut mel dengan suara gedik.

Faridah menjeling tajam ke arah haura. Dis tidak tahu ingin berjalan ke mana. Kenapa adam tinggal aku? Aku mana tahu nak lalu mana.

"ni semua salah kau perempuan! Disebabkan kau,anak aku berani tinggikan suara dekat aku! Bodoh punya orang buta!" sinis faridah.

Haura mendiam.

"dasar isteri plastik!! Buta pulak tu! Jijik!" sindir mel pula, dan menolak haura sehungga mundur ke bekakang. Mujur dia sempat menahan dinding, jika tidak sudah terjatuh.

Faridah dan mel pun berlalu pergi meninggal haura bersendirian di ruang tamu.

"Siti.."panggil haura.

"ye, puan haura!" sahut sikit, dia berlari anak ke arah haura.

"saya nak naik ke bilik."

"mari saya tolong puan haura. Hati-hati ye." siti memimpin haura naik ke tingkat atas.

"siti, adam memang kuat marah ke?"soal haura.

"hmm.. Sejak dia putus cinta dengan ex girlfriend dia memang adam dah berubah." ujar siti.

Haura mengangguk faham.

"haura memang kena bersabar sikit dengan adam. Tak lama lagi dia okaylah. Tengok kak siti! Okay je layan adam."

"siti dah kenal adam lama. Haura baru sekejab."

"ish, nanti lama-lama okaylah. Silap-silap puan haura akan termimpi mimpi adam sebab rindu." ujar siti. Mengambil hati haura.

Haura ketawa kecil. Mereka berhenti apabila sudah sampai di hadapan bilik adam.

"siti sambung kerja dulu ye." pintanya. Haura mengangguk. Siti pun melangkah pergi daripada situ.

Tok! Tok! Tok!

Haura mengetuk pintu. Baru saja dia mahu memulas tombol pintu adam sudah membukanya. Tiba-tiba, haura tersentak saat terasa seperti dirinya di peluk erat.

Adam memejam matanya, erat dia memeluk tubuh isterinya. Tangan kanan mengusap kepala haura.

"sorry sebab aku tengking kau. Aku takda niat nak buat macam tu. Aku cuma nak kau bela aku bukan mama. Aku syurga kau haura." ujar adam.

Siti yang melihat adegan sweet itu menggigit jari. Tidak pernah melihat adam melayan begitu baik sekali.

"ta.. Takpa.. "balas haura gagap. Adam melepaskan pelukan. Dia menoleh memandang siti yang tercegat di tangga.

"kau tengok apa siti?! Sambung kerja!" arah adam, tegas.

"ba.. Baik encik adam!" terus siti berlari turun daripada anak tangga. Tahu pulak takut.

Adam kembali memandang haura, dia menggosok kepala isterinya dengan tersenyum.

Dia ni suka aku ke benci aku sebenarnya ni?tak faham betullah layanan adam ni. Ini kalau masuk soalan periksa mesti KBAT aku nak jawab. Omel haura.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro