MHB 62

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tak cukup dengan ngauman enjin keretanya, Farah menambah lagi kebingitan itu dengan selingan bunyi hon. Ketika ini, dia sudah tidak endahkan makian dan herdikan jiran sekeliling. Baginya sekarang, sesiapa tidak ada hak untuk melarangnya bertemu dengan suaminya, Tengku Harraz Naufal.

"Puan, tolong hentikan semua ini. Tolong turutkan amaran yang telah ditetapkan." laung Pak Seman  yang  masih tak putus asa menghentikan tindakan gila gadis itu.

Namun, bagaikan amaran sia-sia. Farah tak pedulikan semua itu. Dia masih menerus kan aksi agresifnya itu. Selagi dia tak bertemu dengan Harraz, selagi itu dia takkan berhenti.

Matanya tajam merenung rumah agam milik Tengku Harraz Naufal. Gayanya itu seakan harimau belang yang menanti masa untuk menerkam mangsanya. Dan.. mangsanya itu tak lain dan tak bukan adalah Tengku Harraz Naufal.

"Panggil Harraz jumpa saya, baru saya akan hentikan semua ini." tetapnya dalam nada tegas.

"Tengku Harraz..." belum pun sempat lelaki itu membalas, matanya terus saja terpandangkan sosok Harraz yang sudah melangkah kemas menuju ke arah kereta.

Serentak itu, Pak Seman menjarakkan diri. Tundukan hormat diberikannya sebelum dia melangkah meninggalkan Harraz menyelesaikan masalah tersebut.

"Farah!" suara garau itu memecah kebingitan yang sedari tadi melanda.

Farah yang tadi leka membuat bising terus saja mematikan tindakannya. Aman sekejap telinga tanpa sebarang deruman dan juga bunyi hon.

Perhatiannya terkalih ke sisi. Awalnya, reaksi terkejutnya dipamer namun terus saja dia ubah dengan senyuman teruja. Pantas, dia mematikan enjin kereta miliknya lalu dia keluar dari perut kereta.

Baru sahaja dia mahu memeluk Harraz, lelaki itu terlebih dahulu membuka jurang.  Sekilas, tangan Farah ditepisnya tanpa sebarang amaran.

Terkedu gadis itu sejenak. Raut yang tadi ceria berubah kelam. Tak mengerti.. dengan tindakan refleks yang lelaki itu berikan.

Huh, kelihatan.. dingin.

"Harraz? Kenapa dengan you ni?" soalnya dengan raut terpinga-pinga.

"Nothing. Why?" bersahaja Harraz membalas.

"You macam janggal dengan I. You okay ke? I ada buat salah dengan you ke?" dua tiga soalan dihamburnya. Dari gaya bicaranya, jelas sangat dia mahu meneruskan pembohongannya.

Harraz tarik sengih. Lucu plus meluat. Yurp, hanya dua perasaan itu kini bermain dalam hatinya. Kalau ikutkan sakit hati, sudah lama pipi merah milik Farah Nabilla itu terkena tempias tamparannya.

Masih berlakon polos? Pfft.. Harraz berasa jijik.

"Jangan nak berlakon lagi, Farah. I dah tahu   benda busuk tentang you. Jangan buat- buat bodoh. Cara you tu cuma makin menambah rasa benci I pada you aje." Harraz cuba untuk bertenang walaupun ayatnya sudah terisi sedikit gertakan.

Tergamam gadis itu mendengar tuduhan yang dilemparkan Harraz. Perasaan gemuruhnya memburukkan keadaan. Dipaksakan dirinya untuk bertenang. Senyum nampak giginya ditayang.

"A-apa maksud you ni? I-I tak faham?!"

Harraz tarik sengih. Dijelingnya gadis itu sinis. Kini, melihatkan gadis itu.. tak ada setitik pun rasa cinta melainkan kebencian. Ya, kebencian kerana kesetiaannya selama ini dipermainkan oleh gadis yang amat dia sanjungi.

"Mana you menghilang sepanjang I sorang-sorang dalam masalah?" Harraz sudah mempersoal.

Farah ketap bibir. Tubuhnya kaku. Sungguh, soalan itu tidak mampu dijawab oleh nya.

"I...I.." gagap dia menjawab. Bola matanya sudah meliar kanan dan kiri.

Harraz hampir saja naik tangan melihat gelagat Farah yang masih tak bertindak jujur dengannya. Huh!! Kalau dah menipu, selamanya menipu.

"You tak dapat jawab sebab you dengan lelaki lain kan waktu itu. Time I melalak kehilangan you, time tu you tengah enjoy menggatal dengan boyfriend you kan? Huh!!! Puas? Puas ke you sekarang sebab dah berjaya memperbodohkan I? Puas dah you sebab selama ini I setia dengan you. Mesti you puaskan gelakkan anjing bodoh macam I ni. I percayakan you tapi you.. sibuk bercinta dengan orang lain!!!" kesabaran Harraz tak dapat dibendung. Dihujung ayat, dia menolak kasar tubuh Farah sehingga belakang gadis itu menghempas bingkai kereta.

Bukan setakat itu sahaja, tangan kekar Harraz sudah menjalar mencekik leher Farah dihadapannya. Rontaan Farah beberapa kali langsung dia tak pedulikan. Sungguh, dendam dan amarahnya memuncak apabila membayangkan kesetiaannya dicabar oleh gadis itu. Yurp, dia rasa bodoh! Tersangat dungu!

"Harraz.."

Bisikan suara lunak milik Aulia menyapa halwa telinga Harraz. Serta merta, perasaan dendam yang  kian menguasai hatinya mendadak hilang. Segera dia lepaskan cengkamannya pada leher Farah lalu berkali-kali dia mengucapkan istighfar. Sedar dia akan kekhilafan yang telah dia lakukan pada Farah sebentar tadi.

Lepas saja dari cengkaman Harraz, tubuh Farah melorot jatuh. Kedengaran bunyi batukan kecilnya melatari ruang. Lehernya yang berbekas merah diurutnya sambil anak matanya melirik ke arah Harraz yang sudah meraup wajahnya tanda kesal.

Sungguh, Farah tak percaya yang Harraz akan bertindak begitu sekali padanya.

Selama ini, Harraz yang dia kenal tak pernah pun mengasarinya apalagi melukai nya. Namun, kini.. lelaki itu membuktikan bahawa kesabarannya juga ada batasnya.

"Ha-Harraz..." suara serak-serak basah milik Farah mengisi ruang.

Walaupun dalam ketakutan, dia masih cuba untuk bangkit. Tubuhnya dirapatkan pada rangka kereta miliknya sebagai langkah berjaga-jaga. Risau kalau 'setan' Harraz menjelma lagi.

"Jangan tunjuk muka you pada I lagi. Please.." rintih lelaki itu tanpa memandang Farah. Nadanya seakan merayu.

Farah ketap bibir. Masih, matanya tak lepas menatap Harraz yang kelihatan risau dan gelisah.

"I cuma.."

Harraz mengeluh lemah. Digagahkan matanya untuk bertemu wajah pucat Farah. Langsung tiada senyuman dia berikan.

" I sayangkan you, Farah. Sayang. I cintakan you lebih dari I cintakan diri I sendiri. I sanggup buat apa saja semata-mata nak tengok you bahagia. Selama ini, I ingat apa yang I buat dapat bahagiakan you tapi.. nampak nya I silap. Baru I sedar sekarang, kesetiaan I tak mampu beli cinta you. Mungkin silap I sebab terlalu paksa you untuk terima I. Ya, semuanya silap I.

I anggap kehadiran you dalam hidup I ada hikmahnya. Disebabkan you, I belajar benda baru tentang cinta. Disebabkan you, I tahu kesetiaan tak mampu membeli cinta dan kerana you, I jumpa orang yang tepat dalam hidup I. Thanks Farah, thanks sebab bawakan Aulia Arisya dalam hidup. Thanks sebab kenalkan dia dan ajar I untuk belajar cintakan dia. Thanks.." lemah, Harraz menuturkan bait katanya..

Terkilan. Kata-kata Harraz berjaya mengundang sebak dalam hati Farah. Air mata yang ditahannya tumpah dek mengenangkan kesalahan demi kesalahan yang telah dia lakukan pada lelaki itu. Yurp, kesalahannya itu besar.

Sangat besar.

"Harraz.. I.."

Harraz tarik senyum. "Farah Nabila, I ceraikan you dengan talak satu. Sekarang, you bebas. You buatlah apa yang you nak buat. Kalau I bukan orang yang tepat, then.. mungkin ada yang lagi sesuai untuk you. Maafkan I kalau selama I jadi suami you, I banyak kekurangan. Maaf." ucap Harraz beralah pergi.

Sebak. Farah pantas saja terduduk. Lebat air matanya mengalir. Hatinya remuk.

Yurp, dahulu.. perpisahan inilah yang dia mahukan namun kini.. kenapa perpisahan ini terlalu berat?

"Harraz.. maafkan I.."
...
Rancangan televisyen yang memaparkan drama tv3 itu, aku tonton dengan sangat khusyuk. Aih, semenjak mengandung ini.. selera aku semuanya berubah. Dari selera makan sikit, aku sekarang berubah jadi seorang pelahap. Apa saja benda aku makan. Begitu juga dengan siaran tv. Kalau dulu, aku gemarkan cerita predator yang makan manusia, sekarang.. aku gemarkan drama sendu yang memaparkan kisah seiras-iras romeo dan juliet. Huh!!

Jangan kecam!

"Khusyuknya menantu mama ni tengok tv. Dah jadi heroin ke itu?" usik Tengku Wana dari arah dapur.

Langkahnya disusun mendekatiku di ruang tamu.

Mendengarkan suara lunaknya itu, aku pantas berpaling ke belakang. Terliur aku dibuatnya tatkala melihat datangnya ibu mertua aku itu bukan dengan tangan kosong. Terdapat segelas cecair berwarna hitam-hitam gitu.

Dari jauh macam air pepsi.

"Mama bawa apa itu?" laju aje aku bertanya. Entah kenapa, feeling aku kuat mengatakan air itu khas dibuat Tengku Wana untuk aku.

Wanita itu sudah tersenyum nampak gusi. Sofa kosong disebelahku didudukinya lalu gelas berisi air hitam itu diberikannya pada aku. Dalam keadaan terpinga-pinga, aku menyambut hulurannya itu.

"Ni jus kurma dengan kiwi. Mama tambah sikit pudina untuk kesegaran. Bagus tau kurma ini untuk ibu mengandung." gamak Tengku Wana berkongsi tips.

Aku sudah mencebik. Ergh!! Minuman berkhasiat..

"Taknaklah ma. Bau dia peliklah." ujarku berura-ura mahu menyerahkan gelas itu kepada Tengku Wana semula.

Namun wanita itu bijak menangkis pemberianku. Nak dipendekkan cerita, gelas itu masih setia dalam pegangan tanganku.

"Eh, mana boleh cakap macam itu. Hmm.. bau dia memang pelik sikit tapi rasa dia sedap tau. Kamu cubalah minum." desak Tengku Wana sudah tayang muka seposen nya.

Aku sudah dirundum serba salah. Air hitam dan Tengku Wana aku pandang silih berganti. Aih!! Lama aku begitu.. sebelum aku buat keputusan, untuk menjaga hati ibu mertua aku itu.

Orang dah rajin buatkan, kenalah hargai kan?

Tak membuang masa, aku cuba untuk meneguk jus tersebut. Awalnya, sukar untuk bendalir itu melalui tekakku namun bila dah sampai ke perut, rasa sedap pula. Erm.. macam nak tambah lagi.

"Sedap!" terujaku seusai menghabiskan jus tersebut.

Disebelah, Tengku Wana sudah tersenyum lebar. Seronok melihat reaksiku yang puas dengan jus berkhasiatnya itu.

"Lepas ni mama buat jus saderi pula ya." cadang wanita itu.

Laju aku gelengkan kepala apabila nama sayuran itu disebut. Jangan! Aku boikot sayur tau.

"Tak mahu. Nak macam ini aje selalu.." mengada minta kaki gelagatku itu. Nasib baik comel, uhuk!

"Taknak ke kamu..." jeda perbualan kami tatkala deruman enjin kereta milik Harraz kedengaran.

Aku dan Tengku Wana saling berpandangan. Hairan sebenarnya. Yalah, baru petang tadi Harraz kata dia mungkin ada kerja sampai esok. Tup-tup, malam ni dia pulang pula.

Apa kes?

"Harraz ke itu?" soal Tengku Wana sudah kerut dahi.

Aku ketap bibir. Tak dapat aku nak berikan jawapan namun dari bunyi enjin, aku yakin.. itu bunyi kereta milik suamiku, Tengku Harraz Naufal.

Lama kami berteka-teki di sofa ruang tamu sebelum bunyi pintu utama rumah terbuka mengejutkan kami. Segera kami berpaling ke arah bunyi tersebut.

"Harraz!" laungku saat melihat Harraz memasuki rumah. Penampilannya kelihatan kusut malam itu.

Segera aku dapatkannya. Tengku Wana juga turut mengekoriku.

Belum pun aku berhenti dekat dengannya, Harraz terlebih dahulu menarik aku kedalam pelukannya. Tergamam. Namun, aku biarkan dia bertindak begitu.

Segan juga apabila Tengku Wana menyaksi kan adegan kami itu. Erm..

"Abang..? Kenapa ni?" lembut aku bertanya. Belakang badannya aku usap lembut.

Dia kelihatan nyaman dengan perilaku ku itu. Melihatkan itu, aku terus menerus membelai belakang badannya.

"Janji jangan tinggalkan abang?" soalannya itu berjaya buatkan aku termangu. Kenapa.. tiba-tiba dia tanya soalan itu pada aku?

Aku diam untuk sejenak sebelum nafasku, aku tarik dalam. "Lia janji takkan tinggal kan abang. Lia janji akan selalu berada di sisi abang." ucapku tulus.

"Janji takkan kecewakan abang?" soalnya. Perlahan dia leraikan pelukannya. Matanya mencari anak mataku lalu ditatapnya dalam. Kelihatan, dia sedang mencari kejujuran dari mataku.

Aku tarik senyum. Lengannya yang terdedah aku cengkam lembut. "Mana mungkin Lia tergamak nak kecewakan lelaki yang Lia cinta kan?" sahutku jujur.

Kali ini, jawapanku mengundang sengih nampak giginya. Comel aje tengok dia senyum gitu. Terubat sedikit kerisauan aku. Aih, cair.

Setelah itu, Harraz diam. Juntaian rambutku diselitkannya ke celah telinga sambil matanya tak lepas dari menatap ku. Senyumannya masih tak lekang di bibir.

"Cantiklah isteri abang ni.." puji Harraz sambil mengusap ubun rambutku.

Tersipu malu aku apabila Harraz kata begitu.

Suasana romantis yang aku rasakan itu langsung melupakan aku pada sekeliling. Ingatan aku yang tadi segan pada kehadiran Tengku Wana bagaikan hilang dibawa angin.

"Ehem!" deheman suara gemersik itu menyedarkan kami ke realiti.

Terus mata aku dan Harraz sama-sama berpaling ke arah Tengku Wana. Kembali rasa seganku menjengah. Pipiku sudah memerah menahan malu. Aih!

"Erm, seronok sangat jumpa sampai mama kat sini pun.. kamu tak sedar ya?" usik Tengku Wana.

Aku dan Harraz masing-masing menunduk. Argh, sudah!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro