56

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Haura menangis bersendirian, adam melangkah ke arahnya. Dia melabuh punggung disebelah haura.

"kau terasa dengan kata-kata mel ke? Alaa.. Aku tak kesah pun kau tahu atau tak makanan fevret aku. Bukannya penting pun. Tak payah nangis lah." pujuk adam.

"betul kata mel tadi. Baik awak kawin dengan zulaikha daripada orang buta macam saya." degus haura.

Adam mengeluh kecil, dia menarik haura dalam dakapannya.

"kau nak tahu apa beza kau dengan zulaikha?" tanya adam.

Haura mengangguk ingin tahu. Adam tersenyum.

"bezanya.. Zulaikha dia sempurna tapi malang sekali hati dia buta. tapi kau buta di mata, tapi kau tak buta pada hati." ujar adam.

"berjiwang pulak awak ni."

"apa pulak jiwang? Aku cakap benda betul. Aku ni nampak aje macam garang tapi sebenarnya aku ni baik aje." ujar adam.

Haura menolak adam untuk melepaskan pelukan. Adam kalau puji diri sendiri memang nombor satu.

"awak pergi lah turun bawah. Diaorang dah masak untuk awak kan? Kesian pulak nanti."

"makan? Aku tak nak makan daging bakar tu."bantah adam.

Haura mengerut kening.

"habis awak nak makan apa?"

"aku nak makan kau. Boleh tak?" adam mendekatkan dirinya dengan haura.

Pantas haura menolaknya.

"jangan nak mengada ek! Gatal! Gedik! Mengada!" ejek haura.

Adam ketawa kecil. Comel melihat haura memarahinya walau dalam keadaan hati terluka.

"aku suka lah tengok kau marah. Rasa geram je." ujar adam.

Haura sudah menjauhkan jaraknya.

Lain macam ayat mamat ni malam ni. Sewel ke apa? Meremang pulak aku.bisik hati haura.

"baiklah si buta, aku nak mandi kejab. Kau tunggu sini. Jangan keluar." arah adam, dia mengusap kepala haura sebelum melangkah ke arah bilik air.



Jam sudah menandakan pukul 2 pagi. Namun zulaikha masih belum melelapkan mata. Dia teringat tentang kejadian tadi.

"adam tak pernah garang macam tu sebelum ni. Masa dia couple dengan aku pun takda lah protect aku macam tu sangat. Takkan dia dah sayang haura?" soal zulaikha pada dirinya.

Dia bersandar pada kepala katil. Teringat pula pada kenangan lama.

3 tahun yang lalu..

"awak.. Macam mana kalau awak tinggalkan saya?" soal zulaikha kepada adam yang sedang memberi ikan makan.

"saya takkan tinggalkan awak. Saya kalau dah sayang. Sampai bila-bika saya sayang." ujar adam.

"iye ke? Mana tahu satu hari nanti awak jatuh cinta dengan orang lain. Saya awak nak campak mana?"

"ish,jangan cakap macam tu. Saya cuma sayang awak seorang saja. Tiada siapa boleh gantikan keayuan awak zulaikha." ujar adam.

Tersengih zulaikha mendengarnya.

Selepas mengingatinya, sedih pula rasa apabila dia pula yang meninggalkan adam.

"kalau aku tahu kau akan jadi macam ni, aku takkan tinggalkan kau adam." luah zulaikha.



"awak! Awak dah tidur ke?" tegur haura yang masih belum terlelap. tiada sahutan daripada adam. Mungkin dah tertidur.

Haura tersenyum. Inilah saja peluangnya meluahkan apa yang terpendam.

"awak, terima kasih tau sebab jaga saya selama ni. Saya terharu sangat sebab awak sanggup protect saya daripada mama dengan mel." ujar haura.

"saya harap, lakonan awak tak kantoi depan mama. Lakonan awak memang nampak real, macam kita ni suami isteri yang bahagia. Tapi tu lah.. Ramai dah tertipu." sambung haura.

"awak.. Saya teringin nak pegang tangan awak. Saya pegang sekejab je ek." pinta haura.

Dia mencari tangan adam, setelah menjumpainya dia menggenggam. Adam tersenyum, tak tidur lagi rupanya.

"lembutnya tangan awak. Saya boleh teka awak ni jenis macam mana. Mesti baik hati." haura meneka.

Adam menahan ketawa. Dia membalas genggaman tangan haura. Haura mula berubah muka.

"awak tidur ke belum?" tegur haura.

Adam menutup mulutnya dengan tangan kiri. Dia tidak dapat lagi menahan tawa. Tersentak haura mendengar gelakan adam.

Ya Allah malunya aku! Dia tak tidur lagi. Mesti dia dengar semua yang aku cakap tadi.omel haura.

Haura menarik tangannya semula, namun adam menggenggam kuat. Dia tidak mahu melepaskan tangan haura.

"so sweet lah, haura. Cakap lagi sekali aku nak dengar."

"awak saja kan? Lepaslah!"

"eh,tadi bukan main manja kau cakap dengan aku. Sekarang kasar pulak ek."

"suka hati saya lah! Ish, Lepaslah adam!"

Haura mecuba menolak tangan adam yang menggenggam tangannya dengan menggunakan tangan lagi situ. Namun adam lagi kuat.

"tak payah malulah dengan aku. Suami kau jugak, kan?"

"tak kesahlah suami ke apa? Lepaslah adam..saya gurau je tadi!"

"ye lah tu, gurau. Aku takkan lepaskan tangan kau. Sampai esok, selagi kau tak cakap benda tu." ugut adam.

Haura mengetap bibir. Terpaksa juga dia mengulagi ayatnya tadi.

"terima kasih!"

"sebab?"

"protect saya.. " balas haura dengan perlahan. Malu pulak rasanya.

Adam tersenyum.

"takkan terima kasih je? Aku susah payah protect kau, mestilah kena ada ganjaran lebih."

"apa pulak awak nak malam-malam ni?" tanya haura.

"aku nak kau sentuh muka aku sekali lagi. Best pulak kau sentuh aku masa dekat kampung pagi tadi." ujar adam, membuat permintaan.

"ish, yela!"

Haura bangun duduk di atas katil, adam juga turut menukar kepada posisi duduk. Dia mendekatkan jaraknya dengan haura.

"lepaslah tangan saya."

"takpa. Satu tangan je."

"banyak songeh lah awak ni!" ejek haura.

Haura pun menyentuh wajah adam, tersengih adam apabila haura membuat begitu. Mata haura yang terbuka, di tenung adam. Rasa seoalah olah haura seperti manusia normal yang tidak buta.

"aku pun nak ucapkan terima kasih sebab kau layan mama dengan baik." ucap adam.

Haura berhenti menyentuh wajah adam, baru saja dia ingin menarik tangan, adam sudah menarik tangannya.

Kedua belah tangan haura di pegang.

"apa awak ni.. Tadi kata suruh sentuh muka lepastu, pegang tangan saya pulak. Apa awak nak sebenarnya?"

"eleh.. Kau mesti suka aku buat macam ni kan?"

"mana ada! Dah malamlah.. Nak tidur." rungut haura.

"tadi elok je kau berjaga."

"ish, awak ni.. Saya betul-betul mengantuklah."

"kiss me first!"

"huh? Tak nak lah. Eeii.. "

"kalau tak aku akan tetap pegang kau macam ni."

"eleh.. Tadi pun awak kata macam tu. Jangan harap saya nak percaya!" degus haura.

Adam mengangguk kepala.

"takpa.. Biar aku yang buat!"

Adam terus menarik kepala haura dekat dengan wajahnya, dapat dirasa deruan nafas adam di pipinya, sentuhan lembut di bibir membuatkan haura terkaku.

Adakah aku sedang mimpi sekarang?

"ish! Apa awak ni!" haura menolak adam.

Dia terus turun daripada katil dan baring di lantai. Selimut di tarik hingga menutup kepalanya. Adam tersenyum manis.

"thank you, my sweet heart." ucap adam, sebelum baring.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro