BAB 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Beberapa kali dicuba untuk memejam matanya namun usahanya acap kali gagal. Dipusingkan pula tubuhnya ke kiri dan ke kanan namun masih juga tidak berkunjung lenanya itu. Akhirnya, Farah menghelakan nafas kasarnya.

Disebelah, Harraz sudahpun berdengkur halus. Lena tampaknya tidurnya kali ini. Mungkin lelah agaknya selepas seharian memandu dari rumah ke rumah. Atau mungkin.. lelah melayan permainan yang Farah ciptakan untuknya.

Seketika, Farah terdiam. Fikirannya mulai mengimbau kejadian yang berlaku sejam yang lalu. Kejadian di mana dengan berani nya tangan Aulia naik menampar pipinya. Sakit. Farah juga turut akui akan hal itu namun apa yang buatkan dia terkedu adalah apabila dilempang oleh Aulia sendiri.

Dapat dia lihat jelas betapa bencinya pandangan yang dilemparkan gadis itu padanya. Kalaulah pandangan Aulia itu mampu berubah menjadi mata pedang, mungkin di dapur juga jasad Farah terkulai agaknya.

"Perempuan tu dah berani nak melawan aku.." ada nada kesal dan amarahnya berganti.

Pipi yang masih belum hilang denyutnya, diurut perlahan sambil fikirannya masih menayangkan wajah singa Aulia.

Ikutkan hatinya, mahu saja dia membalas perbuatan Aulia itu namun terpaksa dia jedakan niatnya itu. Selagi dia masih belum berpisah dengan Harraz, dia tak boleh perlakukan Aulia dengan jahat. Dia masih perlukan Aulia untuk jayakan misinya untuk bercerai dengan Harraz.

"Farah.." lemah, keluhan Harraz meniti.

Keluhan itu sempat menyapa halwa telinga Farah. Tak semena, kepalanya diteleng ke arah Harraz yang ketika itu sedang terbaring sisi memandangnya. Dapat dia rasakan hembusan halus daripada lelaki itu. Hangat menyapa kulitnya malah bunyi nya juga seakan mendayu.

Ditiliknya wajah Harraz yang sudah tidur mati. Spontan, senyum tipisnya terlukis. Senyuman yang tercalit seribu satu kasihan.

"Tengku Harraz Naufal. Abang memang suami yang terbaik tapi yang terbaik pun tak dapat nak menjanjikan kebahagiaan untuk saya. Saya harap sangat secepat mungkin.. abang, ceraikan saya. Kita tak boleh bersama." luahnya dalam nada separa berbisik.

Sedang leka dia memerhati Harraz, telinga nya menangkap getaran telefon pintarnya diatas laci disisinya. Segera perhatiannya dialih ke telefon sambil sesekali dia melirik ke arah Harraz. Risau kalau gerangan itu tersedar dari tidurnya.

Senyumannya melirik tatkala nama kesayangannya terpapar jelas di skrin telefonnya. Baru saja dia berura-ura mahu mengangkat telefon, dia langsung tak menyedari Harraz yang tercelik sedikit mata memandang ke arahnya.

"Siapa call tu?" dalam suara kantuknya, Harraz menegur.

Farah di sis sudah telan liur. Telefon yang masih berdering segera dimatinya lalu dimasukkan ke dalam laci meja. Bingkas dia ke beralih ke posisi tidurnya semula. Selimut yang tadi turun ke paras pinggang, dinaikkan sampai ke leher.

"Erm, bukan call lah you. Itu err.. I punya alarm." bohongnya.

Harraz disebelah sekadar mengangguk. Matanya yang terpisat-pisat untuk dibuka itu, akhirnya kembali tutup. Sempat tubuhnya digerakkan beberapa kali sebelum kembali dia kaku di atas katil.

Di sebelah, Farah sekadar memerhati. Bagai nak tertanggal jantung dibuatnya apabila hampir saja hubungannya itu terbongkar. Phuh! Nasib baik sempat.

"You.. tidurlah. I taknak isteri I penat bila bangun esok." sekali lagi, suara garau Harraz memecahkan kesunyian.

Farah di sisi Harraz sekadar mengangguk kan kepala. Langsung suaranya tak kedengaran untuk membalas. Dibiarkan kata-kata Harraz itu dinoktahkan begitu saja.

Namun, diamnya itu sejenak. Fikirannya pula sudah melayang memikirkan hal lain.

"You..?"

Fikirnya, Harraz takkan sambut namun nasib menyebelahinya. Nampaknya, Harraz  juga tak lena malam ini.

"Hmm?"

"Boleh tak kalau you.. jangan kasar-kasar dengan Aulia?"

Mendengar ungkapan isterinya itu, mata Harraz terus saja celik. Kepalanya dipusing sedikit ke kanan memandang isterinya. Ada raut hairannya bertayang. Yurp, hairan.

Kenapa malam ini, isterinya tiba-tiba saja terdetik mahu ungkit topik fasal Aulia Arisya? Nak-nak lagi bila topiknya itu berkait dengan layanan Harraz pada Aulia untuk seharian ini.

"Kenapa you tiba-tiba.." belum habis Harraz membalas, Farah terlebih dahulu mencelah.

Belakang badannya yang tadi terbaring, diangkat untuk bersandar ke kepala katil. Wajah Harraz yang masih menagih jawapan, ditatapnya. Kuyu.

"I cuma tak sedap dengan Aulia. Now she is your wife. I taknak dia ingat you berat sebelah sebab lebihkan I daripada dia. Walauapapun, she's now your responsible Harraz."ujar Farah.

Harraz hanya mampu ketap bibir. Pandangan yang tadi disua pada Farah, ditunduk ke bawah. Keluhannya meniti.

Dia juga turut akui akan layanan kasarnya pada Aulia selama tempoh hampir tiga hari perkahwinan mereka. Entah kenapa, melayan gadis itu terlalu baik adalah berat untuknya.

Dia takut.. Farah akan terasa jika dia layan Aulia dengan baik. Namun, nampaknya gadis itu langsung tak tunjukkan yang dia cemburu malah galakan pula yang dia bagi.

Hmm.. lain macam.

Seketika, Harraz mendiamkan diri namun sejurus kemudian, terus diperbetulkan selimut yang membalut tubuhnya. Mata yang tadi tunduk, ditutup rapat.

"Esok, kita boleh bincang tentang ini. For now, i just want to sleep." mendatar saja Harraz membalas.

Farah yang melihat sekadar ketap bibir. Ditilik Harraz  sejenak sebelum helaan halusnya dilepas.

Patut cara apa lagi dia gunakan untuk buat Harraz lepaskan dia dan beralih pada Aulia?
...
Hujung baju kemejaku, aku selitkan ke dalam skirt paras lutut yang aku pakai. Setelah memastikan penampilan ku sudah nampak kemas dan cantik. Aku terus capai beg tanganku dan bergegas ke luar dari bilik tidurku.

Sudah hampir seminggu, aku bergelar isteri kepada Tengku Harraz. Suatu tempoh yang panjang bagi aku sebenarnya. Nak-nak lagi apabila kehidupan aku dalam rumah Tengku Harraz ini ibarat penjara.

Seperti apa yang Harraz tetapkan untuk aku, aku tak boleh keluar bilik selalu jika Farah ada di rumah. Hampir empat hari, aku berada di sini dan kehidupan aku ibarat banduan dengan penjaranya. Aku tak bebas. Aku tak dapat nak bersosial. Yurp, rumah Harraz bagaikan suatu neraka dunia yang tak pernah aku bayangkan.

Sepanjang tempoh itu juga, aku tak pernah sekalipun berborak dengan Harraz. Kalau terjumpa pun, Harraz sekadar melintasi. Haram matanya mahu menatap aku seakan kehadiran aku di rumahnya itu tidak memberi makna.

Sakit dan pilu hatiku namun aku pilih untuk pendam. Berapa kali pun, aku melayan kesedihan ku, Harraz takkan pernah peduli. Bagi dia, aku tak layak untuk hidup dengannya. Maka, kalau dia boleh fikirkan begitu, kenapa aku tidak kan?

Semasa menuruni tangga, aku sempat melihat sosok seseorang di ruang makan. Bau haruman roti bakar cukup menjadi penguat bukti ditambah lagi bunyi kunyahan yang agak jelas pada pendengaranku.

Jejak saja kakiku kelantai, sosok itu lebih jelas pada pandanganku. Harraz yang ketika itu sedang bersarapan sambil membelek telefonnya juga, turut sama memandang aku. Kelihatan, dia agak terpegun dengan penampilan ku pagi ini.

Aku ingatkan dia takkan menegurku seperti selalu jadi, aku bergegas mahu keluar namun belum pun tiga langkah aku ambil. Namaku meniti dari bibirnya.

"Kau nak pergi mana itu?" soalnya dari meja makan. Ada nada mahu tahunya terselit.

Aku tarik nafas dalam. Haih, hari ini pula dia terlebih rajin nak tegur aku. Beralah, aku pusingkan kepalaku ke arahnya. Senyum nipisku lemparkan.

"Saya nak pergi kerja, Tengku. Tengku lupa ke? Saya kan PA, Tengku?" penuh hemat nya aku bertanya.

Dia sekadar mencebik. Untuk kali terakhirnya, dia meralit pakaian ku atas bawah sebelum pandangannya ditundukkan.

"Tukar skirt kau itu."bersahaja dia memberi perintah pada aku.

Berkerut dahi aku apabila dia pinta aku begitu. Terus saja kepalaku menekur memandang skirt paras lutut yang aku pakai. Huh! Apa yang tak kenanya dengan skirt ni?

Bukannya, pertama kali pun aku pakai depan dia. Sebelum ini pun, selalu juga aku pakai macam ini. Tak pernah pun dengar kritikan. Huh! Hari ini pula dia saja mahu cari ulah.

"Kenapa?"aku masih berdegil dengan penampilan ku.

"Mencolok mata sangat. Lagipun aku ni suami kau, apa yang kau buat.. aku pun tanggung sekali. Lainlah kalau sebelum ini, kau nak pakai apapun, aku tak kisah." ujar nya sambil menghirup te'o panasnya.

Aku sudah tayang muka jengkel. Sekarang ini, pandai pula nak berbahas gelaran suami pula?! Seingat aku, sebelum ini bermati-matian dia marah aku sebab gelar diri aku ni isteri dia tetapi sekarang?!

Bila melihat aku masih tak berganjak, Harraz sudah angkat kening. Diralitnya aku yang masih kaku. "Kau dengar tak, apa aku cakap tadi?" jerkahnya.

Terus, aku pandang dia. Laju, aku menganggukkan kepalaku. "Dengar. Erm, sa-saya tukar baju saya sekarang."  akur. Aku memanjat tangga semula.

Dalam hati, aku pendam rasa sebal. Aku akui dia memang layak tegur aku sebagai suami namun apabila mengingati semula detik beberapa hari lepas, aku jadi kesal. Detik di mana dia kata aku lebih layak bergelar perempuan simpanan daripada isteri.

"Aulia.." sekali lagi nama aku diserunya.

Langkahku mati lalu aku lirikkan pandangan ku pada dia. "Ya, Tengku?"

Aku lihat dia sudah berdiri dari duduknya. Mungkin, mahu bersedia untuk ke tempat kerja barangkali. Pinggan yang masih bersisa sarapannya dibiarkan atas meja.

"Fasal kereta, kau jangan risau. Aku dah minta orang bawakan kereta kau itu, ke sini jadi senanglah kalau kau nak bergerak pergi mana-mana." beritahu Harraz memandang ke arahku dengan pandangan bundar nya.

Setelah itu, Harraz berlalu pergi bersama pinggannya meninggalkan aku terkebil-kebil di tangan. Awalnya, raut kaku aku berikan sebelum perlahan senyuman ku, aku kait.

"Terima kasih, Tengku."perlahan namun cukup jelas suaraku menyapa gegendang telinga.

Tanpa sedar, senyumanku terukir.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro