CHAPTER 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Baca mentera yang aku ajar tu.Seru dia dan dengan mudah kau dapat jadikannya pendamping.Bila kau jaga dia,akur pada kemahuannya,makhluk itu pasti sujud pada kau kerana dia menganggap kaulah tuannya."ujar Nek Peah.Segala yang ilmu wanita tua itu ada diperturunkan kepada Seri.Dia mahu Seri menjadi pewarisnya walaupun mereka berdua tiada pertalian darah.Seri pula semakin jauh dengan Yang Maha Esa.Seri sudah lama tidak sujud pada Tuhannya Allah.Malah hidupnya sekarang lebih bertuhankan syaitan dan nasfu.

Seri duduk bersila di atas tanah dalam keadaan berbogel.Nek Peah pula melumurkan darah ayam hutan pada seluruh tubuh Seri.Kelihatan ulas bibir atas dan bawah Seri bergerak gerak sedang membaca rangkap mentera.Dibiarkan saja darah pada badannya itu mengering buat beberapa minit.

Angin kencang tiba tiba saja datang menerpa ke arah mereka.Pokok pokok di dalam hutan itu bergoyang dengan ganas.Bunyi anjing menyalak kedengaran sayup sayup dikejauhan,menandakan makhluk itu sudah pun muncul.

Diletakkan 3 ekor ayam hutan yang telah siap dipanggang,beberapa biji telur,dan pulut kuning di hadapan Seri.Kemayan dibakar.Asapnya meruap ruap.Bersama sama dengan Seri,Nek Peah memperkuatkan lagi bacaan mentera.Makhluk yang diseru itu seperti memberi tindak balas.Guruh berdentum turun dari langir dengan kuat.Bumi yang dipijak mereka itu pula terasa bergegar gegar.

Ku seru kau wahai semangat hutan.Datanglah kepadaku.

Pakk!pakk!pakk!

Bunyi derapan kaki semakin jelas kedengaran mendekati dengan mereka.Semak samun disekeliling mereka kelihatan bergerak gerak.Sesuatu merangkap keluar.Makhluk berupa manusia yang berambut panjang dan tubuhnya hitam legam itu bergerak ke arah hidangan yang berada di hadapan Seri.

"Kusediakan semua ni hanya untuk kau.Jemputlah makan wahai kawan!"

Makhluk tersebut terus melahap makanan makanan itu dengan rakusnya seperti sebulan tak makan.Seri dan Nek Peah tersenyum.

"Jadi,sudikah kau menjadi kawanku wahai semangat hutan.Sudikah kau mendampingiku sehingga hujung hayatku!" Seri menghulurkan tangannya dan makhluk itu menyambut tanda setuju.

*    *    *    *

"Seri rasa sangat kuat bila Gelap berada di dalam tubuh Seri.Seri rasa berkuasa!" ujar Seri.Gelap bukannya belaan sebarangan.Setiap kali Seri perintahkan Gelap melakukan tugasan,dia kena menyediakan darah haidnya sendiri sebagai habuan.Seri tiada masalah untuk itu.Setakat ini,Gelap masih belum mengamuk.Dia telah mengurung Gelap di dalam cermin.Dia akan bebaskan Gelap bila Gelap diperlukan saja.

"Bagus Seri.Kau semakin hebat.Sudah tiba masanya kau pulang kepada Awang.Kau perlu bersemuka dengan suamimu,kau perlu menuntut keadilanmu.Nek akan sembuhkan wajah kamu jikalau kamu membunuh mereka!" balas Nek Peah seperti menghasut Seri.Dendam Seri terhadap Awang dan Sarimah masih belum terlunas.Setiap perbuatan jahat perlu dibalas dengan kejahatan.

"Seri tidak pernah lupa tentang itu,Nek!Tiada siapa boleh rampas Awang dari Seri!" Dia nampak begitu marah.Mukanya bertukar bengis.Api dendam membara di dalam dirinya.

*    *    *    *

Awang duduk termenung di beranda rumah.Imah datang menghampirinya dengan membawa secawan kopi panas.

"Kenapa abang nampak muram je ni?Abang tak gembira ke Imah mengandung." kata Sarimah sedikit pelik dengan sikap Awang.Sepatutnya Awang gembira tak terkata bila Sarimah disahkan mengandung lima bulan.Tapi...kenapa Awang kelihatan mati pucuk saja.

"Takde apalah.Abang cuma letih!" Awang cuba berdalih.Tak nak Sarimah syak sesuatu yang bukan bukan.Dahlah Sarimah ni jenis kuat cemburu.
Bayangkan...Sarimah langsung tak bagi dia bercakap dengan mana mana perempuan yang tiada pertalian darah dengan Awang.Memang Awang dikongkong ketat oleh Sarimah.

"Abang jangan tipu Imah?Ke abang ada perempuan lain?Kalau Imah tahu abang curang belakang Imah,siaplah abang!" Sarimah mengugut keras.

"Apa Imah cakap ni.Imah ni suka sangat fikir bukan bukan.Abang cuma risaukan Seri!" Suara Awang naik seoktaf.Kesabarannya dicabar bila Sarimah tidak menghormatinya.

"Buat apa abang nak ingat dia.Cukuplah!Seri dah lama mati!" tengking Sarimah.Cawan kopi itu dibaling ke lantai sehingga pecah berkecai.

Awang akan terpinga dengan perangai Sarimah yang cepat naik angin.Dia akui....jika dibandingkan dengan Seri...Seri jauh lebih baik daripada Sarimah.

"Seri....tolong kembali pada abang.Abang rindu Seri!" Hati Awang membisik.Kini,baru dia sedar akan khilafnya pada Seri.Bodohnya.

*    *    *    *

Setelah 3 bulan dia meninggalkan rumah itu,akhirnya dia kembali semula.Semua penduduk kampung sangka dia sudah mati dimakan binatang buas.....tapi tak.Seri takan pernah mati!


"Aku kembali Awang!"

Seri melangkah ke arah rumah itu.

Kelihatan Awang dan Sarimah sedang duduk berbual di beranda rumah.Mereka berdua sedikit terkejut dengan kehadiran Seri.

"Assalamualaikum!" Seri memberi salam.Awang hilang kata kata bila melihat Seri.Sarimah pula diam tak terkutik.

"SERI!" kata Awang gagap gagap.

Seri turunkan kain sarung yang menutupi kepala,menampakkan wajahnya yang buruk itu.Awang langsung tidak takut dengan Seri malah dia terus memeluk Seri.

"Akhirnya Tuhan makbulkan jugak doa abang.Abang tahu,Seri masih hidup.Abang bersyukur sangat sebab Seri kembali pada abang!" Awang nampak sangat gembira sehingga menangis.Sarimah masih tercegang di situ.Wajahnya nampak sangat pucat.Bila dia pandang Seri,Seri tersenyum sinis.

*    *    *    *

"Abang harap Seri selesa tinggal kat sini walaupun Seri terpaksa berkongsi dengan Imah.Abang mintak maaf sangat sangat pada Seri sebab abang kahwin dengan Imah tanpa pengetahuan Seri." jujur Awang berterus terang.Padahal Seri sudah tahu semua tu.Seri meneruskan jugak lakonannya.Biarpun Awang berbuat baik pada dia dan lelaki itu nampak betul betul menyesal atas kesilapannya,Seri langsung tak tercuit.Dendam tetap dendam.

"Seri tak kesah.Seri terima Imah.Itu hak abang.Seri tak boleh halang.Lagipun Seri gembira bila abang dan Imah bakal dapat anak nanti!" balas Seri.Awang cuba menyentuh muka Seri tapi Seri mengelak.

"Baru abang sedar kecantikkan tidak penting.Biar pun Seri nampak buruk di mata orang lain...tapi di mata abang tak.Seri tetap cantik."puji Awang dengan kata kata manisnya.Seri tersenyum tawar.Terpaksa!

*    *    *    *

Awang tiada di rumah.Dia keluar ke pekan.Katanya ada urusan perlu diselesaikan.Tinggal Seri dan Sarimah saja di rumah.

" Ulek!Mayang di ulek!Ulek dengan jala jemala.Puteri satu,berbaju......"

Sarimah yang sedang menonton televisyen di rumah tamu sedikit terganggu dengan bunyi seperti
seseorang sedang menyanyi datang dari bilik Seri.

"Babi betina tu meroyan ke apa. Memalam buta macam ni pun nak menyanyi!Kimak betul!"rungut Sarimah sambil menyumpah seranah Seri.Dia matikan televisyen dan bingkas bangun.Agak susah untuk dia bergerak dalam keadaan dia sedang sarat mengandung cam ni.

"Woi sundal.Tak reti nak senyap ke gila!" jerit Sarimah di luar bilik Seri.Pintu bilik itu diketuk berkali kali.Tidak lama kemudian,suara yang dia dengar tadi berhenti.Lega rasanya.

"Tau pun senyap!"jerkah Sarimah sebelum balik semula ke ruang tamu.Peliknya,tv yang dia matikan tadi terpasang semula.Jahanam mana pulak yang hidupkannya?

Sarimah mula rasa seram sejuk.Seluruh bulu romanya pada tubuh meremang naik.

"Ulek,mayang di ulek.Ulek tengah jala jemala!"Suara itu berbunyi lagi.Tapi bunyinya lebih jelas seperti orang yang menyanyikan lagu tersebut berada sangat dekat dengannya.Segera Sarimah menolehkan kepalanya ke belakang.

" Imah!"

"Seri!"

Jantung Sarimah hampir luruh bila melihat Seri sedang terpacak berdiri lebih kurang dua meter darinya.

"Kau tak payah nak takutkan akulah Seri.Kau ingat aku takut ke.Buang masa je kau pakai baju putih macam ni semata mata nak usik aku!" Sarimah tergelak kecil.

Seri masih statik di situ.Tidak berganjak.Bila Sarimah memanggil namanya,Seri hanya diam dan menundukkan wajah ke bawah.Sarimah mula rasa tak sedap hati.

"Kau nak apa lagi hah!Pergi masuk bilik kau sekarang!"

"Aku nak nyawa kau!" balas Seri.
Diangkat wajahnya memandang Sarimah.Mata merah itu bertemu dengan mata Sarimah.
Sarimah menelan air liurnya.Dia berundur beberapa langkah ke belakang memandangkan Seri sedang mara ke arahnya.

"Jangan dekat dengan aku setan!"

"Aku tak pernah lupa Imah.Aku tahu kau yang upah bomoh untuk rosakkan muka aku.Disebabkan kau,Awang tinggalkan aku!" Seri berkata sambil mengacukan pisau ke arah Sarimah.Lidah Sarimah kelu untuk bersuara.Dia cuba membaca ayat khursi tetapi bacaannya menjadi berterabur disebabkan dia terlalu takut.

Seri ketawa mengekeh.

"Kau rampas Awang dari aku dan sekarang aku pulak akan rampas anak kau,Imah."

Sarimah jatuh terlantang di atas lantai kerana ditolak oleh Seri.Dia cuba bangun tetapi tiba tiba saja tubuhnya tidak boleh bergerak.

"Tolong jangan apa apakan aku Seri!" rayu Sarimah dalam tangisan.

"Dah terlambat Imah!"

"Arrgghhh!" Sarimah menjerit kesakitakan apabila Seri membelah perutnya.Daging dan kulitnya disiat.Darah darah membuak keluar dengan banyak.Perut Sarimah dikoyak.Janin Sarimah yang berusia 5 bulan itu dikeluarkan lalu Seri memakannya rakus.Organ organ dalaman Sarimah yang lain seperti ginjal,hempedu,usus,jantung turut juga dilahap.

Sarimah menggelepar di saat ajalnya menjemput.

"

Kerja yang bagus.Tak sia sia aku bela kau Gelap." Seri bertepuk tangan melihat masterpiece yang gelap hasilkan.Darah berlumuran di atas lantai.Tubuh Sarimah separuh hancur dikejarkan oleh Gelap.

"Tugas kau dah selesai.Jadi,kau boleh pulang ke tempat asalmu!" Makhluk yang menyerupai Seri itu ataupun Gelap namanya akur pada perintah Seri.Gelap bertukar menjadi asap hitam dan masuk ke dalam cermin yang dipegang oleh Seri.

"Ini balasan untuk kau Sarimah!"

Mian sbb dah lama author tak update.Hope masih ada lgi readers yg support ff ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro