BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Orang ramai mula mengisi tempat duduk yang disediakan. Beberapa yang datang sempat mengambil foto kanvas lukisan yang sudah terhidang di depan mata mereka. Ada juga yang saling berbisik memuji hasil lukisan yang terpapar di depan mata mereka.

Bibir aku menguntum senyum. Sesekali lukisan itu aku lirik dengan penuh rasa bangga. Kenapa? Kenapa aku senyum bangga? Of courselah, bangga! Itu adalah lukisan aku yang ke 19 dan bagi aku itu adalah salah satu lukisan yang paling aku cintai.

Lukisan yang menggambarkan seorang gadis menggenggam bunga ros merah yang berduri. Tangannya kelihatan berdarah namun bibir gadis itu menguntum senyum. Yurp, senyum namun nampak sangat perit. Seperti kesakitan duri itu disimpan dalam hati dan tak mahu diluahkan melalui wajahnya. Dalam? Hah!! Well, tengoklah siapa pelukisnya? Lauren Aqishah lah katakan. Hohoho!!

"Ini merupakan hasil karya Ren yang ke-19. Baru disiapkan pada minggu lepas namun hasilnya itu sudah menjadi bualan ramai peminat seni. Tanpa saya membuang masa, saya persilakan cik Ren untuk bahaskan selanjutnya mengenai lukisan yang dilukiskannya ini." ujar MC yang diberi tugas untuk memulakan majlis kecil-kecilan itu.

Aku meleret senyum di balik mask hitam yang aku pakai. Mask menutup bahagian mulut aku itu memang aku kenakan supaya tiada sesiapa yang mengetahui siapa aku. Ahaha.. well, bukan sebab itu saja sebenarnya tapi..

Dengan langkah penuh kemasnya, aku berjalan ke arah MC itu. Dia menghulurkan mikrofon kepada ku dan aku pantas menyambutnya. Tetamu yang hadir aku pandang satu persatu..

"Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan pada anda semua. Ya, saya tak lupa juga untuk ucapkan terima kasih kerana sudi luangkan masa menghadiri majlis saya yang kecil-kecilan ini. Baiklah. Tanpa saya buang masa, saya akan terangkan serba sedikit mengenai karya saya yang ke-19 ni.."jelas dan penuh yakin aku hamburkan kata-kataku.

Dari A sampailah ke Z, aku jelaskan tanpa cacat celanya. Kadang aku beremosi bila mahu menggambar kan perasaan gadis dalam lukisan ku sendiri. Itulah orang seni. Mahu jual lukisan, kau kena guna nilai sentimental untuk tarik pembeli kau untuk membeli lukisan kau. Barulah, dengan duit itu kau dapat tampung keinginan kau.

Memang sejak dari kecil lagi, aku gemar melukis. Aku memiliki seorang kakak dan dia juga minat melukis seperti aku tapi.. dia jadi apa yang dia taknak jadi. Semuanya gara-gara kehendak ibubapaku.

Bagi mereka, melukis membuang masa dan membuang tenaga. Bagi mereka, melukis itu adalah hobi orang jalanan. Yurp, aku dan kakak ku jelas terasa bila orang tua kami membangkang hobi kami ni. Kakak mahu terlibat dalam bidang penerbitan komik namun ayah aku larang, dia minta kakak untuk terlibat dalam bidang business.. akhirnya, kakak ku akur.

Aku?

Seperti yang orang lain nampak sekarang. Kerana aku cinta untuk melukis, aku terpaksa menyamar di sebalik topeng ini untuk terus hidup kan minatku ini. Ya, nama Ren itu adalah nama samaran yang aku gunakan ke atas hasil karya yang aku buat. Ibu tak tahu dan abah tak tahu. Itu yang paling penting..

Kalau mereka tahu, aku jual lukisan. Jangan harap tanah Malaysia ni akan aku jejak sekarang kerana ayah dan ibu aku akan hantar aku belajar ke luar negara. Yurp, sadis. Memang sadis tapi aku terpaksa telan juga pahit dan sadis itu.

"Baiklah, terima kasih Cik Ren. Tanpa kita buang masa, mari kita mulakan sesi lelongan lukisan ini. Kita mulakan dengan harga RM1000." tutur MC itu dengan penuh cermat dan tertib.

"RM5000!!"lelong seorang tetamu yang hadir.

Di belakang MC, aku sekadar gelengkan kepala. Nope! Terlalu murah! Jangan harap aku akan jual lukisan ku itu dengan harga celah gigi macam itu..

"RM 15,000"
Nope. Masih rendah.

"RM35,000"
Still. Masih rendah. Please, mesti ada lagi yang akan lelong harga lebih tinggi. Dalam hati, aku berbisik kecil.

"RM500 000!"

Untuk seketika aku tercengang. RM 500 000? Mataku yang tadi menekur memandang lantai aku alihkan pada si empunya suara. Dari telinga aku, aku dapat tangkap suara itu milik suara seorang lelaki..

Akhirnya anak mataku melirik pada seorang lelaki yang.. gulp! Aku telan liur. Seorang lelaki yang tampan.. Dia berpakaian T-shirt lengan pendeknya yang menunjukkan tangan sasanya. Kulitnya putih mulus, tinggi dan sangat ideal. Namun, wajahnya.. huh! nampak dingin dan tak berperasaan..

"RM500, 000 satu!"
Oh mai, mungkin kah lukisan aku ni akan jadi milik lelaki tampan itu? Aku sudah berkira.

"RM500,000 dua.."

"RM 500,000 tiga.."

"Baiklah, encik. Tahniah. Lukisan ini akan dijual pada Encik..erm, siapa nama encik?"soal MC itu dengan santunnya.

Wajah lelaki itu masih sama. Tiada secalit senyuman gembira atau terharu. What?! Dia tak gembira ke bila dapat lukisan aku itu? Huh?!! Aku sudah menggertak dalam hati.

Selama menjadi pelukis dan melelong lukisan aku, ini adalah kali pertama ada pelanggan yang tak senyum bila membeli lukisan aku itu! Arghh..!! Selalunya, ramai yang akan bergembira bila dapat miliki lukisan aku, lukisan Lauren Aqishah!

Nama pena Ren itu dalam bidang seni memang sudah mahsyur. Malah, nama pena aku juga sudah terkenal di Itali. Yurp, kenapa boleh terkenal sampai ke negara Eropah itu? Kerana beberapa lukisan yang aku jual, kebanyakannya dibeli oleh orang berada dari negara sana. Haha, well.. Lauren Aqishah kan?!

"Nama saya Megat Naufal Zaharil. Most welcome.."mendatar saja dia perkenalkan dirinya.

Aku ketap bibir. Dinginnya dia..
...
Langkahku aku percepatkan mencari kelibat seseorang. Dalam pusuan ramai itu, sukar untuk aku cari kelibat Wani a.k.a kawan baik aku merangkap pengurusku dalam menjual lukisan aku itu.

"Wani! Wani!!"

Terlaung-laung aku memanggil nama Wani bila aku lihat kelibat gadis itu sedang asyik bersembang sakan dengan salah seorang tetamu yang hadir.

Serta-merta ekor mata Wani melirik ke arahku yang sudah terkejar-kejar mendapatkannya. Selesai sahaja dengan tetamu itu, Wani menghampiriku. Dahinya sudah berkerut.

"Apa kena dengan kau ni, Ren? Dah macam terserempak dengan hantu aje aku tengok!"ujar Wani sudah berpeluk tubuh.

Nafasku yang sudah tercungap-cungap aku atur perlahan. Yurp, aku ni dahlah tak berapa nak kuat sangat. Berlari itu bukannya kelebihan aku. So, lelah!.

"Kau ada nampak lelaki itu tak?" soalku masih tercungap-cungap.

Dahi Wani sudah berkerut seribu. "Lelaki yang mana kau maksudkan ni? Kau ni tanya macam kat dunia ni, perempuan aje yang tinggal. Lelaki mana kau tanya?"

"Lelaki yang beli lukisan aku itu? Dia ada jumpa kau tak?" soalku yang kini sudah reda pernafasan. Tak sesak seperti tadi.

Kening gadis itu sudah terangkat. Dagu belahnya diusap lembut sambil bola matanya melangit. Dia cuba untuk ingat gerangan yang aku nyata kan tadi.

"Owh, lelaki itu ke? Hmm.. kenapa dengan dia? Kau kenal?" soal Wani melirik ke arah aku semula.

Aku gelengkan kepala. "Kau jumpa dia ke tadi?" soalku ingin tahu.

Serta-merta Wani menggelengkan kepala. "Nope. Dia hantar P.A. dia untuk ambil lukisan itu. Kau tahu tak, dia bayar lukisan kau itu dengan cash!" ujar Wani yang tiba-tiba saja teruja bila bincangkan fasal duit.

Terlopong aku dibuatnya bila Wani kata begitu. Sah! Lelaki itu memang orang kaya?

Aku memang terkejut habis bila dia beli lukisan aku itu dengan harga RM 500 000. Selama aku menjual lukisan aku itu, harga yang paling tinggi aku pernah dapat adalah RM100,000. Tak pernah lebih daripada itu!

Hmmm.. satu keluhan aku lepaskan. Bibirku menguntum senyum senget. Encik Dingin.. bila kita boleh jumpa lagi?
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro