CHAPTER 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau dah report pada polis ke belum pasal hal ni!"

Masalah baru timbul lagi.Sekarang Rose pulak hilang.Eun Ha dan Jisoo mula buntu untuk selesaikan masalah ni yang datang tak henti henti.

"Bila kali terakhir Rose call kau?"

"30 minit tadi.Aku risaulah kat dia.Dia cakap Lisa nak bunuh dia!" Jisoo mundar mandir di sana sini sambil membelek telefonnya,takut takut Rose ada send mesej ke.Sesekali dilekapkan telefon pada telinga.Dah banyak kali dia call Rose,tapi Rose tak angkat.

"Apa motif Lisa nak bunuh Rose?"

"Aku rasa dia nak balas balik apa yang kitorang buat kat dia dulu!" terang Jisoo.Dia labuhkan punggung di atas sofa.Nafas panjang dilepaskan.Dia cuba untuk menenangkan fikirannya yang agak berserabut.Adakah ini karma bagi kejahatan yang mereka lakukan pada Lisa.Bullshit!

"Kita nak cari dia kat mana sekarang!"

"Lisa Monaban Spa Beauty.Kau kenal tak tempat tu kat mana?" Nama tempat itu tertera di atas kertas yang Rose tinggalkan di pintu biliknya.

"Jap!jap!Lisa Monaban Spa Beauty.Shit!Aku tak pernah dengar pun nama spa tu and sejak bila pulak Lisa ada bukak spa sendiri.Penipuan gila apa ni?"Macam tak logik pun ada.Apa yang dah berlaku sebenarnya?

"Rileks ok.Esok kita pergi rumah Lisa.Mana tau kat sana kita jugak dapat jumpa Rose!" Eun Ha cuba untuk menenangkan Jisoo.Baru jer Jisoo kehilangan Jennie lepas tu Rose pulak.

"Yelah.Aku rasa pembunuhan Alex,Jennie ada kaitan dengan Lisa.But,kau ada tak jumpa Wilsom!"Baru dia ingat pasal Wilsom.Sejak kematian Jennie,Wilsom menghilang sampai sekarang.

"Tak!" Eun Ha menggelengkan kepala.

"Kemungkinan besar Wilsom pun dah mati!"

"Apa maksud kau?"

"Lisa yang bunuh diorang semua!Pembunuh tu Lisa.Psychopath!"

*    *    * 

"Sabar Lisa,semuanya akan berakhir tak lama lagi.Aku dah lunaskan segala dendam kau.Aku juga dah tunaikan segala permintaan kau!" Cermin itu berbicara.

"Terima kasih Seri.Terima kasih buat segala galanya.Aku rela jadi hamba kau.Aku rela sujud pada kau!" Lisa tundukkan tubuhnya.Dahinya bersentuhan dengan permukaan lantai.Dia sujud pada cermin itu.Seakan akan Seri lah Tuhannya.

"Kaulah satu satunya kunci untuk aku keluar.Hanya kau yang dapat leraikan sumpahan ini Lisa!" Lisa angkat kepala dan pandang cermin itu,pandang wajah pucat Seri.

"Bebaskan aku Lisa!"

*    *    *    *

Apa apa saja risiko atau kemungkinan yang berlaku,mereka berdua sanggup terima.Berdiam diri saja tak boleh mendatangkan apa apa pun.

Eun Ha dan Jisoo pandang rumah itu silih berganti.Masing masing rasa berdebar dan takut.
Mereka berpegangan tangan erat supaya mereka tidak berpisah nanti.

"Jom!" sahut Jisoo.Eun Ha anggukkan kepala dan mereka terus melangkah masuk ke dalam rumah itu tanpa menekan loceng memandangkan pintu masuk sudah terbuka luas.Seperti bersiap sedia menyambut kedatangan mereka.

Keadaan di dalam rumah tersebut gelap gelita.Agak susah Jisoo dan Eun Ha untuk berjalan.

"Aku takutlah Jisoo!" adu Eun Ha mula rasa tak sedap hati.

"Tak payah takut.Aku akan sentiasa ada dengan kau!"Jisoo cuba mengurangkan ketakutan Eun Ha.Bahu Eun Ha diusap.

Pangg!!Pintu masuk itu terkatup dengan sendiri.Terhinjut ke atas bahu Jisoo kerana terkejut.
Eun Ha pula menjerit dan memegang kemas lengan Jisoo.

"Hahaha!"

"Welcome to the hell my friends!"

Candeliar di atas kepala mereka menyala secara automatik.Serta merta keadaan menjadi terang benderang.

"Hi Jisoo!"

"Hi Eun Ha!"

Lisa muncul di depan mereka dengan sekelip mata.Jisoo dan Eun Ha agak terperanjat dan mula mengundurkan diri ke belakang.

"Lama tak jumpa korang.Korang datang sini sebab rindu aku ke atau korang nak cari Rose dan Jung Kook!" Lisa ketawa mengekeh.Ruang villa itu bergema dengan suaranya yang garau.Muka Lisa kelihatan sangat pucat sehingga menampakkan urat urat biru di pipinya.Baju gaun putih paras lutut yang dipakai oleh Lisa pula berlumuran dengan percikkan darah yang sudah mengering.

"Mana Jung Kook dan Jennie?" Hanya Jisoo yang berani bersuara.Eun Ha pula duduk menyorok di belakangnya.

Lisa mara ke arah mereka berdua.Jisoo segera mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya.Pisau tersebut diacukan ke hadapan,bersiap sedih sekiranya Lisa akan menyerang mereka.

"Kenapa?Korang takut ke dengan aku?Kenapa nak takut?Aku bukannya pembunuh.Kitakan kawan!"Lisa tersenyum sinis.Paling mengejutkan mereka apabila Lisa merampas pisau tersebut dari tangan Jisoo dan mencampakkannya jauh jauh.

Jisoo dan Eun Ha semakin cuak.Mereka tidak mempunyai apa apa senjata sekarang untuk mempertahankan diri.

"Aku nak keluar dari sini sekarang!"

Eun Ha berlari ke arah pintu masuk tadi dan cuba membukannya tetapi pintu itu berkunci.

"Korang berdua takan dapat lari.Aku akan pastikan korang berdua mati kat sini." Lisa meluru ke arah Eun Ha dan mencekik leher Eun Ha.Tubuh Eun Ha diangkat dengan hanya sebelah tangannya saja.Eun Ha meronta ronta.Dengan kekuatan yang luar biasa,Lisa menolak Eun Ha sehingga terpelanting menghempas dinding.Ternganga Jisoo melihatnya.

"Dalam banyak banyak jantan kat luar sana tu,kenapa mesti Jung Kook jugak yang kau nak hah.Kau tahu tak,disebabkan kau....Jung Kook buang aku macam sampah!" tengking Lisa.Eun Ha tidak dapat bangun kerana tulang belakangnya patah.Ketika itu jugak,Jung Kook muncul dan melutut di hadapan Lisa.

"Jung Kook!" Eun Ha seakan akan tidak percaya melihat keadaan Jung Kook.Leher,tangan dan kaki Jung Kook telah dirantai dengan rantai besi yang besar.Badannya pula terdapat banyak kesan torehan.Bebola matanya berwarna hitam penuh.Tiada mata putih.

"Nilah Jung Kook yang kau cari tu?Kau happy tak dapat jumpa dia!"

"Apa yang kau dah buat pada dia?Kau memang gila.Dasar babi!"Eun Ha merangkak bangun menuju ke arah Jung Kook.

"Aku nak kau hapuskan dia sekarang jugak!" arah Lisa.Jung Kook akur seperti dia sedang dikawal oleh Lisa.Dia bergerak menghampiri Eun Ha.

Panggg!

Jung Kook menumbuk pipi Eun Ha berkali kali.Bibir Eun Ha pecah berkecai.Dia naik atas perut Eun Ha dan memijaknya sehingga Eun Ha memuntahkan segala isi perutnya yang bercampur darah.

"Jung Kook,ni saya Eun Ha.Sedarlah Jung Kook!"Suara Eun Ha mengendur dan lemah.Dia sudah nyawa nyawa ikan.Jisoo cuba membantu Eun Ha.Malangnya khudrat lelaki Jung Kook lebih kuat menyebabkan Jisoo senang senang saja rebah apabila ditepis oleh Jung Kook.

"Jung Kook,jangan!"

Jung Kook mengheret Eun Ha ke arah penjuru dinding.Kepala Eun Ha dihantukan berkali kali pada dinding konkrit sehingga pecah berkecai.Habis darah merah berserta cebisan-cebisan halus otak Eun Ha bertaburan di atas lantai.Bau hanyir darah meruap ruap di ruang udara.

Jisoo menutup mata,tidak sanggup melihat keadaan ngeri itu.Ketika itu jugak,Jisoo mengambil pisaunya yang dilempar oleh Lisa tadi.Dia berlari ke arah Jung Kook tanpa lelaki itu sedar akannya,lalu dia mengelar leher Jung Kook dari arah belakang.Jung Kook rebah serta merta.

Darah darah membuak keluar dari mulut Jung Kook.Matanya bertukar kepada bentuk mata manusia yang asal.

"Terima kasih Jisoo!Kau dah sedarkan aku balik!" kata Jung Kook.Jisoo memangku kepala Jung Kook di atas ribanya.

"Aku terpaksa bunuh kau.Mian Jung Kook!"

"Takpe.Kau dah bebaskan aku dari cengkaman Lisa.Yang penting sekarang kau kena hentikan semua ni.Hapuskan cermin tu.Hapuskan Seri yang berada di dalamnya!"ujar Jung Kook sebelum dia menutup mata.

"Bangun Jung Kook!Bangun!Eun Ha jangan tinggalkan aku.Hikk....jangan tinggalkan aku.Aku janji yang aku akan tuntut bela atas kematian korang!" Jisoo menangis teresak esak sambil memeluk Eun Ha dan Jung Kook yang sudah tak bernyawa.Dia hilang dua nyawa kawannya lagi.

"Kawan kawan kau semuanya dah mati.Tinggal kau sorang je lagi Jisoo!"Sasaran Lisa yang seterusnya ialah Jisoo.Bila dia berjaya bunuh Jisoo.....semuanya akan berakhir.Dia akan kekal cantik dan Seri pulak akan dibebaskan keluar dari cermin tersebut.

"Kau bodoh Lisa.Kau memang tak berhati perut.Disebabkan nak cantik kau sanggup korbankan nyawa kawan kawan kau sendiri!"Jisoo bangun setelah berjaya mengumpulkan kekuatannya semula.Kali ni dia takan mengalah.Keadilan terhadap Jennie,Rose dan Jung Kook mesti dituntut.

"Hahahaha!Habis korang semua tu baik sangatlah.Aku takan jadi macam korang tak tikam belakang aku!Korang khianati aku dalam diam!Kau tu sama je babi!" tebak Lisa.

Jisoo melibaskan pisau ke arah Lisa dan kebetulan mengenai tangan kanan Lisa.Sebenarnya, dia mahu merampas cermin yang berada di tangan kiri Lisa.

"Tak mungkin!" Jisoo agak terpana kerana luka di tangan Lisa itu sembuh dengan begitu cepat.

Lisa menyerang balas.Dia mencakar dada Jisoo dengan kukunya yang tajam.Jisoo tidak sempat mengelak.Dia menekup dadanya yang berasa sakit,pedih dan panas.Darah darah membuak keluar.Kulitnya tersiat agak dalam sehingga menampakkan isi putih.

Pakk!

Lampu dari candeliar terpadam menyebabkan blackout.Jisoo langsung tak nampak apa apa.Deria penglihatannya agak sukar berfungsi untuk mengesan di mana Lisa dan keadaan sekelilingnya.Dia duduk meluku di atas lantai sambil tangannya meraba raba permukaan lantai,mencari jalan keluar.

Jisoo tidak sedar,candeliar yang berada 4 meter dari di atas kepalanya itu sedang bergerak dengan laju ke kiri dan ke kanan.Rantai yang memegang candeliar itu putus dan ia jatuh.Menuju tepat ke arah Jisoo berada.

"Hati hati!" Jisoo terkejut apabila seseorang menarik kakinya.Dia angkat kepala ke atas dan sekilas pandang candeliar tersebut dengan lajunya jatuh turun menghempas lantai.Nyaris nyaris saja hampir menghentamnya.

Nafas Jisoo turun naik.Dia agak trauma.Pelik.Siapa yang tolong dia tadi?

"Cukup Lisa!Hentikan semua ni sekarang!" Satu suara garau bergema.Suasana yang tadinya gelap menjadi kembali cerah.Entah dari mana datangnya punca cahaya itu.

"Lisa takan berhenti selagi Lisa tak bunuh dia.Jangan halang Lisa!" jerit Lisa seperti memarahi seseorang.Satu cahaya terang muncul di hadapan Jisoo.Cahaya itu membentu satu figura manusia.

"Kamu dah melampau!Seri cuma nak hancurkan hidup kamu.Tolonglah berhenti sebelum terlambat!Daddy sayang kamu Lisa!" Di depan Jisoo itu ialah Tuan Leo.Roh Tuan Leo yang tak tenteram.Jisoo agak tersentuh apabila melihat bebola mata Tuan Leo mengalirkan air jernih.Leher lelaki itu juga hampir terputus dan berlumaran dengan darah yang dah kering.

"Lisa takan berhenti.Lisa takan berhenti.Takde saper pun boleh halang aku termasuklah kau orang tua!" tengking Lisa.Tubuhnya tiba tiba saja bergetar kuat.Otot ototnya kelihatan bergerak,dan jelas urat urat pada tubuhnya timbul timbul seperti mahu terkeluar dari kulit.Dia mengangakan mulutnya dan lendir berwarna hitam likat keluar dengan banyak.2 biji bebola matanya tersembul keluar dari soket.Mulut Lisa terkoyak,satu kepala manusia menerjah keluar.

"Apa semua ni?" soal Jisoo terkejut.

"Tulah Gelap.Makhluk yang menghuni cermin tersebut.Lebih tepat lagi,Gelaplah yang menyamar jdi Seri." terang Tuan Leo.Satu pun Jisoo tak faham.Siapa Gelap?Siapa pulak Seri?

"Kita nak buat apa sekarang!"

"Ajusshi serang dia dan kamu pulak cuba rampas cermin kat tangan dia tu!"kata Tuan Leo dan Jisoo lekas mengangguk faham.

Lisa merangkak laju ke arah Tuan Leo.Dikeluarkan lidahnya yang panjang dari mulut dan membelit tubuh lelaki itu.Tuan Leo tak boleh bergerak.Lilitan tersebut terlalu ketat sehingga sukar untuk dia bernafas.Rasanya seperti dibelit dengan ular sawa besar.

"Jisoo,palli palli......rampas cermin tu sekarang!" jerit Tuan Loe memberi arahan.Jisoo terus berlari ke arah sisi kiri Lisa.Tangan kiri Lisa ditikam berkali kali sehingga cermin yang berada dalam genggamnya itu terlepas.Jisoo berjaya jugak rampas cermin tersebut.

"Pecahkan!Pecahkan cermin tu sekarang!"

Jisoo turuti arahan daripada Tuan Leo.Cermin itu diangkat tinggi ke udara lalu dihempaskan ke lantai konkrit.Ia serta merta retak dan cahaya berwarna hitam memancar keluar lalu hilang selepas beberapa saat.

"Tidakkkkkk!Tidakkkkkk!"

Lisa meraung kesakitan.Kulitnya mengecut.Ulat ulat kecil berserta darah keluar dengan banyak dari liang liang kulitnya.

"Appa!Tolong Lisa!Sakit!Lisa sakit!Tolong Lisa!Tolong Lisa!"Lisa merintih meminta tolong.Tubuhnya mengeluarkan api dan api itu membakar dirinya sendiri sehingga hangus menjadi abu halus.

" Selamat tinggal Lisa!Mian sebab daddy tak dapat nak selamatkan kamu!Daddy sayang kamu!"Tuan Leo menangis teresak esak.

Semuanya sudah berakhir!

"Bagus Jisoo!Kamu dah berjaya!" Tuan Leo menepuk bahu Jisoo.Jisoo hanya tersenyum tawar.Kerana cermin itu,dia hilang kawan kawannya,Jennie,Rose Eun Ha,Jung Kook dan Wilsom.Dan kerana cermin itu,Tuan.Leo hilang satu satunya anak kesayangannya.

"Terima kasih sebab Ajusshi dah selamatkan saya tadi!" ucap Jisoo.Tuan Leo mengesat air matanya.

"Nampaknya Ajusshi dah dapat bersemadi dengan tenang.Sebelum Ajusshi pergi,Ajusshi nak kamu tunaikan satu permintaan ajusshi?"ujar Tuan Leo.

"Permintaan apa?"

"Semadikan jasad Ajusshi di tempat yang sepatutnya!"

Jisoo menganggukkan kepala.Tuan Leo tersenyum lebar.Perlahan lahan tubuhnya lenyap dari pandangan Jisoo.

Jisoo ambil cermin tersebut yang berada di atas lantai.

"Ya,semuanya dah berakhir!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro