Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kesilapan mengajar aku bangkit semula.

Nama aku Lutfir Hakimi bin Haji Hanafi. Nama pendek tak ada tapi saudara-mara yang rapat dengan aku panggil Kimi aje. Dalam kalangan kawan-kawan, mereka memanggil aku dengan gelaran Apek. Aku tak kesah pun. Muka aku adalah iras-iras sikit sebab sebelah keturunan mak aku memang ada darah campuran.

Gelaran tu melekat kuat sehingga ke sekolah menengah. Mungkin sebab itu juga ex-girlfriend aku yang pertama dulu tu masa tingkatan dua seorang amoi Cina. Cantik! Kiranya itulah cinta monyet yang bila aku kenangkan kembali memang lawak! Dalam banyak-banyak budak perempuan boleh pula mata aku melekat terus dekat dia. Dari mata jatuh ke hati. Tapi itulah... Langit tak selalu cerah. Kadang-kadang mendung hadir mengintai. Cinta kami baru nak berbunga-bunga tapi kembangnya tak cantik. Terbantut! Famili dia kena pindah ke Kuching, Sarawak. Adoi, sekali bakal isteri aku kena angkut. Frust? Ya, aku memang frust tapi tak adalah sampai menonggeng. Lagipun kisah cinta aku tu tak ubah macam cinta monyet. Itulah yang mak aku selalu cakap.

Aku tolak tepi nak cari pengganti. Aku dah bosan bersekolah di sini. Aku nak terbang bebas. Aku mula fokus untuk belajar dan bersukan. Kiranya muka aku ni muka naik atas pentas gitu. Hebat di padang, cemerlang dalam pelajaran.

Selepas tu, aku berjaya sambung belajar di sekolah berasrama penuh sebab result PMR aku gempak. Hehehe. Aku memang berhajat nak jejak kaki ke situ macam kakak-kakak aku. Asal balik aje dari asrama mesti mak aku manja-manjakan. Duit poket pun dihulur lebih. Aku yang duduk dekat ni memang berbau 'busuk' aje. Asal silap sikit, berdesing telinga terima leteran.

Tapi kadang-kadang apa yang kita rencanakan tak menjadi. Ada saja biawak datang melintas di tengah-tengah jalan. Malang betul. Sekali lagi awan mendung bertenggek atas kepala aku. Rezeki aku di situ pun tak lama. Aku kena buang kerana masalah yang aku cari sendiri. Pandai buat, pandailah tanggung, kan?

Itulah hukuman yang perlu aku terima kerana tertangkap di tepi parit besar ketika cuba lompat keluar dari pagar asrama. Satu geng kena angkut dengan polis peronda. Terbelalak mata warden jam tiga pagi bila nampak muka kami di balai. Hanya kerana keseronokan yang tak seberapa, kami semua kena terima hukuman berat. Aku tak taulah malaun mana yang pecahkan rahsia. Siap tunjuk kepada warden lubang rahsia tempat kami melolos keluar.

Memang teruk kami kena basuh dengan warden dan pengetua. Part paling seram bila pihak sekolah panggil waris ke sekolah untuk membincangkan hukuman. Aku nampak wajah kecewa mak dan abah. Nak menyesal? Hurm, nasi dah jadi bubur. Mereka bukan saja kecewa tapi dah tak percaya kat aku lagi. Perangai nakal aku mengheret sekali nama mak dan abah.

Detik hitam bermula bila abah kata aku conteng arang. Dipendekkan cerita, aku tiada pilihan lain melainkan masuk ke sekolah yang sama dengan tempat mak aku mengajar. Syarat pertama, aku mestilah pergi dengan abah dan balik dengan mak! Apa lagi pilihan yang aku ada?

Kalau aku bersuara pun, balik-balik kes lama yang dipertaruhkan. Jadi aku diamkan saja dan ikut rentak mereka. Apa yang mereka aturkan itulah yang aku patuh. Cuba jadi anak yang baik walapun aku meronta dalam diam. Bila terang-terang kau dah buat silap dan orang dah hilang kepercayaan, maka itulah pengajaran untuk diri sendiri.

Berbekalkan kesalahan yang sama itulah yang menjadi modal untuk cikgu-cikgu hentam aku kalau aku buat silap yang lain. Ramai juga cikgu-cikgu merangkap kawan baik mak pakat basuh aku kaw-kaw. Dah dapat peluang tapi tak reti hargai. Tak pandai bersyukur. Ya. Ya, memang aku yang salah. Aku tadah telinga dengan senyuman kelat.

Mahu tak mahu, aku kena reda dan teruskan belajar dengan suasana yang lain. Tak apa. Tujuh bulan sahaja lagi untuk SPM. Aku akan buktikan walaupun sudah kena tendang, boleh saja aku capai kejayaan di mana-mana pun. Aku kena usahalah untuk membuktikannya. Sekadar cakap kosong mana menjadinya. Sabar Kimi, sabar! Lepas ni kau akan terbang bebas sebebasnya.

Pada pandangan aku, apapun yang dah berlaku, lama-lama orang akan lupa juga. Begitu juga dengan mak dan abah aku. Marah mereka tak berpanjangan. Lagipun aku ni anak yang paling bongsu. Satu-satunya anak jantan kesayangan yang menjadi penguat semangat dalam keluarga. Bila kakak-kakak pakat keluar dari rumah, yang tinggal cuma aku. Akulah yang banyak menolong mak dan abah.

Sakit demam mereka pun aku yang kesahkan. Rumput yang tumbuh panjang di laman tu pun aku jugalah yang peduli. Muka inilah yang selalu teman mak beli barangan dapur. Muka inilah juga yang bawa abah naik motor untuk melawat sawah bendang yang disewa. Muka inilah juga yang disuruh itu ini. Pendek kata aku inilah anak yang tak didendangkan kebaikannya.

Jadi apa saja aku minta, insya-Allah di hujung-hujungnya gerenti akan dapat walaupun kadang-kadang tu lambat gila nak boleh satu permintaan pun. Memang berbezalah kalau dibandingkan dengan kakak-kakak aku. Pagi-pagi yang sejuk merinding meminta, petang gerenti dah dapat. Hebat kan jadi anak perempuan?

Sesuai dengan usia yang kian meningkat, aku dah kurang melepak tanpa arah. Aku mula fokus belajar supaya aku boleh berbangga dengan diri sendiri. Aku mesti buktikan yang aku ni masih bijak. Aku akan tutup mulut-mulut yang suka mengungkit cerita lama. Nakal tu cuma sampingan aje tau. Hurm, mana ada manusia yang sempurna, kan! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro