BAB 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pulau Pangkor yang merupakan salah satu pulau tumpuan di negeri Perak itu, aku teroka dengan rasa teruja. Ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Pulau tersebut. Kali pertama adalah semasa aku bercuti dengan Hannan dan rakan-rakanku yang lain semasa zaman matrikulasi dulu.

Yurp, sudah hampir enam tahun ianya berlalu dan kali ini.. aku berkunjung semula ke pulau itu dengan misi berat. Misi untuk memerangkap Harraz.

"Cantikkan Aulia." pujian yang dilambung Farah itu berjaya menarik pandanganku kepadanya.

Aku yang ketika itu sedang leka meneroka pulau indah itu melalui jendela kereta sekadar menyungging senyum. Huh! Tak dapat aku sembunyikan rasa tidak selesa ku kerana kini, aku duduk sebelah menyebelah dengan Farah.

Memandangkan Harraz menempah dua resort yang berbeza untuk pekerjanya, jadi kami diasingkan dengan dua kereta berbeza. Satu kereta untuk Harraz dan staff penting dan satu lagi untuk staff biasa.

Aku fikir aku bakal ditempatkan bersama staff biasa namun sangkaan ku meleset. Belum pun aku nak memanjat naik kenderaan bersama yang lain, Farah terlebih dahulu memanggil aku untuk ikut serta dengan dia dan Harraz.

Jadi, terpaksalah aku layan permainan Farah itu. Hmm.. tak apa. Dia sudah bayar aku kan?

"Cantik." jawabku sepatah lalu mataku kembali aku jengahkan ke luar tingkap.

Farah sekadar menyungging senyum. Sesekali dia melirik ke arah Harraz yang kononnya sibuk menghadap tab walaupun kenyataannya Farah tahu bahawa lelaki itu tidak selesa dengan kehadiran Aulia dalam kereta mereka.

"Erm, you. You tahu tak mana-mana tempat yang kita boleh makan kat sini? I teringin sangat nak makan seafood. You tahu tak mana-mana?" manja nada Farah bertanya.

Aku disebelah sekadar pasang telinga. Pandai betul si Farah itu berlakon baik dan manja dengan Harraz. Pfft.. fake.

Harraz pusing kepalanya sedikit ke tempat duduk penumpang belakang. Dilirik isterinya yang sedang tersenyum pandang dia. "You lapar ke sayang?"

"Haah, I lapar Raz. Nak makan." mengada dia meminta.

"Kalau macam itu, kita pergi dekat satu restoran ni. I dengar makanan seafood kat situ sedap-sedap. Nak?" soal Harraz melayan karenah Farah.

Laju Farah mengangguk kemudian tanpa segan silunya, lengan aku ditarik lalu didakapnya. "Kita bawa Aulia sekali eiyh, Raz?"

Terbelalak mataku kerana kaget dengan pelawaan Farah itu. Terus pandanganku dongakkan ke arah  cermin pandang belakang. Walaupun dia di posisi penumpang hadapan, namun terjelas raut sugulnya bila Farah nak ajak aku bersama.

Huh, dia fikir aku nak sangat ke tumpang makan sekaki dengan dia? Pfft.. kalau tak fasal bini dia, dah lama aku keluar dari kereta ni, tahu tak?!, desisku dalam hati.

"I okay aje. Aulia okay tak?" soalnya pula. Nadanya kedengaran terpaksa.

Aku sekadar sungging sengih. "Saya ikut aje."putusku masih tayang senyum tak ikhlas.

Hampir lima belas minit perjalanan dan kami berhenti di hadapan restoran kecil yang terletak tidak jauh dari bandar. Dari jauh lagi, kami sudah melihat banyak kereta yang terparkir di bahu jalan sekitar restoran tersebut.

Nampaknya betullah apa yang Harraz katakan itu, kedai makan seafood itu pastinya meriah dengan pelanggan.

Masuk sahaja ke dalam restoran, kami disapa pemandangan sesak pelanggan. Walaupun malam belum menjelma, namun keriuhannya cukup menggambarkan kemeriahan restoran itu dengan pelanggan.

Kami diberikan tempat duduk yang sedikit jauh dari pelanggan lain. Kini, di meja makan bulat itu hanya ada aku, Harraz dan juga Farah. Pemandunya pula,  Encik Ashraf diminta untuk tunggu di luar oleh Harraz.

Seusai memesan makanan, suasana kami jadi janggal. Maksud aku, suasana antara aku dan pasangan itu terasa janggal. Harraz dan Farah kelihatan mesra. Namun, yang gigih nak menunjuk kemesraan itu semesti nya Harraz.

Dia siap peluk pinggang Farah depan aku. Huh! Aku tak faham. Fungsi dia buat begitu?!

"Erm, Raz. I nak pergi toilet kejap. I minta diri dulu." pinta Farah.

Setelah diberi keizinan, Farah terus saja pergi meninggalkan aku dengan Harraz sendirian. Suasana sepi antara kami buat kan aku terasa cepat-cepat ingin melarikan diri daripada sini. Huh!!

Harraz di hadapan juga, kelihatan tidak keruan. Kadang diusapnya belakang leher, dan kekadang disauknya rambut ke belakang. Serba tak kena.. perbuatannya itu sebelum akhirnya dehemannya mengisi ruang sepi antara kami.

"Erm, a-aku nak minta maaf fasal semalam." ujar Harraz memulakan bicara.

Terus pandanganku dongakkan ke arahnya. Bila dia kata fasal topik semalam, aku jadi segan. Mana tidaknya, semalam.. depan dia, aku mengalirkan air mata. Huh! Lol, Aulia!

"Erm, tak apa. Bukan salah Tengku pun, salah saya sebab tak bagitahu Tengku fasal itu." lembut, aku membalas. Nampaklah sikit baiknya itu kalau aku balas begitu.

Harraz sekadar mengangguk. Dicubakan dirinya untuk tenang. Entah kenapa, menghadap Aulia.. dia jadi gabrah begini. Haih, masalah.

"Mak kau okay tak?"

Aku tarik senyum pahit sebelum gelengan ku berikan. "Dia masih koma cuma, Tengku tak payahlah risau. Saya yakin.. d-dia baik- baik saja."

Baik-baik saja? Yakin ke kau Aulia?, getus ku sendirian.

Masih aku ingat lagi bagaimana lemahnya degupan jantung ibu, wajah pucatnya dan juga lesunya dia terbaring di katil hospital. Tak.. dia sakit dan keadaannya parah.

Harraz ketap bibir lalu beg dompetnya dikeluarkan. Seketika diselongkarnya beg dompet jenama Saint Lauren lalu dikeluarkan sesuatu. Sempatlah juga aku lirik perbuatannya dan aku lihat kad pengenalanku yang disimpannya, diserah kan kepadaku.

"Nah, aku bagi balik benda ni pada kau dan.. duit baiki kereta aku itu, kau tak payah bayar. Aku rasa lebih baik kalau kau gunakan duit itu untuk bayar bil perubatan mak kau." ujar lelaki itu lalu menolak perlahan kad pengenalan itu kepadaku.

Tergamam aku sejenak. Sungguh, aku tak sangka yang Harraz juga boleh berlakon bidadari. Aku ingat selamanya dia pemegang watak antagonis dalam hidup ku. Pfft.!

"Betul ke ni, Tengku?" soalku minta kepastian.

Dia sekadar mengangguk kepala. Senyum tipisnya dihulur. "Betullah. Kalau kau nak bayar pun tak kisah, aku okay aje." sempat lagi dia menyindir aku. Hmm.. boleh tahan.

Kad pengenalanku perlahan aku capai lalu aku simpan ke dalam kocek bajuku. Kemudian, wajahnya aku pandang. Tanpa sedar, pandangan kami bertaut dan untuk kali ini, kedua-duanya tidak mengelak.

Jantung aku yang tadinya normal terus saja berdegup laju saat anak matanya itu menyapa halwa telingaku. Ya Allah, apa yang aku rasakan ni? Kenapa aku jadi macam ini? Kenapa.. perasaan aku jadi hangat semacam?, bertubi-tubi soalan menghentam jiwaku ketika itu.

Yurp, suatu perasaan yang tak pernah aku alami. Dengan crush lama aku, Harriz pun tidak.

Harraz juga langsung tak mengalih pandangan. Kali ini, matanya benar-benar terkunci pada mata Aulia. Ada suatu perasaan pelik timbul. Perasaan.. hangat?!

"Erm, lama sangat ke I pergi tadi?" suara lunak Farah menjedakan segalanya.

Segera aku dan Harraz sama-sama melarikan pandangan masing-masing. Aku tundukkan pandangan ku ke bawah manakala Harraz pula alih ke wajah Farah.

"Tak lama pun sayang. Erm.." balas Harraz cuba beriak selamba. Walaupun kenyataan nya, kini perasaannya diulit gemuruh.

Huh, kenapa dia boleh jadi begitu?
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro