88

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"anti, mel pergi ambil air untuk anti ye." pinta mel, dia pun berjalan pergi ke dapur. Haura pula masuk ke dalam bilik, faridah sudah menjeling.

"assalamualaikum, datin." sapa haura, dia menghulur tangan ingin bersalam. Namun faridah mengabaikannya.

"sorry. Tangan aku tak boleh nak pegang orang jijik macam kau! Dah lah buta, kotor! Miskin pulak tu." sinis faridah.

Haura menjatuhkan tangannya,dia tersenyum menyenget.

"datin.. Saya ada bawakan makanan untuk datin. Kek coklat. Adam pernah cakap dekat saya yang datin suka kek coklat yang haura masak." ujar haura.

Haura menghulur bekas plastik pada faridah,namum di tepis kasar sehingga tertumpah ke lantai.

"bila masa aku suka masakan orang buta?! Hei, aku jadi macam ni semua di sebabkan orang macam kau! Anak aku tinggalkan aku, sanggup malukan keluarga dia sendiri disebabkan perempuan macam kau! Kau dah hancurkan masa depan anak aku dan kau didik dia jadi kurang ajar dengan mak dia sendiri. Kau memang tak tahu malu ek?!"

"apa salah orang buta macam saya datin? kenapa mel buat banyak kesalahan datin boleh maafkan. Sedangkan saya tak pernah sakitkan datin." rungut haura.

"mel tu menantu pilihan aku! Dia cantik, kaya! Tak cacat macam kau. Sesuai untuk jadi isteri adam. Bukannya kau.. Buat malu aku je dapat menantu buta."sinisnya.

Haura mengangguk faham.

"apa yang boleh buatkan datin terima saya?"

"takda apa yang boleh buatkan aku terima kau! Kecuali kau mati! Lagi bahagia hidup aku. Takdalah tanggung malu."

"kalaulah itu yang jadi masa kemalangan dulu.. " ujar haura.

Faridah mengerut kening. Dia memandang haura yang tersenyum sinis.

"datin.. " haura menyentuh tangan faridah, namun faridah menolaknya sehingga jatuh ke lantai.

"jangan sentuh aku lah! Heh! Bodoh punya perempuan buta! Kau lebih baik keluar daripada bilik aku!" bentak faridah.

"kenapa ni anti?" tegur mel, dia menuju ke arah faridah dengan membawa segelas air suam.

"mel, tolong sedarkan sikit perempuan tu. Dia tak layak jadi menantu anti. Perasan diri dia tu bagus sangat!" sindir faridah.

"hei, haura. I dah cakap yang datin faridah takkan terima orang cacag macam you. Apasal you ni tak sedar diri ek? I rasa.. You ni bukan setakat buta. Tapi pekak pun ada. Baik you pergilah daripada keluarga ni. Buat menyemak aje, kan anti?"

"iye betul tu. Lagi bagus kalau kau tinggalkan anak aku! Kau ingat anak akh suka kau? Huh? Dia pun takda test lah nak suka dengan perempuan buta. Dasar isteri plastik!" sinis faridah.

Haura mengelap air matanya.dia bangun daripada terduduk di atas lantai.

"yes. Betul tu anti. Dia bukan isteri betul adam pun. Entah-entah perempuan murahan je! Barang murah biasalah! Hahaha." sinis mel.

Terguris hatinya apabila mendengar ketawa mereka. Haura mengenggam kedua belah tangannya menahan sabar.

"Puan haura.. Saya dah siapkan air. Mari kita ke ruang tamu." pelawa siti. Dia kesian melihat haura yang di hina dariapada tadi.

"apa yang saya dah buat pada datin sampai datin anggap saya ni jijik sangat? Orang macam saya memang tak layak ke jadi menantu datin? Kenapa? Sebab malu?"

"hei perempuan kau pekak ke?! Kau tu miskin! Hodoh! Buta pulak tu. Memang mimpilah kalau nak jadi isteri adam. Kau ingat adam tu tergila ke dekat perempuan cacat macam kau? Dia bawa kau lari pun sebab terpaksa aje. Bukan sayang kau pun. Kau je yang perasan semua tu!" sindir mel.

"bagus mel. Bagi sedar lagi budak tak tahu malu tu. Hei, kau dengar sini haura. Selagi kau jadi isteri kepada adam selagi itu aku haramkan susu aku yang pernah masuk dalam darah adam. Takkan kau nak tengok suami kau bergelumang dengan dosa disebabkan kau, kan? Kalau tak nak.. Tinggalkan anak aku dan biarkan mel kawin dengan adam. Kalau boleh minta cerai." ujar faridah.

Haura terdiam.

"Ya Allah.. Sampai macam tu sekali datin buat pada haura. Datin sedar tak adam tu anak datin.." siti mencelah.

"kau diam! Kau tu cuma orang gaji. Sama level dengan perempuan buta sebelah kau tu." sinis faridah.

Siti menundukkan pandangannya.

"macam tu sekali datin ugut saya. Baiklah, kalau itu yang datin mahukan. Saya akan setuju. Cuma satu aje saya nak cakap, kalau satu hari nanti datin terseksa. Jangan cari saya. Walaupun saya daripada keluarga miskin, saya juga mampu buatkan datin melutut."

"takutnya aku.. Hahaha. Kau ingat aku percaya? Keluar daripada bilik aku! Buat menyemak aje." degus faridah.

Haura tersenyum. Dia terus melangkah keluar daripada bilik itu di pimpin oleh siti.


Hari berganti petang, Adam menyusun pakaian di dalam almarinya supaya kemas. Dia memandang haura yang duduk di atas ketil dengan wajah muram.

"kau kenapa? Macam ada masalah aje. Kau tak suka duduk rumah ni ke?" tegur adam.

Haura mendiam. Adam bangun menuju ke arah haura, dia melabuh punggung di sebelahnya.

"kau apasal ni? Dah lah buta takkan bisu pulak? Cakaplah dengan aku. Mama hina kau ke?"

"nah." haura menyerahkan cincin perkahwinannya pada adam tanpa menjawab soalan tadi.

"apa kau buat ni? Pakailah. Kau nak suruh aku buat apa dengan cincin ni. Aku beli untuk kau. Bukan untuk aku." degus adam.

"saya tak layak pakai cincin ni. Jari orang kaya yang sempurna lebih sesuai." ujar haura.

Adam mengerut kening.

"kau merepek apa ni? Kau nak aku ceraikan kau ke?" soal adam.

Haura mengangguk perlahan.

"No!" bantah, adam dengan nada tegas. Tersentak haura di buatnya.

"tapi kenapa? Awak kawin dengan saya selama ni sebab nak elak daripada mel je kan? Lagipun kita cuma jadi suami isteri plastik. Kebahagian kita cuma lakonan aje selama ni. Apa lagi yang belum cukup?"

"aku kata aku takkan ceraikan kau,faham tak?! Jangan sampai aku berkasar dengan kau!" ugut adam.

"awak.." haura mengenggam kedua belah tangan adam. Air matanya menitis jatuh.

"saya merayu. Jangan disebabkan saya awak masuk neraka."

"kau merepek apa ni?!" adam menepis tangan haura, dia berdiri.

"ini mesti ada orang ugut kau supaya minta cerai kan? Mesti mama. Kau tunggu sini biar aku cakap dengan mama sendiri!"

Adam terus melangkah ingin ke bilik faridah, namun haura sudah menghalangnya, tangan adam di tariknya.

"lepaslah!! Kalau kau nak aku ceraikan kau, sampai mati pun aku takkan ceraikan kau! Kau ingat perkahwinan kita ni apa? Palsu? Lakonan? Sorry, Aku tak anggap macam tu."

Degus adam. Dia menepis tangan haura dengan kasar.

"kenapa awak susah sangat ceraikan saya? Apa lagi yang tak cukup?"

"sebab aku suami kau dan aku tahu apa yang terbaik untuk aku. Syurga kau pada aku, bukan dekat mama! Yang kau takut sangat dengan ugutan mama tu kenapa?! Jangan jadi lemahlah!" bentak adam.

"tapi syurga awak bawah telapak kaki mama awak.." rungut haura.

"Awak sendiri pernah cakap pada saya yang awak tak inginkan isteri cacat macam saya. Wanita idaman awak adalah zulaikha. Bukan saya. Jadi apa salahnya kalau awak lepaskan saya? Awak tak perlu lagi serabutkan kepala otak awak dengan orang macam saya." luah haura.

"Aku tak kesah kau nak cakap apa. Aku takkan ceraikan kau. Jangan cakap dengan aku lagi pasal benda ni, aku tak nak dengar. Faham!!." degus adam.

Dia kembali menyambung langkah, sekali lagi haura menarik tangannya.

"kau tak reti bahasa ke? Nak aku tumbuk muka kau baru nak dengar cakap aku ke?!"

"tolonglah awak.." rayu haura.

Adam menggeleng kepalanya, dia mengambil cincin yang di pegang haura lalu di masukkan pada jari manis, tangan kanan haura

"jangan buka cincin ni. Kalau kau buka, aku haramkan segala benda yang aku pernah bagi dekat kau." ugut adam.

Dia menolak tangan haura yang memegangnya, lalu dia melangkah keluar daripada bilik meninggalkan haura seorang diri.

"awak tak pernah cintakan saya.. Kenapa awak buat saya macam ni, adam?" haura terduduk di lantai.

Dia menangis teresak esak, kecewa dengan apa yang jadi. Tidak sangka, hidup cacat begini pun ada ujian besar lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro