BAB 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sejak pukul 10 pagi tadi, aku menunggu giliran untuk mengambil buku laporan Zaheen. Hmm.. yurp, sepatutnya aku kena datang awal kalau aku nak balik awal. Alamatnya sekarang, aku kena menunggu lebih dari 2 jam untuk buku laporan Zaheen.

Sesekali aku berborak sakan dengan ibu-ibu murid yang datang. Yurp, topik perbualan kami takkan jauh daripada 'Anak awak dapat nombor berapa dalam kelas?'. Cliche punya soalan. Yalah, ibu mana yang taknak tengok anak dia lebih baik daripada yang lain kan.

"Ibu kepada siapa?" sapa salah seorang wanita yang duduk di sebelahku.

Aku terus menoleh ke arahnya. Senyuman aku berikan sebagai salam perkenalan. Wanita itu nampak lebih berusia dariku. Mungkin umurnya lewat 30-an, tebak ku.

Terus aku gelengkan kepala. "Saya penjaga saja, puan." ujarku.

Terus wanita itu ketawa kecil. "Haha.. maaf. Saya fikir awak ni seorang ibu. Maklumlah, pelik juga ada ibu muda kat sini. Hmm.. awak penjaga kepada siapa?" soal wanita itu sudah bertukar soalan.

Aku terus melirik ke arah Zaheen yang ketika itu sedang leka bermain tepuk tampar dengan rakan-rakan nya. Meriah kelas bila dengar tawa mereka bergema. Kemudian, wajah wanita itu aku pandang semula.

"Saya pengasuh kepada Zaheen, puan." ujarku memperkenalkan diri.

Tergamam wanita itu untuk sementara. Matanya terus beralih kepada Zaheen. "Maksud awak anak Encik Megat ke?"

Terkejut juga aku bila dengar tebakan wanita itu betul belaka. Pelik. Nampak macam famous aje nama si Zaharil ini. Bila aku sebut Zaheen, pasti kebanyakan daripada mereka semacam tak percaya. Pelik ke perangai si Megat itu? Hebat sangat ke dia itu?

Aku sekadar menganggukkan kepala. "Betul puan. Dialah."

Wanita itu terus menepuk peha ku kecil. Lenggok gediknya mulai dibuat. Allahu. Tiba-tiba pula wanita itu berubah jadi perempuan 'miang'. Aku hanya tersengih melihatnya.

"Untungnya lah awak dapat bekerja dengan Encik Megat itu. Haih, suka betul saya tengok Encik Megat itu. Sudahlah tampan, bekerjaya pula itu. Perfect." amboi, melambung pujian yang dibagi.

Aku hanya mampu senyum. Wou, makcik-makcik pun minat dia. Patut ke aku gelar dia duda pasaran hangat?

"Tampan?.. ahaha. Tak guna juga tampan tapi mulut hamis."di hujung ayat aku perlahankan bicaraku. Muka jengkel aku tayang.

"Apa dia, cik?" wanita itu menyoal bila hujung ayatku tak kedengaran.

Aku terus menggelengkan kepala. Senyuman paksa aku berikan. Cuba nak cover.

"Tak ada apalah, puan."

Setelah hampir 2 jam 30 minit menunggu, akhirnya tiba giliran aku. Sama seperti wanita tadi, guru muda dihadapan ku juga turut sama terkejut bila dapat tahu aku adalah pengasuh kepada Zaheen. Huh??! Nampaknya Zaharil memang terkenal dalam sekolah Zaheen. Pfft..

Yurp, muka kacak.. tinggi lampai, berkerjaya, kaya tapi satu aje yang hampeh. Bicaranya, lagak gayanya yang dingin dan sombong. Itu semuanya sangat menyakitkan hati aku. Kalaulah orang tahu, aku rasa mungkin tak ada siapa yang akan memuji Zaharil.

Selesai sahaja mengambil buku laporan Zaheen, aku terus bawa dia ke depan pintu pagar. Zaharil ada upah seseorang untuk jemput hantar kami berdua. Yurp, jadi terpaksa lah tunggu buat sementara waktu.

Baru sahaja kaki kami melanglah keluar dari kawasan sekolah, Zaheen terus mengalihkan pandangannya ke sisi. "Papa!!!"teruja suara Zaheen menyeru.

Aku tergamam. Tak semena-mena aku menoleh ke arah sama. Terlihat kelibat Zaharil sudah berdiri bersebelahan kereta Audinya. Masih segak mengenakan sut hitam pejabatnya.

What?!! Waktu itu kata dia ada meeting? Apsal tiba-tiba sahaja muncul kat sini? Aku sudah kehairanan. Zaheen pula sudah berlari-lari anak mendapatkan Zaharil. Gembira saja wajahnya itu.

"Kan papa dah kata, papa akan datang jemput Yeen." ucapnya sambil memeluk bahu Zaheen erat.

Aku yang masih terkejut sekadar mengatur langkah merapati anak beranak itu. Masih bingung tapi suka bila tengok kemesraan yang terjadi antara seorang anak dan seorang ayah. Senyuman nipis ku terukir.

"Anak papa dapat nombor berapa dalam kelas? Okey ke?" nada suara Zaharil cuba menimbulkan suasana harmoni antara mereka.

Zaheen terus menganggukkan kepala. Buku laporan dibukanya lalu ditunjukkan kepada Zaharil. "Yeen dapat nombor 3 dalam kelas, pa." ada nada kecewa terselit di hujung bicaranya.

Zaharil hanya tersenyum. Rambut lebat Zaheen dibelainya lembut. "Baguslah anak papa ni. Tak apa. Peperiksaan yang akan datang, Yeen buat lagi bagus. Okey?" Zaharil cuba memujuk.

Dengan penuh semangat, Zaheen menganggukkan kepala. Nampak dah tu muka penuh tekadnya di situ.

Zaharil kembali bangun. Tangan kecil Zaheen digenggamnya erat lalu pandangannya dialihkan kepada aku.  Aku terus tundukkan pandangan ku bila mati kami berlaga.

"Kau off phone ke?" soal Zaharil. Suaranya yang tadi menjemput suasana harmoni terus berubah dingin bila berbicara denganku.

Terpana aku sejenak. Erk? Macam mana dia tahu aku off phone?! "Y-ya, encik Megat. Kenapa?"

Zaharil diam untuk seketika. Wajah ku direnungnya namun setelah itu pandangannya dialihkan ke tempat lain.

"Hmm.. jangan pakai phone kalau cuma untuk simpan dalam poket aje." perlinya namun aku dapat rasakan seperti mahu ajak gurau. Erm.. gurau tapi serious.

Aku pandang Zaharil bila mendengar bicaranya. Namun, ketika itu Zaharil pandang ke arah Zaheen yang sudah menarik tangannya.

"Papa.. nak aiskrim." ujar Zaheen bila terlihat motorsikal aiskrim terparkir berdekatan kami bertiga.

Tak membantah, Zaharil terus membawa Zaheen ke arah motorsikal tersebut. Sempat Zaheen capai tangan aku. Walaupun tergamam namun, aku menuruti langkah Zaheen. Yurp, Zaheen pandai memujuk rasa sedihku bila berhadapan dengan bapaknya itu.

"Yeen nak aiskrim apa?" soal Zaharil sambil mendukung Zaheen. Aku pula sudah berdiri di sisi Zaharil. Turut sama memerhati aiskrim yang dijual oleh pakcik aiskrim itu.

"Ini." Zaheen terus tunjuk ke arah aiskrim cornetto perisa coklat. Tak semena-mena pakcik aiskrim itu ambilkannya untuk Zaheen.

Tanpa aku sedar, Zaharil terus mengalihkan pandangannya ke arahku. "Kau?"

Terkejut aku bila ditanya oleh dia. Terus aku pandang Zaharil dengan pandangan yang seakan tak percaya. "Saya ke?" soalku sudah menuding ke diri sendiri.

"Taklah, makcik jaga itu." seloroh Zaharil sambil memuncung ke arah makcik jaga yang berada tidak jauh dari kami.

Zaheen ketawa kecil bila papanya itu berjaya mengenakan aku. Pakcik aiskrim itu pun gelakkan aku. Aku? Sudah muncung sedepa aku bila dibuli begitu. Huh!!! Tak guna punya, Zaharil!

"Kaulah.. siapa lagi." entah kenapa, kata-katanya seakan memujuk aku daripada merajuk. Yurp, lembut dan tak dingin.

Aku pandang Zaharil semula. Muka ku masih kelat tapi dalam hati, aku rasa berbunga. Mungkin sebab Zaharil 'pujuk' aku kot. Ermm..

"Nak yang tu."ujarku sambil menuding ke arah aiskrim magnum yang berharga RM4.50.

Tak semena-mena, aku dengar sengihan Zaharil. Ejek pun ada juga. "Baru belanja dah demand aiskrim mahal." yurp. Dan, itu dia.

Baru aje nak puji, dia baik hati.. bila dengar dia kata aku macam itu, terus aku rasa geram. But, aku pendam saja.

Tak apalah, asalkan dapat aiskrim pun cukuplah.
...
p/s>>

Hye, guys. Thanks sebab baca cerita ni and vote lepas itu comment. Sekejap aje dah 15k++. Seronok sangat. Banyak juga reader yang comment minta update. Saya appreciate sangat benda itu. Hearteu 💕💕..

Btw, mesti ramai tertanya kenapa Aqish dan Zaharil ni still tak bersama even bab dah nak dkat 40.. Hmm, persoalan anda akan terjawab nanti. Tak lama pun, hanya tinggal beberapa bab saja lagi mereka akan bersama cuma.. masih banyak konflik sebenar nya yang tak selesai lagi. Ececeh, stay tuned. Guys!!!

Saja nak beritahu.. story ni maybe saya akan habiskan sebelum ramadhan ataupun sebelum raya. So, saya akan proceed ke cerita baru iaitu 'Bila Hati Bisik Cinta'. Hope, ada yang akan sokong citer ni. Thanks 😄😄..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro