Bab 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Barang? " soal Angel semula.
"Yup,barang! Tok wan suruh kita beli barang dapur tadi.." beritahu Tasya.

"Hmmm..takpe..kau duduk je kat rumah.Kau kan tengah pregnant.Biar aku dengan Sherly je pegi kat kedai runcit," nasihat Angel lembut.

"Terharunya aku.Thanks honey bunny...sayang kat kau .Dah alang-alang kau kat kedai,boleh tak kau tolong belikan aku aiskrim? Rasa mengidam pulak.." Tasya membuat muka comel sambil mencubit pipi gebu Angel.

"Yelah..yelah..ngada sangat.."
"Yeahhh!! I love you so much!" Kedua-dua belah pipi Angel dicium penuh gembira.

"Amboi...korang berdua ni lesbian ke LGBT?" usik Sherly.
"Homosexual..." kata Tasya selamba.

"Homoseksual kepala hotak kau! Dah,tepi! Aku nak ke kedai dulu," halau Angel.

Sempat lagi tangan Tasya dicubit geram.

"Sha,you nak pegi mana?" sapa Riko yang kebetulan berada di pangkin sambil menonton channel YOUTUBE.

"Nak ke kedai jap dengan Sherly.."

"Nak join!"

"Kitorang naik motor," ucap Sherly selamba.

"Takpe.Aku dah minta izin tok wan nak naik motor arwah tok cik dulu.." beritahu Riko jujur.

"Ok..jomlah join sekali.."

Beberapa minit kemudian,mereka bertiga beriringan menunggang motor menuju ke kedai runcit yang berdekatan.

"Sherly..bawalah laju sikit.Lembap sangat.Cuba kau tengok orang tua yang bawa basikal tu..Dia lagi laju dari kau bonceng tau," ejek Angel seraya memandang ke arah seorang lelaki tua yang sedang mengayuh basikal.

"Lek arh.Ni kan kampung.Cuba kau tengok Riko.Rileks je dia tunggang motor.Slow and steady.." puji Sherly.

"Ceh.." cebik Angel.

_______________________________

"Tok,isteri Fazril kat mana? Tak nampak pun batang hidung dia dari tadi.." soal Tengku Fazril.Kelihatan Tok Mariam sedang menghiris buah mangga untuk dimakan oleh Tasya.

"Kat kedai.Tasya kata dia pegi dengan Riko dan Sherly.." beritahu dia lagi.

Mereka berbual sebentar sementara menunggu kehadiran mereka bertiga.Berulang kali Tengku Fazril menilik jam di tangannya.

"Riko mana?" Suara Miko membuatkan Tok Mariam dan Tengku Fazril segera memandang ke arah mereka.Kelihatan Alex dan yang lain-lain sedang menuju ke arah pangkin yang mereka sedang duduki.

"Pegi kat kedai..Beli barang dapur.." jawap Tengku Fazril acuh tak acuh.

"So,bila kita nak pegi memancing bro? Dah tak sabar dah ni.." luah Zack.

"Tunggu diorang sampai dulu.."

Ketika Tok Mariam sedang ralit menghiris kulit mangga,tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

"Ni tok wan nak tanya sikit.Korang berlima bila nak kahwin? Duk single je.Tak bosan?" soal Tok Mariam.

Dah lama dia perasan jejaka-jejaka kacak di hadapannya seolah-olah bebas tak diikat dengan sebarang perhubungan.

"Pepatah dulu-dulu pernah berkata..jodoh akan datang sendiri," jawab Akim selamba.

"Kalau tak datang-datang jugak?" sampuk Tasya.

"Tu bodoh namanya.Hahahahah!!!" Gelak mereka berlima.

Tok Mariam hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya seraya tersenyum lebar.

Pelik! Diorang ni kacak nak mampus tapi tak ada girlfriend pulak.Memilih ke? Atau ada sebab lain?

_______________________________

"Bawang..milo..gula...hmm apa lagi erk?" Angel bermonolog sendiri sambil mencari barang-barang keperluan dapur.

"Garam! Nasib tak lupa.." senyum dia.Tanpa membuang masa lagi,Angel terus mengorak langkah ke arah bahagian garam diletakkan.

"I got it!" Tiba-tiba senyumannya mati apabila dia merasa tangannya tersentuh dengan tangan orang lain.

"Erhhh..excuse me?" Aku dulu dapat garam ni walaupun masih banyak lagi garam yang lain.

"Risha? Bila kau balik? Tak sangka kau rupanya..Aku ingat tangan bidadari mana yang aku tersentuh tadi.." ujar Mike lalu tersenyum manis.

Erhhh mamat mana pulak ni? Aku tak kenal doh.

"Kau apa khabar? Sihat tak?" tegur Mike lembut.Renungan matanya terlihat jelas redup sekali terhadap Angel.

"Si..sihat.." jawap Angel gagap.
"Dah lama kau tak balik kat kampung ni..Sebok sangat ke kau kat bandar?" Nada suara Mike kedengaran sedikit kecewa.

"Aku..."

"Eh eh.Budak bandar dah balik kat kampung ni.Patutlah panas je aku rasa..." sindir seseorang.

Angel tersentak kecil lalu menoleh ke arah dua orang perempuan yang dirasakan berumur pertengahan usia.

"Kau tengok tu Wati.Balik je kat sini,dah buat maksiat!" sindir Kak Timah.

"Perempuan murah memang macam tu.Tak tahu malu.Entah-entah dia dah terlanjur dengan si budak Mike ni.." tambah Kak Wati.

Angel mengetap giginya menahan geram.Amboi sesuka hati je nak hina aku macam anjing! Dahlah aku tak kenal,tetiba je nak panaskan hati aku.

"Apa masalah korang?!" Herdik Angel geram.

"Apa? Apa? Nak cari pasal? Hah,jomlah! " cabar Kak Timah.

Aku paling pantang dicabar!

Baru sahaja Angel ingin menyerang kedua-dua perempuan itu,dia terdengar Sherly menjerit ke arah mereka.

"Weh minah tonggek! Tak puas hati lagi ke korang nak ganggu sepupu aku?! Eee aku layakkan baru tahu!" pekik Sherly.

"Budak busuk ni lagi..." ejek Kak Wati.

"Kau pehal? Minah tong gas tak sedar diri.Gemuk gedebang!" hina Sherly lantas menarik tangan Angel untuk membayar semua barang yang telah dipilih.

"Bodoh punya minah tonggek and minah tong gas! Duk ganggu life orang je!" gerutu hati Sherly sambil membayar harga kepada penjual.

"Mike tu tak habis-habis nak ganggu kau.Takde pompuan lain ke yang dia nak?" sambung dia lagi.

"Cepatlah kira Pak Hamid! Lambat sangat tu apesal?" Tak semena-menanya Pak Hamid kena tempias Sherly.

Angel pulak hanya mampu tergelak dalam diam.Kesian orang tua tu.Tak buat salah tapi kena marah.

"Tu tak lain kalau tak datang bulan lah tu.." ejek minah tonggek dari arah belakang.

"At least,aku datang bulan.Kau tu ada apa? Dah monopaus!" ejek Sherly sebal.

Terhambur jua gelak Angel mendengar ejekan Sherly khas untuk minah-minah tersebut.

"Menopaus kau kata?! Aku bertaruh! Kita lumba motor sampai ke hujung jalan.Sape sampai dulu,dia boleh bagi apa-apa aje arahan!" cabar Kak Wati a.k.a minah tong gas.

"Eh,tong gas.Kau dah lupa ke yang kitorang pernah kalahkan korang dulu?" sindir Sherly sinis.

"Rematch! Ada berani?" tambah Kak Timah.
"Boleh bagi apa-apa aje arahan? Ok,kitorang setuju!" sampuk Angel licik.

"Seriously?!"
"Lek.Serahkan pada aku." ujar Angel lalu menuju ke arah motor Riko.

"Kau buat apa? Naiklah motor aku."
"Kau balik ikut motor tu.Biar aku guna motor ni untuk kalahkan minah-minah gedik tu," arah Angel.

Kak Timah dan Kak Wati sudah tergelak sakan melihat Angel menunggang motor buruk untuk berlumba.

"Motor yang dah nak pancut tu jadi pilihan kau? Eyuhhh...takde taste.Confirm kalah," ejek Kat Timah.

Riko yang baru sahaja tiba dengan aiskrimnya segera mengerutkan dahi apabila melihat Angel sedang menaiki motornya.

"You buat apa ni?" soal Riko pelik.
"Riko,you duduk kat belakang I.Cepat sikit.I nak race dengan beruk-beruk tu," arah Angel mendatar.

"You dah giler ke apa? You tu dahlah pompuan.Takde style nak race macam kitorang," kata Riko selamba.

Mendengar bicara Riko membuatkan Angel menjengilkan matanya.

"Ok,ok aku naik." Riko membonceng motor tersebut di belakang Angel.Diberi sedikit jarak lantas dia meneruskan jilatannya pada aiskrim di tangan.

Enjin telah dipasang dan ketiga-tiga mereka bersedia untuk memecut.

"Sherly..jumpa kat rumah.." Angel tersenyum sinis.Dan Sherly amat kenal senyuman penuh bermakna itu..

"Ready?"

Mereka mengangguk kemas.

"Set..Go!"

Vrommm....

Tersedak Riko apabila Angel tiba-tiba sahaja memijak bahagian gear dengan pantas.

Apa lagi.Pucat terus muka mamat tu akibat cara Angel menunggang.Serupa macam jantan doh.Terkejut Riko.

Aiskrim dah tak tahu terbang kat mana.Tangan dia sebok mencengkam erat bahgian belakangnya.

"Sha!!!! Stopppp!!!" jerit Riko.Aku rindu mak aku..Makkkkk!!

Angel buat-buat tak dengar.Dia memulas handle motor dengan lebih kuat.

Vrooommmm!!

Kalau korang nak tahu,Angel lah salah satu manusia yang melakukan pencemaran udara kat bumi ni.Habis ekzos motor dia mengeluarkan asap yang begitu banyak sekali.

"Rishaa!! You dengar tak?! I tak nak mati! Slow Risha! Slow!!" pekik Riko.Rasa nak menangis pun ada.

Angel hanya mengekek ketawa mendengar jeritan Riko.Kata terer bawa motor.

Ni baru sikit.Ketika itu jugak,Angel menyedari bahawa kelibat Kak Timah dan Kak Wati telah ketinggalan jauh.

"Rishaaaa!!!! Slowwww!!!" rayu Riko.Berulang kali dia membaca doa lalu dihembuskan pada kepala Angel.Tak tahu benda apa yang dia baca.

Semuanya tunggang-terbalik macam otak dia.

Aku tak nak mati lagi weh.Aku kacak.Aku macho.Aku orang harapan tau tak.Kalau aku mati,readers confirm marah author BabyFik.

"Amacam Riko? Ada gaya race tak?" usik Risha.

"Wahai jembalang yang merasuki Risha.Kau keluarlah daripada badan dia..." tiup Riko ke arah rambut Angel.

Helmet? Langsung tak dipakai.

Vroomm..vroommm!!

"Rishaaaaaaa!!!" jerit Riko.Rasa nak tertanggal kepala dia sebab banyak menjerit.

Adakah ini penghujung nyawa bagi Riko? Adakah Triple Ko akan bertukar nama jadi Double Ko? Hahahahah!!!

Saat mereka hampir tiba di persimpangan rumah,Angel segera menekan brek namun malang tak berbau apabila brek tersebut tiba-tiba sahaja patah.

Adoi,Angel. Kaki kau jenis apa weh? Sampai patah pedal break tu kau buat.

"Ri..Riko..brek patah..." ucap Angel kalut.
"Patah?!!!"

Ini betul-betul penghujung bagi nyawa aku.

Dalam keadaan yang terpaksa, Angel terpaksa masuk ke dalam persimpangan rumah mereka dengan had yang laju.

Di pangkin pulak..

"Kejap.Bunyi apa tu?" soal Roland pelik.Mereka mematikan perbualan sebentar lalu fokus terhadap bunyi yang semakin dekat ke arah mereka.

"Rasa macam...."

Vrooomm!! Vrooommm!!

"TEPIII!!!! Jerit Riko nak mampus.

"Arghhhhh!!! Tepiii!!!" Bergabung suara Angel dan Riko ketika menjerit ke arah mereka.

"TEPI SETANNNNN!!!" Marah Riko lagi.Mereka semua lari bertempiaran sebaik sahaja motor yang ditunggang oleh Angel hampir menuju ke arah mereka.

"Arggghhhhh!!!" Jerit mereka berdua.

"Lompat Shaaa!!" ucap Tengku Fazril panik.Tanpa membuang masa lagi,Angel terus melompat ke arah Tengku Fazril sehingga mereka berdua terjatuh di atas tanah.

Cuba korang teka..tinggal sape lagi kat atas motor tu? Hahahhaha..RIKO PEMENANG BAGI TIKET MALANG! Tepuk sikit...

"Arghhhhhh!!!" Jerit Riko.Dan selepas itu,motor tersebut bertembung dengan pangkin yang terletak di bawah pokok.

"Mangga aku..." gumam Tok Mariam.

Habis terbuang segala cermin,ekzos dan terutama sekali tayar motor di atas udara..

Riko pulak sudah tumbang di atas tanah.

"Riko,kau ok ke?" soal Miko bodoh.Kau tak nampak abang kau dah accident nak mampus?

Kelihatan mata jejaka kacak itu kelihatan layu sekali.

"Ak..Aku kat mana ni? Aku masih hidup ke? " kata dia lemah.

"Tak,kau dah mampus..." bohong Alex selamba.

Melihat sahaja wajah Alex,Riko mampu menganggak dia berada di mana.

"Neraka..." ujar dia sepatah lalu pengsan.

Sesaat kemudian,mata masing-masing menoleh ke arah Angel yang tersengih lagak tak bersalah.

Tengku Fazril menjongketkan keningnya.

"What have you done,Putri Risha?"

Angel mengigit bibirnya lalu menunjukkan bentuk jari V.

"Heheheh..peace no war?" sengih dia.

Sebagai tanda menghargai comment readers..author akan plih 3 comment yang terbaik.

Setiap comment terbaik terbahagi pada 3 bahagian.Iaitu pagi/ Tengahari,Petang dan Malam.

Comment terbaik untuk tengahari ini ialah:

Sedutan akan datang...

"To..tolong!! Uhuks!!" -Angel.

"Mummy!!"- Tengku Fazril.

"You dah giler ke apa?! Tak sayang nyawa?!" -Tengku Fazril.

****

"Tak,Risha.Aku yakin kita ditakdirkan bersama.Kita lari daripada kampung ni.Kita kahwin kat tempat lain!"- Mike.

****
" Aku ada plan...biar dia tanggung malu seumur hidup dia! Hahahahah!!!" -Kak Timah.

***

"Then kiss me!" -Tengku Fazril.

"What?!"- Angel.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro