97

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Haura dan amar kini sudah sampai di hadapan hospital. Langkah mereka terhenti apabila terlihat adam berdiri di hadapan pintu masuk.

"kenapa kita berhenti?" soal haura.

"abang rasa kita patut guna pintu lain kot." degusnya.

"Haura!" tegur adam.

Dia terus berlari ke arah haura.

"Haura, apa dah jadi? Jom kita masuk bilik. Kita rawat luka tu." cadang adam.

Dia baru sahaja ingin menarik tangan haura, amar sudah menarik haura ke belakangnya.

"kau apahal?"

"patutnya aku tanya kau apahal. Yang kau sibuk pasal haura kenapa?" soal amar seperti tidak puas hati.

"aku suami dia."

"kau? Suami dia? Heh, suami apa keluar dengan betina lain and tinggal isteri dia yang sakit dekat hospital sorang-sorang?!" bentak amar.

"abang amar cukup.." haura cuba untuk menenangkan keadaan.

"tak. Haura tak boleh bela sangat lelaki tak guna ni! Mentang-mentang haura buta, dia pergunakan haura dia curang belakang haura. Bukan main lagi shopping sakan dengan betina tak cukup kain tu. Abang amar tak boleh biarkan mamat berlagak ni buat haura macam binatang!" sindirnya.

Adam mengenggam buku limanya. Panas betul dengan tuduhan amar.

"baik kau cerai je lah haura daripada kau seksa dia macam ni. Kau tak layak di panggil suami lah adam!" sinisnya.

Adam terus menarik kolar amar, tangan haura terlepas daripada amar. Dia menghentak badan amar ke dinding.

"Kau tak tahu pasal rumah tangga aku. Kau tuduh aku macam-macam depan bini aku?! Kau ingat aku ni jenis lelaki macam kau?! Huh? Ada sebab aku keluar dengan betina yang kau nampak tadi dan haura pun tahu."

"heh, keluar bersebablah kononnya. Kau tahu tak isteri kau hampir kena rogol? Kalau aku takda tadi.. Dah lama isteri kau lahir anak orang lain disebabkan dapat lelaki tak guna macam kau!"

"kurang ajar!"

Buk!!

Adam terus menumbuk wajah amar. Amar menolak adam sehingga ke belakang, dan mulanya pergaduhan mereka buat kali ke dua.

"sudahlah! Ya Allah!"

Haura cuba untuk menghalang mereka, namun dia tidak tahu bagaimana.

Adam kini sudah jatuh ke tanah, amar berada di atasnya dan menumbuk wajah adam berkali-kali. Adam tidak membiarkan begitu sahaja, dia membalas tumbukan itu terkena tepat pada pipi kiri amar.

Amar pula berada di posisi di atas tanah. Giliran adam untuk membalas dendam. Baru sahaja dia ingin menumbuk wajah amar, haura sudah menariknya kebelakang.

"Cukuplah! Jangan jadi macam budak-budak lah nak bergaduh macam ni!" bentak haura.

"apa yang korang nak gaduhkan sangat? Saya bukannya emas pun nak direbutkan macam tu!" bentaknya.

"haura.. Sampai bila awak kena seksa dengan dia?! Lelaki ego macam dia takkan pernah kesah pasal perasaan orang macam awak. Haura kena ingat tu." ujar amar.

"hei, kalau aku tak kesah pasal bini aku dah lama aku buang dia. Kau tak tahu apa yang aku lalui dengan haura. So kau jangan pandai-pandai buat cerita. Macamlah kau tu bagus sangat? Anak dia sendiri pun tak tahu nak jaga."

"hei kau memang.."

"Sudah! Cukup abang amar. Memang betul apa yang adam cakap tadi. Haura yang izinkan dia keluar dengan perempuan tu. Haura sakit, hari ni hari jadi dia. Haura tak boleh nak teman. Jadi tak salah kalau haura nak orang lain temankan suami haura." ujar haura.

Amar mendiam. Dia hanya memandang adam yang berdiri disebelah haura.

"Abang tahu.. Haura cakap macam tu sebab nak jaga hati suami, nak jaga aib suami. Tapi jangan sampai adam ni pijak kepala. Abang datang kl pun sebab nak cakap terima kasih sebab tolong langsaikan semua hutang-hutang abang. Tapi bila abang nampak adam keluar dengan perempuan tu, abang tak boleh duduk diam. Sebab abang tak nak haura dipergunakan oleh lelaki ego tu!" luahnya.

"hei, lelaki yang kacau ego ni yang tolong selamatkan anak kau. Jangan sampai aku haramkan semua duit tu. Kau di kira berhutang dengan aku." ugut adam.

"sudahlah, dah malam. Tak elok kita macam ni. Terima kasih sebab tolong haura." ucapnya.

Adam menjeling memandang amar, dia memapah haura berlalu masuk ke dalam hospital. Amar pula masih tercegat di situ.

"lelaki ego macam adam takkan dapat bezakan mana kaca mana belian."degusnya.

Adam menampal plaster di luka dahi haura. Wajah haura muram sahaja. Adam memandang haura, tangan haura di sentuhnya.

"Haura.."

Haura menepis tangan adam.

"kau marahkan aku ke?" soalnya.

Haura hanya menggeleng kepala, dia membaringkan dirinya ke atas katil dan menutup kelopak mata.

"haura.. Jangan macam ni. Aku minta maaf pasal tadi. Aku takda niat nak tinggalkan kau sehari ni." rayunya.

Haura tidak membalas apa. Adam mengeluh kecil. Dia memandang ke atas meja, melihat sekeping kad board hitam yang ditampalkan manik berbentuk tulisan orang buta.

Adam mengambil kad board itu, sememangnya dia tidak faham bahasa yang di tuliskan. Tapi dia tersenyum dengan hadiah yang haura buatkan.

"terima kasih. Walaupun aku tak jaga kau sehari, kau tetap buatkan hadiah untuk aku." ujarnya.

"Aku tahu kau jeles aku keluar dengan mel. Tapi sumpah demi Allah, aku sikit pun tak gembira dengan sambutan hari jadi aku tadi. Aku asyik teringat tentang kau, aku tak pernah lupakan kau sedetik pun. Aku bukan macam yang amar cakap tadi, percayalah. Kalau aku tahu, hari ni akan jadi macam ni. Aku takkan tinggalkan kau. Tapi aku ni bodoh. Terlaku ikut sangat cakap mama sampai lupa tanggung jawab aku sebagai suami kau. Maafkan aku haura.." luahnya.

Adam mengesat air matanya yang menitis. Haura yang mendengarnya cuba menahan sedih. Dia mengenggam selimut.

"its okay. Aku faham apa perasaan kau. Kalau aku dekat tempat kau,maybe..aku pun tak kuat. Kau rehatlah dulu. Aku jaga kau malam ni." ujarnya.

Adam mengusap kepala haura, dia tersenyum sahaja.

"kau takkan pernah bahagia dengan anak aku, selagi adam tak ceraikan kau, selagi tu aku akan terus seksa kau"

Kata-kata faridah yang dahulu bermain di fikiran haura. Dia cuba menyembunyikan perasaannya. Haura menarik selimut sehingga menutupi kepalanya dan menangis.


Kelopak mata perlahan-lahan di buka. Adam mengangkat kepalanya , dia menyentuh lehernya yang terasa lenguh.

"arhh.. " keluh adam.

Namun,dia terkaku saat haura tiada di atas katil.

"haura?!"

Adam terus bangun, dia berlari ke arah bilik air namun tiada. Dia kembali keluar daripada bilik air dan memandang ke atas katil, terlihat ada sekeping surat.

"apa pulak tu?"

Adam pun melangkah ke situ, di atas surat itu ada cincin perkahwinan milik haura. Dia mengambil surat itu dan membacanya.

Assalamualaikum, adam.
Saya nak bagitau awak yang awak adalah suami yang baik yang saya pernah jumpa. Awak ikhlas dalam menjaga saya walaupun awak ego untuk tunjukkan yang awak sebenarnya ambil kesah tentang saya.

Sejujurnya, saya dah lama terfikir tentang ini. Saya terpaksa ambil masa untuk jauh daripada awak buat sementara. Tapi awak tak perlu risau, saya bukan dengan abang amar.

Bagi saya masa untuk ketenangan. Waktu semalam adalah malam yang mengingatkan saya pada ugutan datin faridah.

Saya takut awak. Saya takut nak tempuh seorang diri. Saya bukan wanita yang kuat untuk terima semua ni dengan petik jari.

Dengan cincin yang saya pulangkan, awak lamarlah zulaikha semula. Saya tak pasti sama ada awak masih cintakan dia atau tidak.

Tapi saya percaya yang awak masih ingatkan dia.

Kalau awak rasa awak tak nak dia lagi, awak boleh cari wanita yang lebih sempurna daripada saya.

Saya cuma perempuan buta yang tidak tahu apa-apa tentang cinta. Dan tak layak menjadi seorang isteri kepada lelaki yang sempurna seperti awak, Adam Mikail.

Jangan pernah tunggu saya untuk kembali. Sebab, saya tak janji yang saya akan jumpa awak lagi. Halalkan segala makan minum dan jagaan awak selama ni.

Yang benar,
NURUL HAURA.

Menitis air mata adam membacanya. Dia mengambil cincin yang di tinggalkan di atas katil itu.

"haura.. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro