BAB 61

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana malam yang mulai diterpa rasa sunyi itu dinikmati oleh Zaharil dengan rasa kosong. Entah kenapa, Zaharil asyik terfikirkan mengenai apa yang Aqishah katakan tadi. Rasa bersalahnya mulai menyerbu perasaannya.

'Selama ni, ada satu perkara yang saya nak tanya abang. Abang betul-betul sayangkan saya ke?'

Soalan Aqishah itu berjaya buatkan Zaharil rasa serba-serbi. Sayang? Kalau tak sayang, dia takkan mungkin pilih gadis itu sebagai pasangannya. Kalau tak sayang, dia takkan makan apa yang Aqishah masakkan untuknya petang tadi.. Kalau tak sayang, dia juga takkan pernah akan selalu fikirkan semua tentang gadis itu. Kerana dia rasa kan semua itu, yurp.. Zaharil sayang kan Aqishah. Sangat sayang kan gadis itu.

Cuma, Zaharil tak mampu untuk luah kan semua itu. Hatinya entah kenapa rasa berat untuk mengungkapkan kata suci itu. Dia risau.. kalau dia nyatakan rasa sayangnya itu, ibarat dia menduakan cintanya dengan Diandra. Zaharil takut bila dia mula sayangkan Aqishah, Diandra akan mati secara perlahan dalam hati nya. Kerana itu, Zaharil mulai berbelah bahagi.

"Kenapa abang asyik pandang saya aje ni? Hmm?! Malulah bang. Nanti orang tengok macam mana?" soal Diandra sudah memandang sekeliling.

Zaharil buat tak peduli pada apa yang Diandra katakan. Dia masih mendagu sambil memerhati Diandra yang sedang mengulangkaji. Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi, peperiksaan untuk sem akhir bermula dan.. sebagai seorang pelajar universiti inilah masa untuk mulakan study last minute.

"Takkan nak pandang bakal isteri pun salah?" ayat manis itu disusun spontan oleh Zaharil.

Terus Diandra menundukkan pandangannya. Wajahnya yang sudah sedia merah makin merah bila disakat jiwang begitu oleh Zaharil. Matanya terus pandang ke arah buku di hadapannya namun fikirannya melayang ke tempat lain. Tak boleh fokus lah kalau Zaharil ada depan mata.

"Merepeklah you ni. Hmm.. tadi kata nak belajar kan? Cepat belajar." ujar Diandra cuba untuk mengusir rasa gembiranya jauh-jauh.

Zaharil menarik sengih. Wajah bersih milik Diandra dipandangnya. "Dian, I ada tiga perkataan nak bagitahu you.." tutur Zaharil masih mendagu memandang Diandra.

Terus Diandra mengalihkan pandangannya pada Zaharil. Anak mata hazel milik Zaharil dipandangnya dalam. Yurp, kata-kata Zaharil kali ini mengundang rasa ingin tahunya.

"Apa dia?"
"I love you."

Bibir Zaharil mengukir senyum tipis tatkala teringatkan detik manis itu. Dia suka bila berjaya dapat menyakat Diandra. Kalau kena sakat olehnya, gadis itu pasti malu yang amat sampai menampakkan pipi merahnya. Bila mengenangkan itu, Zaharil asyik ketawa aje. Comel.

Dahulu, hampir setiap hari kata cinta dan sayang itu dilafazkannya. Yurp, Zaharil berjaya rasakan kemanisan cinta itu bersama Diandra. Namun sekarang, entah kenapa kata cinta itu sangat sulit untuk dia lafaz kan. Dia sudah tidak berani untuk katakan cinta itu pada orang sembarangan. Hanya orang yang layak.

"Kamu tak tidur lagi, Megat?" soal Engku Dahlia menyapa Zaharil dari sisi.

Terus Zaharil menoleh ke arah Engku Dahlia yang sudah menyusun langkah merapatinya. Tempat duduk kosong di sebelahnya diduduki oleh wanita itu. Sebuah senyuman tawar menghiasi bibir Zaharil.

"Tak boleh tidur lah, ma sebab itu Megat keluar. Alang-alang itu boleh ambil angin kejap." balas Zaharil masih menikmati suasana malam di depan rumah villa nya.

Engku Dahlia sekadar mengangguk kan kepala. Dia turut sama menikmati suasana malam itu. Sangat tenang dan damai. Angin malam yang menyapa ubun kulit nya juga sekaligus dapat merehatkan fikirannya hari ini.

"Macam mana perkembangan kamu dengan Aqishah? Okey?" soalan Engku Dahlia itu berjaya buatkan Zaharil terdiam untuk seketika.

"Kenapa mama tanya?"

Engku Dahlia menoleh ke arah Zaharil. "Mama yang besarkan kamu, jadi mama kenal sangat kamu Megat. Kalau tak ada masalah, kamu takkan duduk luar. Kamu ada masalah dengan Aqishah kan?" tebakan wanita itu mengena tepat.

Pada awalnya, Zaharil sedikit tergamam namun perlahan-lahan satu keluhan penat dilepaskannya. Mahu tak mahu dia perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.

"Aqish merajuk dengan Megat tadi. Sampai sekarang, dia tak balas whatsapp yang Megat kirim." luah nya yang terbuku dalam hati.

Engku Dahlia menganggukkan kepala. "Kenapa dia merajuk?"

Zaharil mengeluh perlahan. Pandangannya disuakan ke depan. "Dia cemburu Megat rapat dengan Hana. Well, Megat dengan Hana pun cuma kawan aje, bukannya lebih." balas Zaharil dalam nada tak bersalah.

Kali ini kata-kata Zaharil mengundang rasa lucu dalam hati Engku Dahlia. Dia ketawa kecil sekaligus mengalihkan perhatian Zaharil padanya. "Kenapa mama gelak pula?"

"Nampaknya kamu masih tak faham apa yang Aqish rasa. Hmm, perempuan mana yang tak cemburu bila tengok tunang dia rapat dengan orang lain?"

"Tapi, cemburu dia itu perlulah berpada-pada.." balas Zaharil dalam nada yang kurang senang. Yurp, dia dapat rasakan Engku Dahlia berpihak pada Aqishah.

Engku Dahlia tersenyum. "Kalau kamu nampak Aqishah keluar dengan lelaki lain, kamu sanggup?" soalan Engku Dahlia mendapat respons tergamam daripada Zaharil.

Terus Zaharil mengalihkan pandangannya pada mamanya itu. Sanggup? Pfft.. pernah ada satu ketika itu Zaharil nampak Aqishah kena ayat dengan penjaja kedai. Panas aje hatinya melihatkan perkara itu.

Tiada anggukan, tiada gelengan sebagai jawapan. Zaharil tidak memberi respons pada soalan Engku Dahlia.

Satu keluhan berat Engku Dahlia lepas kan. Bahu Zaharil diurutnya perlahan. "Kadang kamu tak boleh tinggikan sangat ego kamu itu, Megat. Kamu tak kesian ke dengan Aqish? Kerana ego kamu itu, orang yang kamu sayang terseksa. Kamu sanggup tengok Aqish terseksa?" soal Engku Dahlia dalam nada memujuk.

Tiada sebarang jawapan yang Zaharil berikan. Akhirnya, satu keluhan berat dia lepaskan.

"Megat cuba."
...
'Janganlah merajuk lama sangat.'- Encik Megat.

Nampak tak? Dalam whatsapp pun aku dapat rasa dia tak acuh langsung pada perasaan aku. Terus, aku campakkan telefonku ke sebelahku lalu aku peluk lututku erat di atas sofa.

Kenapa susah sangat aku nak dengar dia cakap dia sayangkan aku? Susah sangat ke nak sebut perkataan itu?! Sampai sekarang, aku rasa sedih bila mengenangkan perkara itu.

Mungkin.. mungkin apa yang Hana katakan itu semuanya betul belaka. Zaharil memang tak ada hati untuk cintakan aku. Dia cuma terpaksa. Yurp, terpaksa.

"Aqish, akak nak pinjam.." Kak Ara yang datang menyerbu ke bilikku terus menjedakan kata-katanya bila melihat aku sudah menangis di atas sofa.

Riak risau ditayangkan oleh Ara. Tanpa melengahkan masa, dia terus mendekatkan diri padaku. Tempat duduk di sebelahku diisinya lalu bahuku diurutnya perlahan. Gadis itu cuba memujukku.

"Kenapa Aqish nangis ni? Siapa buat Aqish ni?!" bertubi-tubi soalan ditanyakam Ara pada aku.

Terus aku peluk tubuh Kak Ara erat. Di atas bahunya, aku menangis sepuas-puasnya. Lantaklah orang nak panggil cengeng pun. Orang tak rasa apa yang aku rasa.

"Kenapa Abang Megat itu keras hati sangat? Kenapa dia selalu lukakan hati Aqish?!" luahku apa yang terbuku dalam hati.

"Owh, jadi ni semua sebab Encik Megat ke?" kak Ara menduga. Spontan aku menganggukkan kepala.

Pelukan pada tubuhnya aku leraikan lalu wajah kak Ara aku pandang. Sambil-sambil itu, aku menyapu air mata yang berbekas pada pipiku.

Sebuah anggukan aku berika. Tak ada mood lah nak bercakap.

"Aqish gaduh dengan dia ke?"soal kak Ara lagi ingin tahu.

Sekali lagi, aku mengangguk. Tak ada mood.

Kak Ara sudah garu dagu. "Apa yang akak tahu, Encik Megat itu memang kasar sikit bila cakap dengan perempuan. Akak pun pernah terasa dengan dia. Muka tak ada perasaan nya itu buat akak rasa sakit hati juga lah." sempat kak Ara meluahkan rasa.

Bila dengar ayat kak Ara itu, senyuman pendekku melakar. Pfft.. I feel you, Kak Ara.

"Cuma, sebagai tunang dia.. Aqish kena faham dia. Aqish pun tahukan sejarah hidup Megat itu macam mana. Dia pernah ada isteri dan mungkin sebab itu.. dia perlukan masa untuk terima seseorang dalam hidup dia." ujar kak Ara sudah bernada serius.

"Tapi, sampai bila Aqish nak tunggu. Takkanlah masa dah jadi isteri dia pun, Aqish kena tetap mengalah juga?" aku masih berkeras.

Kak Ara menarik senyum pendek. " Bukan mengalah tapi memahami. Kalau Aqish masih sayangkan dia, Aqish cuba pertahankan hubungan Aqish itu. Cuba faham dia." nasihat Kak Ara sambil mengurut bahuku perlahan.

Dalam diam, aku mengiakan kebenaran kata-kata kak Ara itu. Mungkin, aku pun ego juga. Nak sangat perhatian daripada Zaharil sampai lupa pada perasaannya sendiri. Hmm..

Kling!

Terus telefon pintarku aku capai. Pesanan whatsapp daripada Wani. Tak melengahkan masa, aku membuja pesanan itu.

'Pukul 2 sampai 3 kau kena jumpa client kau ni. Nanti aku kirim kat mana korang kena jumpa. Ingat tau Ren.'- Wani.

Aku mengeluh perlahan. Haih, tak ada mood tapi kena juga buat kerja. Ren tak pernah campur baurkan urusan kerja dengan urusan peribadi. Akhirnya aku mengeluh perlahan.

'Okay.'-kirim.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro