Pertarungan Terakhir (Part 1)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hahahaha!!!!" Shilda tergelak besar apabila melihat figura Putri Risha tiba tak jauh daripada markas utama mereka.

Kelihatan jumlah mereka tak lebih daripada 300 walhal konco-konco The King melebihi 1000 termasuk ahli-ahli mafia yang pernah ditumpaskan oleh The King sendiri.

Di hadapan kumpulan sebanyak 300 orang itu, berdirinya Putri Risha sebagai ketua mereka. Dia mengenakan baju dan topeng yang diberikan oleh The King suatu ketika dahulu semasa dia bergelar Angel.

Jika lelaki itu mencipta raksasa dalam diri Putri Risha maka, raksasa tersebut la yang akan membunuh The King sendiri. Apa yang dia mulakan, harus diakhiri dengan pantas.

Putri Risha tahu peluangnya agak tipis untuk mara ke hadapan ditambahkan lagi melihat Shilda baru keluar bersama 300 lebih konconya.

Tu baru SIKIT. Sebanyak 1000 lebih lagi orang-orang yang menjaga The King dengan kawalan yang ketat.

"Sha..." panggil Maisara sedikit gementar.

"Hmmm.."

"Macam mana kita nak umpan The King supaya dia keluar daripada markas dia?" soal Maisara serius.

"Kita lemahkan pertahanan dia dulu," jawap Putri Risha mendatar lalu memandang tajam ke arah Shilda yang sedang berjalan penuh angkuh.

"Well,well,well..cucu derhaka dah balik. Hahahahah!! Best tak jejakkan kaki ke sini lagi? Risha, eh tak. I mean ANGEL. Aku suka bila kau berani menentang The King walaupun kau tahu yang
....kau....akan...pufff! Mampus!" jelek Shilda menyindir.

"Sorry,bitch. Kitorang tak dengar apa benda yang kau cakap. Bau mulut kuat sangat. Perghh...menyengat!" balas Black Eryn lalu tergelak besar diikuti mereka yang lain.

"Wuuuuuuu..." ejek konco-konco Putri Risha manakala Putri Risha hanya tersenyum mengejek.

Mereka menyangkakan Shilda akan berasa tercabar atau berang dengan ejekan mereka. Namun, hal sebaliknya pula yang terjadi apabila Shilda ketawa besar.

"Hahahahah!! Aku suka dengan lawak kau! Yelah, selagi kau mampu bercakap, teruskan. Nanti bila kau dah mampus, kau dah tak boleh bercakap dah. So, keep going with your fucking damn words!" balas Shilda sehingga mematikan gelak mereka.

Mereka bertiga saling berpandangan seketika lalu tersenyum dengan penuh bermakna.

"Mana atok aku?" soal Putri Risha serius.

"The King? Atok kau? Such a pity girl! Kau ingat The King pernah anggap kau sebagai cucu dia? Never,Angel. NEVER! The King hanya pergunakan kau supaya dia boleh jadi ketua di kalangan mafia! Kau hanya hamba murah bagi dia!" tengking Shilda bengis.

Mendengar bicara Shilda membuatkan Putri Risha terkedu. Ha...hamba? Hanya sekadar hamba?

"Stop nakkan perhatian daripada lelaki yang berhati keras. Kau ingat The King sayang sangat kat kau? In your dream, girl. IN YOUR DREAM!" Shilda sengaja mengapikan-apikan perasaan amarah Putri Risha dengan menekankan ayatnya.

"Shut your fucking moutch, bitch! Bukan aku yang hamba, tapi kau! Buktinya kau masih di sisi The King, hehehe...macam anjing!" balas Putri Risha sinis.

Serentak dengan itu, mereka menyalak bagaikan anjing sebagai tanda mengejek keperibadian Shilda.

Jika dilihat, Shilda masih tetap setia dengan The King walaupun telah berlaku pelbagai masalah.

"Diam!!! " marah Shilda lalu mencerlung tajam ke arah Putri Risha yang sedang menyelak rambutnya ke belakang.

"Kau akan mati, Angel. Mati!" Shilda bagaikan orang gila sekarang. Dia mengucapkan apa sahaja yang keluar daripada mindanya.

"Bukan aku, Shilda. Tapi kau," Bersama ayat itu, Putri Risha mengeluarkan pedang samurainya.

"Huhuhu..dah tak sabar dah nak mampus? Okay bitch...let's start the game." Shilda berlari ke arah Putri Risha lantas diikuti oleh 300 lebih konconya. Masing-masing memegang benda yang tajam serta berbentuk besi.

Di arah lain pula, Putri Risha juga turut berlari bersama konco-konconya yang tidak lebih daripada 300 orang. Saat dia bertemu dengan Shilda, pedang masing-masing berlaga sehingga menimbulkan bunyi 'Zing'.

"Mampus kau, Shilda!" Putri Risha lagi bijak bertarung. Bila mana pedang mereka saling bertemu, Putri Risha menendang perut Shilda sehingga gadis itu terdorong ke belakang.

"Shit.." gumam Shilda perlahan.

"Come on, Shilda! Tu je ke yang kau ada?" ejek Putri Risha sambil menjilat bibirnya.

"Kau kena ingat, betina! The King yang ajar kau sampai kau mahir macam ni," marah Shilda lantas meluru ke arah Putri Shilda.

Zeng! Zeng! Zeng! Zeng!

Setiap kali pedang mereka berlaga, bunyi akan terhasil disebabkan pedang yang jelas tajamnya.

Mahir bagaimana pun Putri Risha, Shilda dapat mengetahui titik lemah perempuan itu. Ini kerana Shilda terlebih dahulu masuk ke dalam dunia kegelapan The King berbanding Putri Risha.

Sakkkk!

"Arggghh!! Fuck!" Putri Risha terjerit kecil apabila mata pedang Shilda berjaya menghiris bahagian tangannya.

Shilda tidak memberikan sedikit peluang pun untuk Putri Risha berehat. Dia segera meluru ke arah perempuan itu lantas melancarkan serangan secara bertubi-tubi.

Sakkk!!

Sekali lagi, Putri Risha terkena hirisan pedang Shilda. Namun kali ini agak berbeza. Libasan tersebut terkena pada paha Putri Risha sehingga perempuan itu terpaksa mengundur setapak ke belakang.

"Come on, Putri Risha! Lu jangan buang masa wa!" jerit Shilda lalu terkekek-kekek ketawa. Di kala itu, dia melihat Shilda mencapai sepaket plastik yang mengandungi serbuk dadah.

'Cis, patutlah kuat!'

Semasa Shilda tekun melayan serbuk haram tersebut, Putri Risha mengambil peluang itu dengan berlari ke arah Shilda.

Sebaik sahaja Shilda mendongakkan kepalanya ke atas, dia melihat Putri Risha memijak bahagian lututnya lalu melayangkan flying kick.

Darah tersembur di celah bibir Shilda lantas gadis itu terduduk kesakitan.

"Sial!" maki Shilda lalu segera bangkit semula dari atas tanah.

"Dadah tu rosakkan tubuh kau, Shilda!" herdik Putri Risha sambil tercungap-cungap menarik nafasnya. Disebabkan pertarungan ini, Putri Risha lupa akan dirinya sebagai wanita lembut.

Perangai jahat, sial, nak mampus, jahanamnya keluar secara serentak sehingga hati ia diamuk dengan kegelapan serta kejahatan.

"Hahahahha!! Atok lu pun kuat disebabkan dadah ni! Takde sape yang boleh kalahkan The King! Termasuk suami lu! Xender! Hahahaha!!" Shilda tergelak jahat. Sekali lagi dia maju dengan semangat yang kuat lantas membuat pusingan 190° di atas tanah.

Mujur sahaja Putri Risha berjaya mengelak serangan Shilda. Ketika perempuan itu ingin mendarat, tak semena-menanya Shilda berpusing lalu lutut Putri Risha disepak kuat.

"Arghhh!!" Putri Risha terjatuh di sisi Shilda dan Shilda mengambil peluang itu dengan menghunuskan pedangnya tepat ke arah leher Putri Risha.

"Angel...Angel..cuba kau tengok sekarang. Betapa kuatnya semangat konco-konco kau semata-mata ingin menentang The King," sindir Shilda sinis.

Sejurus itu, Putri Risha menoleh ke arah Black Eryn serta Maisara yang berusaha menentang konco-konco atoknya. Perasaan sebak mulai menghantui ia.

"Goodbye bitch..." Shilda menjilat bibirnya lalu melibaskan pedang ke atas udara. Belum sempat pedang itu berjaya tiba pada sasarannya, tiba-tiba bahu Shilda ditembak oleh seseorang.

Baru sahaja dia ingin mendongak, dadanya terlebih dahulu ditendang oleh individu tersebut sehingga dia terpelanting ke belakang.

Putri Risha pula sudah terkedu. Tanpa membuang masa lagi, dia melihat seorang gadis sedang berdiri megah sambil membuka helmetnya.

Sejurus helmet terpisah dengan tuan empunya kepala, mata Putri Risha terbuntang luas. Jantungnya pula berdegup kencang tidak berirama.

"Chris..Christine?!" kata Putri Risha terketar-ketar. Christine tersenyum pendek lantas menolong Putri Risha untuk bangkit daripada pembaringannya.

"Aku tak sempat nak ucapkan terima kasih pada kau sebab dah sudi selamatkan nyawa aku hari tu," ucap Christine tanpa memandang ke arah Putri Risha.

"Sha, tengok!" sampuk Maisara sambil menuding jarinya ke arah sekumpulan orang yang berjumlah 300 lebih. Mendengar jeritan Maisara membuatkan Putri Risha terus sahaja menoleh ke belakang.

Sesaat, perempuan itu tergamam. Dia yakin bahawa orang-orang itu merupakan konco-konco Christine.

Putri Risha menoleh ke arah Christine semula lalu tergelak sinis.

"Tak sangka.." ujar Putri Risha perlahan.

Beberapa saat kemudian, mereka berdua saling berpandangan lalu tersenyum jahat.

"Sekarang, mari hapuskan parasit ni," kata Christine penuh semangat yang berkobar-kobar.

# Oh My God! Author pulak yang excited! Hahaha. Kenapa Christine tolong Putri Risha? Sebab Putri Risha pernah selamatkan nyawa dia dulu and orang Shilda dah bunuh bapak dia, Dato Mursyid.

3 chapters lagi then cite ni akan tamat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro