Bab 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"So, how's your firstday as a maid?" soal Wani seperti memerliku.

Aku yang selesai membelit rambutku dengan tuala terus menuju ke beranda rumah teres yang aku sewa. Memandangkan rumah sewa itu dekat dengan rumah si Encik Megat itu maka ia akan menjimatkan kos minyak kereta aku dan senang untuk aku bergerak tanpa menempuhi jame yang akan buat serabut kepala.

Aku duduk bersila di atas kusyen lembut yang tersedia di beranda. Aku mengeluh perlahan sambil mataku aku pusingkan dengan rasa menyampah. Geram bila si Wani ni sibuk sangat nak perli aku.

"Bukan maid okay. Pe.. nga.. suh!"sengaja aku sebut satu-satu suku kata supaya si Wani itu faham.

Ke dia tak tahu beza pengasuh dengan maid?

Aku dengar tawa mengekek Wani di hujung talian. Tak guna punya kawan, dia gelakkan aku?!

"Fine. Pengasuh. Hmm.. how's your first day? Okay tak?"

"Macam itulah." aku malas nak bahas panjang.

"Macam itu macam mana?"aih, si Wani ni. Beria sangat nak tahu hari pertama aku bekerja ni kenapa?

Takkanlah aku nak cerita kat Wani yang aku sudah kena perli kaw-kaw dengan si duda hati dingin itu? Gila! Mati aku kena gelak dengan si perempuan senget akal ini. Cukuplah aku kena bahan tadi.. takkanlah nak kena bahan sekali lagi kan?

"Okay."sepatah aku balas.
"Tipu."sepatahjugalah si Wani mengagak.

Nampaknya Wani nak main tarik tali dengan aku ni. Well, i'm good in debate but not good in 'tarik-tarik tali' ni. Ending mesti aku akan kalah. Percayalah..

"Betullah aku okay. Kau ni.. nak tahu sangat ni kenapa?"aku sudah berang bila Wani bersungguh mahu tahu apa yang jadi pada aku hari ini.

"Dari suara kau pun aku dapat agak, yang first day ko bekerja ni tak berapa nak cantik. Betul kan?" duga Wani sudah mengacah-acah aku.

"Eleh, kau agak aje kan?"

"Nak kelentong aku ke, cik Ren? Aku ni kawan dengan kau sejak sekolah rendah lagi. Kau tipu ke, kau sedih ke.. semuanya aku dapat baca tau." ujar Wani mengukuhkan penjelasan nya.

Aku mencebik. Pfft.. si Wani ni. Acah-acah kenal aku luar dalam pula. Tapi.. betullah. Semua orang aku boleh tipu termasuklah ibu dan abah aku tapi dengan Wani.. aku tak boleh nak kelentong.

Jangan harap yang rahsia dari aku akan menjadi rahsia untuk dia. Akhir nya, dia akan dapat juga hidu rahsia aku ni. Hmm..BFF lah katakan.

Aku diam seketika. Keputusan ku masih aku pertimbangkan sama ada buka mulut fasal kes hari ni atau pendam saja. Akhirnya satu keluhan aku lepaskan.

"Fine, aku cerita tapi.. kau janji takkan gelak. Promise me." aku sudah mahu ikat janji.

"Okay, I will. Hmm.. now story." terdesak betul minah ni nak tahu fasal cerita aku. Mak cik Bawang.

Aku menarik nafas dalam. Even tak ready, terpaksa juga buka mulut. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata, pfft.. padan muka.

"This day is my baddest day ever. Lelaki itu mulut dia memang mulut longkang nak mati. Ada ke patut dia panggil aku ni badut? Weiyh, perempuan mana yang tak sakit hati bila diejek macam itu? Belum pernah lagi tau orang panggil aku badut. Kebanyakannya puji aku lawa, cantik, gorgeous.. and this day, aku dihina macam itu. Huh!!! Dia itu memang tak ada hati perut. Aku benci dia. Benci mulut dia yang serupa taik itu. Ergghhhhhh!!!" apa yang terpendam dalam hati aku lepaskan. Geram!

"Wait, siapa dia yang kau maksud kan ni?"

"Si Megat Naufal Zaharil itu." nama penuhnya aku sebut. Sudah terbiasa di lidah.

Wani diam untuk seketika. "Duda yang kau suruh aku cari information pasal dia itu ke? That man?" Wani mengagak.

Aku anggukkan kepala. "Ya, lelaki itu. Aku tak sukakan dia."

"Then, kenapa kau nak aku cari tahu fasal dia?"soal Wani kehairan.

Terus aku ketap bibir. Takkanlah aku nak cakap aku tersuka si duda itu tiba-tiba. Pfftt... suka yang paling bodoh aku pernah rasakan.

"Yang tu kau tak payah tahu." aku balas dengan nada mendatar.

"Kau dah mula sukakan dia kan?Betul tak?!" tebakan Wani memang mengena namun aku terus menerus menafikan.

"Hey, no!!! Banyak lagi lelaki bujang yang aku boleh dapatlah. Aku bukan nya desperate sangat nak bekas orang." phuhh!! Ayat aku ni mungkin akan menyentapkan hati si pemilik nama.

Aku dengar tawa Wani menerjah lagi. "Tapi, kau memang tengah desperate pun nak dia. Betul tak apa yang aku cakapkan ni, cik Ren?"

Bibirku aku gigit. Erghh!! Kenapa si Wani ni senang sangat nak hidu penipuan aku. Huh!!
...
Puan Nurin mengatur langkah mendekati suaminya yabg ketika itu sedang leka berehat di gazebo rumah mereka. Bibirnya menguntum senyum tatkala melihat suaminya sedang leka termenung sakan.

"Haih, bang. Semalam termenung, hari ni pun abang termenung lagi ke?" usik Puan Nurin sambil menghidangkan kopi panas buat suaminya.

Encik Jaafar terus mengalihkan ekor matanya ke arah isterinya itu. Senyuman hambar dia lukiskan ke bibirnya. Dari senyuman pun, Puan Nurin sudah dapat agak yang suami nya sedang ada kemelut ketika ini.

"Abang termenung ni pun bukannya termenung kosong tapi termenung nak selesaikan masalah.." luah Encik Jaafar memandang ke arah pokok rendang yang terletak di hadapan rumah mereka.

Kopi panas yang dihidangkan oleh Puan Nurin di hirupnya perlahan. Cukup untuk meredakan kegusaran di hatinya sedikit.

Puan Nurin melabuhkan punggung bersebelahan suaminya. Dahinya sudah berkerut. "Apalagi masalah yang abang nak selesaikan?"

"Syarikat kita sedang ada masalah sekarang ni.. banyak pekerja yang nak berhenti kerja. Diorang kata gaji yang kita berikan dah tak relevan." beritahu Encik Jaafar sebelum satu keluhan berat dia lepaskan.

Wajahnya yang tadi tidak menunjuk kan sebarang reaksi akhirnya berubah gusar. Susah sebenarnya dia nak sembunyikan perasaan bercelarunya ketika ini.

"Habis kalau diorang berhenti, diorang nak kerja mana?" soal Puan Nurin hairan.

Encik Jaafar ketap bibir. Wajah Puan Nurin dipandangnya. "Ada syarikat yang baru buka dan tawarkan gaji yang lebih lumayan berbanding syarikat kita. Hmm.. hari ini sudah lima orang yang hantar surat berhenti kerja."

"Lima orang?!" terkejut Puan Nurin dibuatnya. Lima itu sudah dianggap banyak baginya.

Encik Jaafar menganggukkan kepala. Kali ini, keluhan yang paling berat dia lepaskan.

"Abang pun asyik terfikir pasal kes pertunangan Ara dengan Haris itu yang dah putus itu. Hmm.. abang tak faham betul dengan si Ara itu. Kalau dia teruskan pertunangan itu mungkin abang takkan serabut seperti ini." luahnya dalam nada kesal.

Ya, itulah masalah yang asyik dia fikirkan sekarang ni. Masalah pekerja berhenti beramai-ramai itu masalah nya yang nombor dua.

Ara, anak sulungnya itu ambil keputusan untuk tidak meneruskan pertunangan dengan Haris. Dia juga turut terkejut dengan keputusan Ara itu. Marah pun ada juga. Siapa aje yang tak marah kalau anak sendiri buat serabut otak?

Haris itu sudahlah orang kaya. Dia yakin kalau lelaki itu jadi sebahagian daripada keluarganya, syarikat yang dia bangunkan ketika ini mungkin dapat diselamatkan. Dan.. masalah kehilangan pekerja itu juga dapat dielakkan. Namun.. semuanya tak berjalan seperti apa yang dia rancang.

Anak sulungnya itu lebih memilih untuk membantah arahannya. Kerana itu, Encik Jaafar menghantar Ara keluar dari Selangor. Menghantarnya jauh dari kawasan yang takkan dapat dilihat oleh mata kasar Encik Jaafar.

Walaupun anak sendiri, Encik Jaafar bukannya jenis yang cepat memaaf kan..

"Abang ni.. ada sebab kenapa Ara buat keputusan macam itu. Abang jangan salahkan dia." Puan Nurin mulai berdiri di pihak anak gadisnya itu.

Kadang dia kasihan juga melihat nasib anak sulungnya itu. Selalu dipersalahkan sepanjang masa oleh suaminya..

Encik Jaafar tarik senyum sinis. "Sebab dia adalah untuk sakitkan hati abang. Itulah cara anak kita nak buat mogok kerana kita tak izinkan dia jadi seorang pelukis. Huh.. kerja yang tak menguntungkan apa- apa." sempat dia memerli pekerjaan impian anak-anaknya.

Puan Nurin mengeluh lembut. Dia diam membiarkan suaminya berkata..
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro