Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Angel menggeliat malas sehingga tubuhnya jatuh di atas katil.

Pakk!!

"Adoii!! Sakitnya punggung aku!!" adu dia kesakitan.Pagi ini dia berasa malas ingin bangun awal.Dahlah syok bebenor usik perasaan Tengku Fazril semalam.

Tengku Fazril? Hehehe..cepat betul dia terpukau dengan aku.

Angel merangkak malas ke atas katilnya lalu meneruskan tidur dia walaupun jam telah menunjukkan angka 10:30 pagi.

"Mak lampirr!!!! Apa nak jadi dengan kau sial?!! Kau tahu tak dah jam berapa?! Habislah kalau atok kau tahu.Naya aku dibuatnya!" bebel Maisara sebaik sahaja membuka pintu bilik cucu kepada ketuanya.

"Apa yang kau merepek ni? Aku nak tidorlah.Dah,blah!" halau Angel.

Maisara merengus geram lantas bertindak menendang bontot Angel.Apa lagi,terjatuhlah nangka busuk tu.

"Kau tahu tak hari ni hari apa? Kau tahu tak?!" herdik Maisara.
"Apa dia?!"

"The King Of Evil dah arah kau menyamar jadi bini Xender hari ni tapi kau terbongkang pulak tidur kat sini! Kau nak atok kau pancung kepala kita berdua ke?!"

Angel mendongakkan wajahnya dengan pantas.

"Hari ni ke?!"
"Hari ni setan!!!"

"Oh My God!!" Angel segera bangun daripada tidurnya lantas bangkit membersihkan badan.

"Lepas ni diorang lunch! Kau tahu tak!! Arghhh!! Geramnya aku dengan kau! Kau pegi mana semalam sampai penat sangat hari ni?!" bebel Maisara tak henti-henti.

"Kau diam jelah!" jerit Angel daripada bilik air.

"Aku dah ready cantik-cantik macam ni tapi kau pulak lewat bangun! Aku memang dah lama pasang dendam kat kau! Kenapalah The King Of Evil suruh aku jaga kau?! Haihhhh.." rungut Maisara.

"Kalau bukan sebab atok kau,aku dah lama ambik trak then langgar kau kat tengah jalan..

Lepastu biar kau.."

"Kau dah puas membebel? Dah? Kau keluar sekarang! Stress aku dengar kau membebel kat sini," halau Angel geram.

Dia mengambil singlet putih dipadankan seluar jeans hitam.Rambut digayakan seperti messy hair lantas bibir dicalit gincu berwarna merah menggoda.

Selebihnya,dia akan buat di dalam kereta.

'Haish dah lewat!"

Angel keluar daripada bilik diiringi Maisara.Sebelum itu,sempat lagi Angel mengambil beg belakangnya.

"Apa style kau pakai ni?! Aku tak pernah nampak pun kau pakai camni? Ni ke cara kau nak goda Xender? Haihh hancur harapan atok kau," rungut Maisara sambil mereka berdua berlari ke arah kereta.

"Aku takde idea nak pakai apa! Aku bantai je!" Angel mengambil tempat di bahagian pemandu manakala Maisara dibahagian sebelah pemandu.

Enjin dipasang dan Angel menekan pedal minyak.Ketika mereka berada di tengah jalan,Angel mengarah Maisara mengawal stereng kereta.

"Kau giler ke?! Baik aku je yang pandu tadi!" seloroh Maisara.
"Eish,janganlah banyak cakap! Aku nak pakai eyeliner ni!"

"Aku memang benci kau! Benci! Benci!"

"Diamlah!" marah Angel lalu menolak kepala Maisara.

"Adoi! Eeee..."

"Dah tepi! Kau pandu pun macam siput babi! " tolak Angel.Dia menekan pedal minyak sekuat yang mungkin.

Kini,dia telah melebihi had kelajuan.

"Angellll!!! Jangan laju sangat!!" jerit Maisara ketakutan.Dia juga turut menutup matanya.

"Kau jugak yang nak cepat!"

"Tapi bukan laju macam ni!"

"Diam arh.Sekarang kau pakai kasut roda," arah dia.

"For what?! Aku tak nak! Tak reti aku pakai benda tu!" bantah Maisara.

"Kita dah lewat! Kalau berlari pun,confirm diorang lunch dlu daripada kita.So,kita pakai benda tu supaya laju sikit," terang Angel.

Beberapa minit kemudian,mereka tiba di hadapan pintu masuk Syarikat Putra.

Angel tidak ingin membuang masa lagi.Dia terus sahaja memakai kasut roda lalu menarik tangan Maisara menuju ke lif.

"Angell!! Aku tak reti!!!" jerit Maisara sehingga membuatkan orang ramai memandang ke arah mereka.

"Kau follow je aku."

Mereka tercungap-cungap menahan nafas apabila berada di dalam perut lif.Mujur sahaja lif itu tidak mempunyai penumpang lain.

"Tingkat berapa?" soal dia.

"13.Weh,ni idea teruk yang pernah kau ada! Aku dahlah tak reti pakai kasut ni!" rungut Maisara tak henti-henti.

Sekejap-kejap gadis itu ingin terjatuh namun dia sempat menahan pada dinding lif.

Ting!

"Dah sampai!" Angel keluar daripada perut lif tanpa mengiringi Maisara sekali.

"Tunggu aku!!"

Maisara terpaksa berlari menggunakan kasut roda tersebut.Terbuntang mata para pekerja di sana apabila melihat wajah Angel.

"Mana pulak office mamat ni?" omel Angel sendirian.

"Angel!! Ke tepi!!!" pekik Maisara.Kelihatan dia sedang mara ke arah Angel dengan kelajuan yang pantas.

"Maisara!! Arghhhh!!!"

Maisara menolak tubuh Angel dan akibatnya kedua-dua gadis itu sedang menghala ke arah satu bilik dengan kelajuan bagaikan angin.

"Arghhhh!!" jerit mereka berdua.

Pada ketika itu,pintu bilik tersebut dibuka oleh seseorang dan mereka masuk bersama jeritan.

"Arghhhh!!"

Angel dan Maisara meluru ke arah dua manusia yang sedang membentangkan kerja mereka di hadapan bersama slaid.

"Ke tepi!!!" jerit mereka berdua.

Pakkk!!

Angel dan Maisara terlanggar dinding lalu jatuh di atas lantai.

"Adoiii bontot aku!" rintih Maisara kesakitan.

"Asal dengan kau ni?! Kau buta ke apa sampai nak langgar aku?" marah Angel.

"Kau nak salahkan aku? Sape yang bodoh sangat nak suruh aku pakai benda ni?!"

"Diam arh!"

"Ehem!" Dehem seseorang sehingga membuatkan mereka berdua terdiam seketika.

Saat itu Angel masih membelakangkan mereka.

"Weh,kita berdua kat mana?" bisik Angel.

"Kat bilik meeting setannnn.."bisik Maisara separuh menahan geram.

Maisara dan Angel bangkit daripada atas lantai.

"Kamu berdua ni sape?" soal Dato Fikri.

"Pusing menghadap diorang.Bukannya aku," arah Maisara.

"Aku nervous weh.."

"Pusing jelah!" tegas Maisara.

"Ehem! Korang berdua ni sape?" Giliran Tengku Fazril pula yang bertanya.

Angel membetulkan rambut hadapannya lalu perlahan-lahan menghadap mereka semua.

Serentak itu,mereka membuntangkan mata masing-masing.Semua bagaikan patung.

Tak percaya ada yang ada depan mata.

"Perkenalkan Putri Risha dan dia anak dato.Saya dah jaga dia selama ni," ucap Maisara yakin.

Angel mengerutkan dahinya lalu memandang ke arah Maisara.

"Weh,sape Putri Risha?" bisik Angel.

"Adoi..kau sial! Kau!! Orang yang kau kena menyamar,"bisik Maisara.

"Lupa!"

"Asal kau lembap sangat? Pandang diorang kat depan.Jangan lupa senyum," ajar Maisara.

Angel memandang ke hadapan lantas tersenyum lebar.

"Hai dato.."

Maisara menyiku lengan Angel.

"Papa...bukan dato.." ujar dia perlahan.

"Erhhh hai papa.."

"Mummy.." panggil Tengku Fazril seakan-akan terkejut.

Kali ini,Angel benar-benar bingung.

'Mummy? Mummy sape pulak ni? Datin Melia ke? Eish,nilah akibat tak baca data diorang semua.Sekarang aku tak tahu sape mummy Xender...'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro