Bab 57

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Seperti biasa. Kau tak pernah menghampakan aku," puji The King Of Evil mendatar. Eredia di tangannya ditilik sebentar lalu diletak bersebelahan dengan binatang kesayangannya.

"Aku nak rehat," pamit Angel lalu berura-ura ingin beredar.

"Aku nak kau selesaikan misi kau sebelum ni," arah The King sekaligus mematikan langkah Angel.

"Apa maksud kau? Semuanya aku dah selesaikan." Angel memandang The King yang berada di atas singgahsana. Seperti biasa, lelaki itu sentiasa berada di dalam kegelapan.

"Selesaikan Xender!" Tegas dia.

"Aku dah kata dengan kau. Aku tak nak!"

"Jawap persoalan aku. Kenapa kau tak nak teruskan?"

Angel terkedu. Tiada sebab dia ingin menolak arahan atoknya melainkan soal hati.

"Kau nak terus layan perasaan kau? Kau dah lupa matlamat kita? Kau dah lupa apa yang dia dah buat pada kau? Haha!

Dia tak pernah sayangkan kau. Dia cintakan Risha dan kau hanya sebagai alat ganti dia. Agaknya apa perspektif Xender dekat kau kalau dia tahu kau sebenarnya sorang pembunuh terkenal?" sampuk Shilda di sisi The King.

Angel serta-merta terpengaruh dengan bisikan-bisikan syaitan. Dia perlahan-lahan mendongakkan kepalanya lantas memandang ke arah Shilda dan The King bersilih ganti.

"Bunuh Xender dan buat dia menyesal!" hasut The King dalam senyuman yang menakutkan.

"Jangan biarkan perasaan menguasai kau!" Tambah Shilda.

Angel mengangguk kepalanya. Faham benar akan maksud mereka berdua.

"Ingat Angel! NO MERCY! NO LOVE! JUST KILL THEM ALL! Hahaha!!" gelak The King jahat.

Shilda turut tergelak sama. Slogan bagi kumpulan mereka terlalu kejam sehingga membuatkan mereka tampak begitu sekali menakutkan.

Angel mulai tersenyum sinis.

'Aku Angel. Aku takkan biarkan cinta mengawal aku!'

_______________________________

Maisara memandang wajah Angel sekilas. Raut wajah itu tampak sekali kosong tanpa sebarang perasaan.

"Kau ok tak?" Soal dia.

"Sejak bila aku tak ok?" Soalan dibalas soalan. Maisara menarik nafasnya lalu membuka pintu utama penthouse tersebut.

"Anggap je takde apa-apa yang berlaku di antara kau dengan Xender," pesan Maisara sebelum mereka berdua masuk semakin jauh ke dalam.

"Mama!" jerit Riley ceria sebaik sahaja melihat figura Angel.

"Riley.." Angel senyum segaris. Jujur dalam lubuk hatinya, dia begitu rindu sekali dengan kembar tak seiras itu sepanjang berada di England.

"I miss you!" Air mata Riley bergenang di tubir matanya lalu cepat-cepat diseka oleh Angel.

"Sha! Asal lama sangat kau tak balik?" jerkah Tasya lantas memeluk tubuh 'rakan baiknya'.

"Lek arh. Baru seminggu lebih kut."

"At least, janganlah tinggalkan kitorang tanpa berita! Risau tau tak!" tegur Tasya.

"Betul! Betul! Betul!" sokong Roland. Angel tergelak kecil. Rambut remaja lelaki itu kemudian diusapnya dengan cara bergurau.

"Banyak la along punya betul."

"Apa ni,ma? Tak macho arh!" rajuk Roland.

Berderai gelak ketawa mereka mendengar bicara daripada Roland.

"Kalau you nak keluar rumah..send la sms ke apa. Penat doh nak cari location you," rungut Miko.

"Ha'ah!" sokong yang lain.

Maisara dan Angel hanya saling berpandangan lalu tersenyum tawar. Terasa begitu janggal sekali selepas hilang selama seminggu lebih.

"I...."

"Mummy?" Suara Tengku Fazril dari arah belakang membuatkan Angel tergamam.

'Suara tu. Suara yang dah hancurkan hati aku selama ni. Dan suara...yang aku rindukan sangat.'

Angel memejam matanya sebentar sebelum memusingkan tubuhnya ke arah Tengku Fazril.

"Ha...Hai.." Tergagap dia berucap.

"Mummy! " Tengku Fazril dengan pantas meluru ke arah Angel lalu tubuh gadis itu dipeluk erat. Rasa rindu pada Angel tak terkira. Dia benar-benar mendambakan kasih sayang daripada gadis anggun tersebut.

Angel pula sudah terkedu. Pelukan Tengku Fazril langsung tak dibalas. Dia berusaha ingin menghilangkan perasaannya pada jejaka kacak itu.

"I miss you,mummy!" ucap Tengku Fazril seraya merenggangkan pelukan.

Maisara hanya mampu menjadi sekadar penonton. Entah kenapa dia berasa sesuatu melihat pemandangan di hadapannya.

"Please jangan buat macam ni lagi. Daddy risau.." kata dia perlahan lantas cuba mengusap pipi Angel.

Namun, gadis itu tiba-tiba sahaja bertindak menjauhkan sedikit jarak daripada dia lalu tersenyum tawar.

"Errrhhh..sorry..mummy tak fikir panjang sebelum keluar rumah," dalih Angel seraya melontarkan pandangan ke arah lain.

"It's okay. Ni baru sampai en? Mummy nak rehat dulu ke?" Tengku Fazril ingin menyentuh tangan Angel tetapi 'isterinya' itu berpura-pura menggaru dagunya.

"Ye, adalah penat sikit. Mummy naik atas dulu ye. Maisara, terima kasih sebab hantar aku balik. Hati-hati masa memanddu nanti," pesan Angel lalu mengorak langkah menaiki tangga bersama kembar tak seiras itu.

"Weh, korang gaduh ke?" soal Zack pelik.

"Mana ada," jawap Tengku Fazril mendatar. Kelibat Angel dipandang lama sehingga dia hilang di sebalik tangga.

"Datang bulan kut," ujar Ciko.

"Hmmmm .."

"Dia penat tu. Jangan la kacau," tutur Riko pulak lalu disetujui oleh mereka berenam.

______________________________

Tengku Nurfaiza memerhati kad berdarah dalam tangannya yang diterima daripada gadis bertopeng tempoh lalu.

Kad serta huruf itu dipandang dengan penuh teliti. Keadaan di dalam biliknya menjadi sunyi sepi.

"Puan, saya dah dapat nama dan juga gambar sebenar tunang arwah Tuan Inspektor Shane seperti yang puan telah minta sebelum ni," lapor koperal Tiffany amanah.

"Mana?"

"Ni failnya, puan!"

Tengku Nurfaiza membuka fail tersebut dengan pantas. Sesaat pun dia tak nak bazirkan untuk mengetahui suspek utamanya.

"Jelaskan!" arah Tengku Nurfaiza.

Koperal Tiffany mengangguk kemas lalu memperjelaskan satu-persatu mengenai tunang arwah Inspektor Shane.

"Bakal tunang arwah bernama Angel dan mereka merancang untuk bertunang tahun ni. Namun terbatal disebabkan hal yang tak terduga iaitu kematian arwah.

Arwah selalu keluar dengan tunangnya dan telah membeli sebuah rumah banglo sempena majlis pertunangan mereka yang akan datang.

Arwah juga.."

"Tunggu. Tunang arwah ada kat mana sekarang?"

"Selepas kematian arwah, perempuan tu tak pernah munculkan diri sama ada ingin menjenguk kubur arwah dan juga keluarganya," jawap Koperal Tiffany.

" Lesap begitu aje? Ada kaitan tak pasal harta? "

"Tak ada, puan! "

"Ok, saya faham. Terima kasih. Awak boleh teruskan keje awak," arah Tengku Nurfaiza. Koperal Tiffany memberikan tabik hormat sebelum keluar daripada pejabat tersebut.

Beberapa saat kemudian, Tengku Nurfaiza meneruskan perbuatannya dengan menyelak kertas sebelah.

Ketika itu juga la, matanya terbuka luas dan jantungnya dia berdegup kencang.

Rasa nak luruh jantung apabila melihat sekeping gambar Angel bersama arwah Inspektor Shane. Dalam gambar itu, arwah sedang menyuapkan makanan ke dalam mulut tunangnya.

Tengku Nurfaiza benar-benar terkedu.

Dunianya terasa begitu pening sekali disebabkan menerima kejutan yang begitu besar sekali.

Akhirnya, dia menyandar lemah di atas kerusi.

'Kak..Ri...Risha?! Tak mungkin!'

***
Sedutan akan datang..

"Mummy pening. Rasa nak rehat dulu."- Angel.

"Mummy...please.."- Tengku Fazril.

___________________________

"Saya nak awak buat ujian DNA pada tiga benda ni dan bagi pada saya secepat yang mungkin." - Tengku Nurfaiza.

"Maafkan mummy."- Angel.

Vote and Comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro