BAB 45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Tuk! Tuk! Tuk!'

Aku yang sedang bertungkus lumus di dapur menyiapkan makan malam terus menoleh ke arah pintu utama yang agak terletak jauh dari dapur. Untuk kali pertama, aku hiraukan namun buat kali kedua.. ketukan itu masih kedengaran memecah keheningan dalam rumah.

Sesekali aku belek jam dinding yang tergantung di dapur. Rasanya, hari ini Zaheen balik pukul 2 petang. Jadi, kalau bukan Zaheen.. siapa pula yang berada kat luar itu?

Untuk kali ketiga, ketukan itu berbunyi lagi namun bunyinya kedengaran lebih keras. Segera aku matikan api sup tulang yang baru sahaja mahu mendidih. Terus aku berlari anak mendapatkan pintu rumah. Sesekali, aku rapikan rambutku yang menutupi dahi.

Tombol pintu rumah aku capai lalu kelibat seorang gadis berdiri di hadapanku buatkan aku terdiam. Wajah gadis itu bengis sahaja memandang aku. Tiada secalit senyuman yang terhias di birai bibir nya. Yang ada cuma pandangan tajam yang mahu menerkam.

"Apsal lambat sangat kau buka pintu, hah?" soal Hana dalam nada marah. Pandangan tajamnya masih ditayang pada aku.

Aku? Pfft.. sekelumit rasa takut pun tak tertanam dalam hati aku untuk perempuan itu. Yurp, aku tak suka perangai Hana yang suka jaga kain keluarga Zaharil.

Pernah satu hari itu, dia balik dengan Zaharil dan mula buat hal. Kalau hal itu tak ada kaitan dengan aku, tak apalah juga.. ini tidak, dia siap perli aku punya kerja. Kadang, masakan yang aku masak juga kena tempias nya.

"Saya buat kerja tadi." ujarku sudah berdalih. Sengaja aku larikan mata ku dari memandangnya. Pandang buat sakit hati pun tak guna juga.

Aku dengar dia berdesis. Mengejek aku saja nadanya. "Tunjuk rajin, belakang malas pun tak guna juga kan? Well.. sebab apa yang kau buat tu just nak perhatian daripada Megat aje kan?" tempelak nya dalam nada sinis.

Aku sudah kacip gigi memandang nya. Geram juga bila dituduh begitu. Well, aku bukannya Lauren Aqishah yang suka tunjuk diri ni buat kerja.. Aku memang komited pada kerja yang aku buat even itu melibatkan pekerjaan sementara aku ni.

"Kalau cik Hana datang sini cuma nak jumpa encik Megat, then you can go now. Dia tak ada kat rumah. And, please.. jangan nak cari fasal dekat saya. Saya hormat cik Hana as my bos's friends." ujarku dalam nada sedikit tegas.

Memandangkan Zaharil tak ada kat rumah, biar aku tunjuk belang aku sikit. Perempuan ini pun memang saja beli tiket tol menghala ke jalan cari nahas sebenarnya. Kecik besar kecik besar aje aku tengok dia. Pfft.. nasib baik tinggi.

Kali ini kata-kataku disambut tawa nya. Sinis. Aku sudah berkerut dahi. Dah nak kalah ke, cik kak? Aku buat tebakan spontan. Sempat juga aku curi-curi jeling perempuan itu. Pfft.. dia mengata aku nak menggoda Zaharil? Habis.. dia itu? Tak menggoda namanya kalau asyik nak berkepit dengan Zaharil.Bukan setakat berkepit, siap minta Zaharil buat macam-macam. Huh!! Kata orang, dia yang lebih.

"Wou, cik Lauren. Or, I might say cik Lauren Aqishah binti Jaafar Ibrahim. Anak kepada pengusaha syarikat Jaibs Holding, lepasan seni lukis dan bakal menerajui syarikat ayahnya. Hmm.. why now you choose babysitter as your job? Huh?!! Pelik nya."

Kata-kata Hana buatkan aku jadi mati kata. Tak sangka perempuan itu tahu siapa aku sebenarnya. Walaupun aku sedikit resah tentang perkara itu namun, aku cuba untuk kawal. Yurp, jangan terlalu nampak sabgat gelabah kau itu, Aqish.

Terus aku ukir senyum pandang Hana. Ikatan sanggul yang aku buat pada rambut perangku, aku tanggalkan lalu dengan penuh beralunnya, rambut aku jatuh. Senyumanku masih terukir. Cuba sembunyikan rasa gementar yang bermaharajalela ketika ini.

"So, why kalau aku anak kepada Encik Jaafar Ibrahim pun? Salah ke kalau aku buat kerja pengasuh ni sebagai parttime?" nice, Aqishah. Tunjuk siapa kau pada dia.

Gadis itu tersengih. "Well, tak salah. But, something wrong happen. Kenapa you choose pengasuh Zaheen? Pengasuh kepada anak Megat?!"

Aku ukir senyum nipis. Wajahnya aku pandang dengan penuh jengkel. "Kenapa kau nak tahu sangat apa yang aku buat? Just jaga diri sendiri, tak boleh ke?"

"Huh? Why? Salah ke kalau aku nak tahu niat sebenar kau itu?"

"Tak salah cuma pelik. Kau bukan sesiapa pada encik Megat tapi kau yang terlebih over. Erm.. sebenarnya, orang yang nak dapatkan perhatian encik Megat itu.. aku? atau kau?" spontan soalan cipumas itu aku hamburkan pada Hana.

Dia diam untuk seketika. "Well, Lauren Aqishah. Ini rupanya perangai kau yang sebenar. Nakal dan juga bijak but at the same time, bodoh."

Aku terima 'pujian'nya itu dengan senyuman. "Thanks untuk pujian itu. Cuma, aku nak beritahu kau something.. stop calling me Lauren Aqishah. Nama aku terlalu suci untuk disebut oleh mulut kau. Kau benci aku, then I accept it with my open heart. Okay?!" perliku dan terus berlalu meninggalkan Hana dalam keadaan terpinga-pinga.

Baru dua langkah kakiku menjauh, nama aku diseru oleh seseorang dari arah belakang. Aku mematikan langkah ku dan telingaku aku pusing kan sedikit menghadap perempuan itu.

"Kau jangan harap boleh dapatkan Megat. Remember that things." peringatan keras dia berikan kepada aku.

Aku Lauren Aqishah. Seorang gadis yang tak dengar kata akan kata "Try me. Sebab aku ni jenis senang lupa pada benda yang tak penting." ujarku meneruskan langkah ke dapur.

Daripada menghadap perempuan itu, better aku masak sup aku yang baru nak mendidih itu. Alang-alang itu boleh redakan sikit hati yang tengah menggelegak ni.
...
Apa yang terjadi petang tadi masih segar bertayang dalam fikiran aku. Kalut juga aku kalau Hana beritahu benda itu pada Zaharil. Huh!! Zaharil mesti ingat aku ni seorang penipu yang ada niat tersembunyi.

Based on apa yang aku dengar daripada Mak Uda, Zaharil selalu buat tanggapan buruk pada gadis muda yang mahu rapat dengannya. Bagi lelaki itu, perempuan yang rapat dengannya hanya sekadar mahukan perhatian. Dan, Zaharil bukannya jenis layan perempuan so selagi dia dapat halang guna mulut laser dia, then Zaharil dapat pertahankan perasaannya untuk Diandra.

Bila terfikir balik, Diandra memang seorang gadis yang beruntung. Ada lelaki yang mencintainya dan setia padanya walaupun jasad bukan lagi ada bersama dengan lelaki itu. Hmm.. aku cemburu tapi apakan daya. Siapa aku untuk rasakan semua itu? Aku hanya seorang pengasuh yang menjaga Zaheen. Tak lebih daripada itu.

"Assalamualaikum." suara garau itu menyapa halwa telinga aku.

Tak payah pandang pun, aku tahu siapakah gerangan yang sedang menapak masuk ke dalam rumah. Aku bangun lalu senyuman aku berikan pada Zaharil.

"Zaheen dah tidur dalam bilik dia, encik Megat. Saya minta diri dulu untuk balik." ucapku seraya menyambar beg silangku.

Zaharil sekadar menganggukkan kepala. Langkahku diperhatikannya dalam diam sehinggalah akhirnya satu keluhan berat dia lepaskan bila Aqishah sudah tiada dalam rumah itu.

Dadanya yang terasa berdebar dipegangnya lalu satu tarikan nafas dalam dibuatnya. Pelik. Kenapa dada dia boleh berdebar sekencang ini? Zaharil cuba untuk pujuk diri sendiri. Mungkin sebab meningkatnya usia, maka sebab itulah banyak penyakit.

Yakin ke hanya sekadar penyakit?

Ketika Zaharil mahu menaiki tangga, tak semena-mena matanya terpandangkan jendela. Langkah Zaharil mati tatkala dia terlihat kelibat dua orang manusia yang sedang bergelut di hadapan rumah nya.

"Aqishah!"sebut Zaharil dan terus berlari ke luar rumahnya.
...
"Tak salah cuma pelik. Kau bukan sesiapa pada encik Megat tapi kau yang terlebih over. Erm.. sebenarnya, orang yang nak dapatkan perhatian encik Megat itu.. aku? atau kau?"

Kata-kata Aqishah petang tadi masih dibawa fikirannya sampai ke malam. Yurp, Hana tak sangka yang Lauren Aqishah itu sebenarnya keras kepala. Sebab, selama ni dia nampak gadis itu tak pernah melawan bila Zaharil suruh itu ini tapi hari ini.. untuk pertama kalinya, Hana berkenalan dengan Lauren Aqishah yang sebenarnya.

"Try me. Sebab aku ni jenis senang lupa pada benda yang tak penting."- Aqishah.

Kali ini sengihan sinis Hana kelihatan. Kau kata apa yang aku cakap itu tak penting, Aqishah? Nampaknya, kau belum kenal betul siapa aku sebenarnya. Kau tak nampak sebesar mana aku boleh buat kau.

Telefon pintarnya dicapai lalu nombor telefon seseorang didail nya. Beberapa kali 'bip-bip' kedengaran sebelum akhirnya, panggilannya disahut.

"Siapa ni?" soal suara garau itu dari corong telefon.

Makin menyeringai senyuman Hana. Tengoklah apa yang aku boleh buat pada kau, Aqishah.

"Hai, encik Haris. Saya Hana, kawan kepada Encik Megat Naufal Zaharil." Hana memberi perkenalan diri.

Haris terdengar seperti kebingungan . "So, why you call me?"

"Erm.. saya dengar cerita bakal tunang encik tak pulang rumah parents kan? There something fact about it that you don't know, encik Haris."

"What?"

"Lauren Aqishah sekarang ni jadi babysitter untuk anak lelaki Zaharil. And, you know what?? Zaharil cuba goda bakal tunang you too and that's why Aqishah start taknak jumpa you sebab dia ada affair dengan Zaharil." punyalah hamis segala pembohongan yang diselitkannya membuatkan Haris terus percaya bulat-bulat.

"Tak guna!"

Hana tarik senyum kemenangan. Then, pulang ke tempat asal kau.. Lauren Aqishah!
...
p/s>>

Since my mood nk study tu ke laut so i've changed it to..mood writing. 2 Bab aje mampu untuk today. Sorrylah, klu bab ni agak complicated and for those yg tertanya- tanya apa jadi next (hope ada lh, means bab ni dpt bagi suspen lh kiranya.. ececeh).. kalau x de tu, buat ada aje k?😂😂.. stop merepek.

Bab seterusnya akn sye publishe esok. Saya dh janji ni.. jdi sorrylah klu ada yang penasaran gitu.. erk? Kalau boleh mmg sis nk published hri ni gak tpi..skang ni sis study physio.. ahaha.. tkut tgh try baca tetiba korg terjumpa terms bio plk dlm tu. Kan susah gitu? 😂😂.. jadi, sis blajar dulu! Gerak lu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro