Bab 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dengar lagu tu sambil membaca.

"Tu bukan Faiza ke?" soal Alex apabila melihat wajah Tengku Nurfaiza muncul di dalam berita NTV7. Kelihatan adiknya serta berpuluh anggota polis mahupun FBI sedang melontarkan pandangan ke arah sebuah muzium.

Suasana muzium itu terlalu gelap sehinggakan hanya mampu diberi cahaya daripada lampu beberapa helikopter.

"Aku akan bunuh kau tak kira apapun yang berlaku!" monolog dia perlahan.

__________________________

"Kau tahukan yang diorang cuba nak perangkap kau?" soal Maisara sambil memandang ke arah berbelas wartawan yang sedang merakam suasana yang sedang berlaku.

"Aku tahu.."

"Adik Xender cuba nak dedahkan kau pada serata dunia. Kalau kau gagal, habislah kita semua."

"Aku...takkan gagal ...kat...tangan...polis tu..." ujar dia yakin lalu berjalan memasuki ke sebuah bilik gelap.

Sebentar tadi, dia telah berjaya memasuki ke dalam muzium tersebut tanpa sebarang halangan. Dia tahu bahawa Tengku Nurfaiza ingin memudahkan kerjanya agar polis itu mampu memberkasnya dengan lebih mudah.

Dan dia turut pasti. Adik kepada ketua mafia itu takkan sesekali menangkapnya dengan cara yang lembut.

_______________________

"Faiza akan tetap tangkap betina bertopeng tu!" tekad dia melalui corong telefon.

"Bagitau along. Kenapa Faiza beria nak tangkap dia?" soal Tengku Fazril.

"Biar jelah dia tangkap pompuan tu. Tak rugi mana pun," sampuk Alex kurang ajar lagi nak minta kaki.

"Ada aku suruh kau menyampuk? Kalau kau tak nak mandul kat sini, baik kau diam." Alex hanya mencebik malas lalu menonton semula siaran Boboiboy.

"Apa yang along tanya ni? Dah sah-sah betina tu cuba nak bunuh kita! Terutama sekali along!" bentak Tengku Nurfaiza geram.

"Faiza..dengar cakap along. Keselamatan Faiza lagi penting daripada.."

"Keselamatan Faiza?! Faiza tak takut dengan dia! Lagipun Faiza dah siasat sape pembunuh tu. Faiza yakin yang dia ada kaitan dengan arwah rakan sekerja Faiza dulu. Faiza akan pastikan yang betina tu akan ditangkap!"

"Tapi Faiza.."

"Enough along! Kenapa along cuba hentikan Faiza daripada teruskan benda ni? Jangan kata yang along..."

Tittttt! Titttt!! Tittt!!

Belum sempat Tengku Nurfaiza meneruskan kata-katanya, tiba-tiba bunyi penggera kecemasan berbunyi di seluruh bangunan tersebut.

"Now!!!"

Mendengar arahan daripada Tengku Nurfaiza, semua anggota segera mengambil posisi masing-masing.

Kesemua tangan mereka diacukan tepat ke arah pintu hadapan di mana Angel pernah melalui pintu tersebut.

Tengku Nurfaiza segera mengambil posisi di hadapan  sekaligus mengetuai mereka.

Ketika ini, pintu tadi telah terbuka secara perlahan-lahan disertai dengan asap putih.

Ketika itu, muncul kelibat yang ditunggu-tunggu bersama topeng di wajah.

"Ready!"

Tengku Nurfaiza melangkah setapak ke hadapan bersama pistol di tangan. Tanpa mereka tahu, peluru di dalam pistolnya  mampu membuatkan seseorang maut biar pun hanya terkena pada bahagian bahu.

Perbuatan Tengku Nurfaiza jelas menunjukkan bahawa dia telah menyalahi undang-undang dalam bidang kerjayanya.

Tik tok..tik..tik..tok..

Dan akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu pun tiba apabila kelibat tersebut menunjukkan dirinya.

Tanpa jangkaan mereka, bukan Angel yang keluar melainkan hanya sebuah robot yang memakai topeng di mata.

Tengku Nurfaiza terkedu.

'Ap....apa?!'

________________________________

Beberapa puluh minit yang lalu..

Angel merenung lama Eredia sebenar yang kini berada di hadapannya.

Kali ini, berlian itu tampak sekali berkilauan walaupun tidak disinari dengan sebarang cahaya.

Pada pandangan mata kasar, Eredia itu boleh sahaja diambil pada bila-bila masa namun pada pandangan Angel, ia amat berbeza sekali.

Akal fikirannya mampu menganggak bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada bilik ini kerana ruangnya agak cukup besar untuk sebuah berlian.

Angel menilik dengan penuh teliti di setiap dinding bilik itu.Nampaknya, terdapat beberapa butang yang tak diketahui kegunaannya.

Angel berfikir secara mendalam. Terasa butang itu hanyalah perangkap untuk dirinya.

Sesaat dua saat kemudian, dia terfikir sesuatu. Tangannya segera mengambil bedak dari dalam poketnya lalu ditiup ke arah udara.

And Bingo!

Angel melihat garisan-garisan merah yang merupakan laser. Seketika,dia agak pelik. Laser-laser tersebut bergerak secara bebas. Diamatinya secara mendalam dan seratus peratus pasti bahawa kesemua laser tersebut bergerak mengikut ritma sebuah lagu yang tak diketahuinya.

Dia cuba melangkah pada sebuah jubin namun jubin itu tiba-tiba sahaja berbunyi sumbang.

Tit!

Diluar jangkaannya, dia melihat sebuah jam besar mulai mengira detik seminit daripada belakang.

"Shit!"

Angel mundar-mandir memikirkan cara ingin melepasi laser bergerak itu. Jika dia terlambat, dia yakin bahawa dia akan gagal membawa pulang Eredia seperti yang telah diarahkan oleh The King Of Evil.

'Fikir Angel! Fikir! Apa yang tak kena dengan tempat ni?'

Angel berfikir sebaik dan sepantas yang mungkin. Entah bagaimana fikirannya terimbas semula saat dia masuk ke sini dahulu.

Ada yang tak kena dengan tempat ni! Coraknya..agak berlainan.

'Siasat tentang semua  perihal ketua muzium tu..'

'Hans bina muzium ni sempena mengingati semula kematian anak dia..'

'Aku dengar anak dia penggemar koleksi labah-labah..'

Angel menggabungkan semula ayat-ayat Shilda,Maisara dan juga Black Eryn.

Dia berasa ketiga-tiga ayat itu mempunyai kaitan sesama sendiri terutama sekali pada ayat Maisara.

"Hans bina muzium ni sempena nak ingat balik dekat arwah anak dia yang suka kumpul labah-labah.."

Dia mencatumkan ayat-ayat tu dan akhirnya mendapat sebuah jawapan yang tersembunyi.

"Hans sayangkan anak dia..corak pada muzium yang ada sepanjang perjalanan aku ke sini mempunyai hiasan yang sama.

Labah-labah! Arwah anak dia gemar dengan natang tu. Semestinya, semua benda yang dia minat ialah labah-labah. Hehe...termasuk lagu ni!"

Angel tergelak sendirian lalu melompat setiap jubin sekaligus mengelak laser-laser yang bergerak .

Nampaknya, ritma tersebut sesuai dengan lagu yang dinyanyikan oleh Angel.

Incy Wincy spider went up the water spout 
Down came the rain and washed the spider out!
Out came the sun and dried up all the rain 
And the Incy Wincy spider went up the spout again! 

Ting!

Akhirnya Angel tiba berhadapan dengan Eredia. Berlian sebenar itu diambil lalu ditilik lama.

'Memang Eredia yang sebenar!'

Baru sahaja dia ingin beredar daripada situ, tiba-tiba dia terdengar suara Maisara berkata sesuatu.

"Angel! Jangan keluar dulu! Stay kat sana! Faiza tengah target kau!"

"Target aku? Apa benda yang dia nak daripada aku? Tangkaplah orang lain.." malas Angel menjawap.

"Dah tentu-tentulah dia nak tangkap kau! Kau berniat nak bunuh abang sulung dia!"

Angel mengeluh berat. Terasa leceh dengan sikap degil Tengku Nurfaiza yang ingin bersungguh-sungguh menangkapnya.

Sementara dia menunggu sebarang isyarat daripada Maisara mahupun Black Eryn, Angel berjalan-jalan di sekitar muzium itu.

Eh,eh.. boleh pulak dia merayau macam muzium tu pusat beli-belah.

Dalam elok meneroka di segenap muzium tersebut,tanpa sengaja Angel terlihat sebuah robot di tepi dinding.

Angel segera mendekati robot yang hampir sama dengan ketinggiannya seraya merencanakan sesuatu.

"Hehehe..I got an idea!" 

Beberapa minit kemudian, dia menyarungkan topeng mata pada wajah robot tersebut yang hanya diperbuat daripada bahan kertas.

"Selamat menjalankan tugas wahai robotku!" Serentak dengan itu, Angel menekan suis yang membuatkan robot tersebut berjalan menuju ke pintu.

____________________________

Berbalik pada masa selepas itu..

"Ap..apa?" Tengku Nurfaiza serta semua manusia yang berada di situ benar-benar terkedu.

Nampaknya, sekali lagi mereka tertipu dengan kelicikan gadis bertopeng.

#Pertarungan antara Angel dengan Tengku Nurfaiza (Part 1)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro