Bab 95

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Pasang lagu tu. (Youtube kat atas)

"I tak rasa .....cucu you akan buat seperti yang you arahkan. Dia cintakan Xender dan memang mustahil jika dia bunuh lelaki tu," kata Shilda jelek.

Eeee..rasa nak tampor ajo. Kuang ajiak. Kuang ajinomoto. Kuang ekzos. Semua la kuang.

The King Of Evil hanya berdiam diri sambil mengusap belakang tubuh sesumpahnya. Tanpa dikatakan pun, The King tahu perangai Angel.

"Come on,King. You tahu Angel lain daripada yang lain. Dia tak boleh galas tugas besar tu. Mentalnya terlalu lemah! Hanya dia sorang mempunyai belas kasihan. Tak seperti kita. Kita jauh menakjubkan. Semua orang tunduk kat kita," hasut Shilda licik.

Riak wajah The King yang tegang diperhatikan secara dalam. Meskipun lelaki tua itu tengah berdiam diri, Shilda tahu dari sudut hatinya, The King sedang mencernakan kata-kata dia sebentar tadi.

"I tahu Angel punca kita naik ke atas. Tapi disebabkan dia juga la,Xender gagal dihapuskan dan mafia-mafia yang lain tak berasa takut pada kita selagi ada perlindungan dia!

Bayangkan jika Angel mati di hadapan Xender. I pasti lelaki tu akan mengalami murung dan kesedihan yang panjang. Masa tu kita boleh serang dia!" hasut dia lagi.

Tak lama kemudian, The King mulai mengetuk singgahsananya dengan jari ia. Sedikit sebanyak bicara Shilda telah mempengaruhi otak dia. Maklumlah, Shilda kan penasihat setia The King.

"Kau tahu di mana lokasi Angel?" soal The King setelah lama berdiam diri.

"Ya!"

"Hmmm...Kau tahu apa yang perlu dibuat," serentak itu, Shilda memberikan tunduk hormat lalu tersenyum sinis. Ya, dia tahu apa yang perlu dibuat pada perempuan yang bernama Angel.

______________________________

Sepanjang perjalanan menuju ke lokasi yang telah ditetapkan, mereka semua hanya berdiam diri. Sejak tadi, Riley dan Tasya menangis tak henti-henti. Sayangnya mereka pada Angel sangat mendalam.

Namun, perempuan itu tidak mengetahui identitinya yang sebenar. Apakah pilihan yang bakal dipilih oleh Angel?

"Kau tahu en, semua ni misi bunuh diri," tegur Alex sekaligus memecahkan keheningan.

Tengku Fazril hanya sekadar berdiam diri. Dia memandang ke arah luar diikuti Roland.

"Haih, aku tak tahu kenapa aku rasa ajal kita semakin dekat," sampuk Ciko selamba beruk.

"Aku tak sedap hati pasal benda ni. Aku rasa musuh kita kali ni berbeza dengan yang lain. Cuba korang tengok apa yang dah jadi pada Risha. Dulu dia sorang lemah lembut dan sekarang...huh, dia dah jadi pembunuh profesional," kata Tengku Haikal sedikit kagum.

"Bukan tu je. Aku tengok dia pakar dalam beberapa bahasa, isyarat badan dan hipnosis mangsa," tambah Zack lagi.

Tengku Fazril sekadar mendengar hujah-hujah yang dinyatakan oleh mereka bertiga.  Fikirannya terbang pada setiap kenangan ia bersama Putri Risha.

Persoalannya sanggup ke Putri Risha membunuh suami dia sendiri? Atau ada cara lain untuk menghalang perbuatan The King?

_________________________________

Kejadian Black Eryn dan Maisara diseksa...

"Belasah diorang sampai korang puas," arah Shilda sinis. Sejurus itu, Maisara dan Black Eryn yang sedang berada dalam keadaan lemah telah dibelasah secukup-cukupnya.

"Erynn..." rintih Maisara memanggil sahabatnya yang sedang terbaring lemah.

"Alia..."

"So sweet! Hahaha!! Korang ingat kitorang ni bodoh macam korang huh?! Angel dah jatuh cinta pada Xender en? Sebab tu dia belum selesaikan misi ni. Betul tak?"

Shilda mengambil sebatang besi keras lalu mendekati mereka berdua bersama senyuman sinis.

"Ak...aku. ..bersumpah...aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri," tekad Maisara bengis seraya cuba melindungi Black Eryn.

"Dan aku jugak ikut bersumpah..bahawa Angel...tak..bahawa Putri Risha akan bunuh kau sendiri dengan kejam!" tambah Black Eryn seraya tajam merenung The King di atas singgahsana.

"You dengar tak,King? Budak-budak hingusan ni cuba nak ugut kita. Kesiannya.. Kalau Angel...eh salah. Putri Risha. Yes, Putri Risha. Kalau dia betul-betul sayangkan korang berdua, mana buktinya? Sekarang pun dia tengah bergembira dengan si kacak Xender. Am I right,bitches?"

Black Eryn dan Maisara menderam geram menatap riak wajah angkuh Shilda. Terasa ingin dirobek-robek wajah itu menggunakan pedang samurai.

"Aku nak seksa korang sampai aku puas. Hehehe..." Bersama ayat itu, Shilda mengayunkan batang besi tersebut tepat di  perut Maisara.

"Alia!!!!!" Jerit Black Eryn kuat. Selepas itu, semuanya menjadi kucar-kacir dengan bunyi seksaan mereka.

________________________________

30 tahun yang lalu...

" Cukup ayah! Lepaskan adik sekarang! Adik tak bersalah!" jerkah Datin Melia apabila melihat adiknya Amelia sedang dicekik kuat oleh The King.

"Tak salah?! Kalau dia tak cacat, dah lama aku tak susah!" herdik The King bengis. Pedang di tangannya sudah diarahkan tepat ke arah perut Amelia.

"Ayah! Adik tak bersalah ayah. Ini hanya sebuah takdir. Tolong ayah. Melia mohon. Lepaskan adik," mohon Datin Melia bersungguh-sungguh. Air matanya mengalir dengan laju apabila melihat Amelia semakin kehilangan oksigen.

"Takdir? Kau percya pada takdir? Hehehe..kalau macam tu, ini takdir adik kau!" Serentak dengan itu, The King menghunuskan pedang tersebut ke arah Amelia.

"Jangan!!!" Jerit Datin Melia. Dia jatuh terduduk sambil menangis sekuat hatinya.

"Adik...." rintih dia perlahan.

"Ingat, Melia. Yang kuat sentiasa berada di atas dan yang lemah sentiasa berada di lemah," senyum The King seram.

Datin Melia mendongak kepalanya ke arah The King. Mata lelaki itu ditatap penuh kemarahan.

"Melia akan pastikan ayah terima takdir ayah yang sebenar dan dibunuh oleh darah daging ayah sendiri!" pekik Datin Melia lalu beredar meninggalkan The King di atas singgahsana.

Sejak dari hari itu, Datin Melia mulai bermusuh dengan ayahnya sendiri.

Persoalannya apakah takdir sebenar The King?

__________________________________

Di sebuah bilik, terdapat dua orang gadis sedang terbaring di atas katil hospital. Setelah lama tidak menyedarkan diri, Maisara membuka matanya secara perlahan-lahan.

Dia cuba mengingati semula kejadian berlaku ke atasnya sebelum ini.

Seketika, dia bangkit daripada pembaringan bersama tangan kiri yang berbalut kain putih. Sewaktu dia sedang cuba mengingati semua maklumat di dalam fikirannya, tiba-tiba dia dipanggil oleh seseorang.

"Sara..." seru Black Eryn perlahan. Serentak dengan itu, Maisara mengingati semula kejadian yang telah berlaku pada dia dan Black Eryn.

"Eryn! Kau ok tak?" soal Maisara lalu bergegas menuju ke arah gadis itu.

"Erhh ok. Kita kat mana sekarang?"

"Ak.. Aku rasa kita kat Syurga sekarang. Nampak putih je semuanya," jawap Maisara bangang.

Dushh!!

Black Eryn memukul kepala Maisara menggunakn bantal empuk. Sempat lagi nak memain.

"Syurga kepala hotak hang! Ni hospital!" bidas Black Eryn acuh tak acuh.

Semasa mereka berdua khusyuk berbual, tak semena-menanya telefon Maisara berbunyi minta diangkat.

Maisara segera menjawap panggilan tersebut sebaik sahaja melihat nama si pemanggil.

"Hello..Al..."

"Alia! Angel nak bunuh suami dia sekarang! Halang dia cepat!"

"What?! Hantar lokasi tu pada Alia sekarang!" ujar Maisara tegas. Selepas itu, dia menarik tangan Black Eryn tanpa membuang masa.

Mereka berdua tidak mengendahkan wayar-wayar yang sedang berselirat pada tubuh masing-masing. Angel harus tahu kebenarannya!

"Giler! Ni semua giler!" ujar Black Eryn sambil terhincut-hincut berlari kerana mengalami kesakitan pada bahagian kakinya.

"Alia, kau pandu!" ujar Black Eryn lalu memberikan kunci pada Maisara.

"Asal aku pulak?! Tangan aku dah patah. Camne nak pandu?!"

"Habistu takkan aku pulak yang pandu? Kaki aku dah patah sebelah. Camne nak tekan pedal?" duga Black Eryn bijak.

Akhirnya, Maisara mengeluh berat lalu dengan segera masuk ke dalam perut kereta.

Risha, tolong jangan bunuh suami kau. Aku mohon.

_______________________________

Tap..tap..tap..

Kedengaran derap kaki seseorang sedang mendekati ke sebuah tempat . Setibanya Tengku Fazril ke tempat yang telah dijanjikan, dia melihat Angel sedang termenung melihat pancuran air yang bersinar dengan lampu berwarna-warni.

Dia sengaja memilih lokasi tersebut kerana ia merupakan lokasi terakhir di mana Putri Risha diculik dahulu. Bukan itu sahaja, tempat tersebut juga merupakan tempat terakhir mereka meraikan hari anniversary mereka berdua.

Kelihatan riak wajah Angel berkerut-kerut mengingati sesuatu. Entah apa dia. Tengku Fazril pun tak pasti.

Jauh dari tempat itu, mereka yang lain akan melihat dulu tindakan yang bakal Angel lakukan. Jika dia bertindak menyakiti Tengku Fazril, mereka terpaksa campur tangan.

"Dah sedia?" tegur Tengku Fazril sekaligus mematikan lamunan Angel.

Sejurus itu, Angel menoleh ke arah Tengku Fazril dengan pandangan sayu.

"Mummy tetap nak bunuh daddy ke?" soal Tengku Fazril sedih.  Angel mengigit bibirnya sambil mengeluarkan sepucuk pistol.

"I'm not your wife..." kata Angel kecewa. Perlahan-lahan dia mengangkat pistolnya lalu diacukan tepat ke arah Tengku Fazril.

"Kalau mummy rasa kita tak ada apa-apa, bunuh la daddy. Daddy terima. TAPI kalau mummy rasa apa yang daddy rasa, please batalkan niat mummy," ujar lelaki itu.

Angel berdiam diri. Beberapa saat kemudian, dia semakin menaikkan tangannya ke atas tanda ingin bertekad membunuh lelaki itu.

Tengku Fazril pulak sudah menarik nafasnya. Tak lama kemudian, dia memejam mata lalu menaikkan kedua-dua tangannya ke atas udara.

Dari jauh pula, mereka semakin berasa keliru dengan keputusan Angel. Benarkah dia ingin membunuh Tengku Fazril. Dalam diam-diam, Roland menangis bersama adiknya.

"Along...mama tak jahat," rintih Riley perlahan.

"Along tahu.." Roland semakin memperketatkan pelukan di antara mereka berdua.

___________________________
#Pasang lagu tu(youtube di atas) semula jika dah habis dimainkan.

"Alia, tu Angel! Berhenti!" kata Black Eryn sekaligus mematikan pemanduan Maisara. Kelihatan Angel sedang mengacukan pistolnya tepat ke arah kepala lelaki itu.

Dengan keadaan kelam-kabut, Black Eryn dan Maisara keluar daripada kereta lalu terserempak dengan mereka yang lain.

Naik terkejut mereka melihat kehadiran kedua-dua gadis tersebut bersama pakaian hospital di tubuh masing-masing.

"Angel! Jangan!" jerit Maisara dan Black Eryn sambil berusaha berlari ke arah mereka berdua.

"Angel!!"

____________________________

Tanpa dipinta, air mata Angel jatuh bercucuran. Satu persatu kenangannya datang menyerang seolah-olah ingin menghalang niatnya daripada membunuh Tengku Fazril.

"Kau adalah aku. Aku adalah kau."

Kata-kata tersebut terngiang-ngiang di telinganya. Siapa Putri Risha yang sebenarnya? Dia sendiri buntu.

Sedetik kemudian, Angel memandang lama wajah lelaki yang dicintainya. Terasa hidup tidak adil buat seketika. Mengapa dia hrus membunuh sedangkan itu bukan kehendak ia sendiri?

Sakit. Semunya cukup sakit.

"Xender..." panggil Angel sayu. Tengku Fazril membuka matanya secra perlahan lalu melihat Angel sedang mengacukan pistol tersebut tepat ke arah kepalanya.

"Maafkan aku..." Air mata Angel jatuh membasahi pipi dan serentak itu dia melepaskan tembakan.

"Papa!!!!"

"Noooo!!!"

Black Eryn dan Maisara terduduk lemah. Mata mereka terkebil-kebil dengan tindakan yang telah diambil oleh Angel.

"Se..semuanya dah terlambat..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro