36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari berganti malam, haura mengusap kepala suaminya yang lena ketiduran. Takda lah susah mana layan adam.

Haura menarik tangannya, dia bangun ingin menuju ke tandas. Tingkap yang berada di belah kiri terbuka dengan sendirinya, tiba-tiba haura tergelincir jatuh akibat lantai yang lincin. Terasa seperti ada angin yang kuat berselisihan dengannya.

"apa tu?"soal haura. Meremang sudah bulu romanya.

"Ya, Allah! Haura!" adam yang terjaga terus melompat turun daripada katil. Dia memapah haura untuk bangun menuju ke katilnya semula.

"macam mana boleh jatuh ni?" soal adam, sudahlah kaki haura belum baik lagi. Adam mengurut kaki isterinya yang terseliuh itu.

"Arhh.. Sakitlah awak."

"memanglah sakit. Tahanlah sikit.. Yang gatal pergi sana buat apa?" degus adam.

Haura mencebik. Adam melepaskan kaki haura sebaik sahaja sakit itu hikang sedikit. Adam menepuk bantal, dia menarik bantak itu ke tengah.

"tidur dengan aku malam ni. Kesian kau. Dengan kaki sakit apa semua."

"muat ke?"

"Muat.. Katil ni besar. Khas untuk orang kaya macam aku. Tapi kau jangan ambil kesempatan pulak!"

"tak da maknanya nak buat semua tu."

"manalah tau kau terdesak nak aku." sindir adam.

Dia bergenjak sedikit beri ruang untuk haura naik ke atas katil. Dia membaringkan haura, selimut ditarik menutupi tubuh haura. Memang agak berhimpit sedikit. Tapi takpa! Demi keselamatan.

Aku nampak haura. Aku nampak.. Diaorang memang dah melampau. Nasib baik kau sempat elak daripada terkena santau angin tu. Omel adam.


Hari pun berganti pagi, perlahan lahan adam membuka kelopak mata. Tersedar dirinya memeluk tubuh haura. Pantas adam menolak haura.

KEDEBUK!!

"aduhh.. Apahal pulak ni?" soal haura, dengan menyentuh pinggang belakangnya. Sakit jatuh daripada katil.

"kau sajakan nak ambil kesempatan?"

"kesempatan apa pulak awak ni? Awak yang suruh saya tidur atas katil dengan awak kan? Lepastu nak tolak pulak." ujar haura.

Haura pun bangun daripada terduduk di lantai. Adam mengangkat kening sebelahnya. Terlupa pula dia yang arahkan haura untuk tidur di sebelah.

"Lain kali.. Dah tahu tak suka saya. Tak payah nak pelawa tidur sama2. Buat sakit aje!" degus haura.

Haura melangkah mencapai tongkatnya, dan berjalan ingin ke tandas yang tidak jauh darinya.

"kau marah aku ke?"soal adam, menghentikan langkah haura.

"maaflah. Aku bukannya tak suka kau tidur atas katil dengan aku tapi.."

"saya faham. Tak payahlah nak minta maaf. Saya sedar saya siapa. Orang buta yang menumpang kasih sayang orang lain." balas haura.

Membuatkan adam terdiam tak terkata apa. Haura meneruskan perjalanannya ke arah tandas. Meninggalkan adam seorang diri di atas katil.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro