CHAPTER 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Awang cinta hati Seri,tidak pernah sesekali pun nama abang hilang dari hati Seri.Seri cintakan abang sangat sangat.Seri janji Seri akan jaga abang baik baik.Seri janji Seri akan jadi isteri yang setia untuk abang.

Awang mengukirkan segaris senyuman manis di bibir.Wajah Seri dipegang kemas.Dahi Seri dia kucup lama.Selama setahun dia dan Seri hidup sebagai suami isteri,dia rasa sangat bahagia.Seri seorang isteri yang baik dan taat padanya.

Tapi sayang,mereka masih belum lagi dikurniakan cahaya mata.Mungkin belum tiba masanya lagi.Awang dan Seri selalu berdoa pada Allah supaya cepat cepat memberikan mereka rezeki berupa seorang anak.Tidak kisahlah sama ada lelaki ataupun perempuan.Sekurang kurangnya mereka akan ada pewaris keturunan mereka kelak.

Seri peluk tubuh Awang erat.Hangat dari tubuh Awang membuatkannya sedikit selesa.Terasa umbu umbu kepalanya diusap oleh Awang lembut.Tanpa sedar....Seri terlena.

* * * *

"Saya nak Tok Mun musnahkan hidup betina ni.Sihir wajah dia jadi hodoh sampai suami dia rasa benci pada dia!" Sarimah berikan sekeping gambar seorang perempuan pada Tok Mun.Tok Mun ambil gambar itu.Ditilik sekejap wajah perempuan dalam gambar itu.Sungguh cantik.

"Siapakah namanya!" soal Tok Mun sambil mula membakar kemayan di dalam mangkuk.Asap asap putih mula keluar,memenuhi sekitar rumah papan itu.

"Seri binti Sulaiman." jawab Sarimah.Sarimah sememangnya sudah lama berdengki dengan Seri yang merupakan sepupu rapatnya.Dari kecil lagi dia kenal Seri.Mereka kawan baik,selalu saja bermain sama sama.Memandangkan Seri lebih cantik dari Sarimah,ramai lelaki yang terpikat padanya termasuklah Awang.Sarimah betul betul marah bila Seri kahwin dengan Awang yang merupakan lelaki yang sudah lama digilai olehnya.

"Aku kenal dia.Kalau tak silap aku,dia gadis cantik yang tersohor di kampung kita!"Tok Mun letakkan gambar itu di atas mangkuk.Dibiarkan saja ia terbakar sehingga menjadi abu.Sambil itu,mulut Tok Mun terkumat kamit membaca mentera dalam bahasa apa entah.Sarimah pun kurang faham.

"Macam mana sekarang?Berhasil tak?" Sarimah betul betul tak sabar.Dia lihat Tok Mun hanya tersenyum sinis.

"Jawapannya ada pada hari esok.Aku dah buat apa yang kau inginkan,jadi mana upahnya!"

Sarimah keluarkan dua keping not berwarna hijau tua dari bajunya dan diberikan pada Tok Mun.

"Terima kasih ya.Kalau ada apa apa....datanglah lagi jumpa lagi!"
Malam itu,Sarimah rasa sangat gembira.Dia yakin yang duit simpanannya RM100 itu tidak sia sia dia gunakan.Tok Mun merupakan bomoh ilmu hitam yang paling terkenal di kampungnya.Kebanyakan penduduk kampung mengatakan bahawa perkhidmatan Tok Mon sangat berkesan.

"Kau tunggulah Seri.Awang akan jadi milik aku balik.Aku tak sabar nak tunggu muka kau hodoh macam babi!"

* * * *

Biarpun di sebelahnya terdapat sebuah kipas angin,Seri masih lagi berasa panas membahang.Rasa panas seperti dia sedang dibakar dalam api hidup hidup.Seri bangun dan duduk bersandar di kepala katil.Awang pula sedang nyenyak tidur.

Seri mengucap panjang.Kalimah Allah disebut berkali kali dalam hati diselang seli dengan bacaan ayat kursi.Tidak lama kemudian,rasa panas itu beransur ansur hilang.Sebelum ni tak pernah pula Seri alami perkara buruk seperti tadi.Mungkin ia satu petanda buruk.

Baru saja Seri ingin rebahkan kepalanya pada bantal,mukanya pula tiba tiba berasa sakit dan pedih seperti dicucuk dengan berpuluh puluh benda tajam dan halus.Lebih tepat lagi dicucuk dengan jarum.Seri meraung kesakitan sehingga mengejutkan Awang.

"Seri kenapa ni jerit jerit!"soal Awang,terkejut.Dia lihat Seri menangis sambil menekup muka dengan tangan.

"Tolong Seri.Muka Seri sakit!"jerit Seri.Kelihatan tangannya berlumuran dengan darah.Awang agak panik.Apa yang dah jadi pada Seri.

" Jangan risau.Abang ada ok."pujuk Awang sambil memegang tangan Seri.Perlahan lahan dia tarik tangan Seri yang menutupi muka.

"Ya Allah!"

Awang hilang kata kata.Seluruh kulit wajah Seri habis melecur menampakkan isi merah.

"Kita pergi hospital sekarang ya!" kata Awang.Seri hanya akur.

* * * *

Sejak hari itu,Seri menjadi kemurungan.Dia hanya berkurung di dalam bilik,langsung tidak mahu bergaul dengan orang ramai.Bahkan Seri juga jadi pendiam,dia asyik menangis saja kerana wajahnya menjadi buruk.

Sudah banyak alternatif moden dan tradisional yang Awang lakukan untuk sembuhkan wajah Seri dari penyakit misteri itu.Tapi semuanya gagal.Ubat ubat yang diberikan oleh doktor pun langsung tidak berkesan.Awang buntu memikirkannya.

"Assalamualaikum!" Kedengaran seseorang memberikan salam di luar rumah.Seri menjengukkan kepala ke jendela,Sarimah rupa rupanya yang datang.Bila Sarimah perasan akan Seri yang sedang senyap senyap mengintai itu,Seri cepat cepat menyorok.Sarimah tergelak kecil.

"Waalaikummusalam!Imah rupanya.Jemputlah masuk.Panas kat luar tu!" pelawa Mak Bidah mesra.Dengan Seri tidaklh pulak semesra tu.Bila dengan Seri,siap disumpah seranah.Kimak kau orang tua.

"Imah datang bawak kuih sikit untuk abang Awang.Imah tahu abang memang suka kuih lapis kan!" Kebetulan Awang ada di situ.Semakin menggedik Sarimah nak menggoda Awang.Awang pula layan aje.

"Meh Sarimah suapkan.Kesian abang,mesti letih balik kerja.Lepas tu kena jaga Seri lagi."sengaja Sarimah memperkuatkan nada suaranya supaya Seri dengar dan cemburu.Sarimah suapkan kuih itu ke dalam mulut Awang.Awang jadi malu malu.

"Sesuailah Imah dengan Awang ni.Mak nak sangat jadikan Imah menantu mak dari dulu lagi.Tapi Si Awang ni lah yang salah pilih orang." sampuk Mak Bidah menyindir.Pedas sekali kata katanya sehingga membuatkan Seri naik marah apabila Mak Bidah tidak henti henti mengaibkan dirinya depan Sarimah.

"Mak,sebelum balik tu boleh tak Imah nak jumpa Seri.Imah dah lama tak tengok dia." kata Sarimah penuh dengan niat jahat.

"Betul ke Imah nak jumpa makhluk hodoh tu?Mak takut penyakit dia berjangkit kat Imah nanti." balas Mak Bidah menghalang keras.Sarimah tetap jugak dengan keputusannya.Mak Bidah terpaksa membenarkan.

* * * *

Sarimah terus masuk ke dalam bilik tanpa ketuk pintu or bagi salam terlebih dahulu.Terserlah sikap biadapnya.

"Hi Seri!"

Dia hampiri Seri yang berada di atas katil.Seri cepat cepat ambil selimut dan tutup mukanya.

"Kau nak apa?Keluar dari bilik aku sekarang!" marah Seri.Sarimah meletuskan tawa kecil.

"Sedarlah sikit.Kau ingat aku nak sangat jumpa kau hah.Kau tu hodoh,busuk,raksasa.Semua orang jijiklah dengan kau!" Sarimah tolak kepala Seri kasar.Seri tak berdaya untuk melawan.

"Kau silap Imah.Biarpun semua orang tak suka aku,tapi aku masih ada Awang.Awang takan tinggalkan aku.Dia sayang aku!"

"Awang?Jangan buat lawaklah Seri.Aku jamin yang Awang pun akan muak dengan kau dan akan tinggalkan kau.Dan masa tu,aku akan rampas balik Awang dari kau"

Seri rasa betul betul tercabar dengan Sarimah.Dia cekik leher Sarimah.Perasaan marah tidak dapat dikawal lagi.

"KAU PATUT MATI JE.AKU TAKAN BIARKAN KAU RAMPAS AWANG!" Jeritan Seri membuatkan Awang dan Mak Bidah yang berada di ruang tamu bergegas masuk ke dalam bilik Seri.

"Apa yang Seri dah buat ni hah!" Seri terkejut dengan kehadiran Awang.Dia terus lepaskan tekak Sarimah.

"Abang,Seri dah gila.Dia cuba nak bunuh Imah!" adu Sarimah sambil memeluk Awang.Sakit hati Seri melihatnya.Sarimah betul betul dah melampu.Mak Bidah pula ambil hangger baju dan pukul Seri bertalu talu.Awang hanya membiarkan saja Seri kesakitan walaupun Seri berkali kali memanggil namanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro