Pertarungan Terakhir (Part 4)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Putri Risha terkedu melihat Tengku Fazril berada di antara lebih 1000 anggota-anggota mafia. Kelihatan suaminya mencerlung tajam ke arah The King bersama riak wajah yang tegang.

Hanya angin sahaja yang menguasai suasana di masa itu. Tiba-tiba,The King tergelak kecil. Lama kelamaan gelaknya semakin kuat sehingga membuatkan mereka berasa canggung dan pelik.

"Xender, akhirnya kita berjumpa!" ujar The King seram sebaik sahaja tawa jahatnya terhenti. Tengku Fazril hanya berdiam diri.

Sedikit pun dia tidak memandang pada Putri Risha. Mungkin masih marah akan sikap isterinya yang gemar bertindak sendirian.

Selepas itu, The King memandang pula satu persatu wajah yang berada di sisi Tengku Fazril. Saat dia memandang, matanya terpaku pada sebatang tubuh yang amat dikenalinya sejak kecil lagi.

"Hehehe..apa khabar anakku?" sinis The King berkata-kata pada Datin Melia.

"Kau bukan ayah aku.." jawap Datin melia, dingin. The King tergelak jelek. Seketika, matanya terarah pada Putri Risha yang sedang bangkit bersama orang-orang kanannya.

"Angel!" panggil The King, menakutkan. Bahu Putri Risha terangkat sedikit akibat terkejut dengan sergahan atoknya.

"Kalau kau nak terus hidup, berjuang bersama aku. Tapi kalau kau nak mampus, silakan bersama mereka," sengih The King seram. Meremang bulu roma setiap yang memandang ke arah lelaki itu.

Sejenak, Putri Risha mulai berfikir. Bebola matanya memandang ke arah The King serta Tengku Fazril silih berganti. Dia menarik nafasnya lalu perlahan-lahan mendekati The King.

Lelaki itu mulai tersenyum. Dia menjangkakan Putri Risha memang gerun terhadapnya. Di pihak lain pula, mereka mulai berasa kecewa dengan pemilihan Putri Risha. Masing-masing mulai berfikir mengapa perempuan itu lebih memilih The King.

"Shaaaa.." leret suara Tasya kurang percaya.

Ketika Putri Risha berhadapan dengan mereka, wajah The King dipandang penuh bermakna.

"Aku takkan pilih lelaki yang berhati kejam macam kau!" tengking Putri Risha lalu berpatah balik ke arah Maisara semula.

"Angel! Kau sememangnya tempah maut daripada aku!" herdik The King bengis.

Buat pertama kalinya, Putri Risha membalas semula bicara maut The King.

"Kau yang tempah maut! Bukannya aku!" Mendengar balasan perempuan tersebut membuatkan Shilda berasa berang lalu cuba menyerang Putri Risha. Malangnya, langkah ia terhenti apabila The King mengarah dia agar bersabar.

"Toksah sembang lebat, bro! Lu sudah sentuh kitorang punya ahli keluarga, lu kena terima akibatnya!" Alex tersenyum sinis ke arah The King.

Buat seketika, masing-masing berdiam diri. Putri Risha yang baru sahaja tiba pada mereka, hanya mampu menundukkan kepala apabila Tengku Fazril tidak memandang ke arahnya.

The King menghirup udara yang segar lalu menyeringai seram ke arah mereka. Dia melihat Tengku Fazril dan Putri Risha silih berganti lalu matanya terarah pada Rosilia.

Kelihatan wanita itu hanya tersenyum sinis melihat The King. Kini, The King sedar. "Ying dan Yang" yang dimaksudkan oleh Rosilia suatu ketika dahulu adalah mereka berdua. Pasangan yang terlalu sukar untuk dipisahkan.

Lama kelamaan, terasa suasana begitu tegang sekali. Tengku Fazril mengepalkan penumbuknya lalu menjerit kuat.

"Arghhhh!!"

Kini, dua kumpulan besar itu berlari ke arah masing-masing lalu saling bertarung tenaga. The King seperti biasa akan berdiri di belakang mereka sambil melihat pemandangan tragis yang sedang berlaku.

Ketika itu, dia tergelak suka melihat Tengku Fazril dan orang-orangnya bertungkus-lumus untuk maju ke hadapan.

"Cepat, Xender! Aku tunggu kau kat sini! Hahahahah!!" gelak The King jahat.

Tengku Fazril mengesat bibirnya dengan kasar lalu cuba menumbuk pihak lawannya di hadapan. Namun, dia tidak sedar bahawa seorang lelaki datang dari arah belakang dan serta-merta menolak tubuh ia.

Akibatnya, Tengku Fazril terjatuh ke dalam sekumpulan pihak musuh. Dia cuba bangkit tetapi jumlah mereka semakin ramai.

Mujur sahaja Tengku Haikal datang lantas memijak serta menumbuk padu wajah-wajah mereka. Tengku Fazril segera bangkit lalu tersenyum pendek.

"Chill,bro!" sempat lagi Tengku Haikal menumbuk perlahan dada abang sulungnya sebelum meneruskan perlawanan semula.

Di tempat lain pula, Triple Ko, Zack dan Akim berusaha berganding bahu bersama Qistina, Sarah dan Zalikha untuk menumpaskan pihak lawan.

Bukan itu sahaja, Alex juga turut berada berdekatan. Dia ketawa jahat sambil membelasah setiap daripada mereka.

"Maju! Sape lagi yang nak rasa penangan aku?!" jerit dia apabila semua sekelilingnya telah tumbang.

"Kau jangan berani nak bangun! Kang aku sunat kau kat sini!" ugut Alex selamba apabila melihat pihak lawannya cuba bangkit perlahan. Ketika Alex leka, datang dua orang lelaki bersama batang besi di tangan masing-masing.

Belum sempat batang besi itu diayunkan ke arah Alex, Tasya datang lalu membuat split di atas udara sehingga mereka berdua terpelanting jauh.

Di kala itu, Alex tercengang. Rahang mulutnya terbuka besar lalu dia cepat-cepat berdehem tanda kurang berpuas hati.

Tasya memandang ke arah Alex lalu tersenyum sinis.
"Well, tu sebab lelaki perlukan pompuan," sindir Tasya lalu mengenyitkan matanya.

"Well, tu sebab lelaki perlukan pompuan...nyinyinyi..macam la dia tu hebat sangat," rungut Alex sebal.

Saat Alex cuai sekali lagi, Tasya mengarah suaminya agar tunduk secara mengejut. Dalam sekali gerakan, Tasya mencapai batang besi lalu melibaskan batang tersebut ke arah musuh yang muncul di belakang Alex.

Terjerit kuat lelaki itu, sebaik sahaja libasan Tasya terkena pada tubuhnya. Tanpa dipinta, mata Alex terkebil-kebil lalu dia memandang ke arah isterinya.

Gulp!

"Heb...hebat..." sengih Alex lalu memberikan thumbs up terhadap Tasya.

Yang lain, sedaya-upaya menumbangkan konco-konco The King yang semakin ramai. Mujur sahaja, Datin Melia, Dato Fikri, Tengku Lily dan Tengku Zamil masih mahir seperti dahulu.

Hanya beberapa gerakan sahaja, konco-konco The King berjaya ditumpaskan.

"Xender! Mari ke hadapan!" jerit Tengku Haikal lalu melindungi Tengku Fazril sehingga lelaki itu berjaya bertemu dengan The King. Baru sahaja Tengku Haikal ingin menyertai perlawanan mereka, Shilda datang lalu menumbuk wajah lelaki tampan tersebut.

"Aden!" jerit Tengku Fazril. Niatnya ingin membantu Tengku Haikal terbantut apabila lelaki itu menyuruh dia agar mengorak langkah tanpa mengendahkan ia.

"Jangan pedulikan aku! Aku boleh tumpaskan 'jantan' ni," senyum Tengku Haikal.

Seketika, Tengku Fazril menganggukkan kepalanya lalu berlari ke arah The King yang sedang tenang menjilat serbuk dadah.

" Jangan ingat aku tak boleh kalahkan kau," ejek Shilda sambil menjilat serbuk dadahnya. Tengku Haikal hanya menjadi sekadar pemerhati. Dia tahu bahawa dadah tersebut akan menjadikan seseorang kuat walaupun jantinanya adalah seorang perempuan.

Dia tidak boleh memandang rendah pada Shilda. Kekuatan Shilda seakan-akan hampir sama seperti ia.

Tak lama kemudian, Shilda maju ke hadapan lalu menarik leher Tengku Haikal. Lututnya bertindak memukul perut Tengku Haikal berkali-kali sehingga lelaki itu terbatuk darah.

Tengku Haikal hanya membiarkan segala perlakuan Shilda terhadapnya. Dia menunggu agar Shilda berasa penat lalu dia akan membuat serangan.

Shilda pula sudah berasa suka membelasah wajah Tengku Haikal sekuat-kuatnya. Setiap kali dia menumbuk, darah akan terpercik pada setiap bahagian wajah lelaki itu.

Tiada lagi wajah yang diidamkan oleh setiap perempuan.Muka Tengku Haikal dah sebijik dengan muka pecah. Kedua-dua matanya lebam merah seperti Tengku Fazril.

Ketika Tengku Haikal tidak membalas serangan Shilda, gadis itu mengambil peluang tersebut dengan menendang dada Tengku Haikal sehingga lelaki itu terpelanting jauh ke belakang lalu tubuhnya mengenai pokok besar.

Shilda tercungap-cungap menarik nafas lalu tergelak bsar. Beberapa saat kemudian, Tengku Haikal bangkit perlahan lalu tersenyum senget di sebalik wajahnya yang dipenuhi darah pekat.

Dia berjalan longlai ke arah Shilda lalu mengucapkan sesuatu.

"Hehehe..My turn..."

Shilda menarik nafasnya lalu cuba memukul wajah Tengku Haikal bertubi-tubi. Namun, lelaki itu hanya membiarkan seolah-olah dia tidak berasa sakit.

Akhir sekali, Shilda menumbuk perut Tengku Haikal dengan sekuat yang mampu. Sesaat kemudian, Tengku Haikal memandang ke arahnya seolah-olah bagaikan raksasa.

Baru sahaja Shilda ingin melayangkan sebuah tumbukan, tiba-tiba Tengku Haikal menahan tumbukannya sambil menunjukkan wajah yang tegang.

Shilda menelan air liurnya. Dia cuba melangkah ke belakang tetapi cengkaman Tengku Haikal terasa terlalu kuat.

Sejenak, Tengku Haikal memutarkan tangan Shilda lantas menghadiahkan sebuah tumbukan yang kuat tepat di wajah gadis itu.

Hanya dengan sekali tumbukan, wajah Shilda hancur lalu dia terpelanting dan berpusing-pusing ke belakang sebelum dia rebah di atas tanah.

Tengku Haikal mengesat darah di tepi bibirnya lalu mencebik sebal.

'Berani kau hancurkan wajah idaman wanita sedunia..'

# Ok, guys. Macam yg author jnji. HARI INI, MISS DESTROYER AKAN TAMAT. So, takyeh tanya berapa chapter lagi.

#Maaf, lambat sikit. Author nak buat perlawanan diorang semua ni gempak. Harap readers faham. Author buat semua ni khas untuk korang semua.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro