Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Vote and Comment.

Tengku Fazril berulang kali meneliti jam pada atas dinding.Hari semakin senja namun anak bongsunya masih tak kelihatan.

Dia mengeluh berat lantas mengatur langkah ke arah dapur.Sebaik sahaja melihat figura Angel yang sedang membelakangkan dia,Tengku Fazril segera memeluk tubuh tersebut.

Hampir tersedak susu coklat yang baru ingin memasuki ke dalam anak tekak Angel.
"Mummy..nampak tak Riley? Daddy tak nampak dia sejak tadi," luah Tengku Fazril bimbang.

"Erhhh dia kan keluar kejap dengan kawan dia." Angel meleraikan pelukan lantas menghadap lelaki itu.

"What?! Keluar?! Mummy tak pernah bagi diorang keluar sorang-sorang!" Terkejut Tengku Fazril.

"Ye ke?" Bodoh makhluk itu menyoal.

"Mummy!!"
"Erhhh..Mummy gurau je.Cuba tengok dia kat bilik.Entah-entah dia tengah main dengan unicorn baru dia tu," tipu Angel gusar.

"Dah tapi..."
"Kat tandas ke..Pegilah check balik," desak dia lagi.
"Hmmm ok.." angguk Tengku Fazril lalu menuju ke tingkat atas.

Apabila dia yakin kelibat suami 'Putri Risha' telah hilang dimakan masa,Angel terus sahaja berlari keluar menuju ke taman.

'Masak aku kali ni!'

Ep,tapi bukan salah aku pun kalau si budak Risha tu yang tak benarkan anak dia keluar.Lek arh.

Budak kut.Biasalah nak main en.Kau yang bodoh sebenarnya,Angel! Cuba kau bayangkan kalau Riley tu anak kau.Takkan kau nak izinkan dia keluar sorang-sorang?

Arghh!! Lantak arh! Bukannya anak aku pun.Lari dan terus berlari akhirnya Angel tiba sebuah taman.

Mungkin taman ini yang dimaksudkan oleh Riley memandangkan taman ini sahaja yang berdekatan dengan kawasan penthouse mereka.

See? Jujur pulak budak Riley tu.Mustahil dia nak pegi jauh-jauh.

Sesaat kemudian,mata Angel melilau mencari budak remaja itu.
"Riley sayang.Kamu kat mana?" soal Angel mendatar.

Dup dap! Dup dap!

Jantung Angel tiba-tiba sahaja berdegup kencang.Entah kenapa hatinya terasa tidak enak.

"Riley anak mama.Kamu kat mana?" laung Angel lagi.Pucat lesi wajah Angel apabila melihat sekitar taman itu tampak sunyi.

"Riley! Riley!" Air mata Angel ingin keluar.Terbayang wajah Riley yang tersenyum ceria sebelum beredar tadi.

Tengah tekun mencari,tiba-tiba Angel terdengar bunyi seseorang sedang menangis.Dia meneliti suara itu dengan penuh fokus.Dan dia amat pasti.Itu ialah suara Riley!

"Riley!!!" pekik Angel.
"Uwahhh!!! Tolong!! Mama!! Eisk..eisk...Jangan!!"

"Ini padahnya kau berani pukul adik aku!" marah seseorang.
"Bukan salah akulah! Adik bodoh kau yang nak curi unicorn aku!" pertahan Riley.

"Kau ingat unicorn tu wujud ke?! Budak hingusan!" hina dia.Riley menangis semakin kuat apabila unicornnya dihina.

Dahlah tiba-tiba unicornnya dirampas dan dikoyakkan.Dihina pulak tu.Kesian Riley....

"Aku bagitau bapak aku untuk bunuh kau!!" tengking Riley berdendam.

"Wuhhh takutnya...Hah,nak report sangatkan? Ambik kau! Ambik kau!" Bersama ayat itu,lelaki tersebut memijak patung unicorn Riley sehingga kepala patung tersebut tercabut daripada badannya.

"Kiki!!!!" Nangis Riley.Patung kesayangan Riley dipijak sekuat hati.

Lelaki yang bernama Stefan itu tersenyum puas membuli seorang budak remaja.
"Aku bunuh kau! Bunuh kau!"

Riley meluru ke arah lelaki itu namun lelaki itu lebih tinggi daripadanya.Dengan kejamnya,dia berniat ingin menarik rambut Riley.Tapi semuanya terbantut apabila ada tangan seseorang yang menahan tangannya.

"Don't touch my daughter!" Merah menyala mata Angel merenung Stefan.

"Sa...sakit!!"

Seketika,mata Angel jatuh pada unicorn Riley yang telah koyak dan seterusnya pada Riley yang sedang menangis.

Dengan bengangnya,Angel menarik tangan lelaki itu lalu tubuh tersebut diterbalikkan dengan bahunya.

"Arghhhh!!!" Stefan menjerit kesakitan apabila pinggangnya terasa patah.

"Kau dah cari pasal dengan anak aku maksudnya kau dah cari pasal dengan mak dia jugak!" Angel menumbuk wajah lelaki itu sekuat hati.

"Budak remaja macam dia pun kau nak buli?! Mana otak kau hah?! Sanggup kau rosakkan patung kesayangan anak aku! Kau tau tak patung tu limited edition!!" herdik Angel geram.

Setelah penat membelasah Stefan,Angel bangkit lantas menuju ke arah Riley.

"Anak mama ok tak?" Angel tersenyum manis bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

"Kiki..." hiba suara Riley.Air matanya sudah berhenti daripada terus mengalir.
"Ok,macam ni.Hari minggu ni kita keluar beli Kiki yang baru. Kita beli yang lebih besar daripada ni.Nak tak?" pujuk Angel teruja.

"Tak nak janji!" bentak Riley.
"Habistu?"
"Nak pinky swear.."

Riley mengeluarkan jari kelingkingnya dengan comel.
"Pinky what?" ulang Angel.

"Pinky swear.."
Riley menarik tangan Angel lalu disatukan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Angel.

Saat jari mereka bertemu,tiba-tiba sahaja kepala Angel berasa sakit.Ada satu bayangan yang muncul dalam fikirannya.

Bayangan tersebut menunjukkan jari kelingking seseorang sedang berjanji dengan pasangannya.Dia turut terlihat jugak jari manis individu misteri itu mempunyai sebentuk cincin bertakhtakan berlian.

"Pinky swear.." ujar dua individu misteri itu secara serentak.

"Mama? Mama ok tak?" Dan bayangan tersebut terus sahaja hilang.

"Arghhh!! Sakitnya!!" Kepala Angel terasa bagaikan ingin meletop.

"Mama!! Mama ok tak?" Riley ketakutan.

'Bertenang Angel! Bertenang.'

Beberapa minit kemudian,Angel berjaya menstabilkan perasannya.

"Jom balik," ajak Angel lembut.

Sebelum mereka berdua beredar,sempat lagi Angel menghadiakan sepakan tepat ke arah wajah lelaki itu.

"Kalau kau buli anak aku lagi,aku akan kahwin dengan bapak kau! Biar mak kau jadi janda tak bergaji!"

"Maksud mama?" sampuk Riley.
"Hmm entahlah Riley.Mama pun tak tahu apa yang mama cakap.Jom balik," balas Angel cerdik.

"Kejap!"

Bush!

Riley turut memberi sepakan percuma ke arah wajah Stefan.

"Good girl!" High five dilakukan dan mereka tergelak bersama.

"Janji jangan bagitau papa tau tentang benda ni !" janji Angel.

Riley tersenyum lebar lantas memeluk tubuh Angel secara mengejut.

"Pinky swear mama.Pinky swear!"

Pada petang itu,Angel terasa lain pada hatinya.Entah kenapa bibir dia jugak turut mengukir senyuman.Dan dia jugak tahu bahawa senyuman itu memang ikhlas lahir dari hatinya.

_______________________________

"Camne dengan perkembangan kau?"

Angel merenung ke arah atoknya dengan riak wajah yang kosong.
"Aku masih tak mampu nak kuasai diorang.

Setiap gerak-geri aku di dalam rumah tu dipandang oleh diorang.Bukan senang nak menyamar jadi individu yang dah mati.

Aku rasa Xender dah mulai syak dengan perangai aku.Data tentang Risha belum cukup untuk aku faham," luah Angel mendatar.

"Aku tahu.Bermula hari ni,aku nak kau bunuh diorang satu persatu.Guna cara kau yang sebenar.Aku nak kau goda orang kanan Xender sebelum kau bunuh ketua diorang!" arah The King Of Evil.

"Maksud kau Triple Ko,Zack dan Akim?" teka Angel.

"Ye.Pastikan kelima-lima diorang mampus! Bawakan kepala diorang pada aku!" The King Of Evil mengenggam erat tangannya.

"Hehehe..as you wish.." Angel tersenyum sinis.

"Sebelum tu,aku nak kau berkenalan dengan seseorang.Dia dah cukup lama perhatikan bini Xender sewaktu budak tu masih hidup," kata lelaki tua tersebut sekaligus mematikan langkah Angel.

"Sape?"

Ketika itu,datang seorang gadis bersama dress paras lutut dan bahunya dibiarkan terdedah.

Sesaat dia tersenyum penuh bermakna melihat figura Angel yang sedang merenung ke arahnya.

"Hello.My name is Eryn.Black Eryn."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro