BAB 56

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selesai sahaja majlis makan malam itu, aku membantu Engku Dahlia untuk mengemas apa yang patut. Rumah agak sedikit bersepah memandang kan bilangan tetamu yang hadir mencecah hampir 60 orang. Jadi, tak kan nak biarkan Engku Dahlia kemas seorang kan?

Tanganku masih sibuk mencuci pinggan mangkuk yang tinggal separuh. Kenalah tunjuk effort sikit depan bakal mak mertua. Harap berkenan di hati sampai aku betul-betul jadi menantunya. Ahakks!

"Dah siap ke, Aqish?" soal Engku Dahlia yang menyapa dari belakang ku.

Aku memandangnya untuk sejenak lalu senyuman nipis aku berikan. Tangan masih melaksanakan tugas yang terakhir. "Tinggal satu pinggan aje lagi, Engku.. lepas itu siap." ujar ku sudah membasuh pinggan yang terakhir.

Engku Dahlia sekadar menganggukkan kepala. Matanya ralit memerhatikan tanganku lalu senyumannya terlukis tanpa aku sedar.

Selesai sahaja membasuh pinggan, aku terus mengeringkan tanganku dengan kain bersih yang tergantung di depan singki. Wajah Engku Dahlia aku pandang. Dia masih pandang cincin pertunangan yang tersarung di jari manisku.

"Megat ni memang tak pandai langsung pilih cincin. Ada ke patut dia pilih cincin yang simple macam ni? Haih, patutnya mama yang kena teman dia beli cincin. Hmm.."rungut Engku Dahlia pasal cincin yang tersarung pada jariku. Tanpa dia sedar, dia sudah bahasakan dirinya mama pada aku.

Aku sudah menarik senyum sumbing. Aku yang salah, Zaharil pula yang kena. Maaflah, Encik Megat.. Aku belek cincin tersebut. Hmm.. salah sendiri. Kalau aku tahu cincin ni untuk aku, aku akan pilih yang paling cantik. Hmm.. menyesal kejap.

"Tak apalah, Engku. Cincin ni cantiklah. Sesuai. Lagipun, memang Aqish minat cincin yang simple. Senang."balasku cuba membela Zaharil yang memang sah tak bersalah.

Engku Dahlia menarik senyum pendek. Kini sepasang matanya memandang aku. "Janganlah panggil Engku. Lepas ni cuba Aqish biasakan diri panggil mama. Kan, tak lama lagi.. Aqish nak jadi sebahagian keluarga mama?" soal Engku Dahlia.

Aku tergamam. Ma-ma? Aih, segannya lidah ni nak panggil Engku Dahlia dengan sebutan mama. "Tak apa ke saya panggil Engku mama?"

Tak semena-mena ketawa Engku Dahlia kedengaran. Nampak macam suka bila aku tanya soalan bodoh itu. Well, aku cuma tarik sengih. Kalutnya kau Aqisha? Tak fasal-fasal nampak sengal depan bakal mak mertua sendiri.

"Panggil aje mama. Biasakan diri. Nanti tak adalah Aqish kekok sangat kan?" ujar Engku Dahlia dengan nada ikhlas.

Aku sekadar anggukkan kepala. Haih, kena berlatih selalu ni. Seronoknya aku sekarang ni. Akhirnya, aku dapat apa yang aku mahukan. Bersama dengan lelaki yang aku sayang, dan aku cinta.

"Megat mana?" soal Engku Dahlia memandang sekeliling dapur. Kelibat Zaharil selepas habis majlis masih tidak kelihatan.

Bibirku menguntum senyum. "Tadi saya nampak encik Megat hantar Yeen naik atas. Mungkin nak tidur kan Yeen kot." dugaku sambil tangan menggantungkan kain kotor yang ada dalam tanganku.

Sekali lagi Engku Dahlia menggeleng kan kepala. "Kenapa panggil encik Megat lagi? Dia kan tak lama lagi nak jadi suami Aqish." tegur Engku Dahlia.

Aku sudah berkerut dahi. "Kalau bukan encik Megat, nak panggil apa.. erm.. mama?"

"Panggilan yang sedap didengar lah. Panggilan apa yang kamu panggil pada BF kamu?" soal Engku Dahlia sudah mulai ke topik boyfriend.

Aku sudah diam memikirkan apa yang Engku Dahlia maksudkan. Tak semena-mena aku tergamam. Terus mataku buntang memandang wanita itu. Bila dia lihat riak wajahku berubah, senyumannya melebar. Takkanlah?!

"Sa-yang?" erk!!

Terus Engku Dahlia anggukkan kepala. "Panggillah yang manja-manja. Mama yakin yang Megat suka kalau kamu panggil dia macam itu. Kalau nak sopan lagi, panggil abang." Engku Dahlia sudah bagi cadangan.

Aku sekadar tarik sengih. Ya Allah, yakin ke Zaharil suka aku panggil dia abang? Sayang? Tapi.. betul juga apa yang Engku Dahlia katakan. Sampai bila aku nak panggil dia dengan panggilan 'Encik Megat' kan?

"Okay, ma. Nanti Aqish cuba panggil." balasku bagi penyedap hati Engku Dahlia.

Dia terus angguk kepala tanda teruja. Bahuku ditepuknya lalu dia meminta diri untuk ke bilik tidur nya untuk menunaikan solat fardhu Isyak. Sempat aku meminta izin untuk balik ke rumah.

Beg tanganku aku capai dan kunci kereta ku aku keluarkan. Ketika aku melintasi tangga, tatkala itu juga lah Zaharil menuruni tangga. Wajahnya nampak tak beremosi sama seperti hari-hari lain. Langkahnya mati bila kini tubuhnya dekat dengan ku.

Aku sudah ketap bibir memandang Zaharil. Dia juga turut sama mendiam kan diri memandang ku. Suasana hening membelengu kami berdua. Terasa kekok tapi aku cuba tepis rasa itu. Dadaku pula semakin kencang berkobar.

"Erm, dah nak balik ke?" soal Zaharil dalam nada mendatar.

Aku sekadar anggukkan kepala. Wajahnya aku pandang dengan senyuman pendek. "Saya nak minta diri dulu. Nanti kalau ada apa-apa Encik Megat call lah saya." pelawa ku dalam nada sopan.

Tak semena-mena Zaharil berdehem kecil. Matanya dialihkan ke tempat lain. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar tidurnya. Aku sudah angkat kening. Ada yang salah ke pada apa yang aku cakap?

"Kenapa encik Megat?" soalku sudah hairan.

Zaharil mengerling pada aku sejenak sebelum dia alihkan matanya kembali. "Janganlah panggil aku encik. Kau kan dah terikat dengan aku sekarang.. hmm, pandai-pandai lah."

Dahiku sudah berkerut. "Kalau tak panggil encik, saya nak panggil apa?" soalku memandang Zaharil penuh tanda tanya.

Zaharil mengeluh perlahan. Tengkuk nya diurut perlahan. "Panggillah apa yang kau rasa selesa. Sedap didengar as my fiance." balas nya perlahan di hujung ayat.

Aku sudah ketap bibir. Erk? Aku telan liur "Hmm.. abang?" sahutku penuh nada tanya.

Zaharil menarik nafas dalam. "Tak kisahlah kau nak panggil apapun tapi jangan ada encik, jangan ada Megat." dia langsung tak menjawab soalanku.

Aku mengeluh perlahan. Haih, dia ni susah betullah nak diajak berbincang. Kata pernah kahwin tapi takkanlah cakap dengan bakal isteri pun macam ni? Aku menarik senyum lebar.

"Ab-Abang.. saya balik dulu." ucap ku cuba menimbulkan suasana harmoni antara kami.

Zaharil hanya buat acuh tak acuh. Terus dia menyusun langkah menuju ke dapur. Tergamam aku dibuatnya. "Sebelum balik, kunci pintu." balas nya sebelum menghilang di sebalik dapur.

Aku tergamam. Sekejap dan singkat. Kenapa Zaharil masih mengegokan emosi sendiri? Satu keluhan aku lepaskan..

Patut ke aku ajar dia macam mana nak memulakan semuanya semula? Terus aku toleh memandang ke arah dapur. Di sana aku lihat kelibat Zaharil yang sedang meneguk air kosong. Tak semena-mena bibirku menguntum senyum pendek.
...
"S*al!!!!!!" carut Hana sambil melemparkan komputer ribanya ke lantai. Habis pecah laptopnya.

Terus Hana menghempaskan punggungnya ke atas sofa sambil mengurut kasar dahinya. Dia fikir bila balik rumah, dia dapat tenang kan diri namun nampaknya berita tentang kejadian tadi sudahpun tersebar di akhbar online. Rambut nya diramas kasar.

"Kenapa kau pilih perempuan lain, Megat?! Apa kurangnya aku sampai kau pilih si betina tak guna itu!!!" laung Hana. Tak semena-mena air matanya membasahi pipi.

Kenapa dunia ni tak begitu adil dengannya? Bila dia sayangkan Zaharil, lelaki itu terus jauh darinya. Hana sanggup buat semua benda asalkan Zaharil ada dalam tangan nya namun lelaki itu masih tidak acuh tentang perasaannya.

Hana menangis semahu nya. Dia perlu buat sesuatu. Dia perlu fikir cara untuk rampas Zaharil daripada Aqishah.. kena!

Perlu ke dia gunakan cara yang sama?
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro