Bab 97

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Dengar lagu tu.(Youtube kat atas).

Datin Melia mengusap lembut wajah naif anak perempuannya. Sanggup The King menipu Putri Risha bahawa dia seorang pembunuh.

30 tahun yang lalu, The King mengajar Datin Melia untuk menjadi pembunuh yang tiada belas kasihan. Dan kini, giliran Putri Risha.

Walaupun telah beberapa tahun mereka berpisah, The King tidak pernah sesekali terfikir untuk berubah. Layakkah dia dipanggil manusia atau lebih layak dipanggil syaitan?

" Kamu dah tahu sape yang buat Risha macam ni?" soal Dato Fikri serius.

"Dah, papa. Sara kata salah sorang konco The King yang buat macam ni. Hmmmm...tapi sape The King? Fazril tak pernah dengar pun nama dia sebelum ni," tutur Tengku Fazril bingung.

"The King sorang lelaki yang kejam. Dia pernah bunuh berpuluh orang dalam masa 15 saat. Fazril tak pernah nampak dia sebab dia takkan keluar dari markas utamanya. The King hanya hantar konco-konco ia jika ada masalah.

Suatu ketika dahulu, The King sorang legend. Semua orang takutkan dia. Bahkan, dia pernah memancung kepala seorang perempuan di hadapan khalayak orang ramai. Semua benda dia nak kongker.

Dia nak jadi raja dalam dunia ni. Semua orang wajib melutut pada kaki dia. Tapi, kitorang semua tak pernah bersetuju. Tu sebab mummy dan yang lain-lain, dah keluar daripada kumpulan The King.

Kitorang ingat dia akan lepaskan kitorang begitu je. Tapi tak sangka, The King hasut Risha supaya bunuh kita semua," sampuk Tengku Lily panjang lebar.

Black Eryn dan Maisara hanya diam membisu. Ya, memang benar The King sangat menakutkan. Malah, Angel turut tunduk pada lelaki itu.

"Selama ni, daddy tahu yang kamu sentiasa bergaduh kat luar sana. Terutama kamu, ALEX," Tengku Zamil menjongketkan keningnya ke arah Tengku Rasdan a.k.a Alex.

"Errhhh tetiba sakit perut pulak. Ok, bye!" ujar Alex lalu zappp...dah hilang. Magik en?

Sejurus itu, Tengku Zamil mengalihkan pula pandangannya ke arah Tengku Haikal.

"Asal tengok angah macam tu? Angah tak buat salah. Angah sentiasa berfikiran positif," tipu Tengku Haikal mendatar.

"Ya ke? Habistu sape yang tembak Dark Lord hari tu?" uji Dato Fikri pula.

"Erhhh Miko! Ya, Miko!" tuduh Tengku Haikal jahat. Secra automatik riak wajah Miko bertukar terkejut.

"Eh, asal aku pulak? Aku budak baik tau. Aku sentiasa nasihatkan korang supaya tak membunuh. Berdosa. Nanti masuk neraka," nafi Miko lembut.

Hakikatnya ~~~~

" Aden, tembak dia! Bagi dia mampus!" hasut Miko apabila melihat Dark Lord cuba melarikan diri.

"Hehehe..sini kau!" ujar Tengku Haikal seram.

The end...

"Apa-apa jelah."

___________________________

Tit...tit..tit..

"Aku kat mana ni?" Sewaktu Angel tidak menyedarkan diri, dia bermimpi akan figura seseorang.

"Hai!" tegur seseorang dari arah belakang. Naik terkejut Angel apabila melihat seorang perempuan ceria bersama senyuman manisnya.

"Kau?"
"Yupp, aku! " sahut gadis itu.

"Aku kat mana ni? Asal kau ada kat sini?" soal Angel bingung.

"Kan aku dah kata yang aku ni cuma MEMORI kau. Sejak dari awal cite aku minta supaya kau bebaskan aku. Tapi kau degil. Kan dah kena langgar dengan si otak udang tu," ejek 'Putri Risha'.

"Kau ingat aku tak takut dengan kau? Kalau ye pun nak minta tolong, pastikan diri tu nampak kemas. Bukan macam hantu! Dahlah nangis pun air mata darah. Seriau aku dibuatnya!" bidas Angel geram.

'Putri Risha' hanya tergelak kecil lalu duduk di atas lantai putih. Wajahnya cukup cantik bersama lesung pipit ketika dia tersenyum.

"Rasa macam pelik bila bercakap dengan diri sendiri," ujar Angel lalu turut melabuhkan punggung di sebelah 'Putri Risha.'

"Aku kan memori kau. Yang cantik, yang manja, yang paling jelita," nyanyi dia lantas terkekek-kekek ketawa.

"Hahaha! Kelakar la kau ni," gelak Angel.

"Bukan aku yang kelakar tapi kau," dalih 'Putri Risha'.

"Aku? Asal pulak?" Angel berasa bingung sebentar. Bukan dia yang buat lawak pun.

"Kan aku dah kata. Aku adalah kau dan kau adalah aku. So, kau yang kelakar!" puji dia. Sesaat kemudian, Angel mengangguk setuju.

"Yupp, aku adalah kau. Kau adalah aku." Buat kali pertamanya, Angel bersetuju dengan kata-kata Putri Risha.

"Ka...kau setuju? Kau dah ingat sape diri kau yang sebenarnya?" soal dia penuh berharap.

Seketika, Angel tersenyum panjang. Tak lama kemudian, dia mengeluarkan bicaranya.

"Mestilah ingat. Aku kan PUTRI RISHA. Anak kepada Dato Fikri dan Datin Melia. Menantu kepada Tengku Zamil dan Tengku Lily. Isteri kepada Tengku Fazril and mama kepada Roland dan Riley. Betul tak?"

"Argghhh!! Oh My God! Kau dah ingat! Yes!! Akhirnya, aku akan bebas!" jerit 'Putri Risha' teruja.

Bebrapa minit kemudian, Angel dan 'Putri Risha' berdiri hampir serentak. Mereka tersenyum antara satu sama lain sebelum memulakan bicara semula.

"Terima kasih sebab kau dah sudi temankan aku selama ni," ucap Angel lembut.

"Tak! Terima kasih sebab dah berusaha ingat tentang memori kau sebelum ni," bantah 'Putri Risha' lantas mengangkat tangannya ke udara.

"Pegang tangan aku dan aku akan pastikan kau ingat semuanya," ujar 'Putri Risha.' Tanpa membuang masa lagi, Angel menyambut huluran bayangan 'Putri Risha.'

Serentak dengan itu, bayangan tersebut masuk ke dalam tubuh Angel seolah-olah mereka bersatu semula. Terasa tubuh Angel terangkat di udara dan akal fikirannya mulai dipenuhi dengan memori-memori yang telah hilang.

______________________________

ANGEL = PUTRI RISHA.

Putri Risha membuka matanya secara perlahan-lahan apabila terdengar bunyi orang ramai berbual.

Sebaik sahaja mata dibuka luas, dia melihat Qistina sedang memeriksa suhu badannya.

"Qis..." seru Putri Risha perlahan.

Qistina tersentak kecil. Macam aku dengar bunyi orang bercakap tapi kat mana?

"Kau panggil aku erk?" soal Qistina sambil memandang Tasya.

"Asal aku pulak? Takde maknanya aku nak panggil kau," ujar Tasya selamba.

"Aku rasa ada orang panggil nama aku.."

"Qis...kat sini," panggil Putri Risha lagi. Dia memegang lembut tangan Qistina agar gadis itu memandang ke arah dia.

"Risha! Kau dah sedar?!" soal Qistina teruja. Serentak itu, Tengku Fazril segera meluru ke arah isterinya.

"Mummy? " panggil Tengku Fazril lembut sambil mengucup dahi Putri Risha.

"Sha, kau dah ingat kitorang tak?" soal Tasya ingin tahu. Buat seketika, Putri Risha hanya terdiam. Dia memandang satu persatu wajah yang berada di sekelilingnya.

"Riley..." panggil Putri Risha lembut. Dia memanggil anak gadisnya lalu tubuh si kecik dipeluk erat.

"Mama rindu sangat kat Riley tau," bisik Putri Risha bersama tangisannya.

"Ri...eisk eisk..Riley pun rindu kat mama," balas Riley perlahan.
"Dah jangan nangis. Tak comel. Mana along?" kata Putri Risha sambil menyeka air mata anaknya.

"Mama..." seru Roland pulak. Serentak itu, air mata mereka berdua pecah berderai.

"Along, anak mama..." peluk Putri Risha.

"Along rindu mama..." rintih Roland sedih.

"Mama tahu. Mama minta maaf sebab dah cuba nak cederakan kamu berdua. Mama tak sedar masa tu," mohon Putri Risha bersungguh-sungguh.

Jika teringatkan semua kelakuannya terhadap mereka sekeluarga, boleh mati rasanya.

"Tak sedar? Sekarang ni mummy dah sedar?" sampuk Tengku Fazril.

Sesaat kemudian, Putri Risha melepaskan pelukan terhadap Roland lalu wajah suaminya dipandang penuh kasih.

"Mummy dah ingat..." Mendengar kata-kata Putri Risha membuatkan Tengku Fazril memejam matanya lalu terus memeluk tubuh kecik itu.

"I miss you so much..." bisik Tengku Fazril syahdu.

"Eisk..eisk ....I miss you too daddy. Ampunkan mummy sebab dah banyak..."

"Shhh...past is past. Yang penting mummy dah ingat semuanya," potong Tengku Fazril lalu mengucup pipi Putri Risha sekilas.

"Haihhh..asal nak sedih-sedih erk? Patutnya kita kena happy. Ha! macam aku," tutur Zack selamba.

"Ele! Kau tu single. Mana tahu apa-apa," sampuk Akim jelek.

"Korang berlima pun sama!" ujar Tasya pulak. Serentak dengan itu, bilik tersebut bergema dengan bunyi hilai ketawa mereka.

Syukur, Angel @Putri Risha dah ingat semula. Hastag author pun happy..huhuhu...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro