Bab 83

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari yang seterusnya, keluarga Tengku Fazril dikehendaki berkumpul untuk meraikan  majlis sempena kelahiran anak kedua Alex.

Hanya Tengku Haikal dan isterinya sahaja tidak mampu menghadiri majlis tersebut kerana ingin menjaga Tengku Nurfaiza di hospital.

Malam itu, mereka berkumpul di ruangan makan sambil tekun berbual antara satu sama lain. Angel pula seronok menjamah makanan yang telah terhidang.

Kebanyakkan lauk dimasak dengan pelbagai jenis ayam. Ini membuatkan Angel terliur dan terus menyuapkan makanan tanpa henti.

"Amboi, seronoknya anak papa ni makan. Dulu kata nak jaga badan. Sekarang ni lauk sayur pun Risha tak makan," tegur Dato Fikri bersama senyuman lebar.

"Sedap la papa," jawap Angel jujur. Dia memasukkan berkali-kali makanan tanpa henti. Dalam pada itu, terdapat seorang manusia juga turut berperangai seperti dia.

"Along, sedap sangat ayam tu?" tutur Tengku Zamil selamba. Tengku Fazril hanya mampu tersenyum sumbing.

Ketika Tengku Fazril mengambil seketul ayam gorem yang hanya tinggal di atas sekeping pinggan, tiba-tiba dia tersentuh tangan 'isterinya.'

Angel dan Tengku Fazril saling berpandangan. Maklumlah ayam goreng tersebut merupakan ayam yang terakhir untuk dimakan.

"Lepas!" ujar Angel keras.
"So,what?" balas Tengku Fazril dingin.

"Ini mummy punya!" bidas Angel lalu menarik ayam goreng tersebut rapat ke arahnya.

"Eh, ada nama mummy ke kat sini?" bidas Tengku Fazril selamba.

"Tapi mummy yang dulu ambik!"
"Sape ketua rumah tangga? Mummy or daddy?" Tengku Fazril bertarik tali.

Double R hanya mampu saling berpandangan.
"Dah mula dah," gumam Roland perlahan.

Tengku Fazril dan Angel saling bergaduh lagak anjing dan kucing. Berkali-kali ayam tersebut ditarik rapat ke arah masing-masing.

"Ni mummy punya!!" marah Angel sebal. Yang lain hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala.

"Along, bagilah kat Risha tu. Dia kan memang penggemar ayam dari dulu," pujuk Tengku Lily lembut.

"Eh, mana boleh! Asyik dia je nak makan ayam!" seloroh Tengku Fazril. Ketika lelaki itu sedang bertikam lidah dengan mummynya, Angel mengambil kesempatan tersebut dengan menarik kuat ayam itu.

Akhirnya, Angel berjaya menawan ayam tersebut yang sejak tadi menjadi bahan pergaduhan mereka berdua.

"Yeah! Mama memang!" sorak Riley ceria. Angel mengenyitkan matanya pada gadis remaja itu lalu cuba mengigit isi ayam tersebut.

Tengku Fazril yang sememangnya kurang berpuas hati bertindak menolak sedikit badan Angel sehingga ayam di tangan dia terlepas.

Angel tercengang. Ayam di atas lantai dipandang dengan perasaan kurang percaya.

"Sorry, mummy. Tak sengaja," mohon Tengku Fazril. Namun, jauh dari sudut hatinya dia berasa puas kerana telah berjaya mengalahkan Angel.

"Along, apa yang along buat ni? Tak baik tolak rezeki macam tu," tegur Tengku Lily tegas. Tengku Fazril hanya sekadar berdiam diri.

Sesaat kemudian, kedengaran esak kecil terbit daripada bibir mungil Angel. Kesemua daripada mereka terdiam.

"How could you.." kata Angel sekaligus memandang tajam ke arah Tengku Fazril.

"What?"

"You memang sengaja! Jahat! Jahat! Jahat!" Dengan spontan, Angel memukul bahu Tengku Fazril lantas berlari ke tingkat atas.

"Uwahhhh!!!!" nangis dia kuat. Tengku Fazril menjuihkan bibirnya.

"Nah,nah salah papa. Papa buat mama nangis," usik Riley sambil bernyanyi.

"Bukan salah papa. Ayam tu tetiba yang nak jatuh," kata Tengku Fazril tenang walhal dalam hatinya, dia rasa bersalah.

_______________________________

"Ehem! Kau masih marah kat aku ke?" Suara Tengku Fazril memecah keheningan. Angel hanya sekadar melontarkan pandangan ke arah lain.

"Nah, aku masakkan untuk kau," pujuk Tengku Fazril sambil memberikan sepinggan nasi dicampur dengan ayam goreng yang lebih besar daripada sebelum ini.

Serentak dengan itu, mata Angel terbuntang luas. Secepat kilat pinggan itu diambil lalu isi ayam digigit lazat.

"Hmmm!! Sedapnya!" ucap dia tanpa sedar. Dari jauh, Tengku Fazril tersenyum lebar melihat tingkah 'isterinya'.

Pandai en aku pujuk?

_____________________________

Pagi itu, Tengku Haikal dan Cherina dikejutkan dengan pergerakan jari Tengku Nurfaiza secara tiba-tiba.

Setelah sekian lama Tengku Nurfaiza dalam keadaan yang koma, akhirnya gadis itu sedar jua.

"Faiza ok tak?" soal Cherina lembut. Kelihatan Tengku Nurfaiza bangkit dengan penuh semangat lalu merenung ke arah mereka berdua.

"Faiza ok.." jawap Tengku Nurfaiza mendatar. Dalam pada itu, akal fikirannya mulai memproses bagaimana dia boleh berada dalam keadaan seperti ini.

"Sape yang dah serang kau?" soal Tengku Haikal ingin tahu. Tengku Nurfaiza hanya sekadar berdiam. Tak lama kemudian, dia meminta untuk berehat berseorangan dan meminta agar Tengku Haikal dan Cherina untuk pulang sahaja ke rumah.

"Tak boleh! Kau tu adik aku. Aku kena jaga kau! Kalau kau nak rehat, rehat je. Aku akan jaga kau kat luar bilik," balas Tengku Haikal lantas menarik tangan isterinya menuju ke luar bilik.

Selepas kelibat mereka berdua hilang di sebalik pintu, Tengku Nurfaiza mengepalkan penumbuknya menahan geram.

Ingatan ia terimbau semula bagaimana Angel membelasahnya dengan teruk tanpa sedikit pun belas kasihan.

Tengku Nurfaiza mulai memasang tekad. Tanpa membuang masa lagi, telefon di atas meja dicapai lalu nombor Koperal Bethany didail.

Dalam hanya deringan ketiga, talian berjaya disambungkan.

"Hello,Koperal Bethany. Inspektor Faiza sedang bercakap . Saya nak awak bawa 40 anggota polis untuk ke rumah saya sekarang!" arah Tengku Nurfaiza.

Dia tahu Angel sememangnya licik. Dan dia pasti tentu sahaja Angel akan melarikan diri dalam apa jua cara.

"Baiklah, puan! Tapi puan nak saya berkas sape?" soal Koperal Bethany.

"Saya nak awak tangkap salah sorang daripada keluarga saya!" beritahu dia tegas. Selepas beberapa minit kemudian, Tengku Nurfaiza mematikan talian.

Baru sahaja dia ingin berbaring, tiba-tiba pintu biliknya diketuk lalu terpacul lah seorang gadis bersama fail coklat di tangan.

"Selamat sejahtera,puan! Puan apa khabr?" tanya Koperal Tiffany. Tengku Nurfaiza hanya tersenyum pendek.

"Dah semakin baik."
"Saya datang nak serahkan keputusan ujian DNA yang hari tu puan suruh. Ingatkan nak beri salah sorang ahli keluarga puan tapi memandangkan puan dah sedar, elok jika saya serahkan pada puan sahaja," tutur Koperal Tiffany lembut.

"Takpe, saya dah tahu sape dalang di sebalik pembunuhan Inspektor Shane. Saya tak perlukan keputusan tu lagi," tolak Tengku Nurfaiza.

"Tapi puan, setelah saya dah selidiki keputusan ni, saya rasa ada benda yang tak kena. Hmmm..macam.." Koperal Tiffany tidak jadi meneruskan kata-katanya.

Dia sendiri bingung dengan keputusan darah tersebut.

Melihat daripada gaya percakapan orang bawahannya, Tengku Nurfaiza terus sahaja membuka fail itu.

Sebaik sahaja kandungan pada kertas itu dibaca, dia terkedu..

"Ta...tak mungkin.."

_____________________________

"Yeah! Yeah! Hari ni kita nak berkelah beramai-ramai!" ujar Riley ceria. Mereka yang lain tersenyum lebar melihat telatah Riley.

Masing-masing mulai menapak ke arah kereta. Namun, tiba-tiba sahaja mereka terdengar bunyi siren beberapa kereta polis.

Angel memandang ke arah mereka yang lain dengan seribu persoalan. Dah kenapa pulak tetiba datang bunyi siren? Nak tangkap sape?

Tak lama kemudian, halaman depan mereka dipenuhi dengan tujuh buah kereta polis. Ini membuatkan mereka semua tergamam.

Seramai 40 orang anggota polis menuju ke arah mereka lalu mengacukan pistol tepat ke arah Angel.

"Puan Putri Risha! Awak ditahan di atas cubaan membunuh ke atas Inspektor Nurfaiza Liah. Sila ikut kami ke balai sekarang!" arah Koperal Bethany.

"What?!" jerkah Datin Melia.
"Sorry miss. I rasa you dah salah orang. Isteri I tak bersalah," bantah Tengku Fazril lantas menarik tubuh Angel ke dalam rangkulannya.

"Maafkan saya tengku. Puan Putri Risha kena ikut kami ke balai polis sekarang!" ulang Koperal Bethany lagi.

Kebetulan, Maisara dan Black Eryn yang ingin datang menjenguk Angel, terlihat akan kejadian tersebut. Kedua-dua mereka tergamam.

"Apa yang dah jadi, Eryn?" kata Maisara terkejut besar. Black Eryn menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

Koperal Bethany terpaksa bertikam lidah dengan mereka terutama sekali dengan Tengku Fazril buat seketika.

Namun tak lama selepas itu, dia mengarah orang bawahannya untuk menggari tangan Angel.

"Stay away from my wife!" amaran Tengku Fazril keras.

"Tolong beri kerjasama, tengku," sampuk Koperal Bethany.

Angel tidak mampu mengeluarkan apa-apa bicara. Hanya matanya sempat melihat Maisara dan Black Eryn dalam keadaan yang terkejut besar.

Jantung Angel rasa nak tercabut sebaik sahaja  kedua-dua tangan dia ditarik lalu digari pantas oleh seorang polis.

Tiba-tiba keadaaan bertukar kalut apabila kedengaran suara yang cukup amat dikenali datang bersama suara yang serius.

"Tunggu!" sampuk Tengku Nurfaiza . Kelihatan tubuhnya masih tersarung pakaian hospital.

"Lepaskan dia! Dia tak bersalah!" Arah Tengku Nurfaiza tegas.

Serentak dengan itu, Angel menoleh ke arah Tengku Nurfaiza dengan riak kurang percaya.

'Ta...tak bersalah?'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro