T w e n t y S i x

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari ini merupakan hari jadi Baekhyun. Hari ini juga merupakan hari di mana tiba masanya untuk Baekhyun membuka dan membaca surat pemberian Hyuri.

Baekhyun melangkah masuk ke dalam bilik Hyuri. Di pandangnya setiap sudut bilik kepunyaan Hyuri. Baekhyun tersenyum sendiri melihat corak pororo yang ada di merata tempat di dalam bilik Hyuri.

-----

Flashback▪

"A-apa dia?"

"Nisurat yang Hyuri suruh aku bagi dekat kau. Tapi ingat! Kau kena baca surat ini sewaktu tibanya hari jadi kau. Hyuri juga suruh kau pergi ke rumahnya dan membaca surat tu di sana."

-----

Baekhyun melabuhkan punggungnya di atas katil Hyuri. Baekhyun membuka perlahan sampul surat yang di pegangnya.

•••

Annyeong!! Happy Birthday Byun Baekhyun~ dah tua kau sekarang. Mungkin masa kau baca surat ni aku dah tak ada. Sorry sebab aku pernah putuskan hubungan kita dulu. Aku sakit Baekhyun. Aku tak kuat. Aku tak larat dan aku tak mampu. Maaf kerana sembunyikan penyakit aku. Aku buat semua ni demi kau supaya kau tak sedih atas permergian aku nanti. Ouh ya sebelum tu, aku ada sesuatu benda nak bagi dekat kau. Kau cuba tengok dekat bawah katil aku, ada sebuah kotak.

Dah tengok isi dia? Cantik tak? Ya, itu gelang yang kau nak sangat dulu. Aku cuma mampu hadiahkan gelang tu je. Tertulis nama 'BAEKYURI' di atas gelang tu. Itu bermakna yang kita akan sentiasa berkawan dan takkan pernah putuskan hubungan sahabat kita. Di sini juga aku sertakan semua gambar kita bersama.

Baekhyun, aku sayang kau dan tak pernah sesekali pun aku berniat nak putuskan hubungan kita. Segalanya tentang kau begitu indah di mata aku sehingga hati aku benar-benar terpaut dengan kau.

Aku ingat lagi masa mula-mula kau minta aku jadi yeochin kau. Masa tu aku gembira sangat. Aku bersyukur sebab crush aku sudi minta aku jadi yeochin dia.

Kesemua kenangan kita begitu indah jika hendak di bandingkan dengan apa yang aku terima selama ni. Kau akan selalu ada di hati aku, terkubur bersama kenangan dan memori yang terindah yang kita cipta bersama.

Jangan menangis atas pemergian aku, kerana kau masih ada si dia yang perlu kau bantu dan kau bimbing. Aku mohon jaga si dia untuk aku. Jaga Hyumi baik-baik demi aku.

Jangan bersedih, tangan aku ni dah tak mampu nak kesat air mata kau dah. Aku tak suka orang yang aku sayang bazirkan air matanya hanya kerana aku. Teruskan hidup dan jangan pernah mengalah. Kau perlu bahagia Baekhyun.

Aku akan sentiasa ingat kau sampai bila-bila. Tak akan pudar selamanya kenangan manis kita. Akan aku semat bersama hati aku yang tidak bernyawa. Aku takkan lupakan kau Baekhyun.

Kerana kau, cinta pertama dan terakhir aku.

"Mianhae, Saranghae Byun Baekhyun."

•••


Baekhyun menangis selepas membaca isi kandungan surat tersebut.

Greatness as you,
Smallest as me,
You show me what is deep as sea

A little love, little kiss
A little hug, little gift
All of little something
There are our memories

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro