MHB 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Untuk kali terakhir, langkahku susun menuju ke arah laci kecil yang berada di sisi katil bujangku. Terlihat beberapa barangan ku masih berada di situ. Melihatkan hal itu, segera aku capai beg tote ku yang terletak di atas katil lalu sesi mengemas pun, aku mulakan.

Pagi ini mungkin jadi pagi terakhir aku berada di bandaraya Kuala Lumpur. Setelah hampir lima tahun aku menetap di sini, akhirnya aku buat keputusan untuk berhijrah ke kampung semula. Kampung yang menjadi saksi aku membesar.

Lagipun, setelah apa yang jadi pada hidup aku kini.. aku makin tekad untuk tinggalkan tempat ini. Kalau boleh, aku taknak ingat langsung yang kaki aku pernah menjejak ke sini.

Banyak kepahitan dan sengsara yang aku lalui sepanjang keberadaan aku disini. Dari menjadi Miss. Heartbreaker kepada Mrs. Harraz dan hampir dirogol oleh mangsa sendiri, yurp.. itu bukannya suatu memori yang layak untuk aku gelarkan sebagai kenangan.

Satu persatu isi dalam laci itu aku masukkan ke dalam beg tote ku. Satu persatu laci aku bongkar sehinggalah mataku terpandang akan bingkai gambar yang masih jelas gambar yang dipamernya. Tak semena, senyum lirihku terukir.

Perlahan, aku capai gambar tersebut lalu aku belek lama. Terlihat gambar pernikahan aku dan Harraz yang serba ringkas di kediaman ku dipotret. Jari jemariku naik membelai wajah Harraz yang berada dalam gambar itu.

"Saya harap Tengku izinkan saya pergi. Kalau boleh, saya nak hilang terus dari hidup Tengku. Saya tahu.. Tengku takkan rindukan saya." sendu, aku berbicara.

Kemudian, tangan kananku pula turun membelai perutku yang sedikit membuncit. Senyuman tipisku terukir. Bundar mataku menatap wajah lelaki itu yang serba segak mengenakan baju melayu putihnya.

"Izinkan saya bawa anak kita ni sekali. Saya janji saya akan besarkan dia dan didik dia untuk jadi lebih baik daripada saya. Saya juga takkan lupa untuk ingatkan dia yang dia juga miliki seorang ayah yang setia macam Tengku. Saya janji." lirih, aku menutur kata. Spontan, beningan air mata yang cuba ku tahan, akhirnya turun membasahi pipi.

Ya Allah, jika benarlah keputusan  untuk meninggalkannya adalah yang terbaik maka, kau relakan lah hati ini untuk pergi. Kalau betul dia bukan jodohku, maka jauhkan lah hati aku dari terus mencintai nya. Padamkanlah segala suka dan duka aku bersamanya, merintih jiwa ku meminta.

"Lia." seruan suara lunak Hannan menjedakan tangisanku.

Segera, aku sapu air mata yang membasahi pipi. Bingkai gambar itu pula laju aku masukkan ke dalam beg tote ku lalu aku berdiri tegak.

Hannan memunculkan dirinya. Sambil berpeluk tubuh, dia memandang ke arahku dengan pandangan berharap. Yurp, berharap agar aku dapat mengubah keputusanku ini.

"Kau masih berdegil nak pergi ke, Lia?" soal Hannan sudah berkerut dahi. Nadanya seakan merayu.

Aku mengeluh berat. Tidak membalas, aku terus melajukan langkahku keluar dari bilik tidurku itu sekaligus melintasi jasad Hannan yang masih kekal di bingkai pintu bilikku.

Melihatkan gelagatku yang agak dingin itu, Hannan segera mengekoriku.

"Seriouslah Lia? Kau itu masih belum fully sembuh tau. Kalau jadi apa-apa kat kau nanti macam mana?" leter Hannan. Masih langkahnya membuntuti ku menuruni anak tangga.

Aku keluh kecil. Langkahku masih aku majukan ke hadapan. Pujuk rayu Hannan itu langsung aku tak pedulikan.

"Aku dah tekad dah, Nan. Lagipun, aku dah kemas barang. Kalau bab jaga diri itu, kau tak payahlah fikir. Aku ni dah besar. Pandai lah aku nak jaga diri aku macam mana." sahutku tanpa memandang ke arah Hannan di belakang.

Keluar saja dari rumah, aku bergegas ke bonet keretaku yang masih terbuka. Hannan yang sedari tadi menuruti ku sudah melipat tangan sambil memerhati kan aku meletakkan tote bag itu ke dalam bonet.

"Aku tahulah kau pandai jaga diri tapi.. lepas apa yang jadi ni, aku risau. Aku risau kalau ada lagi orang macam Farish itu nak balas dendam dengan kau." Hannan menyampaikan kerisauannya.

Aku tarik nafas dalam. Angin sepoi-sepoi yang dihembuskan alam sedikit sebanyak mengurangkan tekanan aku menghadap Hannan. Aku tahu dia risaukan aku tapi.. aku cuma nak dia faham, aku perlukan ruang untuk bermeditasi.

Selepas apa yang jadi pada aku kini, aku perlukan tempat untuk bersendiri. Dan.. kampung halaman aku adalah tempat yang paling sesuai untuk aku tenangkan diri sekaligus menjauhkan diri daripada Tengku Harraz Naufal buat seketika.

Bonet kereta ku yang terbuka, aku tutup lalu pandanganku melirik ke arah Hannan yang masih tayangkan raut gusarnya. Senyum tipisku, aku lemparkan.

"Kau doakan ajelah yang baik-baik. Doakan aku selamat sampai ke tempat yang aku tuju. Kau memang kawan baik aku, Nan cuma.. untuk kali ini, aku cuma nak kau faham aku. Please.." rayuku sambil menghampirinya.

Tergamam. Hannan di hadapan ku diam sejenak. Lama matanya merenungku. Seakan mencari keberanian untuk melepaskan aku pergi sendiri.

Hampir beberapa saat dia tekun melirik ku sebelum keluhannya terlepas. "Fine. Kalau kau dah cakap macam itu, aku ikut cuma aku nak kau hati-hati. Setiap lima belas minit,jangan lupa call aku. Dah sampai kampung pun, jangan lupa hubungi aku. Faham?" pesannya sambil mencapai kedua belah tanganku.

Tersenyum lebar aku tatkala mendengar bebelannya yang serupa arwah ibu aku. Serupa gitulah gayanya arwah ibu dulu kalau berleter. Haih! Kalaulah ibu masih hidup, pasti sudah digelarnya si Hannan itu kembar lain ibu lain bapa. Hihiks!

"Ya, makcik. Aku.." belum pun habis aku menyusun kata, telingaku berjaya menangkap bunyi deruman enjin kereta di hadapanku.

Serentak itu, aku memusingkan kepalaku ke belakang. Terkejut aku dibuatnya tatkala melihat jasad Luqman yang keluar dari kereta Range Rover hitam yang dipandu nya.

Wajahnya tampak tegas menatapku. Segera, dia menghampiriku.

Aku pula sudah terkial-kial melihatnya. Aih?! Sejak bila pula, aku beritahu si Luqman yang aku nak pergi ni?, getusku sendirian.

"Sorry, Lia. Aku terbagitahu Luqman fasal ini." bisik Hannan yang sudah tercegat berdiri di belakang ku.

Haih, Hannan!

"Jangan pergi. Kau kena tinggal dengan kawan kau sampai doktor kata yang kau betul-betul sembuh." tegas dia berbicara seusai tiba di hadapanku.

Aku sudah jongket kening. Masih tak lepas wajah Luqman itu dari pemerhatian ku.

"Saya berterima kasih dengan awak Luqman sebab dah selamatkan saya cuma.. saya nak awak tahu, awak tak ada hak nak halang saya." lembut, aku membalas. Tak mahu berkasar pada lelaki yang sudah berjaya selamatkan aku.

"Aku tahu tapi, aku cuma nak pastikan kau selamat. Aku takut benda yang sama terjadi lagi pada kau. Kalau bukan aku, kalau bukan Hannan, siapa lagi yang dapat lindungi kau? Harraz?"

Tergamam aku tatkala mendengar butir bicara Luqman itu. Nadanya seakan memperlekeh kewujudan Harraz. Air mukaku tak semena berubah muram. Senyumku juga pudar.

Tidak membalas, aku terus berura-ura mahu masuk ke dalam kereta. Namun, tangan kanan Luqman laju menyambar pergelangan tanganku sekaligus menghalang pergerakan ku itu.

Aku yang masih trauma dengan kejadian beberapa hari lepas, spontan meleraikan genggaman tangan Luqman kasar lalu aku dekatkan tubuhku kepada Hannan. Lagak aku itu seakan orang histeria. Hannan yang menyaksikan tingkah ku itu, terus saja memaut bahuku. Berharap, cara itu dapat menenangkan aku.

Kaku Luqman sejenak tatkala menyaksikan tingkahku yang seakan jijik apabila disentuh olehnya. Baru dia nak merapat setapak, aku makin rapatkan lagi jarakku ke tubuh Hannan.

"S-sorry Lia, aku tak bermaksud. Aku cuma nak kau.."

"Encik Luqman, saya tahu niat encik baik cuma.. buat masa sekarang, boleh tak encik Luqman pergi. Saya risau tengok keadaan Aulia yang macam ini." tegah Hannan melarang. Silap dia angkut si Luqman ni menghalang si Aulia.

Luqman masih berkeras untuk kekal berdiri di situ namun melihatkan Aulia yang masih jelas trauma buatkan jiwanya risau untuk menghukum gadis itu. Terus, keluhannya terlepas.

Diundurkan langkahnya, dua tiga tapak.

"Aku tahu aku siapa dan aku tak berhak nak larang kau, Lia. Cuma, aku nak kau selamat. Aku takut benda yang sama jadi pada kau dan aku takut waktu itu, aku tak ada untuk lindungi kau." ujar lelaki itu dalam nada merintih.

Telingaku yang jelas menangkap bicaranya itu sudah ketap bibir. Pelukanku yang tadi erat pada tubuh Hannan terus saja longgar. Sedikit demi sedikit, langkahku seret agar mendekatinya walaupun jarak kami tidak begitu rapat.

"Awak memang lelaki yang baik Luqman tapi saya harap awak faham. Saya perlukan ruang untuk bersendiri. Saya perlu tenang kan diri. Saya perlu tinggalkan tempat yang dah banyak melukakan jiwa dan raga saya. Huh, sebagai sahabat saya.. saya harap awak mengerti Luqman." balasku dalam nada untuk bertenang.

Luqman kelu namun, akhirnya dia menghela nafas berat. Kedengaran bahawa dia masih sukar untuk menerima keputusan aku itu bulat-bulat.

"Baik. Kalau kau dah cakap macam itu, aku takkan halang kau. Cuma, aku nak pesan.. kau jaga diri kau elok-elok." pesan Luqman seakan pasrah.

Aku tarik senyum tipis. Tak lepas, mataku memandang Luqman.

Sebagai seorang playboy, dia memang mampu menghangatkan jiwa seorang perempuan dengan kata-kata.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro