Bab 4- Dunia POKEMON

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


  Shasha membuka mata."WAH!!!!!"


Shasha terkagum.Dia sedang terduduk di sebuah padang.Di sekelilingnya,terdapat hutan belantara dan semak-samun."Eh,tempat ini sama dengan tempat dalam cerita POKEMON lah.."ujar Shasha.

"Pika.."

Tanpa disangka-sangka,semak-samun itu bergerak.Kemudian,keluarlah Bulbasaur sejenis POKEMON tumbuhan yang masih kecil.

"Hmm,dalam kartun kata kalau ada POKEMON,mesti kena tangkap.Baiklah kalau begitu.."

"Pikachu,serangan elektrik!"arah Shasha.

"PIKACHUU!!!!"Pikachu mengeluarkan kuasanya.Bulbasaur yang sedang keliru itu mudah saja dikalahkan.Pantas,Shasha membaling sebiji bola POKEMON.Bulbasaur itupun masuk ke dalamnya.

"Yeay!Sekarang,Bulbasaur yang ini milik saya..Saya dah ada dua POKEMON,Pikachu dan Bulbasaur!"Shasha terlompat-lompat.

Sedang Shasha melompat,seekor burung gergasi yang berekor warna-warni yang dipanggil Pidgeot menyambar Shasha.Pikachu memegang kaki Shasha.Kedua-duanya terbang di kaki Pidgeot.


^^^

Pidgeot terbang dengan tinggi sehinggakan Shasha yang gayat rasa seperti mahu termuntah.

Tiba di suatu istana,Pidgeot mendarat dan melepaskan Shasha dari genggeman kakinya dengan lembut.

"Tempat apakah ini?"Shasha menggaru-garu kepala.

Dua orang manusia datang mendekatinya."Kami adalah pengawal istana!Sila masuk,Permaisuri Hanketsu sedang menunggu kedatangan tuan hamba di dalam.."

Shasha menurut saja kata-kata pengawal itu.Dia melangkah masuk.Kelihatan seorang wanita yang duduk di atas sebuah singgahsana.Wanita itu memakai mahkota berkerawang perak dan memakai baju diraja.

'Pasti itulah permaisurinya..'

"Eh,siapa kamu?Kamu Ash,kan?!"kata permaisuri itu.
"Bukan,tuanku..Saya Shasha!"

"Oh!Patutlah SOBO tersilap!"

'Sobo?SOGO saya tahulah..'bisik Shasha.
Permaisuri itu kasihan melihat muka keliru Shasha."Biar beta jelaskan.."

"Sebenarnya..
Dunia POKEMON dalam bahaya,Ratu Salji Elsana sedang bertindak kejam dengan merampas satu-persatu kuasa POKEMON!Jadi,beta suruhlah nenek beta,Sobo supaya menghantar Ash ke sini..

Ash pula sudah pulang ke bumi beberapa minggu yang lalu..Sobo kata yang dia akan menyamar menjadi seorang penjual barang POKEMON..Memandangkan POKEMON sudah tidak berapa famous selepas kedatangan K-POP,tentu saja hanya Ash yang berminat akan POKEMON..

Tidak sangka,kamu juga suka POKEMON!Beta pesan pada Sobo,kalau selain Ash..Jangan beri barang-barang itu..Pasti Sobo tersilab kerana nama kamu Shasha,

S-H-A ditunggang terbalikkan jadialah A-S-H.."terang permaisuri Haketsu panjang lebar.

"Jadi,kamu mesti tolong selamatkan dunia POKEMON ini!"
Shasha menelan air liur.  


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro