MHB 59

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Boleh tak kalau kali ini abang nak jadi imam Lia?"

Pertanyaan Harraz itu berjaya buatkan senyumanku terukir seusai menunaikan solat fardhu Isyak berjemaah bersama di dan Dahlia. Tak dapat aku nafikan, betapa mantapnya bacaan surah Al-Kahfi dan juga ayat-ayat lain yang meniti keluar dari mulut Harraz.

Sekali dengar, rasa macam nak terhenti saja jantung ini berdegup. Yurp, mati. Bacaannya yang sangat lunak dan kemas tajwid itu sedikit sebanyak mengurang kan rasa marahku padanya.

Habis saja bacaan doa, aku terus mengatur langkah laju ke bilik. Entah kenapa, malam ini aku taknak bersemuka dengannya. Aku takut kalau aku meletakkan harapan pada dia dan dia.. mungkin dengan mudahnya akan punahkan harapan aku itu.

"Lia, boleh tak kalau abang masuk?" soal Harraz yang sudah menghulur kepalanya di celah pintu bilikku yang terbuka.

Aku yang ketika itu sedang menanggalkan kain telekung yang menutup rambutku, sekadar mengangguk. Terus, aku sambung aktivitiku bagi memperkemas diri sebelum tidur.

Setelah mendapat keizinan daripada ku, Harraz menurut. Langkahnya disusun memasuki bilik tidurku. Pintu bilikku yang tadi dibukanya terus ditutup lalu dia datang menghampiri ku yang ketika itu sedang sibuk menyisir rambutku.

Rasa gugup yang menguasai diri, aku cuba pendam dalam. Ikutkan hati, memang bergetar tangan aku ni apabila Harraz datang menghampiri namun.. aku cuba berlagak cool. Tak boleh tunjuk sangat gelojohnya itu.

"Nak duduk sebelah Lia, boleh?" soal Harraz yang sudah terpacak depanku.

Aku yang ketika itu mendongak pandang dia, sekadar mengangguk. Terus aku seret kan tubuhku ke kiri sedikit bagi memberi ruangnya untuk duduk.

Harraz pula lekas melabuh punggung di sisiku. Matanya melekap pada aku. Nampak gayanya, dia sudah bersedia mahu berbincang empat mata denganku.

"Lia.. masih marahkan abang?" soalnya terselit ura-ura gugupnya.

Aku di sisi lelaki itu hanya menunduk. "Tak, Lia tak marahkan abang. Abang tak buat salah apapun dengan Lia." balasku mendatar. Entah kenapa, aku masih ikutkan ego aku.

Mendengarkan itu, Harraz mengeluh kecil. Mungkin dia juga pasrah mendengarkan kenyataan palsu yang aku lontarkan setiap kali dia tanyakan soalan yang sama.

"Seberapa banyak kali pun Lia menidakkan perkara tu, abang tahu silap abang pada Lia sangat besar. Abang tahu kerana perangai abang, Lia kecewa. Abang tahu kerana kasih abang, Lia sakit. Sekarang, baru abang tahu yang abang silap. Abang terlalu kejar orang yang salah dan terus menerus sakitkan orang yang betul." ujar lelaki itu sedikit sebak.

Tergamam aku sejenak apabila mendengar bicaranya itu. Bagaikan terselit suatu makna yang besar. Aku terus mengangkat wajahku ke arahnya. Berkerut dahi aku terpamer.

"Maksud abang?"

Harraz alih pandang aku. Senyum pahitnya dikuntum. Pandangan penuh maknanya diberi.

"I know who you're. I know you're Miss Hearbreaker yang Farah upah untuk jadi orang ketiga. Kan, Aulia Arisya?"

Terkedu. Tak bergerak tubuh aku sejenak apabila mendengar pengakuan Harraz itu. D-dia.. dia tahu aku Miss Heartbreaker? Dia tahu motif aku datang dalam hidup dia? Huh!!! Aku sudah teguk liur.

Perasaan yang tadi kononnya marah berubah kalut. Aku sendiri tak tahu nak berikan reaksi apa. Mana tidaknya, tanpa sebarang signal.. Harraz terus bongkarkan identiti sebenar aku dalam hidup dia. Phuh!

"Ma-macam mana, a-abang t-tahu?" gagap terus aku bertanya.

Melihatkan reaksi ku yang sudah kacau, senyuman Harraz berubah. Seakan mendapat satu idea, tatapannya juga kali ini berani. Tatapan yang seakan memancing aku.

"Aulia Arisya tak perlu tahu dari mana abang tahu tentang semua ini. Abang nak Lia tahu satu perkara ni aje." ujarnya sudah semacam pandang aku.

Gulp! Untuk sekian kalinya, aku meneguk air liur. Gemuruh jiwaku tak usah disebut. Kalau boleh aku melarikan diri, mahu saja aku lari. Tak betah menghadap Harraz yang berikan tingkah penuh misterinya ketika ini.

"A-apa dia?" ketar pada pertanyaan masih belum lupus dari lidahku. Haih, gugup!

Harraz tarik senyum penuh maknanya. Jarak sudah dirapat mendekati aku yang jelas terpinga. Bila Harraz seret tubuhnya merapat, aku sudah naik bulu roma namum masih punggungku tak mahu berganjak. Pandangan kami berlaga.

"Abang cuma nak Lia tahu kesilapan terbesar Farah pada abang adalah perkenalkan Lia pada abang." tuturnya dengan makna mendalam.

Aku disisinya jelas tergamam. Terus saja perasaan berdebar yang tadi melatari jiwa ku jadi terhenti. Perasaan kecewa pula mengambil tempat. Adakah dia rasakan pertemuan antara aku dan dia adalah suatu kesalahan?

"Abang kata pertemuan kita suatu kesilapan?" ajuku untuk mendapat kepastian.

Tersengih Harraz mendengarkan soalanku itu. Wajahnya kini terhenti beberapa inchi jauh dari wajahku. Dekat lagi seinchi, mau berlaga hidung kami.

Harraz tatap anak mata aku dalam. Senyumannya masih terukir. Tangannya pula naik membelai ubun kepala ku secara perlahan. Automatik, sentuhannya itu buat kan seluruh tubuhku terasa kaku.

"Tak. Pertemuan abang dengan Lia adalah anugerah. Sekarang.. baru abang faham kenapa Tuhan bawa Lia masuk dalam hidup abang. Tuhan nak abang buka mata abang untuk menilai mana satu perkara terbaik dalam hidup abang dan perkara itu adalah Aulia Arisya, isteri Harraz." satu persatu perkataannya bagai mencairkan hati aku.

Kerana bicaranya itu, aku jadi terpana. Langsung mata aku tak berkedip pandang wajahnya itu.

Bila melihatkan reaksiku yang masih terpana, Harraz perlahan mendekatkan wajahnya ke wajahku. Sejurus itu, bibirnya segera bertemu dua ulas bibirku. Kaget aku sejenak namun aku membiarkan keadaan itu berlarutan. Hangat nafasnya menampar kulit yang membalut wajahku.

Namun seketika, ingatanku terkenang akan Farah. Tak semena, aku menolak tubuh Harraz yang mulai menghimpit tubuhku sekaligus melepaskan kucupannya ke bibirku. Melihatkan tindakan drastikku itu, Harraz sudah berkerut kening. Pandangan tidak mengertinya dilemparkan.

"Kenapa, Lia? Lia tak suka ke?"

Aku diam sejenak. Terus aku tundukkan pandangan ku ke bawah. "Farah? Abang lupa ke yang abang masih ada Farah. Lia tahu dalam hati abang.. abang masih cinta kan Farah kan?"

Lelaki itu sudah ketap bibir. Ada kerutan tak sukanya terpamer di wajah. Terus dia menjauhkan dirinya dariku. Kini, matanya dialihkan dari terus memandangku.

"Kalau Lia masih tak maafkan abang, tak apa. Tapi, jangan sesekali tuduh abang masih sayangkan perempuan itu. Cinta abang hanya pada Lia bukan Farah. Titik." tegasnya.

Segera, dia menyusun langkah keluar dari bilik tidurku.

Tergamam. Aku sudah terkebil-kebil sendirian. Huh?! Ke-napa tiba-tiba Harraz marah bila aku sebut fasal Farah?

Bukan aku ke.. yang sepatutnya marah pada dia?
...
Tag 'buka' yang tergantung di pintu hadapan kedai, diterbalikkan kepada 'tutup' oleh Hannan. Setelah itu dia meregangkan sekejap urat-urat tubuhnya yang sedari tadi gigih memberi khidmat.

"Cik Hannan!" laung suara lunak dari belakang Hannan.

Terus Hannan memusingkan tubuhnya ke belakang. Dilihat pekerjanya, Aisyah yang sudah bertukar pakaian menghampirinya. Ditangan kanannya terdapat satu bekal berwarna unggu.

"Aih? Saya ingat awak dah balik." sahut Hannan setibanya Aisyah di hadapan.

Aisyah sekadar tarik sengih. "Saya mandi kejap, cik Hannan. Itu yang lambat sikit itu. Kalau balik terus, mau esok baru mandi Cik Hannan." tutur Aisyah cuba untuk bergurau senda dengan majikannya itu.

Hannan pula melayan. Gelaknya melatari mendengar jenaka suam-suam kuku pekerjanya itu.

"Erm, cik Hannan. Ini ada brownies yang lebih. Saya sisihkan untuk cik Hannan sikit. Bolehlah makan masa memandu balik rumah nanti kan?" sambung Aisyah lalu menghulurkan bekal ungu yang dipegang nya.

Mahu tak mahu, tangan Hannan menyambut. Dibukanya sedikit penutup bekal itu lalu kelihatan enam biji brownies di dalamnya. Aroma brownies juga sempat mengusik batang hidung Hannan.

Raut teruja Hannan tergambar. Senyuman nya mekar melebar. "Baguslah awak ni, Aisyah. Hmm.. bolehlah saya bagi Rinah sikit. Budak itu memang hantu brownies." ucap Hannan.

Kalau terlihat brownies, fikiran Hannan terus saja teringatkan pada anak kecil itu. Semenjak dia biarkan anak Ameer itu berkeliaran dalam kafe, dia sudah mulai kenal luar dalam anak kecil itu. Dari perkara sekecil-kecil alam sehinggalah sebesar-besar badak. Kira.. macam Hannan ni dah pro sangatlah dengan Arinah itu!

"Ha, betul juga tu cik Hannan. Saya terlupa pula pasal budak kecik itu. Hmm.. tadi saya ada dengar suara dia kat bilik persalinan lelaki. Dengan Ameerlah kot." balas Aisyah apabila topik Arinah dibuka.

Hannan sekadar mengangguk. Setelah pamitan, laju langkah Hannan dihayun menuju ke bilik persalinan lelaki. Dari jauh lagi, dia sudah dengar suara lantang Arinah sedang berbual melatari.

Semakin dekat, isi bicaranya semakin jelas menyapa halwa pendengaran Hannan. Senyuman teruja Hannan terus saja pudar tatkala mendengarkan bicara antara Arinah dan juga Ameer.

Perlahan, langkahnya disusun merapati pintu kamar yang masih terkatup. Kemudian, dia dengan berhati-hati menyandarkan telinganya ke permukaan pintu.

"Babah, Rinah tak suka dengan uncle Luqman itu!" bentak anak kecil itu dengan nada tak puas hati.

"Why, sayang? Aip! Babah.. tak ajar tau anak babah tak suka orang. Hmm.. uncle Luqman ada buat salah kat Rinah ke?"

Hening seketika. "Rinah tak nak auntie Nan dengan dia. Rinah nak auntie Nan jadi mama Rinah. Rinah nak auntie Nan dengan babah. Hmm.. babah tak sayang ke dengan auntie Nan?" pertanyaannya terselit kecewa.

Hannan yang mendengar pertanyaan Arinah itu jelas tergamam. Matanya buntang. Kerana kaget, mulutnya yang sudah ternganga luas ditutupnya.

Sungguh, dia tak sangka soalan itu akan terpacul keluar dari mulut anak kecil yang belum mencapai usia remaja. Sayang?

Perasaan Hannan berubah gugup. Entah kenapa, dia jadi penasaran untuk tahu jawapan yang akan keluar dari mulut Ameer. Lelaki yang selama ini tersangatlah baik budi bicaranya dan tak pernah letih memberikan tunjuk ajar kepadanya untuk menguruskan perniagaan kafe itu.

Kerana sikap Ameer itu, Hannan mula rasa selesa untuk rapat dengan lelaki itu. Namun, terkadang dia juga menjaga batas pergaulan mereka agar tidak terlalu dekat. Yurp, nak tak nak.. Hannan perlu akui Ameer bukannya lelaki bujang. Lelaki itu masih perlu pikul tanggungjawab lain walaupun sudah kehilangan isteri yang tersayang.

Diam. Hannan masih tak mendengar suara garau Ameer menjawab. Tampaknya, soalan itu sangat sulit  untuk dijawab oleh lelaki itu.

Hannan sudah ketap bibir. Kenapa? Kenapa dia kecewa?

"Babah.. tak sayang auntie Nan ke? Babah tak takut auntie Nan suka orang lain?" tak cukup satu soalan, Arinah aju pertanyaan lain lagi.

Sepi.
Namun, setelah itu terdengar keluhan meniti dari dalam bilik persalinan tersebut.

"Mestilah babah sayangkan auntie Nan tapi babah taknak letak harapan pada sayang babah ni. Hmm.. babah tahu babah tak layak untuk auntie Nan. Kalau dengan uncle Luqman, auntie Nan gembira.. Babah pun tumpang gembira." sayu saja nada lelaki itu menjawab.

Hannan di luar sudah terlopong. Terhinjut bahunya kerana terkejut. Sungguh, dia tak sangka bahawa jawapan itu yang akan diberikan Ameer.

Yurp, gentleman teruks!

"Jadi, babah tak kisah kalau auntie Nan kahwin dengan uncle Luqman?"

"Hmm.. babah tak dapat jawab soalan Rinah tu. Dah besar nanti, mesti Rinah faham kenapa babah buat semua itu."

Jawapan Ameer berjaya menerbitkan rekahan lebar di hujung bibir milik Hannan. Yurp, jawapan Ameer buatkan perasaan nya berasa tenang.
...
p/s>>

Assalamualaikum dan Selamat petang semua. Sorry sebab lama dah tak update. Saya not in mood dan ditambah dengan study. Minggu depan saya ada test untuk semua subjek untuk sem ni so saya harap anda semua faham. Haha.. saya masih student dan untuk sem ni saya nak fokus pada study dulu. Saya akan update tapi tak banyak maybe banyak skip day.

Hmm.. since dah nak dekat penghujung bulan 9 dah so saya rasa citer ni maybe takkan tamat hujung bulan ni. InsyaAllah, kalau dapat.. saya akan habiskan pertengahan bulan Oktober atau hujung.. Mianhee.. Jujur, buat masa sekarang saya tak ada komitmen untuk update untuk new chapter untuk citer ni.

Sorry semua.. InsyaAllah next two day, saya update.

Stay tuned❤❤
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro