BAB 65

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tak guna kau, Lauren Aqishah!!!!!!" keras suara Hana mengherdik.

Tak semena-mena, barang make up yang berada di atas meja solek nya disepahkan ke lantai. Habis pecah segala bedak compact dan juga cermin make up yang dibelinya. Namun, semua itu tak mampu memujuk hati Hana yang sedang panas. Yurp, tersangatlah panas. Semuanya gara-gara Lauren Aqishah.

Masih segar dalam fikirannya, kejadian Zaharil dan Aqishah tadi. Berpegangan tangan, bermesra dan saling memberi pandangan tak tumpah seperti seorang pasangan kekasih yang saling memujuk antara satu sama lain. Ergh!!! Sangat menyakitkan mata.

"You nak terima dia macam itu aje lepas.. apa yang dia buat? Megat, huh?!" soal Hana apabila melihat Zaharil dan Aqishah saling berpegangan tangan menghadap satu sama lain.

Zaharil ketap bibir. Wajah Aqishah dipandangnya sebelum akhirnya matanya dialihkan memandang ke arah Hana yang sudah mulai berpeluk tubuh.

"Dia cuma kawan saya aje, abang. Tolonglah percayakan saya." Aqishah masih cuba membela diri. Pandangan penuh mengharap dia berikan pada Zaharil.

"She's true, Encik Megat. Kami memang kawan and.. apa yang encik Megat nampak itu semuanya salah faham. Saya dengan Aqishah hanya kawan." celah Faizul yang entah dari mana datangnya.

Zaharil mengeluh perlahan. Terus dia alihkan pandangannya memandang Aqishah. Wajah gadis itu ditatapnya dengan rasa ingin percaya. Mata bundar milik Aqishah buatkan dia tak keruan. Yurp, dia rindukan gadis itu.. sangat rindukan gadis bernama Lauren Aqishah itu.

"I trust her, Hana. I percaya yang Aqishah takkan buat semua itu." akhir nya Zaharil berdiri di pihak Aqishah.

Aqishah sudah mengukir senyum nipis. Jelas kelihatan wajah terharunya apabila Zaharil ungkapkan ayat keramat itu. Akhirnya, Zaharil ikut kata hatinya untuk mempercayai dirinya.

Tersentak Hana apabila mendengar bicara Zaharil. Dia sangat terkejut dengan pernyataan Zaharil itu. Lelaki paling dingin itu akhirnya terpujuk gara-gara seorang gadis yang bernama Lauren Aqishah? Si*l!!!!

Hana sudah menggenggam jari jemarinya. Satu kepalan penumbuk digenggamnya erat. Hatinya sudah berbisik cemburu. Kejadian tadi masih segar bertayang dalam fikiran nya sekaligus membunuh rasa bersalah dalam hatinya.

Yurp, bila cemburu menguasai hati. Ianya turut merasuk akal untuk tidak berfikir secara waras. Kerana cemburu, Hana buang rasa gentar dan membunuh Diandra. Hmm.. senyumannya terukir sinis. Kalau cemburu berjaya bunuh Diandra, mungkin perasaan itu juga akan merasuk dia untuk buat kerja yang sama sebanyak dua kali. Atau mungkin.. lebih gila lagi?

Telefon pintarnya yang berdering di atas katil terus mematikan lamunan jahat Hana. Terus matanya dikalih kan memandang ke arah telefon pintarnya. Seraya itu, langkahnya di susun menuju ke arah katilnya.

Untuk seketika nombor telefon milik pemanggil dibeleknya. Satu dengusan geram dia lepaskan. Apa lagi jantan ni nakkan daripada aku? Huh, tambah serabut kepala ajelah!!!

Dengan kasar, Hana menolak panggilan daripada Aizad itu. Dengusannya makin kasar. Tak selesai lagi masalah Aqishah, sekarang timbul pula masalah si Aizad pula! Pfft.. kalau dua orang ni wujud tak menyusahkan aku, tak boleh ke hah?!

Satu pesanan SMS masuk ke dalam taliannya. Dahi Hana sudah berkerut. Pesanan daripada Aizad. Tak semena-mena dibukanya.

'Kalau kau nak selamat, lebih baik kau call aku.'-Aizad.

Kening kanan Hana sudah terangkat. Selamat? Pfft.. apalagi taktik mamat ni nak kacau hidup aku hah?!

'Kalau aku tak nak?'-Hana.
'Kau akan ke penjara.'-Aizad.

Tak semena-mena Hana mendail nombor telefon Aizad. Entah kenapa, dia rasa terugut dengan apa yang Aizad katakan. Ke.. penjara?

"Apa maksud kau, hah? Ke penjara?" tanpa salam, Hana terus menyerbu dengan soalan.

Aizad di hujung talian sudah ketawa mengekek. Pfft.. ingatkan dewi syaitan takkan gentar bila sebut tentang penjara.

"Kenapa? Takut?" nadanya perli. Aizad masih menghamburkan tawa nakalnya.

Hana sudah berkerut dahi. "Ini salah satu taktik kau nak kenakan aku ke hah? Pfft.. nampaknya kau ni boleh tahan cerdik juga eiyh." perli Hana menarik senyum sinis.

"Thanks untuk pujian itu. Aku hargai nya."

"Kalau ini salah satu taktik kau untuk dapatkan duit, better kau berambus. Aku takkan percaya setiap kata kau. Dengar tu, Aizad." Hana sudah mulai bertegas.

Aizad ketawa lagi. Kali ini lebih sinis. "Suka hati kaulah. Kalau kau nak aku tolong kau, bagi duit pada aku. Kalau kau taknak aku tolong kau, so.. aku takkan kacau lagi." Aizad sudah bagi pilihan.

Tawa Hana kali ini berhamburan. Pfft.. si penjenayah gred D mahu mengugut aku?

"Then, aku akan pilih untuk kau tak payah kacau hidup aku. So, you can go now."

"Nampaknya, kau tak adalah bijak mana, Hana." ujar Aizad.

"Kau pun tak adalah pandai mana, Aizad." balas Hana sebelum menamatkan panggilan.

Aizad dah selesai, sekarang.. Lauren Aqishah pula.
...
Bau haruman tomyam seafood mulai memenuhi ruang makan sekaligus ruang tamu rumah milik Megat Naufal Zaharil. Senyuman ku terukir di birai bibir tatkala tangan ku menghidangkan mangkuk berisi tomyam seafood itu di atas meja.

Selesai sahaja menghidangkan makan tengah hari itu di atas meja, aku menarik nafas puas hati. Yurp, lauk yang aku hidangkan pada hari ini sangat nampak menyelerakan. Mungkin.. Zaharil akan rasa bahagia bila dapat menikmati masakan ku kali ini. Pfft..

Terus langkahku aku susunkan menuju ke ruang tamu. Aku lihat kelibat Zaharil yang sedang membelek sesuatu. Terus senyuman ku tersemat di birai bibir.

"Abang tengah buat apa itu?" soalku sambil mataku meliar ke arah dokumen yang dipegangnya.

Zaharil terus mengalihkan pandangannya pada aku. Tak semena-mena dokumen yang tadi dibukanya terus ditutup kembali. Lagaknya seperti tidak mahu aku tahu isi dokumen tersebut. Dokumen itu diletakkan di atas meja kaca.

"Saja belek fail lama."

Aku melabuhkan punggungku di atas sofa. Sempat mataku aku tajam kan mahu tahu fail apa yang Zaharil pegang itu. Tergamam aku tatkala tertera 'Kes Kemalangan Diandra' di atasnya.

Bila lihat reaksi wajahku berubah, Zaharil tak semena-mena menutup nama fail tersebut menggunakan alat kawalan jauh penghawa dingin tapi sayangnya.. aku dah nampak dulu.

"Boleh saya tengok fail itu tak abang?" soalku memandang Zaharil semula.

"Fail ini tak ada kaitan dengan Aqish jadi Aqish tolong jangan..."

"Please abang. Saya nak tengok." aku sudah tayang muka seposen. Yurp.. kalau tak jadi jugak dengan muka comel, tayang muka lain pula.

Zaharil pandang wajah aku lama sebelum akhirnya keluhan kalah dia lepaskan. Terus dia tolakkan fail itu lembut kepadaku. Terus lebar senyuman aku tatkala Zaharil sudah mulai mengalah dengan aku.

"Tapi, sekejap aje tau. Jangan lama." amaran tak berapa tegas diberinya.

Terus aku angkat simbol 'okey' comel sebagai jawapan. Aku lihat Zaharil menarik sengih bila aku buat begitu. Hahah.. comelnya bakal suami aku ni.

Fail itu aku belek. Dokumen dalam fail tersebut aku buka dan isinya aku baca. Setiap satu persatu perkataan aku tilik dengan penuh teliti. Sehinggalah akhirnya aku tergamam pada bukti penemuan polis.

'Pembunuh adalah seorang wanita berdasarkan bekas tapak tumit tinggi yang tertinggal pada pedal minyak kereta yang melanggar kereta mangsa.'

Terus aku alihkan pandangan ku pada Zaharil. Dia juga turut sama memandang ke arahku. Yurp, sekarang.. adalah masa yang sesuai untuk aku beritahu Zaharil segalanya..

"Abang, kalau saya beritahu abang.. abang akan percaya saya ke?" soal ku cuba memancing kepercayaan nya pada aku.

Dahi Zaharil sudah berkerut bila wajah aku ditatapnya. "Apa dia, Aqish?"

Aku diam untuk seketika. Berfikir untuk menyusun patah kata yang sesuai untuk Zaharil percayakan apa yang bakal aku katakan nanti. Akhir nya satu keluhan berat aku lepaskan.

"Abang jangan rapat dengan Hana lagi, boleh tak?" lembut saja permintaan ku.

Makin berkerut dahi Zaharil. "Kenapa cakap macam itu? Erm.. Aqish cemburu ke abang rapat dengan dia?" soal Zaharil sudah membuat tebakan.

Aku sekadar menggelengkan kepala. "Ini bukan sebab cemburu tapi.. hmm.." aku sudah mulai ragu-ragu untuk teruskan bicara ku.

Zaharil sudah menanti kata-kata ku yang seterusnya. "Tapi apa, Aqishah?"

"Hana sebenarnya dalang dalam kes pembunuhan Diandra beberapa tahun lepas. Mungkin, susah untuk abang percayakan saya tapi saya harap abang boleh dengar penjelasan saya ni kalau abang nak kan bukti. Diandra ada sembunyikan surat di sebalik lukisan saya itu. Surat itu Diandra sebut yang Hana cuba nak bunuh dia sebab Diandra rampas fabang daripada dia." beritahu ku satu persatu.

Zaharil yang mendengar bicaraku sedikit tergamam. Mukanya seperti percaya tak percaya saja.

Terus aku keluarkan telefon pintarku. Rakaman antara Hana dan Aizad melalui talian aku pasangkan untuk didengari oleh Zaharil.

Pelbagai reaksi Zaharil berikan sepanjang rakaman itu dimainkan. Setelah rakaman itu tamat, Zaharil terus bangun dari kerusinya. Wajah tak puas hati dia berikan.

"Abang nak jumpa Hana sekarang." Zaharil sudah bertegas. Wajahnya juga nampak nekad.

Tak semena-mena aku rentap lengan nya, terus Zaharil mematikan langkahnya. Kepalanya ditoleh memandang aku.

"Tolong jangan buat macam itu, bang. Please.. ia akan bahayakan keselamatan abang dengan Yeen. Please.." pintaku memandang tepat wajahnya.

Zaharil diam sejenak. Tak semena-mena telefon pintarnya berdering. Zaharil perlahan-lahan mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluarnya.

"Megat, kamu ada jemput Yeen ke tadi?" suara Engku Dahlia dari hujung talian menyapa halwa telinga Zaharil.

Tergamam Zaharil dibuatnya. Tak semena-mena wajah aku Zaharil pandang.

"Megat tak jemput Yeen, ma."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro