BAB 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nah, ini semua yang kau minta. Fasal Hana dan juga fasal Diandra." ujar Wani sambil menolak lembut fail yang ada dalam tangannya kepada aku.

Dengan senang hatinya, aku terima fail tersebut. Untuk seketika, aku belek isi kandungannya dengan teliti. Yurp, semua yang aku nak semua nya sudah ada dalam fail ni. Hmm.. tak sia-sia aku bayar Wani buat kerja.
Selain menjadi pengurus yang komited untuk aku, Wani juga boleh diharapkan untuk buat-buat kerja khas yang boleh jadi sulit untuk aku dan dia. Misalnya, seperti dokumen nilah. Tak cukup seminggu, apa yang aku nakkan semuanya dah ada dalam tangan.

"Nice, babe. Nampaknya boleh lah aku minta kau buat benda ni lagi kan. " selorohku sengaja mahu menyakat Wani.

Terus Wani menjeling aku. Ahaha, nampaknya.. Wani tak berminat untuk dibayar sebagi seorang spy kepada aku. Pfft.. tak apa.

Sekeliling ruang tamu rumah yang aku sewa, Wani belek. Aku yang perasan akan bola matanya yang sedang meliar ke sekeliling turut sama aku pandang.

"Apsal?" soalku sudah mulai rasa tak suka.

Wani terus mengalihkan perhatian nya pada aku. "Aku tak sangka kau masih boleh teruskan kerja gila kau ni. Aku ingat kau akan fade up. Compare rumah ni dengan rumah parents kau, aku rasa rumah parents kau lagi selesa." ujar Wani memberi pendapat.

Aku tersengih nipis. Memang pun. Rumah ni sudah berapa kali ada masalah longkang tersumbat, kadang.. sampai satu rumah bau najis gara-gara longkang belakang rumah ni tapi bila dah berapa kali kena, aku rasa terbiasa. Yurp. Even disgusting sometimes.

"Well, nak dapatkan sesuatu mesti lah berkorban sesuatu kan?!" balas ku dengan senyuman nipis. Fail yang  Wani berikan aku tolak ke sisi.

Wani terus alihkan pandangannya pada aku. "Yurp, aku boleh nampak lah tekad kau tu. So, how's your plan. Is it good or bad? Calon kau tu ada bagi feedback positive tak?" soal Wani ingin tahu.

Senyuman pendek menghiasi bibir ku. Positive feedback? Ermm.. ada itu memang ada tapi taklah ketara sangat. Contohnya, Zaharil sudah mula berbual dengan aku tapi tempohnya sangat sekejap. Lepas itu dia belanja aku gula-gula 20 sen, hmm.. itupun bila Zaheen yang suruh. Hmm, common sangat. Tak ada yang special kat situ.

Akhirnya aku mendagu kat atas meja. Nampak sudah wajah putus asa aku di situ. Tempoh dua bulan yang aku janjikan pada papa pun.. makin nak sampai ke penghujung nya.

Hanya tinggal tiga minggu saja. Macam mana aku nak buatkan Zaharil cintakan aku dalam masa yang sesingkat itu?

Aku dengar tawa kecil Wani bergema. Yurp, aku tahu tawanya itu ditujukan pada aku. "Macam tak lancar aje."

Aku mendengus kecil. Rasa tak puas hati tapi aku tak boleh nak bela diri. Apa yang Wani katakan itu betul belaka. Memang rancangan yang aku buat semuanya tak berjalan dengan lancar.

"Aku rasa aku dah tersalah pilih calon lah babe." beritahuku dengan nada kecewa.

Makin gamak tawa Wani berhamburan. Cis, biadab punya Wani Hasrita. Itulah member dunia akhirat konon. Mengata depan, mengejek pun depan.

"Lah apasal tiba-tiba cakap macam itu pula? Waktu itu kata dia lelaki lain daripada yang lain then now, you tell me that you choose the wrong person?!" tutur Wani seperti memerli ku.

Aku ketap bibir. Nafasku aku tarik panjang. Wajah Wani aku pandang sebak. "Yes. Dia memang lelaki yang lain daripada yang lain. Dia dingin, dia beku dan dia susah untuk ditundukkan. Aku tak tahulah cara apa lagi yang aku patut buat untuk buat dia nampak aku!" keluhku dalam nada geram.

Wani tersenyum nipis. "Nampak macam taste kau ni bukannya yang mudah dikutip kat tepi jalan. You choose the limited edition punya person. Well, aku rasa.. kau patut teruskan perjuangan. Kalau kau berjaya dapatkan dia, aku tabik dengan kau, Aqish." ujar Wani. Dalam bangangnya itu, Wani berjaya suntik kan kata semangatnya untuk aku.

Aku memandang Wani dan Wani pandang aku. Tak semena-mena, ketawa kami berhamburan.

"Ya Allah, geli lah nek dengar ayat kau itu. Mohon hapus dari ingatan, please.." seloroh ku sudah mengusik .

Wani turut sama menggeletak kegelian. Yurp, geli bila dengar best friend buat ayat tangkap leleh. Rasa bernanah telinga ni.
...
'Lagi sikit aje mama nak sampai'- Engku Dahlia.

Zaharil tergamam saat mendapat whatsapp mendadak dari mamanya itu. Huh?!! Hilang terus moodnya nak siapkan kerja bila dapat berita fasal kehadiran mamanya di rumah. Aduh!!

"Nenek!!" sorak teruja Zaheen yang samar-samar kedengaran menyapa halwa telinga Zaharil.

Terus Zaharil melajukan langkahnya menuju ke bawah. Dengan gelojoh, dia berlari anak menuruni tangga. Dan, bila tiba di tingkat bawah dia sudah lihat mamanya sudah buat muka annoying sambil dukung Zaheen.

"Kamu biarkan Yeen sorang-sorang kat ruang tamu?" soal Engku Dahlia dalam nada perli.

Zaheen yang memahami situasi tegang yang berlaku antara nenda dan papanya hanya mampu katup mulut. Dia acah-acah bermain dengan tangannya.

Zaharil sudah ketap bibir. Zaheen dipandangnya untuk seketika sebelum perhatiannya dialihkan semula kepada mamanya.

"Yeen tengok tv tadi. Sementara itu, Megat bersihkan diri. Mama tak payah risau. Yeen dah terbiasa dengan semua ni, ma.." keluh Zaharil cuba memujuk mamanya.

Engku Dahlia sekadar menggeleng kan kepala. Baginya, apa yang dilakukan Zaharil sememangnya tak patut. Anak kecil tak patut ditinggal kan sendirian.

Perlahan langkahnya diatur semula ke sofa. Jasa Zaheen yang dikendongnya diturunkan ke sofa. Akur. Zaheen kembali menonton kartun yang bersiar di kaca tv. Dia masih kecil jadi dia malas nak tahu fasal hal dewasa ni.

Engku Dahlia berpeluk tubuh. Perlahan-lahan, anak terunanya itu didekati. "Mama dah kata pada kamu kan? Kalau seorang, kamu memang takkan mampu jaga Yeen dengan baik. Yeen ni masih budak, jangan biarkan dia lalui semua ni." ujar Engku Dahlia.

Zaharil mengeluh kecil. Ya, dia suka bila mamanya datang ke rumah namun lebih banyak tak suka daripada suka sebenarnya. Salah satu punca Zaharil tak suka adalah kerana mamanya suka jaga tepi kain nya.

"Megat tahu nak jaga anak Megat macam mana. Selama ini, Megat jaga Yeen seorang, dia okey aje. Sihat lagi itu.. Mama jangan fikirkan sangat benda ni." Zaharil cuba untuk menegakkan pendapatnya.

Engku Dahlia menggelengkan kepala. "Nope. Mama tak setuju. Kamu memang nampak luar dia okey, tapi.. kamu fikir tak dalam dia macam mana? Yeen.. perlukan belaian seorang ibu. Kasih kamu je tak cukup nak ubatkan rasa kosong dalam jiwanya itu."

"Mama.. please stop cakap benda ni. Megat malaslah nak dengar." rungut Zaharil merayu.

Yurp, ini part tak suka bila mamanya menjenguk ke rumah villanya. Engku Dahlia takkan pernah habis membahaskan tentang seorang 'mama' buat Zaheen. Dalam bahasa mudahnya, Engku Dahlia nak Zaharil bawakan mama baru buat anak kecil nya itu.

No way?!! Zaheen tak kan buat benda merepek itu. Buat apa cari lain kalau dia yakin dia mampu jaga Yeen dengan tangannya saja? Lagipun, hatinya masih tak dapat lupakan Diandra. Mana mungkin hatinya mampu terima yang lain?

"Mama takkan berhenti bercakap selagi Megat tak ikut cakap mama. You should take someone to care about your son. Mama taknak nanti kamu menyesal di kemudian hari." tutur Engku Dahlia.

Cukup buatkan Zaharil jadi serba-serbi.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro