CHAPTER 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Jung Kook,you rasalah sikit nasi goreng kimchi yang I buat ni.I sanggup bangun pepagi buta untuk ni!"pujuk Lisa sambil hulurkan bekas yang berisi nasi goreng itu pada Jung Kook.

" Mesti sedapkan!Takpe I rasa nasi goreng ni sekarang jugak ok!"Bekas tersebut bertukar tangan.Jung Kook tarik penutup atasnya.Meruap ruap baunya keluar.Masih panas lagi.

"You tolong suapkan boleh tak?" Ada tangan sendiri tak nak guna.Nilah tektik kotor lelaki gatal cam Jung Kook.

"Manjalah you ni.Kalah budak kecil.Ingat sikit you ni bakal jadi bapak budak ok.Cepat bukak mulut!" Sudu diambil,dicedok sedikit nasi goreng itu dan disuap masuk ke dalam mulut Jung Kook dan sudah ternganga luas.

Begitu berselera Jung Kook makan.Nasi goreng dalam bekas tu habis disapu.Sedap sangat kot!

*    *    *    *

Lisa jarang keluar dari bilik.Kebanyakkan masanya di rumah hanya dihabiskan di dalam bilik tidurnya itu.Sejak dua menjak ni,Lisa selalu saja sibuk dengan kerjanya.Pagi pagi buta sudah keluar dan bila tengah malam baru balik.

Ahjumma Seo pelik.Bukan dia nak kata yang Lisa gila,tapi dia selalu saja tengok Lisa bercakap sorang sorang dengan cermin.

Tuan Leo pula langsung tidak menghubunginya.Majikannya itu seperti lenyap begitu saja.Sudah masuk 2 minggu dia menghilang.Takanlah begitu lama Tuan Leo berada di Thailand.

Sebaik saja melangkahkan kaki ke ruangan dapur,satu bau busuk seperi bau bangkai menusuk masuk ke dalam rongga hidung Ahjumma Seo.Hampir saja termuntah wanita itu.Cuba dikesan dari mana bau itu datang.Rupa rupanya,ia dari peti sejuk.

Ahjumma Seo memicit hidungnya.Pintu peti sejuk dikuak.Bau yang lebih busuk mula meruap ruap keluar memenuhi ruang udara.Terdapat semangkuk nasi di tingkat bawah peti sejuk.Rasanya,nasi itulah yang menghasil bau busuk tersebut.Dikeluar mangkuk nasi itu.

Menjijikan.Betul betul menjijikan kerana nasi itu sudah pun menjadi hitam legam,dipenuhi dengan berpuluh ekor ulat yang saiznya sebesar ibu jari.Kali ini,Ahjumma Seo muntah habis.Terus dibuang nasi itu ke dalam tong sampah.

"Sape yang letak benda jijik tu dalam peti?Takanlah.....Lisa!"

*    *    *    *

Berasa sedikit letih,dibaringkan tubuh sekejap di atas sofa di ruang tamu.Habis hilang tenanganya disebabkan muntah tadi.Beberapa minit kemudian,Ahjumma Seo tertidur.

Sekujur tubuh beumuran darah yang tidak berkepala itu datang menghampiri Ahjumma Seo.Tangan wanita tua itu diraih olehnya.

"Seo,hanya kau yang dapat selamatkan anak aku!" katanya.

*    *    *   *

"Seo,hanya kau yang dapat selamatkan anak aku!"Pejam celik pejam celik Ahjumma Seo memandang Tuan Leo yang sedang melutut di hadapannya.Apa kena ni?

"Kenapa pulak Tuan?Apa yang dah berlaku pada Lisa!" soalnya,masih bingun.

"Jangan biarkan cermin tu terus menguasai Lisa.Bahaya!Saya tak nak anak saya jatuh ke tangan Seri!" Tuan Leo merintih.Ahjumma Seo memapah tubuhnya untuk bangun.Badan majikannya itu terlalu lemah.Wajahnya putih pucat lesi.Terkejut Ahjumma Seo bila melihat leher Tuan Leo yang hampir saja putus akibat dikeler.

"Saya akan cuba tolong.Apa yang dah berlaku pada Tuan?" soal Ahjumma Seo.Tuan Leo menceritakan satu persatu kepadanya sehingga dia betul betul faham cerita yang sebenar.Ahjumma Seo terkejut sakan.Jadi selama dua minggu Tuan Leo menghilang bukanlah kerana lelaki itu berada di Thailand,tapi Tuan Leo sudah mati akibat dibunuh oleh Lisa untuk dijadikan korban pada Seri.

"Hapuskan cermin tu sekarang jugak.Ada puaka berbahaya di dalamnya!" Itulah kata kata terakhir Tuan Leo sebelum dia menghilang.Ahjumma Seo bingkas bangun.Seluruh ceruk tubuhnya dibasahi peluh sejuk.Dia memandang sekeliling.Cuba mencari kelibat Tuan Leo yang dia lihat dalam mimpi tadi.Tiada.Jadi betulkah apa yang Tuan Leo bagitahunya bahawa............

*    *    *    *

Ahjumma Seo nekad.Dia akan cari bukti dan kebenarannya.Nasib baik bilik Lisa ada kunci pendua.Keputusannya sudah muktamad.Anak kunci dimasukkan ke dalam soket.Kunci dipulas 90° ke bawah.Serentak pintu itu terbuka.Dengan langkah berani,Ahjumma Seo menapak masuk ke dalam.Benda pertama yang Ahjumma Seo cari adalah cermin antik itu.

Dia mula menggeledeh bilik itu.Dari dalam almari,meja hinggalah di bawah katil.Dia terjumpa sebuah kotak hitam.

"Kotak apa ni?"

Ahjumma Seo buka penutup atas kotak itu.Cermin tersebut rupa rupanya disorokkan di dalamnya.

"Cermin apa ni?"
Dari bentuk rekaannya sudah membuatkan Ahjumma Seo pelik.Jadi,inilah cermin puaka yang dimaksudkan oleh Tuan Leo.Tapi,dari mana Lisa dapatkan benda macam ni.

"Auchhh!" Wanita itu berdecit kecil.

Sentuh saja cermin tu,jari jemari Ahjumma Seo luka tanpa sebab.Darah darah mula memancut keluar.Hujung jarinya berasa sangat panas dan ia membahang naik melalui urat saraf hingga ke muka.Seperti mukanya sekarang sedang dilumur dengan lada.

"Aku nak kau berhenti kacau Lisa.Jangan ganggu dia!Dia langsung takde kena mengena dengan kau!" suara Ahjumma Seo.Cermin yang dipegangnya itu bergetar kuat sehingga terlepas dari genggaman.

Ia terbang di udara.Cahaya terang berwarna merah memancar keluar melaluinya.

Ahjumma Seo mengundurkan diri ke belakang apabila cermin itu bergerak ke arahnya.

"Hi ahjumna!"

Langkahnya terhenti di situ.Satu tangan menepuk bahunya.Dia berpaling.Lisa sedang terpacak berdiri di belakannya sekarang.

"Llliisa!" Gugup suara Ahjumma Seo.Terkejut sakan dengan kemunculan Lisa di situ tanpa dia sedar.

"Ahmmuja buat apa kat sini.Banyak kali dah Lisa pesan pada Ahjumma....jangan masuk dalam bilik ni!" Tajam mata Lisa memandang wanita itu.

"Ahjumma cuma nak tolong kemaskan bilik Lisa je.Bila Lisa balik?Ahjumma tak perasan!"

"Ahjumma ni suka sangat tolong orang.Apa kata Ahjumma tolong Lisa boleh tak?"

"Tolong apa?"

Lisa tersenyum sinis.

"Tolong jadi korban untuk Seri!"

Bersambung....

Vote and comment!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro