CHAPTER 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2002,

Awang berlari seperti tidak cukup tanah.Sebaik saja menerima panggilan daripada adiknya,Aminah...lelaki itu terus saja pecut ke rumahnya.Nyawa isterinya Seri dalam bahaya.Semuanya berlaku disebabkan cermin puaka itu.

Sampai saja di halaman rumah,dia melihat Aminah sedang menggigil ketakutan di tangga.

"Adik,apa yg dah berlaku?" soal Awang dengan nafas yg tercunggap cunggap.Dadanya turun naik.

"Kak Seri.Dia dah bunuh Mak!"

Satu tamparan menepis sukma Awang.Lelaki itu hampir rebah.Namun dia tetap berdiri.Masih ada dua nyawa yg perlu dia selamatkan.Awang ingin menerjah masuk ke dalam rumah melalui pintu masuk hadapan.Namun,Aminah menghalangnya berbuat demikian.

"Masuk ikut pintu dapur.Lebih selamat.Adik mohon,tolong selamatkan Kak Seri dan anak abang dalam kandungannya." pesan Aminah.Awang mengangguk.Seperti yg disuruh,dia masuk ke dalam rumah menerusi pintu dapur.Dia terkejut sakan sebaik saja melihat lantai dapur dibanjiri dengan darah.Nyawanya seakan akan terlucut dari jasad.Berhampiran dengannya,mayat ibunya terbaring kaku dengan kepala yg terpisah dari badan.Kedua dua tangan dan kakinya pula telah dipotong.Dia beristighfar sekejap.Cuba mengumpul kekuatan batin Sanggup Seri melakukan semua ini.Seri lebih kejam dari binatang.Seri telah dipengaruhi oleh cermin puaka itu.

"Abang dah pulang rupanya.Lama Seri tunggu abang.Seri ada berita gembira untuk abang.Wajah Seri dah tak buruk.Seri dah cantik seperti dulu." Seri menuruni tangga dapur dan melangkah mendekati Awang.Awang pula berganjak beberapa tapak ke belakang.Terdapat sebilah pisau yg digenggam erat pada tangan kiri Seri.Baju kurung putih yg dipakainya pula berlumuran dengan darah.

"Kau setan Seri.Kenapa kau bunuh Mak.Sanggup kau buat semua ni sebab nak cantik." tengking Awang.

Seri ketawa mengekeh.Meremang bulu roma Awang dibuatnya.Yang berdiri di depan matanya itu bukan lagi Seri yg 7 tahun dia kenal.Dia tidak menyangka Seri yg kuat agamanya boleh jauh terpesong hanya disebabkan kecantikan.

"Mengucap Seri.Ingat Allah.Setan yg dilaknat,baik kau keluar dari tubuh isteri aku." Awang melaungkan azan berserta dengan ayat kursi.Seri meraung raung kesakitan.Seperti sedang kepanasan dibakar api hidup hidup.

"Berhenti!Berhenti!Abang tak sayang Seri ke.Seri buat semua ni untuk abang.Seri tak nak kehilangan abang sebab wajah hodoh ni!" Wanita itu seakan akan merayu.Abang berhenti melaungkan ayat ayat Al-Quran.Dia kasihan melihat Seri yg sudah rebah di atas langkah dengan tangisan penuh penyeksaan.

Awang mendekati Seri.Membantu isterinya itu bangun.Ketika itu juga Seri membenamkan mata pisau pada perut Awang.Rupa rupanya Awang sudah terpedaya dengan muslihat Seri.Syaitan.Memang halus permainannya dalam menggoda manusia.

"Kenapa Seri buat abang macam ni?" Tersekat sekat Awang bersuara.Dia termuntah darah.Berkali kali Seri menikam perut Awang sehingga hancur dan habis terkeluar ususnya.

Seri hanya tersenyum memandang suaminya itu.Darah Awang dimulurkan pada wajahnya.Wajah Seri bersinar.Dia mengusap kawasan mukanya.Licin.Lembut.Seri tersengih lebar.Seperti yg dijanjikan Nek Peah....wajahnya sudah kembali cantik.

"Terima abang sebab sudah berkorban untuk Seri.Seri akan hargai jasa abang."

"Ingat Allah Seri.Seri belum terlambat!" Mata Awang kuyu.Air matanya meleles keluar.Dia menangis bukannya sebab dia sakit,tapi dia betul kecewa kerana Seri telah menjadi hamba Syaitan.Hati Seri digelapkan dengan kata kata manis yg dilaknat Allah itu.Perlahan lahan kelopak mata Awang turun ke bawah.Melabuhkan tirainya buat selama lamanya.

*    *    *    *

"Wajah kau sudah kembali cantik Seri.Cuma satu lagi pengorbanan yg perlu kau laksanakan untuk jadikan wajah kau kekal cantik sampai mati.Wajah kau takan dimamah usia.Hanya satu saja Seri.Dan semuanya akan selesai.Selepas ni kau boleh hidup bahagia.Semua orang akan pandang kau."Nek Peah berkata.Sejak dari tadi lagi Seri tidak habis habis membelek wajahnya pada cermin.

"Cakap saja apa yg Nek Peah mahukan.Malam ni jugak saya akan tunaikannya." balas Seri.Lebih 3 bulan dia berguru dengan Nek Peah.Telah banyak ilmu yg dia perolehi daripada wanita tua bongkok tiga itu.Jadi tidak heranlah dia sanggup lakukan apa saja demi membalas budi Nek Peah.

"Korbankan anak dalam perut kau tu!"

Tiba tiba saja bebola mata Seri membulat besar.Cermin diletakkan.Tangannya beralih ke arah perutnya yg memboyot besar itu.Anak pertama dia dan abang yg baru berusia 8 bulan.Nanti 1 bulan lagi cahaya matanya itu akan dilahirkan.Seri sedikit keberatan untuk menunaikan permintaan itu.

"Takde permintaan lain ke Nek.Ni anak saya dan Awang.Lambang cinta saya dan Awang.Saya dah bunuh Awang dan maknya....tapi saya tak sanggup bunuh anak saya sendiri." Seri seperti melawan.Mata Nek Peah merah menyala menjeling ke arahnya.

"Kau gagal Seri.Kau akan kehilangan segala galanya."

Semua daun tingkap pondok Nek Peah itu terbuka dengan sendiri.Angin menerpa masuk ke dalam bersama asap asap hitam yg berkepul kepul mengelilingi Seri.

"Apa yg Nek buat ni.Tolong Seri!Tolong Seri!" Dia langsung tidak mahu bergerak.Tubuhnya kaku.Pergerakkannya dikunci.Bibir Nek Peah terkumat kamit membaca mentera.Serentak dengan itu,wajah Seri berubah hodoh seperti dia kala.Mukanya menggelupas teruk menampakkan tulang putih pipinya.Seri merintih kesakitan.Cecair hitam yg busuk berserta dengan ulat ulat besar keluar dari mulutnya.Petir berdentum di langit.Lolongan anjing semakin kuat kedengaran seperti menyambut kehadiran sesuatu yg ingin bertandang di pondok Nek Peah.

"Seri janji Seri akan turuti permintaan Nek.Janganlh buat Seri macam ni." rayu Seri.

"Kau telah terlambat Seri.Aku akan kurung kau di dalam cermin sehingga sumpahan ini akan terlerai.Hanya orang yg betul betul tamakkan kecantikkan saja yg dapat bebaskan kau."

Cermin milik Seri yg berada di atas lantai memancarkan cahaya terang.Satu tangan hitam keluar dan mengheret tubuh Seri masuk ke dalam cermin.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro