70

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari berganti malam, majlis besar-besaran di lakukan di rumah faridah dan anuar. Ramai orang yang di jemput, kebanyakannya daripada kawan-kawan dan pekerja.

"Pegang tangan aku. Nanti sesat, aku jugak yang susah." sindir adam.

Haura pun memegang tangan adam, mereka berjalan ke meja yang di penuhi makanan.

"awak pasti ke mama nak makan? Nanti tak habis, membazir aje." rungut haura.

"ish,kau letak je lah. Aku yakin, mesti habis punya." ujar adam.

Dia meletakkan bekas yang berisi kek coklat ke atas meja.

Pap! Pap!

Datin faridah menepuk tangannya. Semua mengalih perhatian padanya.

"pengunguman! Sempena ulang tahun perkahwinan saya dan suami saya, anuar. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dato dan datin yang sudi datang. Dalam kesempatan itu, saya ingin mengumumkan. Anak sulong saya, adam mikail bakal bernikah hujung minggu ini." umum puan faridah secara terbuka.

Mereka semua menepuk tangan. Mel jiga turut berada di situ.

"perkenalkan.. Ini adalah menantu saya. Melina Damra!" ujar faridah dengan memperkenalkan mel.

Mel Tergedek-gedek berjalan ke arah faridah, menonjolkan dirinya dengan senyuman manis. Adam pula sudah Menyampah.

"dan anak saya.. Adam mikail!"

"kau tunggu sini kejab ek. jangan pergi mana-mana." pinta adam.

Dia melepaskan tangan haura yang memegang bajunya dan melangkah ke arah faridah untuk memperkenalkan diri.

"melina sememangnya menantu pilihan saya. Saya berharap hubungan mereka akan kekal sehingga ke jannah. Amin!" ucap faridah.

Mel mengangguk setuju, tangan adam di peluknya kuat. Haura pula kelihatan kecewa, mengapa dia tidak tercalon dalam menantu pilihan faridah.

"ish,kau ni..tak payah peganglah!" adam menolak mel ke tepi.

"you sanggup tolak i? Ramai orang tengok tau!" ugut mel, dia kembali memeluk lengan adam.

Naik rimas adam di buatnya.

"adam sememangnya cintakan i dah lama. Sebelum ni dia menjalinkan hubungan dengan perempuan buta, but now.. Dia lebih menyayangi i daripada bekas kekasih dia. Iaitu haura!" umum mel kepada semua orang yang berada di situ.

Haura terus melangkah pergi daripada situ, dia tidak sanggup berdiri lama. Takut air matanya menitis.

"kau pahal cakap macam tu,huh? Mentang-mentang dekat sini ramai orang. Kau berani tunjuk belang kan?" bentak adam secara berbisik.


Haura berdiri di hadapan kolam renang, dia hanya mampu tersenyum dengan menyorokkan kesedihannya.

"dekat sini rupanya kau menyorok. Puas aku cari dekat dalam." tegur adam.

Dia menuju ke arah haura.

"kau menangis ke?" tanya adam. Haura menggeleng dengan senyuman.

"tak. Awak ada nampak air mata saya ke? Takda masa saya nak menangis dekat sini." ujar haura, berlagak.

Adam menyelut tangan ke dalam poket seluarnya.

"manalah tau, kau terasa dengan kata-kata mel. Dia tu memang mulut calupar sikit. Kalau takda orang tadi dah lama aku bagi penumbuk." ujar adam.

Haura ketawa kecil.

"rimas tau..Sikit-sikit nak peluk aku depan orang ramai." rungut adam.

"heh, rimas konon. Dalam hati siapa tahu?" ejek haura.

"kau cakap apa?"

"takda apa."

"hei,kau jangan ingat aku pekak ek. Amboi, bukan main lagi kau kutuk aku. Aku cakap betullah,aku tak suka mel peluk aku. Tapi... Aku suka buat dengan kau."

Ujar adam lalu terus memeluk haura daripada belakang.

"eh? Apa ni.. Lepaslah! Malu orang tengok tau tak?!"

"mana ada orang dekat sini. Aku takkan lepaskan kau sampai bila-bila." ugutnya.

Haura masih cuba untuk melepaskan diri, namun apakan daya dia tidak kuat.

"ish,awak ni.. Malulah. Nanti ada orang datang macam mana? Lepaslah."

"biarlah.. Aku suka peluk kau. Kalau boleh aku akan peluk kau sampai kau rimas dengan aku."

"mengadalah awak ni!"

"biarlah mengada pun. Janji kau milik aku selamanya dan aku takkan lepaskan kau kecuali mati." ujar adam.

Haura berhenti meronta, dia terkaku dengan kata-kata adam.

"apa maksud awak ni?" soal haura. Adam hanya tersenyum.

"ini maksud dia!"

Adam terus menggeletek pinggang haura, ketawa besar haura di buatnya. Nampak bahagia aje.

"Sweet nampak.." tegur mel.

Adam berhenti berbuat begitu. Mel memeluk tubuhnya.

"kau buat apa dekat sini?" soal adam.

"mama panggil you." ujar mel.

"okay. Tunggu sini kejab ek." pinta adam pada haura.

Dia melepaskan haura dan melangkah pergi. Segelah kelibat adam menghilang, mel meluru ke arah haura.

"aku tak suka korang buat sweet macam tadi." degus mel.

"tak suka atau suka, adam tu suami aku. Nak tak nak, kebahagian perlu di kongsi." balas haura.

"kebahagiaan? Kau yakin ke adam suka kau?" soal mel.

"dan kau yakin ke dia nak kawin dengan kau?" aku pula yang menyoalnya kembali.

Mel menggenggam buku lima. Panas dengan balasan daripada haura.

"mulut kau ni memang boleh tahan kurang ajar kan? Harap aje buta tapi mulut puaka!" sinis mel.

Haura tersenyum sinis.

"yela. Aku minta maaf. Sudahlah, rasanya kita tak perlu bergaduh berebut adam. Aku rasa kau dah dapat apa yang kau nak jadi.. Kita berbaik je lah."

Haura menghulur tangannya ingin berjabat tangan. Mel tersenyum menyenget.

"ini cara aku berbaik!" mel terus menolak haura jatuh ke dalam kolam.

Datin faridah sedap menjamu kek coklat yang berada di dalam bekas kecil. Adam melangkah ke arah faridah.

"hei, kamu kan tak boleh makan benda manis. Sudahlah tu!" anuar merampas kek yang di makan faridah.

"saya laparlah! Kek tu sedap! Bagi saya balik!" faridah cuba merampas keknya semula.

"mama. Ada apa panggil adam?" soal adam.

Faridah mengerut kening.

"bila masa mama panggil? Mama tengah mempertahankan kek mama ni." ujar faridah.

Adam melihat kek di tengan faridah dan tersenyum.

"kek haura buat tu. Takpalah adam pergi dulu."

Adam terus berlalu pergi. Faridah pula tergamam. Tidak sangka dia menghabiskan kek air tangan menantu butanya sendiri.

Tenggelam timbul haura di buatnya. Mel pula hanya memeluk tubuh dan berpuas hati.

"aku akan pastikan adam dengan kau takkan kekal lama!" sinisnya.

Mel menoleh sekilas ke arah adam yang menuju ke arah mereka. Terus dia berlakon cemas.

"sayang?! Tolong haura, sayang!! Dia bunuh diri!!" jerit mel.

Adam yang mendengarnya terus berlari ke kolam. Terkejut adam melihat haura sudah separuh lemas. Terus dia melompat masuk ke dalam air.

Semua orang meluru ke arah kolam renang, melihat apa yang sudah terjadi. Adam mengheret haura naik ke atas. Haura sudah tidak sedarkan diri.

"haura bangun haura!" kejut adam. Dia mendekatkan telinga pada hidung haura.

Dia masih lagi bernafas. Mungkin terminum banyak air. Tanpa berfikir panjang adam terus melakukan pernafasan mulut ke mulut.

"Uhuk!!" tersembur air keluar daripada mulut haura.

Adam menggosok badan belakang haura.

"Adam! Bawa dia ke hospital cepat!" arah, anuar tegas.

"baik, pa!"

Adam terus mengendong haura pergi. Faridah memandang mel, tertanya-tanya apa yang sudah berlaku. Mel pula hanya tersengih.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro