Bab 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Angel merengus geram seraya melipat tangannya rapat ke dada.Figura Tengku Fazril yang sedang menuju ke arah sebuah tempat yang terpencil membuatkan dia berasa tidak puas hati.

Apakan tidak,lelaki itu mengarahkan dia agar tinggal sahaja di dalam kereta agar sesi mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar.

Angel berjeda sendirian.Bibirnya pulak digigit seperti biasa.

Aku kena cari jalan supaya dapat masuk dalam markas diorang! Kalau tak,semua usaha aku hanyalah sia-sia.

Tanpa membuang masa lagi,Angel membuka pintu kereta lalu menapak ke arah tempat di mana Tengku Fazril menuju.

Tak lupa jugak,kawasan sekelilingnya dipantau dengan penuh teliti.Risau kalau-kalau ada polis meronda di kawasan itu.

Sebaik sahaja Angel memasuki ke dalam tempat yang lebih agak dalam,dia mendapati tempat tersebut diterangi dengan lampu berwarna putih menyala.

Perasaan pelik semakin kian mencengkam hatinya.Sebentar tadi,suasana tersebut hanya dikuasai dengan kegelapan namun apabila masuk sahaja di dalam tempat itu,suasana lain pulak yang menjemputnya.

Seketika,Angel bersembunyi di sebalik dinding apabila melihat seorang ketua mafia datang bersama orang-orang kanannya masuk ke dalam sebuah bilik.

Sebelum pintu dibuka,Angel melihat ketua daripada setiap negara mengakseskan suara mereka pada sebuah sistem kekunci.

Gadis itu mengeluh kecil sebentar.Nak tak nak,dia terpaksa mengorak langkah ke hadapan lalu melekapkan telinganya pada pintu itu.

Mana suara diorang ni? Pehal aku tak boleh nak dengar pulak? Gerutu hatinya.

Dalam sebok mencuri dengar,tiba-tiba sahaja pintu tersebut dibuka dari dalam sehingga menyebabkan tubuh Angel terjatuh ke hadapan.

"Arghhhhh!!" Secara spontan,Tengku Fazril segera menangkap tubuh 'isterinya' bersama wajah yang janggal plus terkejut.

Angel yang masih dalam keadaan terkejut,segera mendongakkan wajahnya untuk melihat gerangan yang telah menyebabkan dia kantoi dalam menjalankan misinya.

Grrrrr..

"What the...mummy! You buat apa kat sini? I kan dah suruh you tunggu je kat dalam kereta," marah Tengku Fazril.

Sejak bila bini aku ni suka langgar arahan aku? Simple je pun. TUNGGU KAT DALAM KERETA. Bukannya aku suruh dia terjun dari tingkat 100.

"Erhhhh hehehehe..." sengih Angel menahan malu.

"I akan denda you lepas ni kat rumah!" ujar Tengku Fazril sebelum membetulkan semula posisi mereka berdua.

Angel mengigit bibirnya sambil membontoti langkah Tengku Fazril ke arah meja besar di mana tempat mereka semua berkumpul.

Sebaik sahaja mereka mengambil tempat duduk,suis lampu ditutup sekaligus gambar seorang gadis terpamer di skrin besar.

Angel yang berada di sebelah kepala meja merenung tajam pada gambarnya yang elok terpampang pada skrin tersebut.

"Gadis bertopeng.Semua gelar dia dengan nama ni.Adik aku dah kena bunuh oleh dia.Sampai mati pun,aku takkan lepaskan pembunuh ni," tutur Iscaaz menahan geram.

Angel berdehem seketika.

"Adik kau patut berjaga-jaga.Dah tahu betina tu kejam,yang bodoh sangat terpikat tu kenapa?" sampuk Nuke.

"Apa kau kata?!" Iscaaz mengeluarkan pistolnya lantas mengacukan tepat ke arah kepala Nuke.Namun,orang-orang kanan Nuke telah bersiap sedia melindungi ketua mereka.

"Woi! Lu olang  mahu saling membunuh kah saling belbincang (berbincang) ?! Kalau macam ni arh ,sampai bila betina tara guna itu mahu mampus?!" marah Fon Xiang yang berasal daripada China.

"Lu acai. Bagus diam saja. Kalau tara faham sama kitolang,baik lu mampus sama lu punya anjing-anjing. Nanti bila lu mampus arh,wa kasih sedia itu makanan di tepi jalan. Bagi roh lu aman di neraka," sampuk Faizrul sinis.

"Lu sial! Minta mampus! Lu fikil (fikir) ni dunia lu pegangkh?!" tengking Fon Xiang.

Angel yang berada di tepi Tengku Fazril menoleh ke arah lelaki itu.Tampaknya,Tengku Fazril semakin hilang sabar melayan karenah mereka.

"Bachchon kee tarah mat lado (Berhenti gaduh macam budak-budak)," ujar Salman daripada India.

Angel mengigit bibirnya menahan sinis.Berkali-kali dia mendengar Tengku Fazril mengeluh serta mengomel geram.

"Haihhh sebab nilah aku suruh Alex je yang urus," omel Tengku Fazril lagi.

Angel tergelak jahat di dalam hati.Jika semua ketua mafia berkumpul,takkan sesekali suasana di antara mereka akan aman.

Kelihatan meja tersebut telah dipenuhi dengan pelbagai jenis senjata.Semua saling mengacukan pistol ke arah masing-masing kecuali sebuah kumpulan.

"Tu umirayesh! (Mampuslah kau!) " herdik Zahul yang berasal daripada Rusia.

Masing-masing menarik picu pistol untuk melepaskan tembakan.Angel pulak sudah menjerit kegembiraan.

Bertuah aku hari ni.Dapat tengok pembunuhan secara beramai-ramai.

"ENOUGHHH!!!" Jeritan Tengku Fazril yang bengis membuatkan semua orang terdiam.

Masing-masing meletakkan pistol sambil merengus geram.

"Kalau korang nak mampus jangan kat depan mata aku! Semak! Aku jijik dengan darah babi korang! " tengking Tengku Fazril.

"And now,SIT!" arah dia lagi.Mereka terpaksa akur dengan arahan lelaki itu.

Seketika,suasana kedengaran hening sebentar.Sebelum memulakan ayat,Tengku Fazril menarik nafasnya.

"Kau.Aku tak pernah nampak pun kau sebelum ni.Kau dari kumpulan mana?" soal Tengku Fazril yang sejak tadi melihat lelaki di sebelah kirinya hanya berdiam diri.

"Ich komme aus der Gruppe (Saya daripada kumpulan..) " Belum sempat lelaki yang bernama Kha'ir itu menghabiskan ayatnya,Tengku Fazril terlebih dahulu memotong.

"Aku tahu kau dari German.Semua dalam bilik ni wajib fasih berbahasa melayu.Kalau tak,aku tak segan-segan nak membunuh," ucap Tengku Fazril serius.

"Maaf.Saya dari negara German dan saya datang bagi pihak vater (ayah) saya," kata Kha'ir.

"Apa nama kumpulan ayah kau?" duga dia.

"Jangan risau.Saya tak menipu.Lagipun ni kali pertama saya datang kat sini.Nama kumpulan kami Junkberg," jawap Kha'ir sehingga membuatkan Tengku Fazril mengangguk kepalanya tanda percaya akan bicara lelaki itu.

"Pffttt...hahahaha!!! Junkberg?! Takde nama lain ke korang nak ambik? Nama buruk tu jugak jadi pilihan," gelak Angel selamba.

Dia tak sedar semua mata memandangnya dengan renungan yang agak tajam.

"Dieu gi la buon cuoi? ( Apa yang kelakar?) " sampuk Vanete yang berasal daripada Vietnam.

"Erhh..ha..ha..hah.." gelak Angel semakin mengendur apabila melihat semua orang memandangnya dengan tajam termasuk Tengku Fazril.

"Erhh sowey.." tunduk Angel.

Macam mana tak kelakar weh? Junkberg tu maksud dia pelupusan sampah! Tu ke nama group diorang?! Hahahahah!!

"Mummy..please behave," bisik Tengku Fazril tegas.

"Sowey..."

"Maafkan saya Puan Risha.Junkberg tu hanyalah password bagi nama sebenar kumpulan kitorang.Ni untuk mengelakkan polis tahu asal usul setiap ahli kumpulan kami," beritahu Kha'ir tenang.

"Ohhh..so,Junkberg tu hanya nama samaran untuk kumpulan korang?"

Kha'ir mengangguk kemas.

"Semua kumpulan pun kena ada nama samaran sebagai password untuk hadir dalam mesyuarat ni," sampuk Nuke.

Angel tersengih lebar.

Sungguh memalukan!

"Berbalik pada perbincangan tadi.Aku nak korang semua berhati-hati.Aku yakin dia sedang buru kita semua," jelas Tengku Fazril mendatar.

"Terutama kau," ucap Izsaac.

Tengku Fazril mengangguk tanda mengiyakan kata-kata lelaki itu.

"Aku pernah bertembung dengan dia masa majlis kahwin Aden dulu," Tengku Fazril menoleh ke arah Angel sebentar.Mata bundar gadis itu dipandang lama.

Sungguh kelihatan naif dan bersinar bagaikan berlian.

Sesaat dua saat,dia menoleh ke hadapan semula.

"Tapi aku pasti,suatu hari nanti dia akan bunuh aku jugak.." sambung Tengku Fazril lagi bersama wajah seriusnya.

Angel tergamam.Wajah 'suaminya' direnung tanpa pengetahuan lelaki itu.

Xender,kau tetap musuh aku..

****
Sedutan akan datang..

"Denda tetap denda! " - Tengku Fazril.

***

"Fon tu lagi penting ke daripada daddy?" - Tengku Fazril.

"Erhhh sorry.Mummy ada hal sikit nak dibincangkan dengan Maisara." - Angel.

***

"Nak tu! Dan tu! Dan tu! Arghhh sedapnya!!" - Angel.

***

"Sekarang aku faham." -Shilda.

***






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro