BAB 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selesai sahaja memasakkan makan malam buat Zaharil dan Zaheen, aku terus menghidangkannya di atas meja makan. Cukuplah sekadar nasi goreng pataya sebagai pengalas perut anak beranak itu. Bau haruman masakan ku yang menusuk rongga hidungku berjaya buatkan senyuman puas ku terukir.

Setelah menutup masakan itu dengan tudung saji, aku terus mengatur langkah ke ruang tamu. Di situ terlihat kelibat Zaheen yang sedang leka menonton televisyen. Seperti biasalah, Kamen Riader nya yang akan bertayang di kaca tv.

Aku melabuhkan punggungku bersebelahan Zaheen. Hujan lebat di luar sedikit sebanyak mengganggu perhatianku. Guruh yang sabung-menyabung juga buatkan hati aku makin tak sedap. Haih, macam mana nak balik kalau hujan pun lebat macam ni? Erghh!!

Jam di dinding aku belek sejenak sebelum akhirnya satu keluhan berat aku lepaskan. Phuh, jarum panjang sudah menuding ke angka 9 malam. Hmm.. bila-bila masa sahaja Zaharil akan pulang ke rumah.

Haihlah, nasib. Padan muka diri sendiri. Hmm.. selalunya aku datang ke rumah Zaharil dengan menaiki kereta tapi kenapa tiba-tiba pula hari ini aku terlebih bijak. Yurp, acah nak selamatkan alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara.. maka demi membantu kerajaan, aku menaiki bas ke rumah Zaharil. Pfft..

.. and now kebijakan akal pendek aku itu memakan diri sendiri. So, now macam mana aku nak balik?

Zaheen masih membulat matanya menonton kamen raider. Dia dan haiwan berkostum itu ibarat berpisah tiada. Setiap kali cerita itu bertayang, Zaheen takkan lepaskan peluang untuk menontonnya. Even, waktu itu adalah waktu dia sakit sekalipun.

Sedang leka aku dan Zaheen menonton aksi perlawanan kamen rider menentang raksasa mata satu, telingaku berjaya menangkap bunyi rumah dibuka. Segera aku toleh ke belakang. Zaheen yang turut menyedari tindakan ku turut sama memusingkan kepalanya ke belakang.

Terus senyumannya melebar. "Papa!!" soraknya lalu berlari anak mendapatkan Zaharil yang sudah pun basah lencun akibat terkena tempias hujan.

Baru sahaja Zaheen mahu memeluk nya terus Zaharil menghalas tindakan anaknya itu. "Papa basah ni, Yeen. Yeen nak basah ke?" soal Zaharil lembut sambil menyauk rambutnya yang basah ke belakang.

Erk?! Tak semena-mena aku terpana saat melihat Zaharil menyauk rambutnya buat kali kedua. Teguk liur aku dibuatnya. Dosa dunia apa kah yang aku buat ketika ini? Ke sebenarnya syurga dunia kerana melihat lelaki tampan seperti Zaharil?

Zaheen sudah menganggukkan kepala. Dia akur pada arahan papa nya. Tak semena-mena langkah comelnya diatur semula ke sofa.

Zahiril tersenyum melihat langkah Zaheen yang comel itu. Hmm.. bukan dia tak tahu yang anaknya itu merajuk tapi dalam diam. Wou, dah pandai eiyh Zaheen sekarang?

Anak mata hazel Zaharil tak semena-mena memandang ke arah mataku. Mata kami bertaut untuk seketika sebelum akhirnya aku mengalihkan pandangan ku ke tempat lain. Huh, terkejut aku dibuatnya tatkala mata aku dan dia bertatapan sebentar tadi.

Senyuman yang tadinya terbit di bibir Zaharil terus luntur. Wajah serious nya kembali bertayang bila menatap wajah aku.

"Kau nak balik?" soal Zaharil sudah angkat kening.

Aku menganggukkan kepala. "Tapi, hujan kat luar sana. Encik." balasku dalam nada mengadu.

"Tak payah cakap pun aku tahu." spontan ayat sakit jiwa itu dihambur kan pada aku.

Ergh!! Ya Allah, tolonglah sekali aje mulut awak itu baik sikit dengan saya Encik Megat. Huh!! Aku pandang dia sejenak sebelum aku tundukkan pandangan aku ke bawah.

"Maaf, encik Megat." ucapku. Haih, tak fasal-fasal aku kena minta maaf atas kesalahan yang aku tak buat. Sabar ajelah, Aqish.

Kata-kata maaf ku tak disambutnya. Malah Zaharil mengatur langkah menuju ke arah tangga. Barangkali dia mahu mengemas diri. Matanya langsung tak memandang ke arah aku.

"Kau tunggulah sampai hujan berhenti. Kalau tak berhenti juga, pandai-pandailah kau balik. Payung ada kat luar itu." dingin saja ayatnya disusun sebelum akhirnya lelaki itu menghilang di tingkat atas.

Mataku yang sedari tadi melirik ke arah langkah Zaharil akhirnya mengeluh lemah. Phuh!! Dapat sikit hirup udara segar.

Haih, entah kenapa bila menghadap Zaharil aku pasti akan berdebar semacam. Yurp, debaran yang sangat kuat sehingga buatkan nafas aku jadi tak teratur. Bila dia pergi sahaja, aku dapat bernafas dengan tenang. Mungkin aura sejuknya itu yang buatkan aku jadi begini.

Pfft.. lupakan.

Aku terus mendapatkan Zaheen yang sudah meneruskan aktiviti menonton rancangannya itu. Layan Kamen Rider lagi bagus!
...
Selesai sahaja menyarungkan seluar tidurnya bersama T-shirt hitam, Zaharil terus mengatur langkah menuju ke arah meja soleknya di man pengering rambut diletakkan.

Rambutnya yang masih basah dikeringkan seketika. Sesekali Zaharil menyapu rambutnya yang sedikit 'messy' itu. Walaupun messy, ketampanan wajahnya masih memukau. Namun, perkara itu Zaharil tak ambil peduli.

Tampan atau tidak dirinya, dia rasa kan itu sepatutnya menjadi perkara yang terakhir. Apa guna ada wajah yang cantik tapi kebahagian bukan miliknya? Huh?!

Telefon pintarnya yang bergetar sedikit sebanyak mengganggu perhatian Zaharil. Terus dia mematikan suis pengering rambut lalu telefonnya dibelek. Whatsapp daripada Hana. Serta-merta dia buka.

'Inspektor yang handle kes kematian Diandra itu ada contact I.. you nak jumpa ke?'-Hana.

Tersentak Zaharil dibuatnya. Laju jari jemarinya menaipkan ayat untuk membalas patah kata Hana.

'When dia nak jumpa itu?'-Zaharil.

'Are you serious nak jumpa? Bukan you kata yang you busy ke?'-Hana.

'I boleh arrange benda itu. Now tell me, when?'-Zaharil.

Kali ini balasannya mendapat respons yang agak lama daripada Hana. Akhirnya, dalam hitungan minit.. whatsapp nya di balas.

'Tomorrow. At 3.00 o'clock.'-Hana.

Zaharil menganggukkan kepala. Apa yang Hana tulis itu disimpannya dalam kepala. Kalau hal itu melibat kan Diandra, itu adalah benda penting untuknya. Zaharil takkan ambil enteng tentang arwah isteri nya itu.

Telefon pintarnya kembali diletakkan semula ke atas meja. Selesai mengeringkan rambut, Zaharil terus menyusun langkah keluar dari bilik menuju ke arah tangga. Entah kenapa, sedari tadi tekaknya terasa dahaga.

Satu persatu langkah kemas diatur kannya menuruni tangga. Makin menjejakkan langkah kaki ke bawah, dia terdengar dengkuran halus di ruang tamu. Tak semena-mena dahinya berkerut. Seingatnya tadi, dia baru nampat Zaheen naik ke bilik beberapa minit lepas.

Jadi, kalau bukan Zaheen.. siapa??

Dengan berhati-hati Zaharil mendekati ruang tamu. Makin dekat, matanya berjaya menangkap susuk tubuh yang sedang melentokkan kepala ke tangan sofa. Dengkuran halus masih menyapa halwa telinga Zaharil. Begitu nikmat bunyinya. Ahaha!!

Jendela luar Zaharil tatap. Nampak gayanya hujan masih belum berhenti. Zaharil serba serbi. Kalau boleh dia nak minta gadis itu balik sekarang.

Pfft.. bukan dia kisah pun kalau gadis itu mandi hujan ke apa? Orang yang tak ada kaitan dalam hidupnya tak perlu mendapat belas daripada nya.

Baru sahaja tangan Zaharil berura-ura mahu memegang bahu Aqishah. Tak semena-mena dia menarik tangannya semula. Tiba-tiba pula terbit rasa kasihan dalam jiwanya. Akhirnya Zaharil menyeluk poket seluar tidurnya.

"Cuma malam ni aje aku bagi kau chance. Jangan haraplah lepas ni, aku bagi chance lagi." ujarnya sendirian lalu berura-ura mahu meninggalkan Aqishah tidur begitu.

Belum sempat dua langkah menjauh, Zaharil terdengar bunyi desahan seperti kesejukan. Sekali lagi, dia berpaling ke belakang. Dilihatnya gadis itu sudah menggigil kesejukan. Awalnya, Zaharil mahu buat tak kisah tapi akhirnya dia mengalah.

Selimut yang terlipat kemas di atas rak kabinet dicapainya lalu dibaling secara rawak ke tubuh Aqishah. Selimut sederhana itu mendarat betul-betul di atas riba Aqishah.

"Pandai-pandailah kau pakai selimut itu." tutur Zaharil lalu pergi ke arah dapur.

Haih, tak fasal-fasal aku jadi baik hati pula pada perempuan itu!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro