Bab 71

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Zack bersiul-siul kecil seraya memandu riang menuju ke penthouse Tengku Fazril. Semasa dalam perjalanan balik ke penthouse, dia ternampak kelibat Angel sedang terhuyung-hayang menuju ke sesuatu tempat.

'Aik, Risha buat apa kat sini? Jalan pun macam orang yang dah tak betul. Mabuk ke? Mustahil!'

Zack segera memakirkan kereta audi hitamnya di tepi jalan raya lalu keluar untuk menuju ke arah isteri kepada ketuanya.

Pada masa yang sama, Christine trpaksa mematikan langkahnya apabila melihat Zack tiba-tiba sahaja datang dari mana.

Dengan pantas, gadis itu segera melarikan diri sambil menggerutu geram.

Sial! Patutnya betina tu tertangkap kat dalam club malam dengan jantan yang lain!

Dalam kesamaran, Angel melihat Christine sedang berlari menjauhi darinya.

"Hei, kau nak pegi mana? Teman kan la aku. Aku lonely weh," jerit Angel tanpa mengendahkan orang yang lalu lalang.

Sedetik kemudian, dia tergelak besar lalu bertepuk tangan bagaikan orang gila.

"Hahahaha!! Aku lapar! Hei, budak! Hehehe..belanja aku!" ketawa Angel walhal tiada sesiapa di hadapannya. Otak Angel benar-benar tidak mampu berfungsi dengan betul.

Kini, dia berhalusinasi. Disebabkan pil khayal yang diberikan oleh Christine, Angel tidak sedar siapa dirinya sekarang.

"Risha? You buat apa kat sini?" tegur Zack pelik.

"Zack!! My bestfriend!" ujar Angel teruja lalu merangkul erat bahu lelaki itu.

"Risha? You mabuk ke?" soal Zack. Angel hanya mampu tergelak riang. Apabila tubuhnya ingin  rebah, Zack cepat-cepat memapah tangannya.

" Bro! Lu memang harapan Xender! Hahaha!! Lu marksman en? Hahaha!! Wa lagi kuat berbanding dengan lu!" gelak Angel.

Zack mengerutkan dahinya. Memang sudah lama Putri Risha tahu peranannya dalam kumpulan Tengku Fazril. Cuma yang peliknya apabila gadis comel itu menggunakan perkatan 'lu' 'wa'. Dah macam samseng.

"Lu tak...haish! Asal aku pun guna lu? Maksud I, you tak sedar sekarang. I call Xender dulu," kata Zack lantas mendail nombor telefon Tengku Fazril.

Dalam deringan ketiga, akhirnya panggilan terjawap jua.

"Xender..kau..."

"Uwaaa!! Zack!! I rindukan Xender! I rindukan dia! Eisk..eisk.." Ternganga mulut Zack apabila melihat Angel kini merengek di atas lantai seperti budak kecil.

Dia terpaksa senyum tawar apabila melihat orang lalu-lalang melihat ke arah mereka.

"Weh, Sha! You buat apa ni? Bangun! Eish! Sape yang dah buat you macam ni?" desak Zack lantas membantu Angel bangkit daripada atas lantai.

"I....rindukan Xender! Xenderrrr!!!" pekik Angel sekaligus tergelak gila.

"Shhh shhh...Sha senyap la weh. Orang tengah tengok ni," tegur Zack tegas.

"I love Xender!!" jerit lagi. Zack menepuk dahinya. Apabila sesetengah remaja memandang ke arahnya, dia tersenyum pahit.

"Saya langsung tak kenal dengan pompuan ni. Kesian dia en? " nafi dia lalu kembali bertelefon.

"Zack! Suara sape tu?" soal Tengku Fazril ingin tahu.

"Bini kau dah bertukar 'hantu' kat sini. Baik kau datang cepat! " tutur Zack.

"What?!"

"Daddy!!!!!"

"Shhhhh...."

______________________________

"Hahahaha!!!" Zack menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Angel tergelak dalam rangkulan Tengku Fazril.

Dari dalam kereta lagi, gadis itu tergelak lalu menangis tanpa sebab.

"Gue kangen sama elo, Fazril. Elo kangen gak sama gue?" ujar Angel tanpa sedar sambil mencubit manja pipi Tengku Fazril.

"Sejak bila Risha belajar banyak bahasa?" omel Zack sendirian. Dah masuk sepuluh bahasa Risha tuturkan semenjak berada di club malam tadi.

"Fazrill!! Kok elo gak ngomong?! Ngomong dong! Ngomong! Hahahaha!!" gelak Angel kuat.

"Mummy..kenapa dengan you ni?" Bingung Tengku Fazril menyoal. Tingkah laku Angel membuatkan dia berasa pelik.

Tiba-tiba, mereka yang lain datang sekaligus mengerutkan dahi apabila melihat keadaan gadis dalam rangkulan Tengku Fazril sedang tergelak kuat.

"Papa! Kenapa dengan mama? Mama mabuk ke?" soal Riley risau.

"Mabuk? Yes, memang mama mabuk! Mabuk dalam pelukan cinta papa ! Ciaaaaa!! " ujar Angel nakal. Bibirnya dimuncungkan untuk menguncup bibir Tengku Fazril.

Namun lelaki itu, menolak kerana berasa canggung di hadapan mereka semua.

"I tak rasa Risha mabuk sebab hidung I tak bau sebarang apa-apa alkohol daripada badan dia." jelas Tasya yang agak janggal melihat situasi di hadapannya.

Tak pernah sekali, rakan baiknya itu berkelakuan pelik seperti itu.

Dah kenapa dengan Risha?

"Apa yang dah jadi dengan bini kau? Kena sampuk ke apa?" sampuk Akim bersama aiskrim di tangan.

"Hahahaha!! Satu tambah satu, dua. Dua tambah satu, tiga. Tiga tambah satu,lima. Eh, lima? Hahahaha!! " gelak Angel lagi.

"Putri Risha! What's wrong with you?!"- ucap Tengku Fazril bengang. Angel hanya mampu tergelak riang. Sedikit pun dia tak berasa gerun pada suami Putri Risha.

"Pfttt..Hahahah!!! Aku...sebenarnya bukan Risha. Risha dah mampus! Mampus!" jerit Angel gembira sehingga mengundang rasa pelik pada diri mereka yang lain.

"Apa?" balas Tengku Fazril mendatar.

"Aku...Angel..Angel! Hahahha!!"

"Angel?" ulang Alex tegas.

"Yes, Angel! Angel yang cantik daripada Putri Risha! Angel yang menggoda! Angel piwittt...fuhlamak memang cun kebaboom!!"

"Apa yang kau merepek ni Rishaha? Angel? Sape Angel?" sampuk Tasya ingin tahu.

"Kau tak tahu sape Angel? Hahahah!! Aku pun tak tahu!!"

Mereka saling berpandangan dengan pelbagai seribu perasaan.

"Mummy..sape Angel?" soal Tengku Fazril serius.

"Angel..daddy rasa sape?" usik Angel.

"Daddy serius!"

"Hahahaha!! Angel fly!! Tahu tak kartun tu? Tu la Angel! Mummy adalah Angel yang bakal menceriakan hidup daddy! Yeah!!" soraknya gembira.

Mendengar jawapan Angel membuatkan  Tengku Fazril menarik nafas lega.

Ohh,kartun tu. Ingatkan apa. Angel kan maksud dia bidadari. Bini aku memang cantik macam bidadari!

________________________________

Tengku Nurfaiza merenung satu persatu gambar Angel lantas cuba menyesuaikan gambar tersebut dengan beberapa gambar gadis bertopeng.

Sama! Tapi tak cukup untuk menyakinkan Tengku Fazril mengenai identiti sebenar Angel.

Buat masa kini, Tengku Nurfaiza hanya mampu bersabar. Dia menghela nafas berat lalu meneruskan kerja yang tergendala sebentar tadi.

_____________________________

Malam itu, Tengku Fazril tidak dapat melelapkan matanya kerana bunyi bising yang datang daripada mulut Angel.

Gadis itu asyik berceloteh, tergelak, menangis, membebel pada masa yang sama.

Naik gila Tengku Fazril melihat perwatakan Angel yang berubah-ubah pada semasa ke semasa.

Sekejap jadi itu,sekejap jadi ini. Pening!

"Mummy, bila mummy nak tido? Dah tengah malam dah," rungut Tengku Fazril malas.

"Hihihi..Fazril cinta Angel. Angel cinta Fazril.Hahaha!!" gelak Angel sambil bermain dengan anak patung Riley.

Seminit kemudian...

"Hehehe.. aku adalah hantu! Buuuu!! Hihihi..aku nakkan darah!" ujar Angel lalu berpura-pura ingin mengigit leher Tengku Fazril.

Dua minit kemudian..

"Uwahhhh!! Kenapa Fazril tak sayang Angel? Eisk..eisk...Fazril jahat!" nangis Angel kuat .

"Please mummy..tido lah," rayu Tengku Fazril sambil menghentak-hentakkan kepalanya pada bantal.

Tiga minit kemudian..

"Ting..ting..ting.." Tengku Fazril menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Kini Angel menari tarian balet di atas sofa. Sekejap berpusing,sekejap meniarap.

"Ting..ting..daddy! Cantik tak tarian I? Hehehe.." jerit dia gembira.

Empat minit kemudian..

" Wuff wuff! Wuff!! Grrrr grrrr wuff!!" Angel melalak garang.

"Apa pulak kali ni?" rungut Tengku Fazril. Telinganya cuba ditekup dengan menggunakan bantal.

Lima minit kemudian..

"Hahahaha!!! Aku adalah wonder woman! Aku akan selamatkan bumi daripada terus diancam bahaya!" Sejurus itu, Angel berlari mengelilingi sofa bersama patung di tangannya.

"Mummy! Tido sekarang!" arah Tengku Fazril garang.

Angel tersenyum panjang lantas berlari ke arah Tengku Fazril.

"Ok! Goodnight bucuk-bucuk!" Dan Angel terlena.

_________________________________

Bunyi berdentum-dentaman membuatkan lena Tengku Fazril terganggu. Tangannya meraba di sebelah dan mendapati bahawa kelibat Angel telah hilang entah kemana.

Keluhan berat terbit daripada bibirnya apabila mendengar bunyi lagu rock berkumandang di seluruh penthouse.

Dengan geram, dia menuju ke tingkat bawah sambil hatinya mencarut bengang.

Setibanya dia di bawah, dia melihat mereka yang lain sedang bercekak pinggang memerhati Angel yang sedang menari seorang diri.

"Wowww!!! Oyeah! Oyeah!!" Angel bersuka ria bagaikan orang gila.

What the...

"What the hell is going on?!" herdik Tengku Fazril yang cuba melawan arus bunyi.

"Risha dah giler weh! Aku dah cuba tutup lagu tu tapi dia tendang perut aku! Alex pun sama. Tangan dia kena gigit sampai berdarah oleh Risha!

Baju Zack and rambut Akim  ditarik ganas! Tak berani kitorang nak halang lagi!" pekik Riko kuat.

"Daddy!!! Jom join dengan mummy!! Oh yeahhh!!! Hahahah!!"

Tengku Fazril mengeluh berat. Sesaat kemudian, dia menutup speaker itu lalu menyuruh mereka agar naik semula ke bilik masing-masing.

"Daddy! Why you tutup lagu tu? Uwahhhh!! You tak sayang I!" bentak Angel.

"Baby, listen here! You tak boleh sesuka hati nak pasang lagu malam-malam buta ni. Orang lain pun nak keje esok," nasihat Tengku Fazril lembut.

Angel terdiam. Tunak matanya tiba-tiba merenung Tengku Fazril dengan pandangan yang sayu.

"Fazril, kalau I bukannya Risha... you tetap cintakan I macam ni?" soal Angel sedih.

Tengku Fazril terdiam. Masuk kali ni, dah dua kali Angel bertanyakan soalan yang sama.

Baru sahaja Tengku Fazril ingin menjawap, kepala Angel sudah terlentok lemah di atas bahunya.

Kedengaran Angel mengomel perlahan sebelum berdengkur halus.

"Angel...hmmm...sayangkan..Xender...gok ..gok..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro