M I A - 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KLIA.

Dua lelaki, diikuti sepuluh bodyguard di belakang membuatkan pandangan mata orang awam disitu berpusat pada mereka. Lagi-lagi pada lelaki tua itu, yang berjalan paling hadapan sambil memegang tongkat miliknya. Walaupun sudah berusia, namun dia masih bertenaga dan nampak gagah.

Tuan Ramson. Lelaki itu menjadi sosok dingin apabila berada di dalam keramaian. Malah tidak tersungging langsung senyuman. Lelaki tua itu memilih wajah datarnya. Tuan Ramson sempat mendengus apabila tempat dia berdiri saat itu dipenuhi dengan pihak media.

Malah para bodyguards nya mula memainkan peranan mereka. Menyekat, mengadang pihak media supaya tidak mendekati tua mereka. Sang butler, Mr Aricson. Lelaki muda, yang mengantikan tempat ayahnya untuk bekerja dibawah naungan lelaki berpengaruh itu.

" Sir, young master say...they've arrived! " tutur Aricson tegas. Menolak troli yang berisi tiga bagasi bersaiz besar milik tuan dia.

Tidak lama itu, dari jauh dia melihat seorang lelaki berkemaja putih, berkaca mata hitam berjalan menghampirinya. Disampingnya, ada sosok wanita cantik yang tidak lekang melemparkan senyumannya. Juga seorang pemuda berkaca mata, berpakaian santai.

" You are late! " ucap Tuan Ramson sebaik sahaja lelaki berkemaja putih itu menghadapnya.

Haiser tersenyum nipis. " Sorry daddy. Jammed..." mudah dia memberi alasan sedangkan dia mempunyai hak untuk memecut pergi.

" Aric " Haiser memeluk tubuh Aricson. Sudah dia anggap seperti abangnya. Malah Aricson yang melayan segala kerenah dia semasa kecil.

" Young master. I think you look good stay here " ujarnya dengan senyuman mesra.

Tuan Ramson tidak pedulikan dua lelaki itu. Dia mendekati wanita di samping Haiser itu. Wajah tegasnya membuatkan wanita itu tertunduk ketakutan.

" Don't scare at me, sweety..." ujarnya lembut. Aura ketegasan dia automatik menghilang. " You must be Nadine right? " .

Nadine kelihatan terkedu. " Ye-yes... " ujarnya gugup.

Kini mata Tuan Ramson beralih pada lelaki berkaca mata di hadapan dia. Tanpa berkata apa-apa dia memeluk lelaki itu erat seeratnya. Pihak media yang melihat itu tidak melepas peluang mengambil gambar Tuan Ramson.

" I miss you...my grandson..." tuturnya sebak.

Ameer pula terkebil-kebil memandang Haiser. Tidak mengerti apabila lelaki tua itu tiba-tiba memeluknya. Ameer teragak-agak mahu membalas pelukkan lelaki itu. Haiser pula senyum nipis.

Dengan gerakan mulut- ' I explain later ' . Ameer yang mengerti, mengangguk saja. Dalam fikiran dia asyik tertanya gerangan lelaki tua itu.

" Daddy, lets go..." ajak Haiser apabila tersedar mereka sudah lama berdiri di situ. Haiser memeluk pinggang Nadine dengan posesifnya. Tidak suka melihat lelaki lain memandang Nadine dengan pandangan takjub mereka .

" Come...grandpa have a lot stories to tell you...grandson " ajak Tuan Ramson dengan senyuman lebar.

Dan dia bertekad. Tidak akan menyiakan permata yang bernilai yang ditinggalkan Isabelle pada keluarga besar mereka. Akan disayangi, dilimpahi dengan kemewahan. Akan membunuh sesiapa sahaja yang ingin mengambil hak dia.

Di belakang, Aricson tersenyum senang. Ternyata keluarga itu kembali tersenyum. Haiser yang bersama pasangan dia membuatkan Aricson tahu bahawa lelaki itu sudah mengecapi bahagia. Dengan pertemuan anak-anak Isabelle, sudah pasti aset kekayaan keluarga Ramson akan jatuh pada mereka .

" They will a be billionaire just like his uncle..." ucapnya dengan senyuman lebar. Menolak troli apabila tersedar apabila Tuan Ramson memanggilnya.


《 ¤ 》


Alfred mengerut dahi melihat Mia yang tertidur di sofa. Padahal, jam sudah siang. Tiger, Rain dan Linda pula menyiapkan kerja sekolah yang tertunggak. Mereka semua berkumpul di hadapan ruang tamu. Mengerjakan segala tugasan yang diberi.

Tidak lama itu, Mak Oti datang meletakkan dulang di meja lagi satu. Ada jus oren, cookies dan karipap yang masih panas. Linda yang melihat hidangan yang disediakan oleh Mak Oti terus meletakkan pen dia.

" Terima kasih Mak Oti..." ujar Rain dengan senyuman.

Mak Oti kembali bangun. " Makanlah. Mak Oti nak siapkan masakan untuk tetamu kita nanti..." ucapnya lalu beredar.

" Emphh... " Linda memejam mata. Apabila kerangupan karipap itu sangat kena dengan tekak dia. " Masakan Mak Oti tak pernah menghampakan aku. Always the best lah! " jerit Linda teruja.

Seketul lagi karipap digapai olehnya. Rain pula melahap cookies coklat. Sambil tangan kanan dia menekan-nekan kalkulator dengan wajah berkerut.

" Dah siap belum? " Alfred bersuara. Sambil sebelah tangan dimasukkan ke dalam seluar. Tangan dia masih berbalut lagi.

" Sikit lagi...soalan ni susah lah. Aku tak faham..." rengek Rain. Dia mengeluh seketika. Sudah beberapa dia padam, kerana tidak menemui jawapan.

Addmath! Hampir putus asa setiap kali dia membuat latihan. Jika tidak dibantu, Rain akan menghempas diri dan tertidur tanpa menyiapkan tugasan dia.

Manakala Tiger tekun melihat formula-formula yang perlu dia hafal sebelum menghadapi SPM yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Dia juga membuat nota ringkas. Fizik memerlukan dia untuk dia menghafal formula begitu juga kimia.

Alfred duduk di tempat yang kosong. Dia mengapai buku latihan milik Rain. Melihat dengan sekali imbas beberapa soalan yang dibulat oleh Rain.

" Yang kau bulat-bulat ni ke? " soal Alfred sebaik sahaja melihat soalan itu. Buku latihan itu kembali diletakkan di atas meja. " Trigonometri? "

Rain mengangguk lemah. Dia berpindah tempat dengan Tiger. Dia memandang Alfred dengan wajah simpatinya. Bagi dia, Alfred ni bijak! Semua dia boleh jawab tanpa merujuk buku, bahkan Alfred mendapar skor tertinggi di dalam kelas.

Alfred mula mengajar Rain satu persatu. Tiger juga turut serta sekali. Maklumlah, dia pun dua kali lima dengan Rain. Lembap dalam addmath. Boleh berselirat otak dia memikirkan jalan penyelesaian dia.

" Waahhh...pandai lah kau" puji Rain apabila dia mula memahami ajaran dari Alfred.

Alfred senyum nipis. " Aku tak adalah pandai mana. Kalau kau nak, aku ada buat nota sendiri. Nanti kau ambil arr dalam laci meja belajar aku kat bilik ".

" Eh kau- dalam diam-diam eh..." Tiger mula masuk mood mengusik dia.

Alfred malas layan. Dia bersandar di sofa sambil memerhati tiga budak itu yang gigih mengerjakan latihan mereka. Linda dengan buku perakaunan dia.

" Erghh... ".

Bunyi eraman seseorang membuat Alfred tersentak. Dia memandang Mia yang kini terpisat-pisat bangun sambil mengosok matanya. Mia yang melihat mereka semua berkumpul di ruang tamu menjadi hairan.

" Korang buat apa? " soal Mia dalam suara bangun tidurnya.

Mia baru sahaja dibenarkan keluar hospital malam semalam. Tapi masih dalam pemerhatian mereka semua. Risau jika kesan jahitan Mia terbuka atau kembali luka.

" Kerja sekolah " balas Linda dengan mulut penuhnya. Nasib tak tersembur saja karipap di dalam mulutnya.

Tiger sudah mengeleng kepala. " Senonoh sikit Linda. Ibu dulu tak ajar kita macam tu... " tegurnya tegas tapi masih lembut.

Linda tersengih bersalah. Dengar saja perkataan ibu, automatik Linda berubah menjadi gadis sopan. Pesanan ibu pada mereka masih lekat dalam ingatan mereka.

" Ngatuklah... " Mia turun bawah sambil membawa bantal busuknya.

Dia berbaring di paha Alfred pula. Lelaki itu membiarkan sahaja, sudah biasa Mia bermanja dengan dia. Dia leka menonton cerita aksi di netflix yang disambung terus pada tv.

Asyik mereka membuat hal sendiri, dengan Mia yang dah kembali tidur sambil memeluk pinggang Alfred- loceng rumah berbunyi. Tidak sampai seminit, Mak Oti datang membuka pintu dengan langkah tergesa-gesa.

Di luar, terlihat Nadine tersenyum pada Mak Oti. Ada Haiser, Ameer dan Tuan Ramson serta Aricson. Juga beberapa bodyguards yang mengikuti mereka. Kawasan perkarangan rumah itu dipenuhi dengan lima buah kereta mewah.

" Maaf lambat Nadine. Mak Oti siapkan makanan kita tadi... " kata Mak Oti serba salah.

" Tak apa Mak Oti. Budak-budak tu mana? Senyap je rumah... " Nadine pula berasa pelik.

Jika dia pulang dari kerja, ada saja keributan yang dilakukan oleh lima remaja tersebut. Sehingga Nadine sendiri sakit kepala melihat keadaan rumah pada masa itu. Bersepah sana sini.

" Belajar kat depan sana..." ujar Mak Oti sambil mengapai huluran plastik buah dari tangan Nadine.

Dia kemudian masuk, membiarkan Nadine bersama tetamunya. " Jemput masuk... " ujar Nadine mesra.

Mereka menanggalkan kasut, disusun kemas ke rak yang disediakan di luar pintu oleh Nadine sendiri. Kerana wanita itu sangat suka pada kekemasan. Bersih dan mata yang memandang akan berasa tenang.

Tuan Ramson turut kagum dengan wanita itu. Memiliki rumah sendiri. Harta sendiri. Tanpa bergantung harap pada insan bernama lelaki. Nadine berjaya di atas usahanya sendiri.

" Mom? " Tiger terlebih dahulu menegur. Kerana dia duduk menghadap ke pintu masuk. Berkerut dahi dia melihat beberapa wajah asing di belakang Nadine.

Haiser dan Ameer dikecualikan. Mendengar teguran Tiger, Rain, Linda serta Alfred mengalihkan wajah mereka. Mereka bertiga berdiri kecuali Alfred kerana Mia kelihatan lena di pangkuan dia.

" Siapa tu mom? " soal Linda berbisik.

Nadine mengeleng seraya senyum. " Have a sit... ".

Mereka mengambil tempat di sofa empuk nan mewah itu. Para bodyguard memutus untuk tinggal di luar. Mereka akan bergerak ke mansion milik Tuan Ramson yang berada di Malaysia. Mereka singgah hanya untuk menjaga keselamatan dan menghantar barangan milik lelaki tua itu.

Tiger dan Rain mengemas dan menyimpan barangan milik mereka. Linda pun berbuat hal yang sama. Menyimpan segala peralatan alat tulis dan buku latihan dia.

" Excuse us... " ucap Tiger mewakili mereka bertiga. Melihat angguk dari si atuk tua itu, mereka bergegas berlari ke tingkat atas.

Nadine sudah mengeleng. Hailah, budak-budak ni. Kemudian, mata dia jatuh pada Alfred yang memangku kepala Mia. Raut wajah Mia tertutup dengan bantal busuknya. Kerana gadis itu tidak suka sebarang cahaya mengenai wajahnya semasa tidur.

Alfred pula memandang kosong pada tv di hadapan dia. Tidak mempedulikan tetamu yang hadir. Sambil itu dia mengigit sedikit cookies buatan Mak Oti. Ruang tamu itu menjadi sepi tiba-tiba. Masing-masing janggal.





《 ¤ 》





Encik Rashid memeluk tubuh. Memandang orang suruhan dia dengan tatapan yang tajam. Membuatkan lelaki bertopi itu menundukkan wajah dia. Mengelak pandangan membunuh lelaki itu. Encik Rashid menghempas segala barang miliknya yang berada di atas meja ke lantai. Pecah berderai pasu dan beberapa frame gambar.

" Bodoh! Aku bayar kau bukan sikit, tapi banyak tahu tak! Benda senang pun kau tak boleh buat ke hah! " jeritnya dalam nada tinggi.

Lelaki itu mengangkat wajah. " Bukan senang saja nak menyelinap masuk ke dalam Datuk. Ada orang jaga budak tu" dia menjawab berani.

" Alasan! " tengking Encik Rashid. " Kau boleh guna cara lain untuk hancurkan budak tu! " jerit dia lagi sekali.

Kali ini dia mampir ke hadapan, mencengkam kuat kolar baju lelaki suruhan dia itu. Hampir berpuluh ribu dia menghabiskan wang dia, hanya untuk menghapuskan seseorang.

" Kau tahu kan, aku nak budak tu mati! Tapi kenapa dia masih hidup lagi huh! " katanya dengan penekanan pada setiap ayatnya.

Lelaki itu mendecit perlahan. Dia melepaskan selamba cengkaman tangan Encik Rashid. Bagi dia, lelaki itu gila. Sanggup melakukan apa sahaja untuk membunuh.

" Kalau Datuk nak sangat budak tu mati, why not Datuk saja bunuh dia...selesaikan? " mudah lelaki itu memberi cadangan.

Encik Rashid mendengus tidak puas hati. Dia tidak boleh melawan lelaki itu- kerana lelaki itu memiliki rahsia untuk membawa dia ke pihak keadilan.

" Isteri sendiri Datuk boleh membunuh, kenapa tidak anak Datuk tu... " lelaki itu menyeringai jahat.

Encik Rashid mengetap gigi kuat. Rahang dia mengeras apabila lelaki itu membangkitkan kisah hitamnya. Lelaki itu membetulkan topinya. Sambil bersiul kecil seakan memainkan Encik Rashid.

" Datuk bunuh sendiri? " ujarnya kalini dalam nada serius. Tidak bermain seperti tadi.

" Datuk...Datuk... "

Dia berjalan mengelilingi Encik Rashid. Segala rahsia lelaki korporat itu ada dalam tangan dia. Jika dia tertangkap, dia akan pastikan lelaki itu akan terheret sama.

" Puan Isabelle Datuk boleh bunuh. Palsukan punca kematian dia. Rasuah driver lori tu- lepastu Datuk nak lenyapkan anak dia pula? " soal lelaki itu sinis.

Encik Rashid mendengus. " Aku tak nak mana-mana keturunan perempuan itu hidup! Kau tahu kan- selama ni aku sengaja jadikan dia alat untuk aku dan anak aku si Aufiya tu. Perempuan tu bodoh! Cepat sangat jatuh suka pada aku! ".

Lelaki itu mengeleng. Melihat bertapa liciknya seorang Encik Rashid. Dia sendiri rasa tidak percaya bahawa Encik Rashid lah yang membunuh isteri keduanya.

" Aufiya tu pun sama! Terlampau sayangkan perempuan tak guna tu! Sayang sangat! Padahal bukan perempuan itu yang lahirkan dia pun! Dasar anak bodoh! " dia mengutuk si anak pula.

" Jadi Datuk nak aku buat apa kali ini? " .

Mereka kembali kepada tujuan asal mereka. Tidak sedar, seseorang di luar bilik kerja Encik Rashid telah mendengar semuanya. Gadis itu menekup mulut tidak percaya.

" How dare you papa?! " dia terus berlari ke biliknya tanpa meninggalkan sebarang bunyi.

Aufiya yang baru pulang dari bertemu rakannya tidak sengaja terdengar suara keributan dari bilik kerja Encik Rashid. Dia yang ingin menerjah masuk- terus tidak jadi. Sebaliknya, dia bersembunyi di sebalik pintu yang sedikit renggang itu.

Memasang telinga. Mendengar penuh teliti.

Ternyata kenyataan yang keluar dari mulut Encik Rashid membuatkan Aufiya berasa sebak di dada.

Dia jatuh terduduk di biliknya setelah mengunci pintu. Aufiya memeluk lututnya erat. Dia seakan terpukul mendengar kenyataan dari mulut papa dia. Orang yang selama ini dia menganggap baik- ternyata dalang di sebalik semua ini.

Bermakna semua layanan baik Encik Rashid padanya hanyalah palsu semata-mata.

" Maafkan Aufiya mama...Aufiya gagal jaga adik-adik... " dia mengongoi menangis sambil menekup mukanya di lutut.

Terbayang, segala layanan buruk dia pada Ameer dan Mia selama ini. Yang telah menjauhkan mereka dan mencambahkan rasa benci pada adik-adiknya.

" Aufiya memang bodoh mama... ".





《 ¤ 》






" Wei Mia... " Linda menjerit secara tiba-tiba. Menunjukkan telefon miliknya pada Mia yang duduk di antara dia dan Ameer.

Mereka yang lain turut memerhati. Mereka sekarang berada di meja makan. Menjamu makan malam. Mia yang hairan, mengambil huluran Linda. Dia melihat tweet seseorang.

SsBella__

' The truth is so painful more than anything.
When the mood is rising- you never even seen the happiness.
Pity me- when the truth is so-
Death!'

Diikuti beratus retweet dan beratus komen yang terpapar disitu. Yang mendapat sambutan hangat dari warga Twitter yang lain.

" Putus cinta kut..." balas Mia mudah dengan wajah tidak berperasaan dia.

Linda kerut dahi. " Ish! Tak akan lah cikgu Affan nak putus cinta kut. Tapi kalau ya...aku suka hehe... " Linda senyum gedik.

Dia kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya. Mia pula menguis agar-agar di dalam pinggan dia. Fikiran asyik memikirkan kata-kata yang ditulis oleh Aufiya tadi.

Seakan ada sesuatu terjadi. Entah kenapa- Mia turut berasa sedih dengan Aufiya walaupun Aufiya sudah melakukan macam-macam pada dia dan Ameer.

" Mia... " tegur Nadine yang duduk di hadapan dia.

Disudut meja adalah Tuan Ramson. Mengetuai mereka pada malam itu. Meja makan itu senyap, mereka menatap Mia dengan riak gusar.

" Erm...Mia dah kenyang. Mia naik atas dulu..." pamit Mia sambil membawa pinggan miliknya ke singki.

Alfred turut menyusul sama. " Biar Fred tengokkan dia..." dia sempat mengucup pipi Nadine.

Dia tahu Nadine risau akan keadaan Mia. Nadine mengangguk sahaja. Hanya Alfred sahaja yang dapat mencungkil isi hati Mia.

Di dalam bilik, Mia duduk melunjur kaki di balkoni bilik sambil menatap kepekatan malam di dada langit. Bunyi pintu ditutup dan derap kaki seseorang membuatkan Mia tahu siapa gerangan itu. Bauan minyak wangi saja dia dapat meneka.

" Kau okay? " .

Alfred duduk bersila di sebelah Mia. Dia turut memandang ke dada langit sama seperti Mia. Dia tahu hati Mia sedang runsing. Jika tidak, gadis itu tidak akan mendiamkan diri. Menyepi diri dari orang lain.

" Entahlah, sejak dua menjak ni...hati aku rasa tak tenang. Macam tak sedap hati...tapi aku tak tahu kenapa... " Mia meluah isi hatinya.

Dia menoleh pada Alfred. Sisi wajah lelaki tampan itu dipandangnya. " Perasaan kau je kut... " sahut Alfred dalam nada biasa.

Padahal dia turut merasa perkara yang sama dia menemi Mia di hospital. Bermalam di sana. Dia seakan tidak sanggup meninggalkan Mia bersendirian di wad tanpa peneman. Jadi Alfred sepanjang malam berada di sisi Mia.

" Tak mungkin lah... " sangkal Mia pantas. " Semalam- aku mimpi arwah mama. Dia senyum dekat aku. Manis dan suci sangat wajah mama masa tu... " ujar Mia sebak.

Kerana hal itu juga dia banyak mengunci mulut. Dia tidak mahu sesiapa merisaukan dirinya. Jujur- dia rindukan arwah mamanya.

" Mama senyum dekat aku. Dia peluk aku. Lepas dia cakap yang tak lama lagi, aku akan jumpa dengan dia... "

Deg! Alfred rasa lain macam. Jantung dia berdegup makin kencang dari tadi. Dia segela menghadap Mia. Mengusap punggung tangan Mia.

" Lepastu cakap macam tu, bayang mama terus hilang. Aku tak faham- tapi mama senyum saja masa tu ".

" Mungkin kau terlampau rindukan mama kau...sampai kau mimpi macam tu ".

Mia menjungkit bahu. " Mungkinlah... ".

Dret! Mereka memandang telefon Mia. Ada satu chat masuk dari nombor tidak dikenali. Mia mengerut dahi. Tapi dia buka juga chat itu.

Meet me at Rofa Cafè at 3 p.m.
Urgent!
It all about your life...

" Siapa? " soal Alfred. Mana tahu Mia kenal dengan nombor itu.

" Entah. Tak kenal...tapi dia cakap urgent..." Mia mengerut dahi. Otak dia bekerja keras mengingati nombor itu. Mana lah tahu ada nombor rakan-rakan dia yang terpadam tanpa diketahuinya.

" Perlu ke aku jumpa dia? " Mia memandang Alfred. Meminta pendapat dari lelaki itu.

" Up to you...kalau kau rasa dia orang boleh dipercayai...jumpa jelah dia... " kata Alfred mudah.

Mia meletakkan telefonnya ke tepi. Dia masih lagi berserabut. Banyak sangat kejutan dia pada harini. Dengan kehadiran Tuan Ramson; ,grandpa dia. Membuatkan dia rasa otak dia perlukan rehat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro