M I A - 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Affan menghela nafas kasar . Dia mencengkam kuat kedua tangan Aufiya yang masih meronta-ronta itu . Dengan rambut dan pakaian tidak terurus- imej Aufiya sangat buruk pada malam itu .

" DIAM ! " tengking dia kuat . Automatik Aufiya berhenti dari meronta . Dia tersentak dengan tengkingan dari Affan .

Dada Affan turun naik . Dengan kasar , dia meraup wajahnya . Dia cukup serabut dengan perangai Aufiya . Yang memaki hamun sesuka hati . Lagi-lagi tindakan Aufiya tadi yang bagi dia sangat-sangat memalukan !

" What ?! You nak marah I ! You nak bela budak pembunuh tu ! Oh- sekarang you nak jadi superhero lah ... macam tu ! " Aufiya memeluk tubuh .

Affan medengus kasar . " Its not about bela sesiapa pun ! Ini sebab- perangai you ! You tu yang dah melampau tahu tak ?! I tak fahamlah ... kenapa you benci sangat adik you tu huh ?! " .

Aufiya membeliak mata dia . Dia rasa tercabar apabila teman lelaki dia bertindak membela adik dia . Tak bukan- pembunuh itu !

Bagaiman Affan tahu ? Dia sudah diberitahu mengenai oleh Encik Jalil sendiri . Dari situ- dia mengenai semua kisah keluarga Aufiya . Dia sendiri beristighfar mendengar kisah pahit yang menimpa Mia Bella .

Malah dia pernah menaruh hati pada gadis itu . Tetapi cepat-cepat dia hapuskan perasaan itu mengingat raut wajah manja Aufiya . Mereka sudah berkenalan selama 10 tahun- Affan tidak akan sia-siakan Aufiya .

Tetapi- sikap kurang ajar Aufiya tadi sedikit mencabar kelakian dia . Sanggup betul Aufiya membuka aib- adiknya sendiri . Di tempat umum . Affan yakin esok pasti benda ini akan viral satu Malaysia . Tengok dan lihat sahaja .

" You dah melampau tahu tak ?! You sedar tak- yang budak tu yang buat I macam ni ! Dia dah rampas mama I ! I hilang mama I pada usia muda ! Budak tu punca semuanya ! " pekik Aufiya umpama orang kurang siuman .

Dek kekecohan di tingkat bawah- Encik Jalil , Encik Rashid dan Puan Laili bergegas turun ke bawah . Melihat tergamam melihat Aufiya yang menjerit-jerit sambil membaling semua barang ke arah Affan .

Tetapi Affan pantas mengelak . Nafas dia kedengaran mengah . Hampir saja pasu bunga tadi melayang ke dahi dia . Mujur dia sempat elak .

" AUFIYA SALSABELLA ! " suara Encik Rashid bergema . Muka dia garang yang amat .

Puan Laili mengucap di dalam hati . Rumah banglo itu seakan dilanda garuda sahaja . Bersepah ! Kaca-kaca yang pecah bersepah di sana sini .

" AKU BENCI DIA ! "

" AKUBENCI PEMBUNUH TU ! " .

Aufiya mencengkam rambutnya kuat . Dia meringkuk di belakang sofa . Lutut dirapatkan ke dada . Affan pula berdiri dibantu Encik Jalil . Tidak menyangka bahawa Aufiya akan mengamuk sebegini sekali .

" Shh- sayang papa ada ... " kepala Aufiya dibawa ke dada . Encik Rashid mengusap belakang badan anak gadisnya .

Tapi mata dia seakan menyimpan sesuatu . Mata itu berubah gelap . Seakan mengerti keperitan yang dirasai oleh Aufiya . Dia mengetap gigi kuat . Tidak kuat melihat Aufiya seperti itu .

" I hate her ... papa ... I hate her ... very much " dia menangis di dada Encik Rashid .

Meluah rasa di dalam dada . Encik Rashid mengusap lembut . Memujuk . Dapat dia dengar deruan nafas Aufiya yang mula stabil .

" What you want me to do ? " .

Kata-kata itu- menyentakkan mereka yang lain . Encik Jalil sudah tegang wajahnya . Dia tidak akan benarkan hal itu terjadi . " Kau nak buat apa Rashid ?! Kau jangan nak buat kerja gila ! Aku tak benarkan kau buat semua tu ! " jerit Encik Jalil kuat .

" Jangan halang aku abah ! Aku akan buat budak tu menderita ! Lebih sakit lagi apa yang Fiya terima selama ni ! " .

Deg- Affan tergamam .

Sanggup betul- seorang ayah menghancurkan kebahagiaan anak dia sendiri . Affan mengeleng kepala kesal . Tidak hairan lah selama ini- Aufiya sanggup melakukan apa-apa sahaja . Ternyata ada yang menyokong kuat tindakan dia selama ini .

Dengan pengaruh Encik Rashid di dunia perniagaan yang cukup meluas- tiada sesiapa mampu menghentikan tindakan kejam lelaki itu .

" Astagfirullah ! Sedarlah Rashid ! Sedar ! " jerit Puan Laili pula . " Kau sedar tak- dia pun anak kamu ! Darah daging kamu ! Sanggup kamu- nak hancurkan kebahagiaan dia demi anak manja kamu tu ! " .

" Mak ! " .

Puan Laili terkejut . Pertama kali- Encik Rashid meninggikan suara padanya . Puan Laili mengeleng kepala kesal . Apa salah dalam didikan dia selama ini ? Sehingga satu-satunya anak yang dia ada- sanggup meninggikan suara padanya . Airmata Puan Laili akhirnya tumpah jua .

" Dah banyak kali aku cakap mak ! Budak tu bukan anak aku ! Bukan darah daging aku ! Dia bukan anak aku ! Mak tak faham ke hah ?! Susah sangat ke nak faham apa aku cakap selama ni huh ?! " tengking Encik Rashid .

Seakan hilang pedomen . Dia memeluk tubuh Aufiya erat . " Fiya dengar sini- papa janji papa akan hapuskan budak pembunuh tu ! Selepas ini dia terus ditelan terus dari hidup di bumi ini ! " .

Aufiya tersenyum lebar . Dia memeluk Encik Rashid erat . Apabila benci dan dendam bersatu- tiada apa-apa yang dapat menghalang . Aufiya menyimpul senyuman kemenangan . Sekali lagi- dia menang tanpa bertanding .

Dan selepas ini hanya dia akan memegang gelaran anak jutawan itu .

Tiada Mia Bella .

Mahupun Ameer Farhan .

Yang ada hanyalah-

AUFIYA SALSABELLA .

《 ¤ 》

" Kenapa doktor nak jumpa kami ? " Nadine memang doktor muda itu dengan wajah kehairanan .

Mereka berada di taman hospital . Yang jauh dari hiruk pikuk orang ramai . Suasana yang tenang- memang sesuai untuk perbincangan mereka .

" Mia Bella " .

Nadine dan Haiser berpandangan . Kenapa dengan Mia ? Nadine tergamam juga apabila doktor muda itu menyebut nama anaknya . Begitu juga Haiser . Ingatakan dia masih kuat- pemuda inilah yang memeluk Mia semasa mereka meluangkan masa berdua di mall pada hari itu .

" Doktor kenal ke anak saya ? " soal Nadine ingin tahu .

Ameer melepaskan tawa kecilnya . Anak ? Tawa yang kedengaran hambar di telinga Nadine dan Haiser . Siapakah lelaki di hadapan mereka ini ? Itu yang menjadi persoalan dalam fikiran pasangan itu .

" Aku Ameer Farhan . Kalau ikutkan secara logik- aku abang kandung dia " ujar Ameer dengan wajah kosongnya .

Deg- Nadine dan Haiser terkedu . Sekali lagi .

Kejutan apakah ini ?

" Mia- adik yang aku cari selama beberapa tahun ini . Tak sangka- hidup dia lebih bahagia . Malah aku nampak senyuman kebahagiaan di wajah dia " .

Ameer memandang kolam ikan di sebelah pondok yang mereka duduki saat ini . " Kau- aku ucapkan terima kasih sebab dah berikan kasih sayang pada adik aku- " .

Nadine mengangguk perlahan . Dia cuma membaca reaksi Ameer tetapi- pada pandangan dia , riak wajah Ameer kosong . Seakan jiwa lelaki itu sudah lama mati .

" Kau sayangkan adik aku ? " .

Nadine tersentak . Dia termalu sendiri apabila tertangkap merenung doktor muda itu . Ameer senyum sinis .

" Sa-sayang ... " balas Nadine gugup . Malu !

" Baguslah . Sekurangnya- ada yang masih sayangkan dia " .

Entah kenapa- Haiser dapat rasakan bahawa Ameer seperti berada dalam dunia dia sendiri . Bukan psiko- tetapi lebih kepada kesedihan . Mata Ameer- walaupun nampak kosong dia tahu sudut hati lelaki cukup perit menanggung derita selama ini .

Ameer memejam mata rapat . Sayang ? Dia sudah lama menindakkan kata-kata itu . Bagi dia- jika kasih sayang yang sejati walau apapun rintangan yang datang ... kasih sayang itu tetap akan utuh untuk selamanya .

Tapi dia- sejak pemergian arwah mama dia . Ameer telah hilang segala-galanya . Dia menyepikan diri . Terkesan dengan pemergian si adik . Terkesan dengan pilih kasih- si papa yang bagi dia selama ini di anggap sebagai superhero .

Ameer hanyalah lelaki biasa . Yang berjaya kerana usaha dia sendiri . Tidak berbelas ehsan dari Encik Rashid . Malah sejak di tingkatan 1 , dia mula mengasingkan diri . Bersekolah asrama penuh . Menjauhi diri dari sangkar kebencian Encik Rashid dan dendam si kakak .

Yang sanggup melihat kehidupan si adik hancur hanya demi kepentingan sendiri . Ameer mengetawakan diri sendiri .

" Kau- mata kau kosong . Aku dapatkan rasakan kau menderita selama ini ... " ujar Haiser dalam nada keras .

Dia tidak terima- keadaan anak saudara jauh lebih menderita berbanding dia yang sentiasa bahagia dan dilimpahi kemewahan .

" Betul lah kau cakap- jiwa aku dah mati selama ni . Tapi lepas aku jumpa adik aku- jiwa aku kembali terisi . Tapi aku tahu benda ini tidak akan membawa makna pada kami berdua . Dari dulu lagi- " Ameer tersenyum nipis .

" Farhan ! Aku nak kau punya laptop ! " ujar Aufiya dengan riak wajah tidak bersalah . Dirampas begitu sahaja macbook milik si adik .

Ameer tergamam . Tetapi dia tidak boleh menghalang . Macbook yang berada di tangan Aufiya- ditatap kosong . Dia sedar- dia berada di istana milik Encik Rashid . Dan permaisurinya ialah Aufiya .

Dia hanyalah seorang hamba . Yang mengikut arahan permaisuri . Begitulah perumpaannya .

" Ta-tapi kak ... tu aku punya " perlahan Ameer bersuara . Macbook itu- hadiah dari Encik Jalil pada dia .

Aufiya senyum jahat . " Milik kau . Milik aku . Jadi- selagai aku paling berkuasa dalam ni ... semua milik kau akan jadi milik aku ! Faham ! " .

Ameer angguk . Dia tidak berani melawan . Jika melawan- pukulan tali pinggang yang dia terima .

" Bodoh ! " .

Aufiya tertawa senang . Macbook itu akhirnya jadi milik dia . Dia menang lagi ! Dan lagi- Ameer tetap kalah pada dia . Kerana Aufiya permaisuru . Ameer pula hanyalah hamba .

" Aku dan adik tak pernah bahagia ... tapi mama selalu pesan ... adik beradik tak boleh gaduh . Walaupun aku dan Mia selalu mengalah dalam banyak hal . Sebab apa ? Sebab kami ni lemah ... " .

Haiser dan Nadine terdiam . Sebegitu sekali penderitaan mereka- hingga diperlakukan begitu . Haiser mengenggam erat kedua tangan dia . Riak wajah dia tegang .

" Kalau kau nak tahu ... adik kau- " mata Ameer tunak memandang wajah Haiser . " Dia isteri kedua papa aku " usai berkata begitu , Ameer terus beredar .

Deg- Haiser rasa ingin mengamuk pada waktu itu . Selama ini- adik dia juga hidup menderita ? Ameer menyorok di sebalik dinding . Di laluan yang jarang kakitangan hospital lalu lalang .

" Maafkan Ameer mama ... " .

《 ¤ 》

Affan duduk di sofa . Dia memandang wajah tua pasangan itu . Sejak pertengkaran tadi- mereka bertiga membisukan diri . Melayan perasaan . Hanya Affan sedari tadi dilanda persoalan .

" Atuk ... nenek ... tidur lah sini dulu buat masa ini " ujar Affan setelah lama berdiam diri .

Mereka kini berada di satu kawasan perumahan teres . Lebih tepat lagi- rumah Affan . Tetapi dia tidak tinggal disitu . Dia lebih suka tinggal di rumah keluarganya .

Encik Jalil mengangguk lemah . Selepas saja mereka bertengkar hebat- Encik Jalil membuat keputusan untuk keluar dari rumah agam itu . Begitu juga Puan Laili . Dia kesal dengan Encik Rashid . Anak dia sudah jauh berubah- seakan tiada iman dalam diri .

Encik Jalil memandang Affan . Lelaki itu- terlalu baik . Malah terlampau baik . Jika dia terus bersama Aufiya- dia pasti Affan akan menderita . Tapi dia tiada hak ingin menghalang .

" Terima kasih Affan . Susahkan kamu je " akhirnya Puan Laili bersuara . Selendang di kepala dibetulkan .

Wajah dia sembab . Muka dia mengambarkan kesedihan . Tega betul- anak yang dulu ditatang bagai minyak yang penuh menghalau dia dan suaminya . Puan Laili kesal .

" Tak susahkan saya pun . Sudah tugas saya membantu apa yang patut . Selagi saya mampu- saya akan bantu atuk dan nenek " tegas Affan .

" Erm- boleh saya tahu pasal keluarga Encik Rashid ? " Affan memandang wajah tua Encik Jalil .

Encik Jalil menghela nafas panjang . " Rashid dulu- ada seorang isteri . Orang barat . Mereka dah lama bersama tanpa ikatan sah . Atuk pun tak tahu- sebab Rashid tak pernah hubungi kami selama di sana . Yang atuk dan nenek tahu- dia uruskan bisnis dia di sana . Pada suatu hari tu- dia balik dengan seorang perempuan barat ni " .

Puan Laili menguntum senyuman . Memberi semangat pada suaminya untuk terus bercerita . " Rupanya mereka dah kahwin di sana . Perempuan nama dia Marianne " .

Affan kerut dahi . Setahu dia- nama mama kepada Aufiya adalah Isabelle . Siapa pula Marianne tu ?

" Dia isteri pertama Rashid . Tapi sayang- umur Marianne tak lama . Dia pergi sebaik sahaja melahirkan Aufiya . Dia meninggal sebab banyak kehilangan darah . Rashid sedih sangat masa tu- " sambung Puan Laili pula . Kali ini nada dia kedengaran sebak .

" Sampai satu tahap- Rashid hampir kemurungan . Tapi dia berjaya atasi masalah tu . Atuk bawa dia berubat di luar negara . Tapi atuk tak ada sekali teman dia- sebab kena jaga Aufiya yang masih bayi lagi . Jadi Rashid ke sana sendiri- " .

Affan kini mengerti . Patutlah muka Aufiya dan Mia berbeza . Tapi wajah mereka- ada sedikit persamaan .

" Di sana- penyiasat atuk cakap Rashid berjumpa dengan seorang perempuan barat . Atuk tak tahu- sebab gambar perempuan tu atuk tak pernah tengok . Penyiasat atuk hanya khabarkan benda itu sahaja " .

Encik Jalil menghela nafas panjang . Kecuaian dia pada masa dulu- kerana sibuk menguruskan Aufiya yang masih kecil dia abaikan Rashid di sana .

" Rashid bawa perempuan tu jumpa atuk dan nenek . Kalau kamu nak tahu dialah- Isabelle . Mama kepada Ameer dan Mia . Automatik mama tiri Aufiya . Yang paling kami terkejut- wajah Isabelle ada iras dengan arwah Marianne . Atuk tak boleh halang- sebab Rashid nampak bahagia sangat-sangat . Isabelle pula- dia wanita yang baik . Tabah " .

Puan Laili mengangguk setuju . " Isabelle lebih kepada pendiam . Dia seorang ibu penyayang . Tapi- sejak Ameer dan Mia lahir ... Rashid mula membentak . Tidak terima kehadiran dua anaknya itu . Nenek pun tak tahu sebab apa- tapi nenek dapat rasakan dia berpegang pada janji dia pada arwah Marianne dulu " .

" Sebab tu ke Aufiya anggap aunty Isabelle mama dia ? " .

Encik Jalil dan Puan Laili angguk . " Rashid tak pernah cerita hal sebenar pada Aufiya . Sampai sekarang- dia masih anggap Isabelle itu ibu kandung dia . Nenek pun tak tahu kenapa Rashid buat macam tu ... tapi nenek anggap itu benda baik . Tapi sebaliknya pula- Aufiya mula berubah . Sama macam papa dia . Tidak terima kehadiran adik dia . Yang bagi dia merampas kasih sayang dia dari Isabelle " .

" Kerana janji Rashid pada arwah Marianne sebelum dia hembus nafas terakhir ... Rashid pernah berjanji pada Marianne yang dia akan menjaga Aufiya sebaik-baiknya . Berjanji akan melimpahi kemewahan kepada Aufiya dan berjanji akan terus menyayangi Aufiya . Hanya Aufiya sahaja ... " .

Puan Laili mengesat airmata yang hampir tumpah . Sebak . " Isabelle- dia tahu kehadiran dia sebagai pengganti Mariaane . Tetapi Isabelle tak pernah pilih kasih . Dia sayang Aufiya macam anak dia sendiri . Semua yang diingini Aufiya- Isabelle turutkan . Sampai pada suatu hari- berita kematian Isabelle menyentakkan tangkai hati kami sekeluarga " .

Affan menunduk kesal . Ternyata- Aufiya dari dulu lagi dimanjakan oleh Encik Rashid . Hanya kerana janji itu- kebahagiaan orang lain tergadai . Affan meraup wajah kesal .

" Aufiya tidak terima berita tu ... sama juga dengan Rashid . Pada kejadian tu- kebetulan Mia ada bersama Isabelle buat kali terakhir ... " .

Encik Jalil mengesat airmatanya . Mengenangkan Mia pada masa itu hati dia menjadi sebak . Dia tiada pada pengebumian Isabelle . Dia berada di luar negara . Menguruskan hal disana . Ingin pulang- tiket penerbangan habis pada waktu itu .

Puan Laili menekur lantai . Dulu- keluarga anaknya bahagia dengan kehadiran Isabelle bersama Ameer dan juga Mia . Tetapi tidak sampai empat tahun- kebahagiaan itu musnah angkara hasad dengki .



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro