Bab 39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tik tok..tik tok..

Jam yang menunjukkan 12 tengah malam membuatkan Angel tersenyum sendirian.

Sudah lama dia menunggu jarum jam bergerak ke arah nombor tersebut.Tangan Tengku Fazril yang sedang melingkari pinggangnya,dileraikan secara perlahan-lahan.

Seketika,dia bangun perlahan lalu mengambil bagasinya menuju ke arah pintu bilik.

Dia tak kesah.Kampung ni dah bagaikan neraka pada dia.Pandai-pandailah dia bagi alasan pada Tengku Fazril bila dah balik nanti.

Diiringi lagu James Bond,Angel terhendap-hendap meneliti setiap penjuru bersama bagasinya.

Setelah pasti kesemua ruang telahpun kosong,Angel segera berjalan dengan pantas menuju ke belakang pintu dapur.Kalau pintu depan agak bising sikit bunyinya.

Dengan penuh berhati-hati dia keluar daripada dapur tersebut lalu memakai kasutnya.

"Hmmm..harumnya udara malam ni," bisik dia gembira.Baru sahaja dia ingin memulakan langkah,tiba-tiba ada seseorang menegurnya daripada arah belakang.

"Sha? You buat apa kat sini?" Angel menelan air liurnya menahan gementar.

Sebaik sahaja dia berpusing,dia melihat kelibat makhluk halus berwajah putih.

"Arghhh!! Hantu!!!" jerit Angel lalu cuba berlari.
"Hah,hantu? Mana hantu?!"

"Arghhh!!"
"Arghhh!!" Ciko menyentuh bahu Angel kerana ingin menyembunyikan diri.

"Hantu!!!" pekik Angel lantang.Nak terkeluar kahak dibuatnya.Disebabkan terlalu takut,Angel jatuh terjelepok di atas rumput.

"Mana hantu,Sha? Mana?!" desak Ciko ketakutan.
"Pegi!!!" Marah Angel.

"Woi!!! Apa korang buat ni?!" sampuk seseorang bersama lampu suluh di tangan.

Ciko dan Angel menutup mata sebaik sahaja melihat cahaya tersebut.

"Daddy! Ada hantu!" Angel berlindung di belakang Tengku Fazril.Lupa akan niatnya untuk melarikan diri.

"Mana hantu?" Ciko yang turut ketakutan segera merangkul tangan Alex.

"Dah tepi! Kau giler ke apa setan?!! Yang kau pakai bedak sejuk ni dah kenapa?!" tengking Alex.

"Aku nak jaga muka.."gumam dia perlahan.

"Dah,blah! Mama jangan tengok muka setan ni ye.Kang baby pulak yang terjangkit," kata Alex lalu menarik tangan Tasya masuk ke dalam rumah.

"You Ciko?! You saje je ke nak takutkan I?!" marah Angel geram.Mati-mati aku ingatkan puntianak balik rumah.Eh eh.Dah macam Hantu Kak Limah balik rumah.

"Hehehe.." sengih Ciko.
"Aku ingatkan orang pompuan je kemaruk nak pakai bedak sejuk.Rupanya kau pun sama," ejek Zack geram.

Disebabkan beruk ni, aku tak boleh nak tido.
"Korang berdua buat apa kat sini?" soal Akim pelik.

"Aku kat sini sebab nampak Risha terhendap-hendap macam pencuri tadi.Aku baru je tegur,terus dia menjerit.Aku pun apa lagi.Ikut menjerit sekali le! Hahahah!!"

"Kau ingat lawak ke setan?! Hah,memang padanlah bedak sejuk tu dengan muka kau.Dah macam hantu! " sindir Zack lalu beredar bersama Akim.

"Kau memang sengal!" marah Miko dan Riko pulak.Mereka juga turut meninggalkan Ciko.

"Bang,tunggu I bang! I takut! I perlukan perlindungan," usik Ciko gedik lantas melompat ke arah belakang tubuh Miko.

"Turunlah sial! Aku takde adik hantu macam kau!" tengking Miko.

" I perlukan you bang.I takut.I sayang you." Makin galak Ciko mengusik.

"Turun sebelum kau mati pucuk kat sini!"

"Bang...."

"Sakitnya telinga aku!" sampuk Riko lalu menarik rambut Ciko tanpa sebarang amaran.

"Ok,ok.Tak buat lagi.Lepaslah sial! " marah Ciko lalu cuba menumbuk Riko.

"Kau buat suara macam tu lagi,nahas aku kejekan!" ugut Riko lantas beredar bersama Miko.

"Tunggu I bang! Muahahahah!!"

"Sini kau!!!!"

Dari jauh,Angel hanya tersenyum lebar melihat telatah tiga kembar seiras itu.So sweet..walaupun saling bergaduh macam anjing.

"Ehem!" Deheman seseorang membuatkan Angel tersentak kecil.

" Mummy buat apa kat sini?! Dengan beg bagai!" marah Tengku Fazril.

"Eh,ada beg ke? Tak perasan pulak," sengih Angel malu-malu.

Grrrr...

Tengku Fazril menjengilkan matanya tanda geram.

"Tu bukan beg mummy.Mummy keluar pun sebab nampak beg ni tersadai kat luar," tipu Angel bersama wajah naifnya.

Tengku Fazril membuat muka kosong lalu menekan butang pada atas bagasi tersebut.Sejurus itu,penutupnya terbuka dan terhamburlah segala pakaian peribadi milik Angel.

"Wow..keajaiban! Camne pakain mummy ada kat situ?" kata dia menahan malu.

Tengku Fazril mengeluh berat lantas meninggalkan Angel berseorangan bersama pakaian yang masih terhambur di atas rumput.

Angel pulak hanya mampu mengigit bibirnya.

'Kantoi pulak!'

________________________________

Petang itu,mereka sekeluarga keluar menuju ke padang untuk menyaksikan permainan yang sentiasa dimainkan oleh penduduk kampung.

Pelbagai ragam dan aksi mampu dilihat di tempat tersebut.
"Turn kita nak main bola tampar pulak," tutur Akim lantas mengambil posisinya di tengah gelanggang.

"Ok,aku,Alex dengan Miko lawan kau," balas Tengku Fazril.
"Go, papa!" sorak Tasya.

"Jangan mnjerit! Kang bersalin pulak mama kat sini!" tegur Alex bodoh.Kandungan baru je 3 bulan.Apa benda nak bersalin pulak?

Tasya tersengih senang seraya duduk di atas rumput.
"I pun nak main jugak!" pinta Angel ceria.

Serentak itu,mereka semua memandang ke arah Angel.
"Pfttt...hahahhaah!!!! You nak main? Reti ke orang macam you nak lawan lelaki macho macam kitorang?" angkuh Miko sinis.

Angel hanya berpura-pura tidak mendengar.Dia mengambil tempat di sisi Akim.

"Riko! Join arh." Dari jauh,Riko hanya menggelengkan kepalanya.

Cukup-cukuplah aku terbalik babi disebabkan cara pompuan ni bawa motor tak ingat dunia.

"Ciko,meh join aku!" jerit Akim lagi.
"Aku tak nak ," tolak Ciko.Dahlah kena panggil hantu semalam disebabkan Angel.Tak nak aku cari bala! Entah-entah lepas ni,aku koma sebab kepala kena bola pulak.

"Zack! "
"Ok,aku join!" sahut Zack lalu mengambil tempat di sebelah kanan Akim.

"Uncle Riko,boleh tak uncle citekan macam mana mama bawak motor?" pinta Riley naif.

"Boleh! Giler tak ingat dunia mama Riley bawa motor hari tu.Nasib tak mampus! " Bla,bla and bla...Sementara mereka bermain,Riko dengan tekunnya berbual dengan Riley tentang pengalamannya berjumpa dengan maut disebabkan gadis bernama Angel.

Permainan kedua..

"Sha,kau boleh buat Sha! Kalahkan diorang!" Jerit Sherly teruja.

"You nak kalahkan kitorang? Ceh,kaum macam you memang ditakdirkan noob! Hahahaha!!" gelak Alex jahat.

Grrrr ..

Angel mengetap giginya menahan marah.Dari jauh,dia terlihat Tengku Fazril tersenyum sinis.

Ketika dia dalam keadaan yang leka,tak semena-menanya bola yang ditampar kuat oleh Alex terkena pada kepala Angel.

"Adoiiii!!" rintih Angel.Dia jatuh di atas tanah sambil diiringi gelak ketawa daripada mereka.

"Sha,you ok tak?" soal Zack prihatin.

"Kan aku dah kata.Semua pompuan memang noob!" ejek Alex sinis.

Amboi Alex.Kau tahu tak peratus readers yang baca cite pasal kau ni,adalah pompuan? Sesedap mulut kaki kau je nak pandang hina kat kitorang.

"Noob you kata?! Eeee!!" Angel menderam geram.Dia bangun daripada tempat duduknya lantas mengambil posisi Akim.

"Akim you kat tepi.Biar I kat tengah!" arah Angel.

"Ceh,budak.." gumam Tengku Fazril perlahan.

"Budak?! Kalau kitorang menang game ni,I nak korang semua melutut kat kaki I.Amacam? "cabar Angel.

"Itu je? Kacang.." balas Miko.

"You pulak Fazril..I nak you maafkan I sebab kes semalam.Boleh?" Angel menjongketkan keningnya.

"Itu pun kalau mummy menang.." jawab Tengku Fazril sinis.

"Very well.."

Daniel selaku pengadil permainan itu segera meniup wisel.

"Mata jaringan mereka sama," ujar Nadiel.

Tengku Fazril memulakan servis ke arah Zack lalu dibalas Zack dengan pukulan yang amat kuat sehingga melantun tinggi ke udara.

Saat bola itu menuju ke arah Miko,lelaki itu menampar semula bola ke arah Akim.

Dengan senang hatinya,Akim membalas balik serangan itu namun malangnya,bola tersebut melantun ke belakang.

"Habislah.." bisik Tasya.

Angel tersenyum sinis.Dengan sekali gerakan yang telah selama ini dia pelajari,Angel bergerak ke belakang lalu menampar semula bola tersebut.

"Tak cukup kuat! Bola tu tetap masuk dalam kawasan diorang," komen Sherly.

Angel merenung tajam bola tersebut.Dia dapat mengagak bahawa bola tersebut bakal jatuh tepat ke arah Akim.

Tanpa membuang masa lagi,dia berlari ke arah Akim dengan kelajuan yang pantas.

"Akim,tunduk!!!" arah Angel dan serentak itu Akim menundukkan tubuhnya.

Angel tersenyum licik.Sesaat kemudian bahu Akim dipijak sehingga dia terbang tinggi di udara lalu bola tersebut dipukul sekuat hati.

"Smash!!"

"Oh My God!!" Ternganga mulut Tasya dan Sherly dibuatnya.

Akibat smash Angel yang terlalu kuat,bola tersebut menuju ke arah Alex tanpa sempat dielak.

Bum!

Tak semena-menanya bola itu melantun lalu menuju ke arah Miko dan Tengku Fazril silih berganti.Akhirnya,ketiga-tiga mereka tumbang di atas tanah.

"Arghhh!! Kita menang! Kita menang!" sorak Angel gembira seraya berjoget lambak bersama Akim dan Zack untuk meraikan kemenangan mereka.

"Fuhhhlamak...you memang champion lah Risha," puji Zack bangga.

"Tengok kaki arh.." sengih Angel.

"Fuyohhh!! Mama memang terminator versi melayu!! Salute! " sapa Roland teruja.

Terkekek-kekek mereka melihat aksi hebat Angel sebentar tadi.

"Ada orang tu perlu tunaikan janji dia..." sindir Tasya sambil melirik ke arah Alex yang kelihatan masam mencuka.

"Diamlah!" cemberut Alex.

"Ok,adik ipar..Sila cium kaki I.." angkuh Angel mengarah.

"Fuck!" carut Alex sebal.

"Jap,meh aku rakam moment indah ni," usik Zack.

Alex hanya mampu mengeluh berat.Silap besar hang pandang rendah kat kitorang.

"Ok,you may kiss her feet now.." arah Akim jahat.

Alex mengetap giginya menahan marah.Baru sahaja dia ingin melutut,tiba-tiba hon kereta kedengaran di halwa telinga masing-masing.

Kelihatan cermin kereta itu diturunkan lalu muncul senyuman gedik pada wajah gadis itu.Sesaat dua saat,dia menjerit kegembiraan.

"Sayang!!"

3 Comments terbaik sebelum ini..

1.Pagi

Gajah tak sedar diri.Eish..eish..

Azab? Fuh..bahaya ni..




Berdebar? Still ok tak jantung tu?

2.Petang

Tengku Handsome..aummm...hahaha..




Siang malam ku menunggu dirimu..( Lagu)

Gempak pak pak..keboormm ..Anak Pak Samad kahwin lagi..

3.Malam

Ehem! Tengku Fazril milik author tau.Uhuks! Kahak tersumbat.Hahaha..

Amboi..sampai jannah ye..

***
Sedutan akan datang..

" Mummy tak kesah pun kalau daddy nak berasmara dana dengan betina tu.Nak MAMPUS sekali pun takpe.."- Angel.

"Jealous ke?" - Tengku Fazril.

" Macam yang daddy kata.Daddy dengan dia memang ada hubungan.Ingat tak masa kat kereta hari tu? Huh!" - Angel.

***

" Suka hati I lah nak pegi mana sekalipun.Yang you kesah apehal?" - Christine.

***

" Pompuan macam you reti ke nak lawan menari dengan I yang hot meletop ni?" - Christine.

"Stay away from Xender before I kill you.." - Angel.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro