MHB 65

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Silakan duduk cik Aulia. Boleh kita mulakan perbincangan kita cepat." pinta Farah buat kali kedua. Lembut dan sopan saja nadanya meminta.

Aku ketap bibir. Perasaan gemuruh yang sedari tadi menghurung jiwa tak mampu untuk aku bendung. Wajah kelatku pasti jelas dibaca Farah ketika ini. Huh!! Tak.. aku memang tak boleh nak bertenang sekarang.

"Please cik Aulia.." rayunya dengan alis mata meminta apabila dilihatnya aku masih tercongol berdiri di hadapannya.

Awalnya, aku berniat untuk ingkar namun akhirnya aku beralah. Perlahan, punggung ku labuhkan di atas kerusi kayu itu. Selesa. Mataku sedari tadi tak lepas pandang wajah bersih Farah. Sesekali, aku pandang perut nya yang membusung kecil.

Farah di hadapanku tarik senyum. "Saya dah pesankan makanan. Erm.. kalau awak tak suka menunya, awak boleh saja minta yang lain. Saya belanja." ramah dia menyusun kata.

Aku yang masih was-was langsung tak membalas. Fikiranku sudah fikir macam- macam. Adegan meletak racun dalam makanan mulai bermain dalam fikiran ku. Mungkin ke Farah sedang cuba meracuni ku? Tergamak ke dia melakukan begitu sekali padaku?

Boleh jadi..?

"Kenapa tiba-tiba puan panggil saya berjumpa?" mendatar, aku mulakan perbincangan.

Cepat aku mulakan, cepatlah perbincangan ini akan tamat. Yurp, aku sudah diserbu rasa takut dan resah. Risau kalau apa yang aku fikirkan tentang Farah akan benar- benar terjadi.

Farah masih kekalkan senyumannya. Mata yang tadi betah memandangku sudah redup ke bawah. Beza benar pandangannya kali ini.

"Saya... nak minta maaf. Saya nak minta maaf sebab selama awak kenal saya, saya banyak menyusahkan awak, cik Aulia. Maaf kan saya." syahdu dia mengucapkan kalimah itu.

Aku tergamam. Mataku jelas terbuka luas. Sungguh, aku tak sangka kalimah itu akan terucap dari mulut Farah Nabilla. Seorang wanita yang selama ini aku kenali, kejam padaku sepanjang aku menjadi Miss. Heartbreaker.

Bila melihatkan diamku, Farah sudah mengeluh lemah. Pandangannya naik memandang ku. Wajah kesalnya bertayang. Pantas saja, tangannya mencari tanganku yang terletak atas meja lalu digenggamnya erat. Aku terkedu dengan perilakunya.

Kaget.

"Jangan diam cik Aulia. Tolong beritahu saya. Adakah awak maafkan saya? Adakah awak maafkan kesilapan saya? Saya tahu saya banyak buat salah pada awak dan Harraz. Saya tahu sepanjang awak kenal saya, awak banyak sakit hati. Saya kesal. Sekarang, saya sedar banyak dosa yang saya dah buat pada awak dan Harraz. Maafkan saya, Cik Aulia. Maafkan saya." rintihnya sebak.

Dapat aku lihat air jernih mengalir lebat dari birai matanya. Entah kenapa, aku dapat rasakan emosi yang bermain pada nya adalah tulus. Kekesalannya buatkan aku rasa bersimpati padanya.

Huh!! Mungkin, Farah dah berubah.

"Puan... tolong berhenti menangis puan." pujuk ku sambil mengusap belakang tapak tangannya.

Kelihatan para pelanggan di restoran tersebut memerhati aksi Farah tersebut. Aku pula cuba menangkis rasa malu dan segan. Sekarang, apa yang penting.. aku dapat memujuk Farah dari terus mengalir kan air mata.

Dia ketap bibir. Matanya yang merah kerana menangis ditatapkan padaku. "Cik Aulia.." serak dia memanggil namaku. Masih dengan mood bersalahnya.

Aku tarik nafas dalam. Terus tanganku naik mengusap lengannya yang terdedah. Berharap agar cara itu dapat mengurangkan kesedihannya.

"Tak apa puan. Saya dah lama maafkan puan. Yang lepas biarkan lepas. Sekarang, saya cuma nak mulakan hidup yang baru. Kita sama-sama mulakan hidup yang baru ya.." ujarku memujuk.

Haih, aku pun tak faham kenapa aku jadi seorang yang senang memaafkan pula. Mungkin sebab aku dapat rasakan ketulusan daripada kalimah maaf yang meniti dari bibir Farah agaknya. Yurp, sangat tulus dan jujur dari hati.

Farah ukir senyum nipis. Air mata yang membasahi pipi, dia sapu. Matanya turun ke arah perutku yang membulat besar. Boleh tebak usia kandungan ku berapa bulan.

"Sihat bakal anak cik Aulia. Mesti comel kan nanti anaknya." puji Farah berbasa basi. Masih kedengaran sedu sedannya.

Aku balas senyumannya. Tangan kananku turun membelai perutku. Dapat aku rasakan gerakan menendang dari dalam. Nampaknya, anak aku sedang seronok bermain di dalam. Hmm..

Namun tak lama lepas itu, perhatianku teralih ke arah perut Farah. Entah kenapa, aku hampir terlupa pada perutnya yang membuncit. Celupar kah aku kalau bertanyakan siapa bapa kepada anaknya itu?

Risau.. kalau orangnya adalah Harraz.

Aku sudah kepikiran. Kalau benarlah bapa kepada anak Farah adalah Harraz, kuatkah aku menerima kenyataan itu? Kalau ya, sanggup ke aku bermadu semula dengan Farah? Kalau ya, patut kah aku menjauh daripada Harraz semula?

"Saya harap bila usia kandungan saya capai usia yang sama, dia akan membesar sama seperti kandungan cik Aulia yang sekarang. Sihat." kata-kata Farah itu menarik perhatianku.

Tergamam. Aku pandang dia dengan perasaan bercampur baur. Tak dapat aku bendung keresahanku di wajah.

"Anak yang puan kandungkan itu... anak Harraz ke?" terpecah juga soalan itu dari mulutku. Cepumas.

Farah di hadapan kelihatan tenang menyambut soalanku itu. Gelas yang baru saja terhidang atas meja dihirupnya perlahan. Senyumannya dikekalkan manakala matanya redup melihatku.

"Kalau boleh, saya juga berharap anak ini adalah anak Harraz. Baru saya sedar, Harraz merupakan seorang suami yang baik. Kesilapan terbesar saya adalah melepas kan dia dan menyerahkan dia pada orang lain. Sebelum Harraz ceraikan saya, dia katakan sesuatu yang buatkan saya menyesal kerana lukakan hati dia sepanjang dia menjadi suami saya." bait- bait kekesalan itu dituturnya.

Aku membisu. Tak dapat aku balas kata- katanya itu. Mungkinkah sekarang Farah sudah berat hati untuk melepaskan  Harraz? Dia menyesal?

Farah yang menyedari perubahan air mukaku terus saja mendapatkan tanganku. Aku yang kelu dengan tindakannya itu, mengalih perhatian ke arahnya.

Dia ukir senyum tipis.

"Awak jangan salah faham. Saya cakap macam itu supaya awak tak mengulangi kesilapan saya yang dulu. Mungkin.. saya bukan yang terbaik buat Harraz. Awak layak untuk dia, Cik Aulia. Saya tahu betapa seksa nya awak dulu  sepanjang hidup bersama Harraz tetapi sekarang.. saya nampak Harraz bahagia. Awak pun nampak bahagia tanpa kehadiran saya. 

Saya tahu sekarang hati Harraz sudah sepenuhnya pada awak cik Aulia. Yurp, sayalah si kecundang. Mungkin, ini adalah pertemuan kita yang terakhir. Saya berjanji lepas ni saya takkan muncul dalam hidup awak dan Harraz. Kamu berdua layak untuk bahagia. Cuma.. kalau diberi peluang, saya harap saya dapat kemaafan Harraz sebelum saya tutup mata." ujarnya sebak. Senyum tipisnya terukir.

"Kenapa abang tengok sayang banyak termenung ni? Sayang sakit ke?"

Suara garau Harraz mengembalikan fikiran ku ke realiti. Terasa kucupan hangatnya menyinggah ubun kepalaku. Tangannya juga dari belakang menjalar memeluk pinggangku.

Aku yang ketika itu sedang bersandar di beranda sekadar membiarkan. Selesa apabila mendapat kehangatan dari tubuh suamiku itu. Kehangatan semulajadi.

"Abang dah siap mandi?" bukan nak menjawab soalan, kain pula pertanyaan yang aku berikan.

Harraz mencebik. Kepalanya dilentokkan atas bahuku. "Tak menjawab soalan." jawabnya.

Aku ketap bibir. Aku mengerling sedikit ke arahnya di sisi. Nampak muncung itiknya itu.  Setelah itu, senyumanku terukir. "Nampak macam sayang termenung ke?" soalku mahu tahu.

"Nampak sangat. Kat majlis hari jadi Arinah pun, sayang tak banyak bercakap. Diam lepas itu termenung. Sekarang pun termenung. Dari balik rumah sampailah sekarang, abang tak dengar pun sayang bercakap." adunya dalam nada kesedihan.

Alolo.. majuk ya?

Aku tersengih. Terus saja aku meleraikan pelukannya di pingganku lalu aku pusingkan tubuhku menghadapnya. Kedua-dua belah tangannya aku genggam erat lalu mataku tekun menatapnya. Senyumku semestinya tak lepas di bibir.

"Janganlah merajuk, abang. Sayang tak perasan pun yang sayang termenung. Isy, abang ni. Jangan muncung-muncung, tak kacaklah suami saya nanti." ujarku sambil tanganku naik mengusap rambut lebatnya.

Harraz yang melihat tingkahku itu sudah tersengih. Mungkin gelagat comel 'muntah kuning' aku itu mengundang rasa lucu. Erm... haih, tak fasal-fasal kena acah comel!!

"Kalau taknak tengok suami muncung, janganlah termenung. Nanti abang merajuk lagi, sayang yang susah pula nak pujuk." mengada dia berbicara.

Aku hanya tersenyum pendek mendengar bicaranya itu. Namun, setelah itu aku diam. Fikiranku tak semena terimbau pada pertemuanku dengan Farah petang tadi.

'.... Cuma.. kalau diberi peluang, saya harap saya dapat kemaafan Harraz sebelum saya tutup mata.'

Kata-kata Farah itu kembali berputar dalam layar ingatanku. Kasihan aku apabila teringatkan kembali riaknya yang berharap itu. Hmm.. lebih baik kalau aku bantu dia mendapatkan kemaafan daripada Harraz.

Tapi, nak ke Harraz?

"Tengok itu! Termenung lagi. Baru aje tadi abang bagi amaran kan?" celah Harraz sekaligus mematikan lamunanku.

Aku pula sudah kalut pandang Harraz. Wajahnya aku tatap. Tak menjawab, hanya senyuman saja aku kekalkan di bibir. Entah kenapa, aku masih berkira..

Harraz yang sedar akan keheningan ku pada malam itu sudah berkerut dahi. Tangannya naik memegang pipiku. Tingkah nya itu berjaya buatkan aku terkedu. Matanya redup memandang mataku.

"Sayang okay ke? Sayang macam ada sembunyikan sesuatu aje daripada abang." duga Harraz sudah serius.

Aku ketap bibir. Tipulah kalau aku tak gemuruh apabila diajukan soalan itu daripada Harraz. Lama aku diam sebelum akhirnya keluhan lemahku terlepas.

"Tadi.."

Perbincanganku terhenti tatkala bunyi telefon pintar Harraz mengisi keheningan. Mata kami sama-sama terpandang ke arah iPhone yang bergetar di atas meja kopi bilik kami.

Tak berlengah, Harraz laju saja mendapatkan telefonnya lalu butang jawab ditekannya. Aku yang masih tak berganjak sekadar memerhati tingkahnya. Pasti urusan kerja, getusku.

"Munirah?"

Berkerut dahi aku apabila nama itu terpacul keluar dari mulut Harraz. Munirah? Siapakah gerangan yang disebut Harraz itu? Rakan sekerja kah?

Aku sudah dibelengu rasa ingin tahu.

"A-apa kau cakap? F-Farah kena culik?"

Terkejut aku gamaknya apabila mendengar berita tersebut keluar dari mulut Harraz.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro