BAB 58

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Surat yang aku jumpa di sebalik lukisan pagi tadi masih aku genggam erat. Sudah hampir sepuluh kali, isi surat itu aku baca. Entah kenapa, setiap kali aku baca surat itu, air mataku mengalir deras. Aku faham apa yang Diandra rasa ketika itu. Dikhianati oleh sahabat sendiri memang sakit.

'Kepada: Megat Naufal Zaharil.
Daripada: Diandra.

Assalamualaikum abang, saya harap kalau boleh abang takkan pernah jumpa surat ini. Saya tak tahu nak luahkan semua ini pada siapa dan akhirnya saya pendam sendiri. Saya takut bila saya cerita perkara ini pada abang, abang akan marah Hana dan mungkin.. abang akan bawa dia masuk ke penjara.

Walaupun nanti abang baca surat ini, saya harap abang takkan buat semua itu. Please, saya merayu.. Saya taknak abang buat semua itu pada Hana bila tahu apa yang jadi pada saya dan dia. Mungkin, dalam hal ini saya seorang pesalah pada Hana. Bagi dia, saya juga seorang perampas.

Saya faham apa yang dia rasa bila tahu yang saya bercinta dengan abang bila abang putus dengan dia beberapa tahun dahulu. Waktu itu, Hana jauhkan diri dia daripada saya. Perkara itu betul-betul buat saya rasa dalam dilemma. Saya taknak kehilangan Hana dan dalam pada masa yang sama.. saya juga taknak kehilangan abang. Beberapa kali saya cuba untuk buat abang bencikan saya tapi abang tak boleh, abang masih pertahankan saya.. abang masih inginkan saya.. dan, itu buat saya rasa terharu.

Sebelum kita kahwin, Hana datang jumpa saya. Dia katakan yang dia dah tak marah pada saya. Dia kata.. dia terima takdir itu dengan hati yang terbuka. Sebab saya terlalu gembira untuk tahu semua itu, saya percayakan dia. Hari-hari yang saya rasakan bila bersama dia sangat membahagiakan. Kami keluar tengok wayang, jalan-jalam sambil buka cerita waktu sekolah rendah. Bila ingat kan itu, saya rasa sebak tiba-tiba..

Sampailah satu hari itu, saya sedar saya buta. Orang pertama yang menjenguk saya pagi itu adalah dia.. Hana. Saya gembira dan dalam masa yang sama.. saya terkejut kerana dia beritahu saya yang dia ke luar negara semasa saya kemalangan waktu itu. Namun, saya usir rasa sangsi saya itu jauh-jauh.

Bila dia beritahu saya yang dia adalah punca di sebalik kemalangan itu. Saya rasa sedih, saya rasa terkejut tapi.. saya tak rasa marah. Yurp, betul apa yang Hana kata.. Saya patut terima balasan yang setimpal dengan perbuatan saya. Sekarang saya buta, mungkin abang patut dapatkan perempuan yang lebih baik daripada saya. Yang sempurna, yang dapat urus kan abang dengan baik.. bukannya menyusahkan abang kerana kecacatan nya.

Yang Ikhlas, Diandra..

Surat itu kembali aku lipat lalu aku selit kan di sebalik dokumen berkaitan Diandra. Makin lama, cerita silam Diandra mulai terbongkar. Aku tak sangka Hana sanggup buat semua itu demi mendapatkan sebuah cinta Zaharil. Sanggup korbankan persahabatan semata-mata untuk cinta. Huh, selfish!

Tak semena-mena aku teringat kan perbualan Hana yang semalam. Rakaman itu aku masih simpan kemas dalam memori telefon ku. Yurp, itu adalah bukti penting untuk aku masukkan Hana ke dalam lokap tapi bukti itu tak berapa nak cukup. Aku perlukan seseorang untuk sabit kan hukuman yang berat pada Hana.

"Aizad.." seruku perlahan bila nama itu menyergah fikiranku.

Itulah nama yang Hana sebut semalam. Nama lelaki yang aku boleh jadikan saksi dalam kes kematian Diandra ni. Tapi, mana aku nak cari Aizad? Kalau aku suruh Wani cari pun tak ada guna, maklumat tentang lelaki itu pun aku tak ada.

Telefon bimbitku tak semena-mena berbunyi menandakan ada pesanan whatsapp yang masuk. Segera aku capai telefon pintarku.

Bibirku terus menguntum senyum tatkala mendapat pesanan daripada dia.. Zaharil. Ini adalah kali pertama aku dapat whatsapp dari dia. Terkejut lah juga aku dibuatnya tapi memandangkan ini detik manis, jadi aku tak nak terkejut sangat.

'Dah tidur ke belum?'-Encik Megat.

Aku gigit bibir. Ermm.. ayat klise sebagai pemula bicara waktu malam. Laju tanganku membalas whatsapp nya.

'Baru aje nak tidur. Abang tak tidur ke?'-kirim.
'Otw.'-Encik Megat.

Aku sudah menggaru dagu untuk seketika. Hmm.. apa aku nak cakap dengan dia eiyh? Aku masih nak berbual dengan dia. Aku nak guna kan masa ini sebaiknya untuk kenali siapa dia Engku Zafriel Syeikh.

'Kenapa tak tidur lagi? Kalau abang penat pergi kerja esok, macam mana?'- kirim.

Ecececeh.. tunjuk konon ambil berat sikit. Barulah Encik Megat aku ni akan cair. Hmm.. kalau dia balas dingin, biar aku jadi penghangat. Yurp.. jangan kalah untuk pujuk bakal suami kau ni, Aqishah.

'Banyak kerja nak siapkan. Esok aku ada meeting.'-Encik Megat.

'Goodluck. Saya yakin abang boleh buat.'-kirim.

Seminit. Dua minit. Tiga minit. Satu keluhan aku lepaskan. Namanya yang tadi tercatat dalam talian terus hilang. Sekali lagi, Zaharil buatkan aku rasa sedih. Hmm.. tolonglah jangan buatkan aku macam ni, Zaharil..
...
'Goodluck. Saya yakin abang boleh buat.'-Aqishah.

Satu senyuman terukir di birai bibir Zaharil. Entah kenapa, dia rasa tersuntik dengan kata-kata semangat yang Aqishah berikan itu. Terus hilang rasa stress nya untuk menyiapkan projek yang akan dibentangnya esok.

Baru sahaja Zaharil mahu membalas whatsapp daripada Aqishah itu, tak semena-mena namanya diseru oleh Zaheen. Terus Zaharil meletakkan  telefonnya lalu matanya dialihkan memandang ke arah Zaheen yang sudah mengatur langkah mendapat kannya.

"Kenapa tak tidur lagi ni, Yeen?" soal Zaharil apabila melihat wajah mengantuk Zaheen bertayang depan matanya.

Zaheen memandang papanya. "Yeen nak papa temankan Yeen tidur. Yeen takut.." rungut Zaheen sambil menggosok-gosok matanya yang sudah mamai.

Satu keluhan Zaharil lepaskan. Mahu tak mahu terpaksa dia temankan Zaheen untuk tidur semula ke bilik nya. Telefon pintarnya dicapai lalu dimasukkan ke dalam baju tidurnya. Terus tangan Zaheen dipimpinnya untuk masuk ke bilik tidur anak kecil itu.

Selesai menyelimutkan Zaheen, Zaharil terus membelai lembut ubun rambut anaknya itu perlahan. Mata Zaheen yang tadinya mamai terus beralih memandang Zaharil. Riak wajah anak kecil itu seperti mahu bertanyakan sesuatu.

"Papa, betul ke papa nak kahwin dengan kak Aqishah? Dia.. akan jadi mama Yeen ke?" soal Zaheen sekali gus membuatkan Zaharil terdiam.

Wajah comel Zaheen dipandang nya. Mata Zaheen memang ada iras-iras dengan mata Diandra dan itu yang paling buatkan Zaharil suka pandang mata Zaheen mengingatkan dia pada Diandra.

Satu anggukan Zaharil berikan. "Nanti, Yeen panggillah kak Aqishah itu mama. Yeen sukakan kalau papa jadi kan dia mama Yeen?" soal Zaharil sengaja meminta kepastian walaupun sebenarnya dia tahu Zaheen memang sudah jatuh sayang pada gadis itu.

Zaheen tersenyum girang. Sempat dia bertepuk tangan menunjukkan betapa gembiranya dia ketika ini. "Erm.. nanti bolehlah mama Aqish teman Yeen main tamankan,pa? Yeahhhhh!!!! Yeen suka!!" sorak nya masih bertepuk tangan.

Zaharil hanya menarik senyum nipis. Hampir sepuluh minit dia duduk di birai katil untuk teman Zaheen tidur sehingga akhirnya anak kecilnya itu lena kepenatan di atas katil. Selepas membetulkan selimut yang menutupi tubuh Zaheen, Zaharil terus mengorak langkah keluar dari bilik anak kecil itu.

Baru sahaja Zaharil mahu masuk ke dalam biliknya semula, tak semena- mena dia terpandangkan lukisan gadis bertutup mata merah itu. Langkahnya diatur merapati lukisan tersebut. Untuk seketika, dia belek lukisan itu.

Apa yang dikatakan Aqishah pagi tadi masih segar dalam ingatannya. Terpegun juga Zaharil bila dengar Aqish berjaya menafsir makna di sebalik lukisan itu. Nampaknya, bakat seni gadis itu bukannya calang-calang. Dari nada suara gadis itu, Zaharil yakin yang Aqishah seperti tahu makna di sebalik lukisan itu. Mungkin Ren pun tak sehebat Aqishah, Zaharil mencebik dalam hati.

Tak semena-mena fikirannya teringat kan sesuatu. Bercakap fasal Ren, Zaharil mulai rasa ingin tahu. Yurp, kenapalah dia tak fikirkan idea ini dari awal?

Terus Zaharil mencapai telefon pintarnya. Nombor telefon PA nya di dail lalu ditekapkan ke telinga. Bunyi beep-beep menyapa halwa telinga nya sebelum panggilannya diangkat.

"Assalamualaikum, Riana. Saya nak minta awak uruskan appoinment saya dengan seseorang." ujar Zaharil dalam nada tegas.

"Waalaikummussalam. Boleh, encik Megat. Erm.. jadual encik untuk minggu ni pun tak berapa nak sibuk." balas Riana, PAnya.

"Bagus. Kalau macam itu, saya nak tahu jadual saya hari Sabtu ini sibuk tak?" soal Zaharil ingin tahu.

"Hari Sabtu, encik Megat free dari pukul 12 sampai 5 petang. Malam itu, encik Megat ada meeting penting dengan Tuan Andhika dari Jaya Holdings." jelas gadis itu di hujung talian.

Zaharil sudah mengangguk kepala. Sebingkis senyumannya meleret di birai bibirnya. "Kalau macam itu, saya nak buat appointment penting dengan cik Ren. Awak uruskannya, boleh?" soal Zaharil mahukan kepastian.

"Baik, encik Megat."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro